CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17167|Reply: 76

Billy Milligan – Perogol Dengan 24 Personaliti Berbeza

  [Copy link]
Post time 15-4-2020 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 15-4-2020 03:45 PM



Pada tahun 1977, Billy Milligan telah ditangkap dengan tuduhan menculik dan merogol 3 orang perempuan dekat Ohio, Amareka. Polis jumpa banyak cap jari dia ditempat kejadian dan salah seorang perempuan yang menjadi mangsa culik dan rogol tersebut mengesahkan identiti pelaku tersebut komfom memang Billy Milligan yang lakukannya. Walaubagaimana pun, dia didapati TIDAK bersalah atas alasan tak siuman.Dan sejak dari itu, banyak novel novel dan filem diterbitkan beradaptasi dari kisah hidup dia.

Siapa Billy Milligan ni ? Kenapa dia dibebaskan ? Dan kenapa popular sangat sampai ada novel dan filem untuk dia ? Haaa…. Jadi hari ini pakcik Otto nak bercerita pada korang semua pasal kesah saorang pemuda yang mempunyai 24 kerekter didalam badan dia. Billy Milligan. Pakcik cubala pendekkan cerita ni seberapa banyak yang boleh. Tak nak membebel panjang panjang.

Di lahirkan dengan nama William Stanley Milligan, pada 14 february 1955, berasal dari Miami Beach, Florida, di negara Amareka sana. Ye Amareka lagi. Sebeb Amareka ni sabuah negara yang besau dan mempunya ramai penduduk, jadi perangai penduduk dia pun banyak yang pelik pelik. Dia ni lahir 2 tahun sebelum kita merdeka dari penjajah British.

Sepanjang kehidupan masa muda, dia banyak terlibat dengan aktiviti tak bermoral seperti bergaduh,  main dadah dan kegiatan rompakan bersenjata merompak kedai kedai dan orang ramai. Sampai la satu hari dia ditangkap karena menculik dan merogol 3 orang budak perempuan didalam kawasan kampus Universiti Ohio pada tahun 1977. Sepanjang prosiding mahkamah, pakar psikologi mengesahkan yang Milligan ni ada Multiple Personaliti Disorder. Loyar dia claim masa Milligan ni buat jahat lakukan jenayah, diri dia tak sedau pun yang dia tengah buat jahat. Ada dua orang lain yang hidup dalam badan dia yang buat jenayah tu, BUKAN diri dia sebagai Billy Milligan yang buat. Salah sorang dari perempuan yang jadi mangsa culik dan rogol cakap, perogol tu bercakap dengan loghat German, macam seorang imigrant yang bukan lahir dan dibesaukan di Amareka. Lepas berhempas pulas loyar dia membuktikan dia tak bersalah, lama lepas tu dia pun dibebaskan.

Cerita alternate personaliti si Billy ni bermula apabila dia selalu kena dera dari dia kecik lagi seawal umor 4 tahun. Lahir dengan nama Milligan tapi dia juga mengaku dia adalah Ragen, Arthur, Adalana,Christine dan 19 personaliti lain yg hidup dalam badan dia.

Bapak dia, John Morrison seorang kaki botol dan selalu mabuk mabuk. Ada banyak hutang dan selalu buat perangai masa si Billy ni kecik kecik.Tambahan pulak bapak dia ada masalah depression dek kerana terlalu banyak berhutang dan lead kepada tindakan bapak dia membunoh diripada masa Billy 4 tahun. Dua kali bapak dia cuba bunoh diri, first try tak berjaya, dan kali kedua dia betul betul berjaya bunoh diri.

Lepas bapak dia mati, mak si Billy, Dorothy Sands pun kawin lain. Atleast 3 lagi lelaki dan Billy dapat 3 orang bapak tiri. Sepanjang perkahwinan Dorothy dengan beberapa lelaki, semuanya tak menjadi dan bapak tiri Billy selalu mendera Dorothy termasuk lah si Billy sendiri selalukena dera.

