CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8256|Reply: 72

Emosi Cinta lama - PKP

  [Copy link]
Post time 18-4-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pokchik nie bertugas masa PKP ni... kira macam petugas Depan Baris la. Tapi duty selang sehari, pada hari tak duty, Pokchik duduk la diam diam kat rumah, tak juga salahgunakan kad kuasa Pokchik nak merayau tak kemana mana.

Kelmarin dulu...Pokchik tak duty...ada kat rumah...sunyi sebab Che Puan Besar ngan Babygurl duduk kat tingkat atas dan Pokchik berseorangan kat bawah. ( Pokchik memang titik beratkan distance sebab selain dari Pokchik duty di Pusat Operasi Ops Penawar Co19 negeri...Pokchik juga ada melawat dan iring Pemerintah Atasan yg memantau Pusat Kuarantin Negeri- Pokchik risiko tinggi utk dijangkiti).

Dalam sunyi sunyi kat bawah tu ....ketika tu malam hari. Pokchik pun ambik la henpon lama dan caj bateri serta ON kan balik.
Tak ada tujuan pun .... hanya keboringan tahap gaban saja.

Bila Fon tu dah ON....

Sambung.....

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2020 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mem dengan baby gurl serumah ke pak cik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila Fon lama tu dah ON...

Pokchik pun surf la balik mesej mesej lama dalam sms ..( fon tu tak ada wassup)..

Skroll punya skroll.....Pokchik terbaca sms sms lama ngan Mantan Gelpren..
Rina nama dia ( singkatan dari nama penuh dia)

Pokchik duda masa dgn Mantan tu ... masa dgn dia dalam tahun 2005 hingga 2006. Pokchik menamatkan zaman teruna 'balik' pada tahun 2007 dgn Che Puan Besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 18-4-2020 11:41 AM
Mem dengan baby gurl serumah ke pak cik

Kejap la...Jangan la kaco... tengah bercrita nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik ni.. Park..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 18-4-2020 11:47 AM
Kejap la...Jangan la kaco... tengah bercrita nih

Ok pak cik sila bercerita, jgn menggatai kalau berkurap garu sapu ubat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhu..sessi luahan playboy tua..
Ok2 pokcik copek sambung
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 12:13 PM | Show all posts
pakcik kalau ada info covid19 asal mana bgtahulah?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokchik.. Cepat taip.. Tak sabar nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu pakcik?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
awaynepian replied at 18-4-2020 12:06 PM
Huhu..sessi luahan playboy tua..
Ok2 pokcik copek sambung

Hahaha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 18-4-2020 11:46 AM
Bila Fon lama tu dah ON...

Pokchik pun surf la balik mesej mesej lama dalam sms ..( fon tu tak ad ...

Sambung....

Masa baca baca sms tu....

Pokchik pun tergerak hati nak cuba cuba call Mantan tu..

Patutnya Pokchik akan rasa segan nak call - sebab 14 tahun dulu ...Pokchik yg buat perangai sampai Mantan mintak putus. ( Mantan masa tu dalam 25 tahun umo)

Maka...Pokchik pun cuba la try nombor fon mantan tu kat hp baru Pokchik.
Pokchik add kat fon address dan cuba wassup dia..

..." Salam Na"
..." Apa khabar? Sihat?"

Krik..krik...tak ada balasan..
Masa tu dalam 11 lebih malam, Pokchik tengah tunggu Berita Midnite TV3.

Dalam jam 1 pagi tiba tiba masuk wassup..

" Wasalam bang.. Na sihat" ( Pokchik rasa dia akan add nomor fon Pokchik dan akan nampak gambar Pokchik kat wassup- sebab nomor Pokchik ni nomor selepas Pokchik kawen baru pakai)

" Abg sihat?...tiba tiba wassup ni ada apa bang?"

Dipendekkan cerita.... Pokchik berwassup la lebih kurang dalam sejam...macam macam cerita...macam2 update.

Rupanya dia ibu tunggal anak 2.... lepas berenti MAS sebagai Ground Staff..dia kerja di Travel Agency...Duduk kat area Kota Damansara. Anak dia dua perempuan.. sekolah darjah 2 dan tadika.
Suami meninggal eksiden 4 tahun dulu.

Kesian pulak membaca wassup dia... ( Pokchik tak call...wassup jer).

Tapi...

Ujung ayat wassup dia tu .." Na tak sangka...Abg yang akan call..."

