CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2536|Reply: 32

[Tempatan] COVID-19: China Hantar 8 Pakar Perubatan ke Malaysia

[Copy link]
Post time 18-4-2020 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan China akan menghantar sepasukan lapan pakar perubatan ke Malaysia bagi membantu usaha memerangi pandemik COVID-19.

Agensi berita Xinhua melaporkan, perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian, hari ini.

Katanya, pasukan diselaras Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, yang dipilih oleh cawangan suruhanjaya itu di Guangdong, berlepas ke Malaysia pagi tadi.

Pasukan itu diterajui Ketua Perubatan Kecemasan Bersepadu China dan Barat merangkap Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional China Guangdong, Dr Li Jun.

Menyertai beliau ialah Ketua Unit Rawatan Rapi (ICU) Guangdong Provincial People’s Hospital, Dr Wen Miaoyun; Pengarah Jabatan Kawalan Jangkitan Nosocomial, Dr Zhang Youping dan Ketua Perubatan Bersekutu Jabatan Pernafasan dan Rawatan Kritikal, Dr Yang Shifang.

Ahli lain termasuk Ketua Jabatan Jangkitan, Dr Luo Xiaodan; Pakar Psikologi Kanan, Dr Liu Xiangxin dan Ketua Perubatan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Guangdong, Dr Liu Tao.

Menyertai mereka ialah Ketua Juruteknik bidang virologi merangkap Timbalan Pengarah Pejabat Pengajian Am Institut Kesihatan Awam Guangdong, Dr Sun Jiufeng.

Sebelum ini, pada 10 April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pakar perubatan akan datang ke Malaysia bagi membantu usaha memerangi pandemik COVID-19.

Katanya, mereka akan melihat bagaimana hospital di Malaysia mengendalikan pandemik coronavirus itu. - AGENSI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Drpd dtg malaysia baik korang prg Europe or USA. Aku pun x pasti kepakaran dr segi ape yg akan diorang tunjukkan. Lain lah klu datang bawak vaksin.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini rancangan soft power building CCP la nie.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
2 minggu je kn. x sempat la dorg merasai kemeriahan ramadhan kt hospital. x leh tgk lampu lip lap2 kt kaunter pertanyaan.btw, harap ramadhan ni, kes makin mengecil, vaksin ditemui. asyik dpt wrong expectation je, asal bc fb post ada je ckp vaksin itu ini sedang dikaji, bape hari dh asyik dikaji je dlm post fb. minggu lepas baca akan dikajo, hari ni baca akan dikaji lg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Weh aku xfhm... Kenapa kita suruh diaorg dtg?  Bukan now case diaorg come back balik... Aku consider whatever diaorg buat sbnrnya xbrapwe nk berjaya sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Akumagoukioni replied at 18-4-2020 07:01 PM
Ini rancangan soft power building CCP la nie.

Agak2 ada perisik menyamar jadi saintis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-4-2020 07:50 PM
Agak2 ada perisik menyamar jadi saintis?

Mcm madey cakap "tak ade ape yg nk di spy kt malaysia nie".

Jadi aku rasa tak de sbb China nk hantar spy kt malaysia. So xde.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Quarantine dimana?

haaaaaaaaaaaaaa

taiwan yg show good handling not even considered..

jemputan  politik....

ada udang galah disebalik prawn noodles...

hawau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Akumagoukioni replied at 18-4-2020 06:59 PM
Drpd dtg malaysia baik korang prg Europe or USA. Aku pun x pasti kepakaran dr segi ape yg akan diora ...

Takkan pakar China nak pergi US... kan ada Trump...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahah replied at 18-4-2020 08:14 PM
Takkan pakar China nak pergi US... kan ada Trump...

Lencong lah ke Europe
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara sendiri pun tak terurus
Jumlah angka kematian pun disembunyikan
Lagi nak dtg menyibuk kat negara org
Hello..pakar2 perubatan Msia ni antara yg terbaik didunia
Kami tak perlukan pakar perubatan dari negara penipu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Akumagoukioni replied at 18-4-2020 08:15 PM
Lencong lah ke Europe

Rasa macam ada baca article China hantar pakar ke Italy...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Akumagoukioni at 18-4-2020 08:39 PM
Madel replied at 18-4-2020 08:16 PM
Negara sendiri pun tak terurus
Jumlah angka kematian pun disembunyikan
Lagi nak dtg menyibuk kat n ...


Klo ko tahu angka kematian sebenar sekali pun ape bezanya? Orang lbh tumpu kpd angka kematian berbanding jumlah case lololol.....


Ok US ade lebih 20K kematian so ape yg ko blh ambil dr situ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahah replied at 18-4-2020 12:21 PM
Rasa macam ada baca article China hantar pakar ke Italy...

Yess diorang ada hantar pakar ke itali
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts

harap2 diorang dah sorok apa yg patut disorok. tapi pelik jugak nak datang bukan boleh akses guna pintu belakang ke, still pakai equipment huawei kan.

sentap sepai sisipi dalam ni baca komen korang  



Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
damian_lee replied at 18-4-2020 08:26 PM
Yess diorang ada hantar pakar ke itali

Tq... ada terbaca tapi lupa pulak... itu yang tak pasti... sebab Italy kan teruk masa tu so China hantar pakar jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahah replied at 18-4-2020 08:14 PM
Takkan pakar China nak pergi US... kan ada Trump...

Trump tu rascist pd org cina. Nikan pula nak jemput cina tu p usa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahah replied at 18-4-2020 08:21 PM
Rasa macam ada baca article China hantar pakar ke Italy...

Aa btul..doctor pakar dorang hantar p sana...siap dia ckp mcmna kes turun kalau mlm2 berparty, shoping maal penuh org, masih bersantai mcm xda apa...kata doc tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 09:30 PM | Show all posts
tadi, Dr Noor Hisham dah cakap

virus type B ye yg jadi virus yg dominant dalam kes kes klinikal Covid-19 di Malaysia

tapi tak boleh nak kata lebih lanjut sebab more test.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 18-4-2020 09:28 PM
Trump tu rascist pd org cina. Nikan pula nak jemput cina tu p usa...

Patutlah ada trade war kot sebelum ni... hehehe...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.073049 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list