Pada tahun 1963, Dorothy berkahwin dengan sorang lelaki bernama Chalmer Milligan dan mereka berpindah ke Lancester. Berdasarkan dari report psychiatric, based dari memory si Billy, diceritakan bapak tiri baru dia ni selalu mendera Billy dengan teruk sekali. Dia beberapa kali diliwat oleh bapak tiri dia. Selain tu, Bapak tiri dia pernah tanam dia hidup hidup sebelum digali semula dimasa Billy hampir mati lemas didalam tanah. Dia pernah diikat pada kaki dan tangan dan digantung dipokok selama berjam jam. Penderaan penderaan fizikal begini antara faktor yang menjadikan personaliti Billy berpecah dan lahir beberapa watak didalam diri beliau. Namun, Chalmer Milligan denied / menafikan semua tuduhan tersebut. Dan dia tak pernah di kenakan hukuman apa apa pon.

Billy Milligan pernah dibuang sekolah sebab ponteng kelas pegi melepak kat area Lancester. Mak bapak dia hantau dia masuk ke hospital mental diHilltop, Colombus bila si Billy ni start ada histeria. Meracau racau.Tiga bulan lepas dia duduk dalam hospital mental, pihak hospital keluarkan dia sebab kelaku dia terlalu agrassif dan suka mengganggu pesakit pesakit lain.

Pada tahun 1972, dia daftar masuk ke sekolah menengah, tapi tak lama lepastu dia kena buang sekolah sekali lagi sebab pihak sekolah tak tahan dengan perangai pelik dia. Keluar dari sekolah, dia joint sojar,masuk Navy pulak. Sebulan je bertahan. Pihak Navy claim dia tak boleh nak adapt dan ikut cara didalam Navy.

Lepas semua perkara yang dia lakukan tak menjadi, dia mula berkawan dengan budak budak bermasalah. Haaa masa ni lah dia ditangkap bila culik 3 orang budak perempuan dari Universiti Ohio pada tahun 1977.

Kejadian pertama jadi pada 14 Oktober 1977, bila dia culik sorang budak perempuan dari universiti tu kat parking lot dan bawak masuk hutan dan start rogol. Lepas rogol, si Billy siap paksa perempuan tu tulis cek dan perempuan tu siap cashkan lagi untuk Billy. Kejadian kedua jadi pada 22 oktober 1977 dan kejadian ketiga jadi pada 26 oktober 1977. Besoknya, 27 oktober, Billy Milligan kena tangkap masa dia tengah melepak kat rumah dia di Reynoldsburg. Oleh sebab sebelum ni Billy pernah masuk jail beberapa kali jadi polis dah ada simpan sample cap jari dia. Dan didapati cap jari Billy ada kat merata rata kawasan kejadian rogol tu. Memang sah pun dia yang buat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2020 10:47 PM | Show all posts
Edited by OttoVonBismark at 15-4-2020 03:51 PM

Selepas penangkapan Billy Milligan, doktor psikitari dapati ada 10 karektor berbeza yang ada dalam diri Billy. Sepuloh kerekter ni mempunyai nama, jantina, minat, gaya dan even kewarganegaraan yang berbeza antara satu sama lain. Ada yg dari amareka, ada dari chez dan  yang ada dari german. Jauh nau datangnya tu. Ada karekter dalam otak si Billy ni yang pandai melukis, ada yang pandai main music. Tak kurang jugak la yang kejam dan ganas.

Sebagai contoh, dalam badan dia ada watak sorang budak berumor 8 tahun nama dia David, handel emosi “KESAKITAN” dan suka melukis.

Sorang lelaki dewasa berketuronan Yugoslavia nama Ragen Vadascovinich, penyimpan kepada emosi “KEBENCIAN”. Pandai karate dan cekap guna senjata api.

Sorang budak lelaki bernama Danny, 14 tahun, handle emosi “TAKUT” juga suka melukis macam David.