Hah? Apa maksud dia ...abg ( Pokchik) yang akan call?
Pokchik tak pernah hubungi dia past 15 tahun...tak pernah terserempak dgn dia selepas Pokchik kawin.. Dan memang tak reti nak stalk stalk IG...Pokchik pun tak ada IG..

Tak puas hati....Pokchik call dia..( masa tu dah pukul 2 pagi)..

Lama ringing...baru dia angkat..

Fuhhh...sore dia masih sama mcm dulu ..gemersik manja ( hehehehe..)

Pokchik pun tanya la....apa maksud dia yang dia tak sangka Pokchik yang akan timbul dan hubungi dia...

Laaaaaa...... kuasa Allah SWT rupanya...

Rupanya... sejak PKP nih...dia cuma terima 1/2 bulan gaji ja. Sebagai ibu tunggal balu anak 2 bersekolah...tanggungan dia banyak. Aruah suami pun tak ada tinggal apa apa - duit epf aruah suami pun dah lama habis. Simpanan dia tak banyak - tu pun dah abis. Ada la dia kereta Myvi 2nd hand sebijik ...tu masih hutang bank.

Dia dan anak anak dah putus duit sejak 4-5 hari...Dia cerita yg dia buat bubur dan nasik goreng dari baki beras yg masih ada dan dia cuma ada las 50 ringgit dalam tangan buat apa apa kecemasan. Nak gadai rantai leher dia pun- kedai pajak tak buka.

( Rina ni perangai dia - Pokchik memang kenal, dia tak akan menyusahkan Mak dia di kampung atau susahkan adik beradik dia - dan dia selalu pikir yg dia belum lagi susah sampai nak kena mintak tolong dgn kawan kawan)

( Masa kami boypren gelpren dulu - dia tak akan ambil duit poket yg Pokchik ulur....Pokchik kena curi curi letak dalam handbeg dia...dan ada sekali tu...Pokchik ternampak payslip dia...dan Pokchik copy nombor akaun bank dia - dan pokchik bank in kan kalao Pokchik nak kasi dia duit belanja kalao Pokchik pergi ops)

Dan sememang nya itu lah dia.... dah hampir putus duit pun...Dia masih diam diam sendiri dgn anak anak dia..

Cuma yg dia buat.....masa dia solat..Dia mohon dalam doa...siapa siapa yg kenal rapat dalam hidup dia akan timbul dan bantu dia.
Itu la yg dia amalkan dalam doa setiap lepas solat semenjak 4-5 hari kehabisan duit.

Apa yang dia tak sangka.....dalam dia doa tu...Pokchik lak yang tergerak hati nak cari dan call dia tanya khabar.

Allahuakbar!!.....Pokchik pun  terkejut!!...Terkejut sebab..memang Pokchik rasa hati macam digerakkan...cari henpon lama....baca sms lama....dan cuba hubungi dia... Tak tao apa sebab.

Lepas dia cerita....baru lah Pokchik faham... Allah gerakkan hati Pokchik. Allah SWT kabulkan doa dia agar orang yg pernah rapat dengan dia hubungi dia agar dia tak malu untuk minta pertolongan.

Pokchik pun kasitao...jangan bimbang..Pokchik akan bantu.

....

Pada pagi tu...Pokchik memang duty...Pokchik dah maklumkan pada anggota Pokchik..bahawa Pokchik akan lewat sikit ke tempat Ops.

Dah siap beruniform...Landrover pun sampai...Pokchik pun ke Mydin USJ yg dekat dgn rumah Pokchik.. Dengan anggota Pokchik tu, kami penuhkan satu troli dgn barang makanan yg penting ..biskut..dan minuman.

Lepas tu kami ke Kota Damansara, walaopun ada dekat 4 roadblock...tapi Pokcik mudah ja lepas sebab naik landrover pasukan Pokchik.
Pokcik cari la rumah Mantan Pokchik tu berdasarkan lokasi google maps yg dia beri..

Dah sampai....rupanya apartmen biasa (flat) yg dia duduk anak beranak..
Dia macam tergamam tenguk Pokchik...dan dia gelak gelak tenguk rambut Pokchik yang banyak uban...
Pokchik hanya senyum ....Dia masih cantik macam dulu...walao dia dah berumur 40 an....cuma rambut kepuk kepuk dia tersorok di sebalik tudung penuh yg dia pakai. Anak anak pompuan dia comel comel...

