CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18489|Reply: 110

Big Mary - Gajah Yg Dihukum Gantung Sampai Mati

  [Copy link]
Post time 11-4-2020 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 11-4-2020 02:44 PM

  

Pakcik akui yang mana pakcik sendiri disturbing dan murung bila menulis artikel ni. Satu lagi bukti kekejaman manusia terbukti lagi terhadap hewan yang tak berdosa.

Mary bekerja untuk sebuah sarkis bernama Spark World Famous Show. Sarkis yang pusing pusing satu Amareka untuk buat persembahan. Semuanya berakhir bila penduduk di  sebuah bandau kecil bernama Erwin kat Tennessee, Amareka tangkap dan gantung Marry dengan kren dikhalayak ramai.

Puncanya bila si Mary ni dah bunoh penjaga yang pukul dia dengan cangkuk bersitajam. Jadi penduduk di pekan kecil tu buat rusuhan suruh Mary dihukom diatas kesalahnya.

Cerita pasal Mary bermula pada penghujung abad ke 19, dengan seorang ahli sarkis bernama Charlie Spark. Dia joint sarkis sejak umor dia 8 tahun lagi. Lama selepas tu bila dah dapat pengalaman yang cukop dalambisnes pertunjukan sarkis ni, dia menubuhkan kumpulan sarkis dia sendiri yang diberi nama “Sparks World Famous Shows”. Sarkis yang travel dari satu negeri ke negeri yang lain. Macam macam persembahan dia buat termasuklah akrobat, tarian eksotik, dan juga persembahan persembahan yang berasaskan menatang seperti singa dan gajah,termasoklah juga Mary si gajah malang. Bapak Spark beli Mary masa Mary baru umor empat tahun. Keluarga Spark ni bela dan besaukan Mary macam derang membela anak sendiri, penoh dengan kasih sayang.

Nama samaran dia aka nick name dia adelah”Big Mary”. Jadi Big Mary ni dikatakan masa ni adelah   “The Largest Animal On Earth” same goes to “Jumbo” story. Dah nama pun gajah, mesti la besau kan ?Dan dikatakan Big Mary ni 3 inci lebih tinggi dari Jumbo. Korang ingat lagi cerita pasal Jumbo ? Gajah yang mati kene langgar dengan ketapi sebab nak lari dari sarkis yang selalu seksa dia.
Antara kelebihan Big Mary ni dia boleh menari dan tangkap bola base ball,sekaligus menjadikan Big Mary tarikan utama untuk orang datang tengok show sarkis keluarga Sparks. Bertahun tahun lamanya keluarga Sparks ni buat duit dengan persembahan Big Mary.



Jadi satu hari, geng sarkis Sparks ni buat tuor ke Virginia. Bila Sparks sampai kat Virginia, dia nak check in hotel disalah satu kawasan dalam negeri tu, sorang pekerja hotel yang bernama Walter Red Eldridge tanya kat Sparks kalau kalau ada kerja kosong berkaitan dengan gajah kat sarkis dia. Alasan dia nak tambah pendapatan sampingan keluarga disamping dapat berjinak jinak dengan dunia sarkis. Jadi Sparks pun terima la si Walter ni bekerja. Walaupun takada pengalaman dalam hal hal nak handle gajah, dia diberi tugas untuk bagi makan dan mandikan gajah gajah yang ada dalam serkis Sparks.Kira basic punya kerja la tu. Tak perlukan skill dan kemahiran yang tinggi pon.

Pihak sarkis bagi simple training pada Walter macam mana nak deal dengangajah gajah yang diorang ada dan bagaimana nak handle mereka dengabn lemah lembut. Untok pengetahuan korang, Sparks sendiri bertegas dalam hal hal penyeleggaraan gajah ni. Yang mana dia mahukan semua hewan dibawah seliaan sarkis dia perlu diberi layanan yang baik dan takboleh dikasari. OK, kat sini  dah selesai satu bab. Sparks tak seksa hewan peliharaan dia. Malah dia belai dengan penuh kasih sayang lebih lebih lagi kepada Big Mary.

Tapiiiiiiiii,si Eldridge ni terlepas pandang bab bab penting yang ditekan kat diapasal layanan pada gajah ni, yang mana ianya bakal menjadi salah satu siksaan hewan yang paling brutal dan kejam pernah dicatatkan.

