View: 2684|Reply: 5
|
Suk Jin & Ji Hyo Bakal Tinggalkan Running Man?
[Copy link]
|
|
Sumber : Murai.com
Di laman Twitter ketika ini, trending mengenai Running Man (RM) apabila terdapat beberapa perkara mengenai program realiti terkenal itu hangat diperkatakan oleh para peminat.
Suk Jin Terfikir Untuk Tarik Diri
Salah satunya adalah mengenai desas-desus kononnya dua bintang utama RM, Ji Suk Jin dan Song Ji Hyo dikhabarkan bakal meninggalkan program yang telah bersiaran selama 10 tahun itu. Menerusi laporan Soompi, selaku ahli yang paling senior, Suk Jin meluahkan pernah terfikir untuk menarik diri dari RM selama 3 kali berturut-turut. Hal itu berikutan pada mulanya dia merasakan peranannya dalam RM tidak banyak membantu.
Namun begitu, setelah pelbagai musim bersilih ganti, pelakon yang berusiaa 54 tahun ini akui dapat menyesuaikan diri apatah lagi dipujuk oleh krew produksi dan rakan-rakan yang lain sehingga membawa tuah padanya.
Peminat Gesa Ji Hyo Berundur
Dalam perkembangan, menyusuli perkongsian yang dibuat oleh Suk Jin di laman You Tube itu peminat turut meluahkan rasa kecewa dan menggesa Ji Hyo untuk menarik diri dari RM. Ini berikutan mereka merasakan, Ji Hyo seperti dianaktirikan dan semakin tenggelam apatah lagi dengan kemunculan seorang lagi pelakon perempuan dalam RM, Jeon So-Min sejak tahun 2017.
Terdahulu, pada tahun 2016 Ji Hyo pernah mengumumkan untuk berundur dari RM bagi menumpukan bidang lakonannya namun ianya hanya sekadar khabar angin apabila RM mengumumkan sesi pengambaran bagi musim terbaharu pada tahun berikutnya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-4-2020 12:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ala mod.. boleh tak pindah pergi bod gossip antarabangsa? |
|
|
|
|
|
|
|
Jihyo mungkin sayang tinggalkan rm.. kerjaya menyeronokkan... tapi dah over 10 years. Better stop buat benda lain pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai kalau betul kesian... pantas kau kurex buat post ini... haha...
tapi memang jihyo mcm dianaktirikan pun. kalau ada 30 minit, myb 10saat je airing time jihyo.. pejadah lah hai.. tapi kalau jihyo berundur,,, tapi kalau ada org nak ganti jihyo, harap dia pelakon jugak. jgn pelawak . nanti terus boring. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-4-2020 12:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
biozipstar replied at 11-4-2020 12:39 PM
alahai kalau betul kesian... pantas kau kurex buat post ini... haha...
tapi memang jihyo mcm dia ...
Iols tgk rm sebab ji hyo. Suka dia kalau team dgn joong kook |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin bila dah terlalu lama dalam programme tu akan rasa bosan dan nak cuba series lain. Harap2 dapat penganti yang menceriakan juga. |
|
|
|
|
|
|
| |
|