Budak remaja 18 tahun dengan nama Allen, suka merokok, pandai main drum dan suka melukis potret. Mostly dia banyak mempengaruhi Billy. Suka manipulate orang sekeliling dia.

Tommy 16 tahun, pandai main sexaphone macam kassim selamat. Pandai melukis plan dan landscape. Suka melepak dekat library dengan Arthur dan banyak baca buku pasal lukisan plan dan landskap.

Arthur, remaja berumor 22 tahun seorang yang cakap dengan loghat england sangat pandai dalam bidang sains, perubatan dannnn hematology.Hematology ni kajian pasal darah manusia. Google boleh bagi tau lebih lanjut pada kita. Haha…

Christine, sorang budak pompuan umor 3 tahun, akan keluar bila suasana keliling Billy selamat dan mostly dia akan lead diwaktu waktu tenang.

Adalana, 19 tahun. Sorang pompuan yang suka memasak dan mengemas, juga seorang“LESBIAN”. Karektor Adalana ni la yang lead Billy Milligan untok merogol 3 orang budak perempuan kat Universiti Ohio tu. Walaupun siBilly ni melarang semua watak dalam kepala otak dia untok menjalinkan hubungan dengan perempuan, tapi undang undang diri dia ni tak termaktub kat Adalana ni sebab dia sorang lesbian. Gitu pulak ye. Jadi Adalana ambik kesempatan ni dengan cari perempuan untuk dijadikan skandal selain dari Billy. Adalana xplain dalam mahkamah,dia cuma nakkan perhatian dan rasa disayangi oleh seseorang masa diabuat jenayah tu.

Christopher, pandai main drum dan harmonika. Baru 13 tahun tapi sangat talented dalam music. Jugak seorang yang bercakap dengan accent england (englishman ). Tapi dia tak berapa aktif dalam mempengaruhi kehidupan Billy. Sesekali je keluar. Lebih suka duduk diam.


Billy Milligan. Watak utama dan core dalam diri dia sendiri. Karektor utama Billy Milligan adalah mission untuk membunoh diri. Sentiasa nak cari jalan untuk membunuh diri. Untuk memastikan semua karektor didalam otak Billy ni terus hidup, jadi watak Billy Milligan sentiasa ditidurkan oleh karekter lain yg ada. Jadi Billy Milligan sentiasa dalam keadaan “Deep Sleep”. Kerektor  lain tak nak dia bunuh diri. Kalau ada peluang untok Billy bunoh diri, dia akan digagal kanoleh watak lain dalam otak dia. Secara tak langsung, watak watak utama yang menjadi main role dalam kepala otak dia telah menyelamatkan nyawa dia sendiri.

Masa Billy ditangkap, dia pun tak tau menau apa kesalahan dia. Dalam keadaan blur tu dia ditahan reman dan dihadap ke mahkamah. Masa dalam perbicaraan, mula mula hakim pun tak percaya dengan keadaan kepala otak si Billy ni. Sampai la beberapa ketika yang diorang perasan bila Billy kerap menukar intonasi bercakap dan accent yg dia pakai punlain lain. Setiap kali satu satu watak muncol, dia akan menukar lenggok bercakap, gaya badan dia pun lain. Kadang ganas, kadang lembut, kadang takut, kadang menangis, kadang blur tak tau menau apa apa pun macam baru bangun dari tido.

Tadak sorang pun dari banyak banyak karekter / watak yang ada dalam diri Billy ingat dan acknowledge pasal kejadian rogol tu. Diorang semua mcm tak ada sekali masa perkara tu jadi. Hmmm… intresting kan ?Hehe.. jawapan dia, HANYA satu personaliti SAHAJA pada satu masa yang dapat kontrol seluruh diri Billy. Termasuk lah kelakuan dia, gaya badan dia, percakapan dia dan lain lain, hanya satu saje per time.Jadi yang lain dalam mode tidor. Macam pakcik cakap kat atas tu, CORE personaliti yaitu Billy Milligan sendiri dalam keadaan DEEP SLEEP sebab asyik nak membunoh diri aje kerjanya. Watak watak lain dah force dia untuk tido.

