View: 1564|Reply: 13
|
[Tempatan]
Long TIGER didakwa pecah amanah wang RM3,500 milik pesara
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 8 Mei -- Seorang lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah wang RM3,500 milik pesara yang sepatutnya digunakan untuk membeli barang keperluan memasak dan ubah suai kedai.
Abdul Hamim Abdul Hamid, 31, dari Tangkak, Johor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, Abdul Hamim, yang merupakan pengurus kedai makan, yang diamanahkan dengan harta iaitu wang masing-masing berjumlah RM2,000 dan RM1,500 milik Yazid Maarof, 69, didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap wang berkenaan.
Berdasarkan pertuduhan, wang itu sepatutnya digunakan untuk membeli barang-barang keperluan memasak, modal pusingan untuk berniaga dan mengubah suai serta baik pulih kedai makan di Desa Jaya, Kepong.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Keramat Permai, di sini, pada pukul 4 petang, antara 2 dan 5 Jan 2017.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan dilakukan tertuduh tidak boleh dijamin.
“Kewarganegaraan tertuduh masih belum disahkan. Dia tidak mempunyai kad pengenalan asal cuma kad pengenalan sementara dan ada risiko untuk tertuduh melarikan diri,” katanya.
Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff, yang mewakili Abdul Hamim memohon jaminan diberikan terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh mempunyai keluarga dan restoran di Bukit Gambir, Johor serta tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.
Beliau memohon jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan turut memberitahu anak guamnya telah dituduh di Mahkamah Majistret Tangkak bagi kesalahan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan dan diberi jaminan RM8,000 dengan dua orang penjamin.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut??? Badan binasa!! Rasainnn tu lah dah tau melukut, kau nak provok2 pihak bkuasa. Kan dh mendapat. Cashhh |
|
|
|
|
|
|
|
satu per satu kes longhingya ni kantoi |
|
|
|
|
|
|
|
kes rogolnya apa cerita? Senyap je. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pulak akak inspektor senyum kat sebelah jantan tu. Dahlah ada kes rogol.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 8-5-2020 08:37 PM
Boleh pulak akak inspektor senyum kat sebelah jantan tu. Dahlah ada kes rogol.
Ada kes rogol ke?.... |
|
|
|
|
|
|
|
Akak senyum sbb dapat masuk berita ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bangkai rohingya tu ko tembak saja betul dahi tu...apa yg ko drag masa berhari-hari
xdenya...
ko tembak mati saja kemudian ko cincang bangkai tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
abg long kawasan nih sama level ketua pemuda cawangan.
hari nih tangkap, besok umngok hantar loyar bagi lepas.
|
|
|
|
|
|
|
|
rupanya roh roh rohingya cuma lah sebuah jasad |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 8-5-2020 08:37 PM
Boleh pulak akak inspektor senyum kat sebelah jantan tu. Dahlah ada kes rogol.
Tulah...aku pun tak faham
Punyalah sengih bangga.
Kalau aku tak kuasa nak tengok pun |
|
|
|
|
|
|
|
monsterwife replied at 8-5-2020 09:56 PM
Tulah...aku pun tak faham
Punyalah sengih bangga.
Kalau aku tak kuasa nak tengok pun
Ke sheols dah lali iringi perogol penjenayah?
Jangan pulak long tiger kenyit mata kat akak ni pulak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|