View: 5231|Reply: 99
|
[Tempatan]
Sindiket Jual Kad Pengenalan Mungkin Wujud Di Negeri Lain
[Copy link]
|
|
GEORGETOWN: Bukan hanya di Pulau Pinang, aktiviti sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah didalangi pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri ini berkemungkinan turut berlaku di negeri lain.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran, berkata pihaknya juga percaya sindiket berkenaan sudah lama beroperasi.
“Siasatan menyeluruh dan terperinci termasuk kemungkinan wujud pembabitan dalam beberapa peringkat di agensi berkenaan.
“Mungkin aktiviti ini sudah lama dilakukan dan ada beberapa lapisan dalam sindiket terbabit, sebab itu polis perlu menjalankan siasatan secara terperinci,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan Antarabangsa Kelima, di sini, hari ini.
Sehingga kini, empat individu masing-masing seorang wanita dan tiga lelaki yang terbabit dalam sindiket penjualan MyKad menjadi buruan polis dalam Op Biru fasa kedua yang dilancarkan, baru-baru ini.
Mereka diburu itu terdiri daripada seorang wanita yang masih berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah negeri di utara, dua lelaki bekas kakitangan JPN dan seorang lelaki bergelar Datuk.
Dalam Op Biru fasa kedua itu, polis turut berjaya menahan seorang lelaki warga India yang didapati menggunakan MyKad yang diperoleh secara tidak sah.
Lelaki berusia 20-an ditahan di sebuah rumah di Nibong Tebal, semalam susulan risikan yang dilakukan polis.
Dalam kejadian 12 September lalu, enam lelaki termasuk seorang berpangkat Datuk dan seorang Penolong Pengarah JPN berdepan 32 pertuduhan menjual MyKad sah kepada warga asing.
Fasa pertama Ops Biru menahan 20 individu susulan pembongkaran seorang warga China yang cuba memohon pasport menggunakan MyKad sah di Jabatan Imigresen Pulau Pinang pada 16 Mei lalu.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tembak mati je dorang ni semua...yg keje jpn ni pun satu..tamak sgt nak duit rasuah bagai...dpt tgkap tembak mati je...menjual maruah negara... |
|
|
|
|
|
|
|
lurve82 replied at 26-4-2020 03:22 PM
tembak mati je dorang ni semua...yg keje jpn ni pun satu..tamak sgt nak duit rasuah bagai...dpt tgka ...
Kannn..this is treason! Death sentence atau buang dr malaysia! |
|
|
|
|
|
|
|
or beheaded them all...
|
|
|
|
|
|
|
|
Proses permohonan dan tapisan untuk buat kad pengenalan kena lebih ketat
ciri2 keselamatan pun
jahanam negara kalo biar |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu aku kata.. Kena tangkap dakwa atas pengkhianatan terhadap negara. |
|
|
|
|
|
|
|
tembak dan campak ke kandang babi jah... dengan orang2 dalam tu sekali tembak tak payah nak tunggu2 court |
|
|
|
|
|
|
|
lurve82 replied at 26-4-2020 03:22 PM
tembak mati je dorang ni semua...yg keje jpn ni pun satu..tamak sgt nak duit rasuah bagai...dpt tgka ...
benda cam ni paling ringan pon penjara seumur idup...paling 'sesuai' apa yg saudara/i cadangkan tu.Ni namanya pengkhianat negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni berlaku masa PH
cina prc dengan india banyak beli ic
|
|
|
|
|
|
|
|
mykad tu dah macam security ada.. di tambah central system. mustahil nak palsu.
tapi system boleh dipecahkan dgn pengkhianat dari dalam.
suggest.. hukum tembak kepala pengkhianat ni dgn AK47 buat live kt tv.
aku tengok china buat hukuman ni, habis hancur kepala memang tak cam. |
|
|
|
|
|
|
|
ha kita nk marah pati naik tongkang walhal rakyat msia yg bekerja kerajaan yg jd dalang. Ini 1 pengkhianatan bsr pd negara.
hukuman gantung atau mati x memadai. Kena bg seksa dulu sblm mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Thread macam ni segala 'pakar' tabligh ka rohingya ka tak masuk sebab tak ada berkait Islam |
|
|
|
|
|
|
|
Yang marah tu hari sbb xdapat makan income ciput pelarian tu kot.. 15k kot sekepala.. x 300..
berjuta satu kot satu bot kecik tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya kerajaan kenakan hukuman mati kpd individu yg menjual mykad ni kat warga asing..Kalau stakat tangkap denda dan penjara je dorang takkan serik..mereka ni la sebenarnya pengkhianat negara... |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 26-4-2020 04:42 PM
Yang marah tu hari sbb xdapat makan income ciput pelarian tu kot.. 15k kot sekepala.. x 300..
berju ...
RM15k × 300 org = Rm4.5 juta.. Fuhhh kaya Betul |
|
|
|
|
|
|
|
memang pengkhianat negara..sakit hati aku..memang tak sayang Malaysia langsung... |
|
|
|
|
|
|
|
Satu penghinaan serta pengkhianatan kpd bangsa & negara. Patut hukum bunuh atau dilucutkan je kerakyatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh hooo.. Ni sudah banyak melampau.. Siap layak terima BPN.
Tolonglah kenakan hukuman buang negara pada pengkhianat yg jual ic ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|