Jadi selepas pihak mahkamah meneliti seluruh kes, bual bicara dengan semua watak personaliti yang ade dalam badan Billy, dia didapat TIDAK bersalah karena dia melakukan jenayah dalam keadaan tanpa sedau dia melakukan jenayah. Dan billy tidak bertanggung jawab pon dalam melakukan jenayah tu, atas alasan TIDAK SIUMAN.

Lepas dibicara, Billy dihantau ke Lima State Hospital, sebuah hospital mental dengan kawalan ketat yg mana semua pesalah mental diorang sumbat dalam ni. Masa dalam hospital, doktor yang merawat Billy ni jumpa lagi 13 WATAK lain yang hidup dalam pemikiran Billy. Diorang yang 13 ni dalam keadaan Deep Sleep jugak sebab yang 13 orang ni ANTISOSIAL.

Akhir sekali, kerektor / watak / personaliti yang akhir sekali doktor jumpa adalah watak saorang CIKGU aka PENGAJAR. Rupanya, watak cikgu ni lah yang reka semua watak watak lain yang ada dudok dalam pemikiran Billy Milligan ni.

Lepas 10 tahun menjalani rawatan pemulihan, doktor berjaya unite kan semua sekali watak watak ni  dalam satu watak cikgu yg last diorang jumpatu. Pada tahun 1991, dikatakan Billy Milligan berjaya sembuh sepenuhnya dari penyakit mental yang dia hadapi. Dikatakan, Billy hidop dengan aman damai sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 2014 akibat kenser. Namun, kalau dikaji dan dikorek dalam banyak artikel artikel masa lampau, sebernarnya kebenaran tentang Billy ni jauh semanggang dari api.

Begitulah yang pakcik dapat ceritakan serba sedikit pada korang semua kesah saorang manusia yang mempunyai 24 personaliti yang berbeza beza hasil dari penderaan mental dan fizikal yang dihadapi oleh Billy sedari kecik lagi. Moral of the story, jangan dera anak korang ! Tapi tak juga korang biaukan anak korang sesuka hati buat apa dia suka. Didiklah anak anak dengan ilmu baik dunia mahupon akhirat. Pepatah orang tua, sayangkan anak tangan tangan kan, sayang kan bini…korang sambung sambungkan lah sendiri. Seperti biasa, artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. Mod sila rate sejuta kredit.


                              - OttoVon Bismark -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes..pokcik datang lagi.

Saya tgok diana danielle bawa watak mariam dgn camelia pun saya dah rasa penat, apatah lagi si Billy ni smpi 24 personality, kesian!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2020 11:18 PM | Show all posts
Amigurumi replied at 15-4-2020 03:13 PM
Yes..pokcik datang lagi.

Saya tgok diana danielle bawa watak mariam dgn camelia pun saya dah rasa ...

ahaaa amigurumi, payah nau nak menyebut nama ko ni. kekeke. Trimasss karena senantiasa support cerita cerita pakcikkk. Please continue membacha ye nak.

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
baru je baca hasil tulisan pakcik ni... sebelum ni x pernah jengah pun kat sini.... best pulak... nanti sy akan baca yg lain2 ye... iye la bnyk masa free ni time mco...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2020 11:40 PM | Show all posts
suriamir replied at 15-4-2020 03:37 PM
baru je baca hasil tulisan pakcik ni... sebelum ni x pernah jengah pun kat sini.... best pulak... na ...