Nak jadi cerita, satu hari si Eldridge buat rutin dia seperti biasa, tapikali ni dia naik keatas badan Big Mary ( menunggang ) untuk dibawakke tempat mandi gajah gajah. Tiba tiba, si Mary nampak ada serpihan potongan kulit tembikai kat tepi jalan tempat dia nak pegi mandi. Ada budak makan tembikai buang merata kulit tembikai tu. Gajah tetap akan berperangai seperti gajah, Big Mary tukau haluan dia dan pergi kearah kulit tembikai, nak kutip untuk makan.

Si Eldridge pulak, tak bagi Big Mary melencong dari arah nak mandikan dia, dia pukul Mary dengan cangkuk tajam. Tapi si Mary tetap jugak tertarik dengan kulit tembikai tu tak nak ubah haluan untok pegi mandi. Si Eldrige pulak tetap dengan keputusan dia tak bagi Mary melencong, dia pukol lagi banyak kali dan cucuk cucuk cangkuk besi tu sampai tertusuk masuk jauh kedalam isi kulit Mary.

Big Mary hilang sabau dan naik minyak, bila kena dera macam tu sekali.Ini pertama kali dia kena pukul sebegitu, sebelum ni Sparks layan dia dengan lembut dan penuh kasih sayang. Dengan segera, Mary grab badan Eldridge dengan belalai dia, dan hempas si Eldridge ke lantai, dan pijak kepala Eldridge dengan kaki dia yang besau tu. Kat situ jugak Eldridge mati. Ada jugak yang claim, derang nampak Big Mary lambung Eldridge tinggi tinggi dan tersangkut kat gading dia yang tajam.Macam macam cerita dah mula keluar dan tular.

Walaupun banyak versi cerita yang berlainan, apa yang pasti, penduduk bandautu nakkan keadilan diatas kematian Eldridge. Mary have to die !!

Masa kejadian tersebut, ada beberapa orang yang memiliki pistol menyaksikan kejadian gajah mengamuk tu dengan segera melepaskan tembakan berdas das kepada Mary, tapi gagal untuk tombangkan Big Mary yang sangat besau yang tengah mengamok tu. Keadaan makin tegang, bila sekor gajah yang sakit makin disakiti, Mary bertambah naik minyak. Pada masa yang sama, orang orang kat bandau tu mula menjerit jeritkata kata “Bunuh gajah ! Bunuh gajah !” berkali kali.

Cakap cakap pasal orang mati kena bunoh dengan gajah tular dengan begitu pantas keseluruh bandar. Sebahagian dari pekerja pekerja sarkis yang tengah buat persembahan diarah untuk memberhentikan persembahan sertamerta. Orang ramai berpusu pusu memenuhi jalan menjerit jerit bunuh gajah, bunuh gajah. Big Mary dikerumun beramai ramai, ditangkap dan dirantai. Ditarik hingga ke penjara berdekatan. ( Pakcik wonder penjara orang dolu dolu besau nau sampai boleh muat gajah sekor kat dalam )

Di sebelah keluarga tokey sarkis pulak, Sparks sangat sayangkan Big Mary. Mary dibela dari kecik lagi dan dilayan macam keluarga sendiri dengan penuh kasih sayang sampai la Mary besar gajah. Dah tentu la kejadian yang sangat tak disangka ni meninggalkan kesan yang amat dalam kepada Sparks. Tidak dapat tidak, Sparks mesti berbuat sesuatu bagi meredakan kemarahan penduduk tempatan yang tengah meluap luap nak bunoh Big Mary.

Walau bagaimana sekalipun, bisnes tatap kena jaga, kena mainatain dan kena diteruskan. Takkan karena seekor gajah, perniagaan dia selama ni kena tutup. Bisnes sarkis dia perlu berakhir. Tak mungkin sama sekali.Dalam dilema antara sayang dengan bisnes, dan demi nak meredakan kemarahan penduduk tempatan, Sparks mencadangkan agar diadakan hukoman keatas Mary didepan khalayak ramai dengan menggantung Mary menggunakan kren sampai dia mati.

Sebelumtu, buntu jugak nak memikirkan cara macam mana nak bunoh sekor gajah yang seberat 4.5 tan bila mana peluru pistol tak mendatang kan apa apa kesan pun kat Big Mary ni. Ada yang mencadangkan supaya Mary diikat pada landasan kereta api dan dan dilanggar dengan dua buah kereta api serentak dari arah bertentangan. Ada juga yang mencadangkan supaya Mary diikat dikepala dan kaki dengan rantai besi dan ditarik dari kedua arah dengan keretapi, putuskan badan Mary hidup hidup! Apa yang pasti, penduduk nak menonton adengan penyeksaan lebih dari mencari keadilan. Kemarahan hanya topeng untuk melakukan sesuatu kejahatan. What a horrible town with horrible people.

