CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9656|Reply: 55

Eira Diburu Media Indonesia Isu Pemujaan.

[Copy link]
Post time 15-4-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Sekadar beralih arah ke rentak muzik, percubaan penyanyi dan pelakon, Eira Syazira, 36, menyampaikan single berentak Jawa Koplo remix berjudul Kau Yang Ku Sayang menimbulkan isu panas.

Segelintir netizen mempertikaikan konsep muzik video yang dipersembahkan. Menerusi ruangan komen dalam laman YouTube, netizen mendakwa muzik video lagu Kau Yang Ku Sayang seperti melakukan ritual pemujaan terhadap Ratu Nyai Roro Kidul, kisah lagenda yang cukup popular di negara seberang itu.

Nyata, komen peminat menimbulkan perasaan kurang senang kepada Eira atau nama sebenarnya, Syazira Shuhaimi hingga memaksanya memberi penjelasan dalam laman Instagram, baru-baru ini.

Eira berkata, dia terkejut dengan komen yang diterima berhubung muzik video berkenaan.

Mengakui dihantui perasaan bimbang, wanita kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, dakwaan melakukan ritual pemujaan bukan perkara main-main kerana ia berkaitan soal akidah.

“Saya tak sangka hingga tahap itu pemikiran netizen mengenai konsep muzik video ini. Saya percaya dakwaan timbul apabila melihat lenggok tari dan baju berwarna hijau yang cukup sinonim dengan penampilan wanita dimaksudkan.

“Selain itu, lokasi pantai juga membuatkan ramai beranggapan saya melakukan ritual berkenaan.

“Konsep muzik video dibuat sejajar dengan genre Jawa Koplo remix yang didendangkan. Bagaimanapun, saya bimbang apabila ada yang menyamakannya dengan upacara pemujaan. Ini sangat sensitif buat saya,” katanya kepada BH Online.

Pelakon filem Ngangkung dan Aku Bukan Tomboy itu berkata, dia diburu media massa di Indonesia yang mahu mendapatkan penjelasannya berhubung muzik video itu.

“Saya dimaklumkan, ramai wartawan mencari wakil syarikat pengurusan mempersoalkan isu ini. Saya berharap ia tidak menjadi isu besar kerana ia hanya sebuah tarian dan tiada kena mengena dengan ritual seperti didakwa.

“Dari konsep, tatarias dan pakaian, semuanya disediakan pihak produksi. Saya hanya mengikut arahan sahaja,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Walaupun dihambat kontroversi, namun Eira bersyukur kerana lagu Kau Yang Ku Sayang mendapat respon yang baik daripada peminat.

“Saya percaya peminat sudah lama menantikan saya membuat perubahan dari segi genre muzik.

“Sebelum ini, saya lebih selesa mendendangkan lagu bergenre pop dan balada. Namun, saya memberanikan mencuba muzik yang mempunyai ramai pengikut desakan peminat dan syarikat rakaman yang mahukan perubahan.

“Sebenarnya sudah ramai peminat menyuarakan pandangan supaya saya membawakan lagu bergenre Jawa Koplo remix ini. Genre ini amat popular di Indonesia,” katanya.

Ada isu claim claim ke?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka lagu dia ni.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 11:28 AM | Show all posts
takde bideonya ke kurex? akak nak tengok jugekkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 15-4-2020 11:28 AM
takde bideonya ke kurex? akak nak tengok jugekkk

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak promo ni
Tu yang tajuk mengundang
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas aku layan lagu sedih kisah bunuh diri makcik lewis Capaldi.. Aku layan lagu eira ni.. Kira seimbang la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2020 11:34 AM | Show all posts

thanks sarah..seronok sheols walaupun penyanyi lagu pprt suara ke laut tapi kat indo boleh buat duit..indon mmg gila hiburan..retis disanjung mcm tuhan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2020 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 15-4-2020 11:28 AM
takde bideonya ke kurex? akak nak tengok jugekkk

Tak reti nak tepek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 15-4-2020 11:34 AM
thanks sarah..seronok sheols walaupun penyanyi lagu pprt suara ke laut tapi kat indo boleh buat du ...

Hahaha.. Aku mula2 nak dengar saja.. Lepas tu tertarik nak dengar hari2..hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 11:44 AM | Show all posts
sarah82 replied at 15-4-2020 11:38 AM
Hahaha.. Aku mula2 nak dengar saja.. Lepas tu tertarik nak dengar hari2..hahahaha..

betui la kot hang telah di possessed oleh lagu tu..btw lagu2 jenih ni mmg senang lekat dlm kepala
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
MadameOnion replied at 15-4-2020 11:44 AM
betui la kot hang telah di possessed oleh lagu tu..btw lagu2 jenih ni mmg senang lekat dlm kepala  ...

Hahahaha.. Aku biasanya layan lewis capaldi dan james arthur dgn lagu sedih2 depa.. Jadi aku seimbangkan dgn lagu happy eira na.. Hahahahaha.. Mungkin la aku dah dirasuk.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg ritual nyi roro kidulnya. Tak ada apa pun pandai je buat tajuk ek. Lagu biasa biasa aje pun. Tapi eira ni memang talented cuma x factor tak ada. Kat malaysia ni kalau tak comolot dgn producer susah nak pergi jauh
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahun 2020 pun ada yg buat muzik video cam nih ke? So 80's ..dah lah muzik tak sync dgn choreographer ... Lagu remix jogetnya classic

Lebih baik aku layan dangdut gagak tak pun dj rere monique ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Downgrade nye org indon
Retis suara sumbang oun boleh jd penyanyi kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pattern lagu ni mcm lagu Sayang Via Fallen. Not bad tapi Tak original. Suara autotune tak hengat!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..nape klako benar lagu ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2020 02:22 PM | Show all posts
aritu rasanya ternampak potrait roro kidul kat rumah dia rasanya dalam insta,
aku pon pelik kenapa dia simpan gambo tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-4-2020 11:33 AM
Lepas aku layan lagu sedih kisah bunuh diri makcik lewis Capaldi.. Aku layan lagu eira ni.. Kira sei ...

Lagu tajuk apa
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 15-4-2020 02:22 PM
Lagu tajuk apa



Meleleh juga aku dengar lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 02:37 PM | Show all posts
apsal aku x penah dengar lagu dia before2 ni...kecuali OST tu...satu tu je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.375740 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list