Isilah masa lapang diwaktu MCO PKP ni dengan membacha ya anak anak sekalian. thanksss karena membacha cerita cerita pakcik suriii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah tgk satu movie ni... lebih kurang juga penceritaan dia ni byk personaliti. John cusack berlakon. Best cerita tu. Lupa tajuk. I wonder based on true story si billie ni kah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2020 11:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2020 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat dah. Identity tajuk movie tu. Best. Suspense gila
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2020 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 15-4-2020 11:40 PM
Isilah masa lapang diwaktu MCO PKP ni dengan membacha ya anak anak sekalian.  thanksss kar ...

sama2 pakcik otto... best sgt... bole tambah info... maklumla sy ni jarang membaca.... huhuhu

nnti tulis lgi yg best2 ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2020 11:47 PM | Show all posts
suriamir replied at 15-4-2020 03:45 PM
sama2 pakcik otto... best sgt... bole tambah info... maklumla sy ni jarang membaca.... huhuhu

n ...

KLIK SINI
ada semua list cerita yg pakcik tulis nak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2020 11:50 PM | Show all posts
234126 replied at 15-4-2020 03:45 PM
Ingat dah. Identity tajuk movie tu. Best. Suspense gila

Pilem pasal Billy ni tak sempat dibuat pun. tahun 2014 diorang dah decide nak jadikan leonardo de caprio sebagai pemegang watak billy ni tapi sampai hari ni tak mernjadi jadi lagi pilem tu. tajuk pilem yg dalam pembikinan tu The Croded Room

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2020 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 15-4-2020 11:47 PM
KLIK SINI
ada semua list cerita yg pakcik tulis nak.

baikkk pakcik otto... sedang membaca nii.... haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2020 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kaogi at 16-4-2020 12:08 AM
OttoVonBismark replied at 15-4-2020 11:50 PM
Pilem pasal Billy ni tak sempat dibuat pun. tahun 2014 diorang dah decide nak jadikan leonardo de  ...


Bukan tajuk filem SPILT ka?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2020 12:12 AM | Show all posts
kaogi replied at 15-4-2020 04:07 PM
Bukan tajuk filem SPILT ka?

ye la.... betul la. Pakcik ade tengok movie ni. kenapa tak perasan pasal ni ha ? trimasss kaogi bagi info.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2020 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tgk movie sal multiple personality ni... Tk igt tp best..mcm Billy bl psychologist test akan keluar satu2 personalities.. Ada yg dominan ada yg submissive.. Yg latest split kot James mcavoy berlakon, ada dua atau tiga personalities..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2020 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hr tu ada satu cita ni dia kupas psl ade pesakit yg split identity gini.. Sorg nerd..lg sorg wild n carefree..

Mula2 sy ingt ni just drama fiction la..biasala, nk lakukan cerita production..

Mlm ni pakcik kongsi 24 terus! Lg haibat.. Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2020 12:21 AM | Show all posts
Ladybird910 replied at 15-4-2020 04:15 PM
Hr tu ada satu cita ni dia kupas psl ade pesakit yg split identity gini.. Sorg nerd..lg sorg wild n  ...

tu pasal pakcik up cerita ni. kalau takat dua tiga identiti dah biase dah kekeke... ni 24 teros ko.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2020 12:23 AM | Show all posts
waaa... pakcik oto kembali. park dulu, nnti baca.

kalau tak silap cerita secret window lakonan johnny depp pon pasal split personality. tapi dia 2 je la splitnye. tak sampai 24 mcm billy ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2020 12:24 AM | Show all posts
mssuci replied at 15-4-2020 04:15 PM
Pernah tgk movie sal multiple personality ni... Tk igt tp best..mcm Billy bl psychologist test akan  ...

biasanya pakar pakar psikitari ni dah ade cara yg tersendiri untok muncol kan watak watak lain dalam diri pesakit. entah entah kita pun ade tak ? kan mende ni kita pun tak sedau ade. kena tanya pasanmgan kita la gitu. Tapi pakcik ghase la kan, orang pompuan memang dah ada banyak personaliti lah. macam makcik ko la, hari ni lain, kejap lepastu lain pulak dia cakap. ade je. serba salah pakcik ndak melayan lah. keh keh keh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.076472 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list