Pokchik singgah sekejap jer... Nampak mata dia berkaca kaca macam nak menangis bila dia tenguk plastik plastik barangan beg Mydin Pokchik letakkan kat tepi pintu...
Dan masih macam dulu jugak...dia masih taknak terima sikit tunai sedekah pada dia..
Pokchik sampai amik tangan anak dia...dan letak kat tangan anak dia... Baru dia cakap " cakap terimakasih kat uncle"..

Sebelum Pokchik beredar....dia ucapkan terima kasih dan mohon maaf sebab katanya susahkan Pokchik...

Pokchik jawap kata takpa...ketentuan Tuhan semuanya... Pokchik pesan...kalao ada apa apa urgency atau emergency...maklumkan la. Kalao ada rezeki dan kederat...insyallah Pokchik akan bantu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhuuuuu jgn mula bang
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak komen tapi macam gatal nak menghencap je ni ok simpan dulu nak komen elok2
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Pokchik dilimpahkan keberkatan berlipat ganda. Ameennn. Sejuk hati baca citer camni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
....

Dalam perjalanan ke tempat Ops... Pokchik terbaca Mantan Pokchik wassup - dia kata ni las dia akan wassup Pokchik....dan tak akan ganggu Pokchik bimbang juga akan ganggu rumahtangga Pokchik  ( Pokchik tak sempat cerita yg Pokchik kawin dua- patut rumahtangga's - plural)

Pokchik balas - jangan risau la..... anggap la kita sesama saudara. Kalau susah ...wassup saja la.

Ya....

Itulah ceritanya....

Pokchik doa kan agar dia ditemukan jodoh yg baik baik dgn lelaki budiman yg boleh jaga dia dan anak anak dia... Doakan agar kerjanya disambung lepas PKP ini dan doakan agar dimurahkan rezeki anak anak comel dia...

Pokchik jua mohon doa...agar ampunilah dosa dosa Pokchik enjoy masa muda dengan dia dulu...

Pokchik bersyukur....diberi peluang membuat sikit kebaikkan pada dia .... buat bekal sikit pahala masa Pokcik mati nanti.. Alhamdulilah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
......Pokchik ngan Che Puan Besar memang sporting.... Pokchik selalu bercerita kat Che Puan kalao Pokchik terserempak ngan mana mana mantan gelpren Pokchik.

Kadang kadang Che Puan suka usik....cakap auta dan trik Pokchik dah tak jalan kalao Pokchik masih nak mengurat budak2 pompuan zaman tik tok  nih... hahaha

Tapi entah lah.... pasal Pokchik tolong mantan nih... Pokchik tak kasi tao.... Biarlah jadi rahsia. Boleh ja Pokchik kasi tao... Tak ada masalah pun....

Tapi biar la...... Pokchik rasa ianya personal Pokchik.... ianya bantuan pada seseorang dalam hidup silam Pokchik...

Ok...Abis
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok pak cik, perbuatan bersedekah tu mulia, tapi jgn jadikan sebagai tunggangan nak jumpa lagi dah le dan sperti keputusan pok cik dan mantan cukup setakat itu. Pandai2 la pok cik uruskan mem2 kesayangan pok cik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2020 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 18-4-2020 01:17 PM
Ok pak cik, perbuatan bersedekah tu mulia, tapi jgn jadikan sebagai tunggangan nak jumpa lagi dah le ...

Ye laa Kat.... tajuk jer gempak tu

Emosi Cinta Lama tu betol la....pasal mantan cinta lama Pokchik - bukan bermaksud cinta lama berputik kembali masa PKP PKP nih...

Yang Pokchik nak cerita nih...lepas put all the puzzle.. Pokchik kagum dgn kuasa Tuhan.

Hamba dia mohon doa minta pertolongan..... Tuhan makbulkan....dan ada pengantara yg datang.  Selama ni Pokchik hanya terbaca pasal macam nih dalam tazkirah jer....

Macam twilight zone - sampai sudah Pokchik tak boleh nak explain....kenapa Pokchik cari henpon lama dalam kotak.....kasik caj dan ON kan...dan kenapa Pokchik carik dan baca sms mantan Pokchik...

Tak boleh nak explain....tak reti nak kasitao apa rasa hati macam kena gerak.

Tu ja nak share...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah poh cik.. Kuota ada dua lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.162485 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list