Kesemua idea karut tersebut ditolak oleh pemilik Mary sendiri, Charlie Spark. Pada keesokan harinya, Mary dibawa keluar dan diarah beramai ramai dengan kaki tangan dirantai. Penduduk dah bersedia nak gantung Big Mary dengan kren 100 tan, yang digunakan untuk kerja kerja membuat landasan kereta api.




Leher Mary diikat dengan rantai besi sedia untuk digantung. Gajah malang ni tak tau apa apa pun dengan apa yang bakal manusia lakukan kepada dia. Semalam, dia cuma nak makan kulit tembikai je. Dek karena sifat barbaric manusia, hari ni dia akan digantung sampai mati. Bersama sama Mary, ada 4 ekor lagi gajah yang bakal menerima nasib hukumany ang sama. Akibat dari desakan orang tempatan yang nak kan keadilan kononya. Sama macam peluru, rantai besi pertama yang menjerut leher Mary tak berjaya memberi kesan apa apa pun kepada gajah sayang sangat besar ni. Lepas Mary digantung setinggi lima kaki, rantai tak dapat nak tampung 4.5 tan berat badan Big Mary. Putussss. Tapi Big Mary jatuh ketanah dan menyebabkan tulang punggung Mary retak dan pecah. Dalam meraung kesakitan, rantai kedua diikat sekali lagi keleher Big Mary dan kren dinaikkan. Gajah yang besau tu menggelupur kesakitan dan menggeliat menahan sesak napas bila leher dijerut dan ditarik oleh beban dari badan Mary sendir yg sangat berat.

Selepas 30 minit tersiksa digantung akhirnya Big Mary dah tak bergerak lagi. Veterinar yang ada kat situ mengesahkan Big Mary dah mati. Pendudok bandau bersorak kegembiraan hasil dari menyaksikan persembahan terakhir Mary kepada mereka. Gembira dengan aksi terakhir Mary. Gembira dengan perminataan dan kepuasan hati yang dah dituanikan. Rotin hell lah korang semua sekarang.

Pada malam selepas Mary dibunuh, beberapa ekor gajah yang telah hidup bersama sama dengan Mary bertahun tahun dah terlepas keluar dari kandang dan beramai ramai lari tapak dimana Mary mati dibunuh. Gajah gajah ni seumpama meratapi kehilangan sahabat mereka. Tak lama lepastu, gajah gajah ni dapat ditangkap semula dan dimasukkan kembali kekandang sarkas yang membunuh  sahabat mereka.

Kisahsedih “Murderous Mary” ni bukan la sesuatu yang baru, tak lama sebelom tu pada tahun 1903, dekat Coney Island New York, sekor gajah mati kena renjatan letrik lepas memijak 3 orang penjaga dia.

Pada tahun 1994, sekor lagi gajar bernama Tyke, mati ditembak sebanyak 87kali oleh polis Honolulu,  sebab cuba nak lepas diri mencari kebebasan lepas dia dah bunoh trainer sarkis yang seksa dia selama bertahun tahun. Begitu juga dengan kisah Jumbo seperti mana yang pakcik dah ceritakan pada kamu semua.

Begitulah yang pakcik boleh ceritakan serba sikit pasal sekor lagi gajah malang yang bernama Big Mary ni. Teladan dari kisah ni, korang pikir dan paham paham lah sendiri. Pada pakcik, personaly, gajah tetap akanj adi gajah. Tempatnya bukan didalam sarkis. Dia bukan wujud untuk memenuhi kehendak kegembiraan kita manusia sejagat. Gajah patut berada dihabitat mereka sendiri. Sama ada didalam hutan mahupun dikawasan savana tempat dari mana mereka datang dan lahir. Kita tak boleh salahkan gajah keatas sifat ganas mereka, pembunuhan yang gajah dah lakukan. Itu nature mereka untuk melindungi diri mereka. Kita lah yang bersalah memanipulasi mereka untuk kepentingan poket dan untuk kepuasan kita atas nama “Hiburan”. Macam biasa, Artikel iniditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online.Mod sila rate sejuta kredit.




