View: 4471|Reply: 71
|
[Tempatan]
perlis boleh sembahyang jumaat! minimum 3 orang,maksimum 12 orang!
[Copy link]
|
|
rujuk fb mufti perlis
https://www.facebook.com/279290772989/posts/10158479291952990/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ramai ke pegawai masjid dan ajk masjid yang layak? |
|
|
|
|
|
|
|
solat jumaat mesti 40 org
below zohor jelah
sekolah kat Siam ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
harisbee replied at 8-5-2020 09:13 PM
First come first serve?
Yeah..pastu no 13 jadi imam tunggu lagi 11 org plak..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mengikut No 2 diatas hanya pegawai2 dan ajk masjid je dibenarkan orang awam masih belum dibenarkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah harap nnt org2 awam pun blh jugak |
|
|
|
|
|
|
|
perlis ni pelik sket, mufti dia xserupe mufti lain |
|
|
|
|
|
|
|
Perlis benar solat Jumaat bersyarat minggu depan
Perlis membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid bermula minggu hadapan atau 15 Mei dengan syarat tertentu.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataan berkata, bagaimanapun pelaksanaannya hanya terhad kepada jawatankuasa masjid tanpa dihadiri orang awam.
Kenyataan itu berkata, perintah berkenaan dikeluarkan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai permulaan untuk membolehkan 'syiar Jumaat' dihidupkan kembali.
"Peraturan disediakan untuk masjid di Perlis agar didirikan solat Jumaat selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ekoran COVID-19 setelah mengambil kira dan mempertimbangkan pandangan dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Muazakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sehubungan itu, solat Jumaat hendaklah didirikan dengan mematuhi ketetapan tertentu seperti jumlah jemaah termasuk imam dan khatib tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang daripada tiga orang.
"Masjid tidak dibuka kepada awam sebaliknya, hanya pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid sahaja dibenarkan melakukan solat Jumaat di masjid," kata kenyataan itu, hari ini.
Kenyataan itu berkata, antara syarat lain adalah mereka berusia 60 tahun dan ke atas tidak dibenarkan hadir ke masjid.
"Setiap yang diizinkan hadir hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran.
"Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selsema serta mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah dan sebagainya tidak dibenarkan hadir.
"Jemaah mestilah melaksanakan penjarakan sosial semasa solat (sekurang-kurangnya 2 meter) serta diwajibkan memakai pelitup muka ketika menunaikan solat," katanya.
Kenyataan itu berkata, jemaah juga dikehendaki berwuduk terlebih dahulu sebelum ke masjid dan pelaksanaan rukun solat Jumaat terhad selama 15 minit sahaja.
"Tiada kontak fizikal dibenarkan di dalam masjid sama ada sebelum atau selepas solat serta jemaah hendaklah terus beredar meninggalkan kawasan masjid seusai selesai solat," katanya.
Katanya, pelaksanaannya mestilah di kawasan lebih terbuka seperti di anjung masjid dalam usaha memastikan negeri Perlis diisytiharkan sebagai zon putih dalam waktu terdekat seterusnya dapat mengekalkan status tersebut demi kesejahteraan seluruh rakyat. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yelah dah ko yang pertama umum xde solat Jumaat ,mmg patut pun ko umum awal-awal lagi akan diadakan solat Jumaat ...xdelah nampak mcm negeri ko negeri kapiaq sangat.
Indera Kayangan ala-ala negeri hindu |
|
|
|
|
|
|
|
Bukankah kena ada sekurang2nya 40 lelaki yg bermastautin kat sana br leh solat jumaat? |
|
|
|
|
|
|
|
2 meter social distancing masa berjemaah? Tak ke kira da putus saf? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana Perlis dah bagi kebenaran sedangkan menteri agama cakap dalam berita tadi esok baru nak persembahkan hasil muzakarah tadi ke Majlis raja-raja.
Cepat nau perlis ni pun |
|
|
|
|
|
|
|
Maafkan sy yg jahil ni bertanya.. Solat jumaat bukan at least kena ada 40org ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu lah 2 meter , kalau kat kedai , mall , hypermarket semua 1 meter je kenapa tak leh buat yg sama ketika solat berjemaah kann ....patutnya 1 meter lah kalau nak buat social distancing sebab semua tempat camtu ,so kena adil .
Kenapa hanya ahli jawatankuasa dibenarkan dan tidak di buka pada org awam ....
awat AJK kebal covid ka org awam tak ? patutnya kena adil lah kann , sebab di sisi Islam semua sama je kedudukan dan status , tak leh utamakan satu pihak lalu mengenepikan totally pihak lain tambah2 bab ibadah .
Masjid besar lah, of course cukup nak buat jarak 1 meter utk 40 org.... so tak logik cuma 12 je plak . Memboros space laaa , ruang yg kosong berlambak lagi di biarkan buat pe.
Yg lebih pelik ismail sabri dok riuh tak benarkan mall paksa rakyat pakai mask , tapi utk ke masjid boleh plak paksa pakai mask .....
hehe tak konsistent ye peraturan nampaknya, kat masjid di perketatkan kaw kaw sampai tak kena gaya,
yg kat mall kat hypermarket di longgarkan sampai sekali masuk 60 org. Hmm kenapa double standard gitu ....
Islam agama rasmi tapi ibadah dan tempat ibadah di anaktirikan lah pplak nampaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
harkktuih replied at 8-5-2020 08:53 PM
2 meter social distancing masa berjemaah? Tak ke kira da putus saf?
Tak. Itupun nak tanya. |
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 8-5-2020 10:54 PM
tak perlu lah 2 meter , kalau kat kedai , mall , hypermarket semua 1 meter je kenapa tak leh buat yg ...
Start dengan ajk masjid dululah. Buka kat awam satgi semua serbu. |
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 8-5-2020 10:54 PM
tak perlu lah 2 meter , kalau kat kedai , mall , hypermarket semua 1 meter je kenapa tak leh buat yg ...
Start dengan ajk masjid dululah. Buka kat awam satgi semua serbu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan syarat sah solat jumaat kne 40 org? Yg menetap di kawasan itu |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn solat jumaat min 40org ke?....
Klu tak cukup, tak blh buat solat jumaat |
|
|
|
|
|
|
| |
|