CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PristineOne

Emosi Cinta lama - PKP

  [Copy link]
Post time 19-4-2020 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Respect dgn pok cik sbb membantu ibu tunggal yg susah.

harap2 kisah pok cik ni kisah benar la. Bkn cerpen mcm cikgu suraya tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Menangis saya baca cerita ni.. Semoga Allah swt permudahkan urusan akak rina..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2020 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokcik so sweet. Yg 1st Che Puan Besar. yang 2nd nama apa pokcik. Pokcik, smoga dipermudah segala urusan ya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2020 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 18-4-2020 11:41 AM
Mem dengan baby gurl serumah ke pak cik

Kat....

Babygurl tu anak pokchik yg bongsu .
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 19-4-2020 09:31 PM
Kat....

Babygurl tu anak pokchik yg bongsu .

Wkakakaakaka maapkan caye pok cikkk mujur tak tuduh sumbang mahram

Dulu pernah baca umah mem besar dengan mem muda dekat je, kot2 la pok cik angkut serumah   boleh baik na.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2020 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mengusik jiwa betul baca kisah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2020 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 18-4-2020 01:55 PM
Wah..pokcik..Ada org kata..kalau dah beristeri dua tu..mmg akan beristeri lagi sampai 4..since nampa ...

Waaa korang nih!!  Ada ke galak Pokchik kawin lagik

Meh sini Pokchik cerita sikit apa yg terjadi..Off topik sket.

Bukan senang beristeri dua selama pengalaman Pokchik 8 tahun.   Rumahtangga's Pokchik aman cuma Pokchik membayar dengan harga yang tinggi dari segi kerjaya Pokchik disebabkan berpoligami.  Walaupun ianya polisi tidak rasmi perkhidmatan .... tapi disebabkan Pokchik berpoligami ... Pokchik terlepas kenaikan pangkat Pokchik.
Kebanyakkan batchmate Pokchik sudah pun naik pangkat dan memerintah unit yang besar atau duduk di jawatan yang strategik....Pokchik masih lagi memerintah unit yang kecil.  Poligami masih lagi taboo dalam perkhidmatan pasukan Pokchik.

Juga ...8 tahun dulu tidak juga Pokchik merancang nak beristeri lagik...
Mungkin pada masa itu  ( Masuk umor 40 ) dan Pokchik dah mula berubah......cuba jaga solat .....cuba penuhkan puasa bulan ramadhan ... jadi bila kenal dgn Che Puan Bongsu ( masa tu umor dia 20 tahun)...pada asalnya kunon mcm Uncle angkat...tapi Pokchik tao kalao berlarutan, akan ada yang terlanjur dgn Pokchik...maka Pokchik cepat2 masuk pinang ( dgn selambanya) ...

Dijadikan cerita...Che Puan Bongsu ni keturunan Kadazan + Bugis ... jadik berian ( hantaran orang Bugis atau Kadazan ni tinggi),  Maka keluarga Che Puan Bongsu ni dalam nak MENOLAK pinangan Pokchik secara halus dan adat, telah meletakkan berian kahwin yang tinggi dengan harapan Pokchik tak mampu dan tak akan meneruskan hasrat untuk kahwin..
Tapi Pokchik kan askar.....hehehehe  Askar mana boleh kalah

Walaopun berian kahwin yang diminta tu tinggi, tapi Pokchik dapat mengadakan berian tersebut... ( setahun sebelum itu Pokchik baru balik dari Misi Pemerhati UN di benua Afrika - adalah sikit duit elaun UN tu).

Pendek cerita kami pun berkahwin la....walaopun susah nak dapat kebenaran kahwin dari Panglima atasan Pokchik....susah juga nak dapat kelulusan dari Kor Agama. Tapi ujungnya dapat la juga

Che Puan Besar tak tao masa Pokchik kawin tu.... hanya terpecah setelah 6 bulan Pokchik kawin dgn Che Puan Bongsu... Merajuk jugak la dia..
Pokchik kena silent treatment dalam 2 bulan   Tapi alhamdulilah - Pokchik berjaya pujuk dan Pokchik tiada masalah dgn kedua dua Che Puan selama 8 tahun berpoligami ini.

Ramai kawan Pokchik tanya - ilmu apa Pokchik pakai? Sebenarnya tak ada ilmu apa pun. Pokchik dikurniakan dgn Che Puan Besar yg amalkan prinsip - In my house he is my master - outside the house why bother.

Dan Che Puan Bongsu pulak - jenis pandai bawa diri dan selalu beralah.
Juga dua dua jenis tak saling fren dalam FB atau follow insta. Jadi tak timbul apa apa punca nak bergaduh.
Komuniti kawan kawan juga berbeza dan tak saling mengenali - jadi tak timbul masalah kawan adu domba.

Balik cerita galakan untuk Pokchik kawin lagi ni.....rasanya tidak la. Tidak buat masa kini....kih..kih..kih

Kalau ikut hulum akal ...rasanya tak ada kut pengisian gelaran Che Puan Tengah (No.3) atau Che Puan Muda (No.4)...