                    - OttoVon Bismark -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2020 09:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama x nampak pakcik otto
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2020 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih plak aku baca. Tapi mmg iyer kan pengajaran lepas baca cerita big mary ni  dlm Apa jua keadaan  kita tak harus bertindak melulu.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2020 09:29 PM | Show all posts
sarah82 replied at 11-4-2020 01:23 PM
Lama x nampak pakcik otto

hehehe... bangun dari tidor yang panjang lah sarah. pakcik nak refresh sikit dalam ni. nampak nau terkambus bod ni jauh kedalam. huhu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2020 09:29 PM | Show all posts
marla69 replied at 11-4-2020 01:26 PM
Sedih plak aku baca. Tapi mmg iyer kan pengajaran lepas baca cerita big mary ni  dlm Apa jua keadaan ...

yee... betul tu marla. pakcik tak pulak terpikir pasal ni. tapi memang sangat betul apa yg ko cakap ni.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-4-2020 09:31 PM | Show all posts
@winamp05 @noraidil_06 @nurrlisa @Catpaw @msdummy.2018 @Buritan @EvieWanKenobi @ais_kosong @munchkin @NamaKuMawar @ikanmasin  @c===8 @MFR_IN @puteribaya @katana1 @rasazrin @Foxey @krimkraker @Syd @Qwerty007 @MawarKelabuAsap @mawarmatahari @BeskotCekelat @TalibanRock @Bantalkuning @calc @Remyda @None68 @zarasofia @budgetMommy @KIM.K @winda_klose @epuepy @kuihbakar @zennaya @kukukaka @el_8228 @daiya @xtahumenahu @mrscolour @sarah82 @7th
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2020 09:33 PM | Show all posts
ok, dah siap diedit bagi chantek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 11-4-2020 09:29 PM
hehehe... bangun dari tidor yang panjang lah sarah. pakcik nak refresh sikit dalam ni. nampak nau  ...

Tak sanggup baca ttg mary.. Kesian kat dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2020 09:34 PM | Show all posts
mohon @bellaa rate sejuta kredit dan highlight mcm biase ye mod.

sejuta kredit tau.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2020 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 11-4-2020 09:29 PM
yee... betul tu marla. pakcik tak pulak terpikir pasal ni. tapi memang sangat betul apa yg ko caka ...

Antara sifat baran dan tindakan melulu manusia sehingga berlaku  nya byk salah faham dan isu yg kadang kadang boleh di selesaikan dgn baik.  
Takyah tengok jauh... Tgk lah ahli politikus kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2020 09:36 PM | Show all posts
marla69 replied at 11-4-2020 01:35 PM
Antara sifat baran dan tindakan melulu manusia sehingga berlaku  nya byk salah faham dan isu yg ka ...

hahaha so true la marla. tak jaoh pon. living example lagi tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2020 09:36 PM | Show all posts
sarah82 replied at 11-4-2020 01:34 PM
Tak sanggup baca ttg mary.. Kesian kat dia..

pakcik yang menulis ni lagi la kemurungan teros. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 11-4-2020 09:36 PM
pakcik yang menulis ni lagi la kemurungan teros. huhuhu

Huhuhu.. Sabar la pakcik.. Sy pernah baca tentang mary dulu.. Sambil lap ayaq mata.. Terasa diri sangat tak berguna sebab tak dpt selamat kan mary.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tak baca cerita pak cik Otto. Selama ni saya SR jer, saya suka baca semua cerita pak cik sebab saya suka dgn gaya penceritaan pak cik.

Utk tk ot. Ya saya setuju, gajah tetap gajah, naluri binatang tu takkan hilang dlm diri dia. Sebab tu orang yg jahat perangai dia tu, org gelar perangai kalah binatang sebab perangai binatang lebih elok lagi dari perangai manusia yg jahat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2020 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya lahai. Nampak kesalahan Mary je tp tak nampak apa yg menyebabkan Mary jadi macam tu. Manusia2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2020 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tak nampak pakcik. Sedih baca pasal Mary, papepun haiwan tetap haiwan. Ada habitat sendiri & kebebasan. Manusia plak tamak haloba
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
0 sedihnyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Best baca acik punya cerpen ni...bahasa yg mudah dan senang difahami...bukan semua org pandai menulis kan..
Btw sedih betul riwayat mary ni kan...akibat kekejaman manusia, haiwan yg tak de akal tersiksa
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 11-4-2020 09:31 PM
@winamp05 @noraidil_06 @nurrlisa @Catpaw @msdummy.2018 @Buritan @EvieWanKenobi @ais_kosong @munchkin ...

T.kasih tag pak cik. Dah baca, sedih baca tajuk dia, banyak nau typo pok cik oiii

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.072718 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list