Melainkan jodoh

Tapi logiknya Pokchik tidak berhasrat pun... Masa seharian tidak cukup juga tenaga nak kesana sini pun dah tak sekuat masa muda dulu. Boleh ja Pokchik nak menikah kali ke 3 ... tapi rasanya Pokchik tak dapat nak berlaku adil dan paling utama Pokchik dah aman serta tenang dgn 2 isteri...Pokchik taknak serabut dan stress kalau ada 3.

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2020 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak Cik nak tanya, askar kan gaji ada potong elaun terus ke isteri, so bini bongsu tu pun diptotong ke akaun juga ke? taknak jawab takpe kihkih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2020 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
miracle_forever replied at 18-4-2020 02:26 PM
Saje la nak tanya...kalau la ex gf pakcik ni masih isteri orang..tapi bermasalah sama mcm yg pokcik  ...

Menjawap soklan chouls ni...ni jawapan Pokchik,

Jika situasinya ..Mantan Pokchik suaminya masih hidup dan hilang pekerjaan juga...adakah Pokchik akan bantu?

Jawapan nya YA... Pokchik akan tetap bantu..

Dalilnya mudah saja  - sekeras kerasnya latarbelakang Pokchik ...Pokchik tetap tak sampai hati nak biarkan sapa pun ber lapar..

Begini perangai Pokchik;

Kadang kadang masa Pokchik makan kat kedai mamak...akan ada lelaki tak siuman yg bercakap sendiri dan tak terurus yg datang ke kedai tersebut. Selalunya tokey kedai akan halau kalau orang gila tu mengganggu pelanggan atau pun Tokey kedai buat tak tahu saja... Ada sebilangan kecil yg akan bungkus minuman dan bagi pada orang gila tu dgn harapan orang gila tu beredar dari kedai dia..
Pokchik kalau nampak orang gila tu...selalunya Pokchik akan cakap pada Tokey...bungkus apa yg dia nak...dan Pokchik akan bayarkan..... pasal Pokchik tahu orang gila tu lapar.

Satu lagik.... kat Kedai MESRA Petronas....selalu makcik tua jual kerepok bersila kat luar kakilima dgn jualan keropok dia... Pokchik tak beli ( keropok sindiket tu tak sedap) tapi Pokchik sedekahkan duit kecik dan letakkan air kotak dan roti bun. Duit tu rasanya makcik tua tu serahkan pada sindiket tapi air kotak dan roti tu dapatla Makcik tua tu makan.

Walaopun Pokchik ni dulu hantu....sekarang pun bukannya baik pun....tapi Pokcik kalah kalao bab sapa sapa lapar tak makan. Itu la Pokchik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2020 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by PristineOne at 20-4-2020 12:40 AM
awanysss replied at 18-4-2020 03:03 PM
baiknye pokchik.. jgn amik kesempatan dalam kesempitan tau..
kalau ada anggota ke kenalan yg single ...


Menjawap soklan chouls pulak...

Rasanya Mantan Pokchik ni tidaklah terkontang kanting sangat.... Dia ni kekunun power puff gurl...tu ja. Jenis mandiri. Cuma pasal PKP ni dia terperangkap dgn masalah tetiba duit terputus ( ramai juga yg macam ni masa PKP nih). Tak sangka wabak ni boleh jadi masalah satu negara dan semua terperangkap dan tak bersedia.

Pokchik yakin dia dan anak anak boleh survive - dalam masa Pokchik mendengar masalah dia, dia ada bagitahu masih ada rantai emas, rantai tangan dan cincin untuk digadaikan - cuma pasal PKP ni kedai pajak tutup.
Apa yang Pokchik berikan barangan tu rasanya cukup sampai bulan puasa ini untuk dia 3 beranak. Dan dia pun maklumkan Pokcik bahawa dia akan gadaikan barang kemas dia untuk bertahan sehingga dia dipanggil bekerja semula dan mendapat gaji penuh.
Cuma Pokchik nasihatkan dia...kalau dia nak gadaikan 2 barang kemas, jangan disekalikan satu surat pajak  nanti susah dan agak tinggi nilai dia nak tebus nanti...Pokcik bagi idea kalau 2 barang kemas buat 2 surat pajak....nanti bila tiba masanya dan mampu dia boleh tebus satu barang dan bayar bunga satu barang lagi untuk ditebus di kemudian hari.

Pokchik doakan dia selamat anak beranak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 18-4-2020 03:11 PM
Wahh..abg pristine..
Semua tempat tu iols biasa pegi dulu..
Dv8,modesto,el nino(latin&salsa danc ...

Ya sis....tu semua tu tempat iols berjoget lambak la dulu

DV8 la paling kerap....lepas penat joget...pergi A&W kat sebelah pekena coney dog
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
CardiGans85 replied at 18-4-2020 07:08 PM
Alhamdulillah semoga luas rezeki pokchik sekeluarga.

Cite psl mantan ni,  br td mantan bf bertele ...

Elok sis dengar dan hayati lagu ni ..

Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang

Chorus
.... Kao...telah jauh
Jauh dari ku..
Tiada ruang dihati buat mu..

Namun..harusss ku akui...
Ada ketika..
Diminda ..kau MENJELMA kembali.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 18-4-2020 07:43 PM
Pok cik punya gaya bercerita best. Pokcik jomlah kongsi pengalaman angker di bod mps. Mesti banyak k ...

Nanti Pokchik merayau kesana..... ada la jugak cerita cerita Conjouring selama jadik askar nih. Nanti Pokchik share..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2020 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 19-4-2020 07:07 AM
Respect dgn pok cik sbb membantu ibu tunggal yg susah.

harap2 kisah pok cik ni kisah benar la. B ...

Yang Pokchik nak share kan bukannya sumbangan kecil Pokchik tu dalam membantu Mantan gelpren....tapi yang Pokchik nak share kan adalah perkara yg tak boleh dihurai dengan logik akal.....macam mana dengan doa dan mengadu susah pada Tuhan....sampai pertolongan Tuhan tu pada hamba nya..

Pokchik sampai sudah ...tak ada jawapan KENAPA dan MENGAPA Pokchik cas dan ON kan balik fon lama....dan KENAPA Pokchik hubungi Mantan Pokchik? Pokchik tak ada jawapan....dan Pokchik tak boleh nak explain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 19-4-2020 07:07 AM
Respect dgn pok cik sbb membantu ibu tunggal yg susah.

harap2 kisah pok cik ni kisah benar la. B ...

Kisah benar chouls...

Dan ini la Pokchik ..  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan ini pesanan Pokchik untuk chouls semua

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2020 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
jepp replied at 19-4-2020 06:33 PM
Pokcik so sweet. Yg 1st Che Puan Besar. yang 2nd nama apa pokcik. Pokcik, smoga dipermudah segala ur ...

Yg 1st Che Puan Besar

2nd Che Puan Bongsu


Che Puan Tengah dan Che Puan Muda ...kekosongan tidak diisi buat masa ini berdasarkan pada harga minyak brent dibawah 50USD satu tong  juga kemelesetan ekonomi bagi pihak pengeluar minyak OPEC serta kemuncupan ekonomi yang bakal melanda negara serta pasaran pasif bagi seluruh Asia Tenggara yang bakal berlaku disebabkan pandermik wabak covid 19. Kekosongan juga tidak disi disebabkan Ringgit Malaysia masih lagi diatas paras 4 ringgit berbanding dolar Amerika.

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 20-4-2020 12:03 AM
Yg 1st Che Puan Besar

2nd Che Puan Bongsu

Pergh. Kaka kagum dengan jawapan pokcik. Padu. Ok, makna kata Rina tak dak can. Fuhhh. Lega Cp Besar dan Bongsu..

Cayalah pokcik. Sedar akan keadaan semasa. Double Thums up!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya pernah terserempak Mantan saya kat KLCC sebab dia kerja situ.

saya tegur dia dan kenalkan kepada suami saya yang itu kawan. Mereka bersembang baik baik aja. Tak pula saya cerita kat suami yang itu ex saya. Benda dah lama.. Tapi suami memang tahu sebelum dia saya ramai exs. Cuma tak tahu yang sedang disembang tu one of ex..

Malas nak cerita, risau lepas ni tak boleh jejak klcc. Haha

Keep it private. So saya rasa macam saya faham pula kenapa pokcik tak cerita tentang Rina ke Che Puan pokcik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2020 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 19-4-2020 10:22 PM
Pak Cik nak tanya, askar kan gaji ada potong elaun terus ke isteri, so bini bongsu tu pun diptotong  ...

Alah kacang jerr soklan chouls neh...

Betul la tu...ada potongan gaji yang dikreditkan trus pada akaun bank isteri pegawai/anggota.  Ini adalah peraturan lama yg masih dilakukan oleh UGAT hingga kini . Signifikan nya dulu dulu ...askar selalu masuk hutan bertempur dgn komunis... Sekali masuk hutan operasi makan masa hingga sebulan ke 2 bulan. Jadi sebab itulah gaji askar dipotong mengikut peratusan minima ( ada kira kiranya) dan diberi oleh Pegawai Gaji Pasukan kepada isteri semasa ketiadaan askar tersebut masuk hutan.

Ada terma dalam askar ni ( peraturan) Setiap isteri dan anak anak akan dipublishkan dalam rekod pasukan untuk kegunaan CSM ( Cawangan Sumber Manusia) juga JRP ( Jabatanarah Rekod dan Pencen) serta UGAT ( Urusan Gaji Angkatan Tentera). Ini butiran keluarga / waris askar untuk benefit bila pencen atau kematian juga urusan semasa perkhidmatan dan keistimewaan sebagai keluarga tentera.

Macam Pokchik - Hanya Che Puan Besar dan anak anak sahaja yg publish .... Che Puan Bongsu walaupun kad nikah dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Sabah dan sah disisi undang2 syariah satu Malaysia...tapi Pokchik tak publishkan pernikahan ke dua ini dalam rekod perkhidmatan ( tiada peruntukkan dalam peraturan)...tapi ada nama Che Puan Bongsu dalam rekod pasukan.

Jadi bagi berlaku adil - Pokchik ada menyimpan dalam insurans nyawa dan Che Puan Bongsu la pewarisnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.082198 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list