CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7887|Reply: 129

[Tempatan] laporan khas! lebih 1 juta wanita selangor 30 tahun keatas masih bujang!lelaki h

[Copy link]
Post time 9-5-2020 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 10-5-2020 03:18 AM

LAPORAN KHAS
Lebih 1 juta wanita Selangor 30 tahun ke atas masih bujang
01 Mar 2020

WARTAWAN SINAR HARIAN
PERUBAHAN sosial, tekanan pekerjaan dan ekonomi yang stabil untuk hidup bersendiri menyebabkan trend kahwin lewat terutamanya di bandar-bandar besar Malaysia semakin meruncing.

Trend bujang senja ibu kota paling menakutkan apabila berdasarkan rekod bancian tahun 2010, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mempunyai bilangan atau peratusan lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas belum berkahwin paling tinggi.

Lebih mengejutkan berdasarkan kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang (dalam kalangan 30 tahun ke atas), Selangor merekodkan jumlah tertinggi wanita bujang apabila angkanya melebih 1,014,327 orang orang. Ia diikuti wanita bujang di Johor seramai 636,537 orang.

Bagaimanapun dari segi peratusan jumlah penduduk, wanita bujang 30 tahun ke atas lebih tinggi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang apabila masing-masing merekodkan 14.81 peratus dan 12.60 peratus.

Bagi kategori lelaki pula, kaum Adam di Selangor turut mencatatkan jumlah bujang 30 tahun ke atas paling ramai mencecah 148,803 orang diikuti Johor 104,416 orang.

Bagaimanapun dari segi peratusan pula, ia tetap didominasi lelaki kota apabila 18.78 peratus lelaki Kuala Lumpur dan 16.80 peratus lelaki Pulau Pinang belum berumah tangga.


https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/72031

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2020 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe because women have lots to lose bila kawin as compared to men? Ke bukan camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu kawin dapat biawak hidup buat apa? Baikla membujang sampai ke tua.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Calling for @ifanonline
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu rekod bancian tahun 2010   yg latest tak de ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi jauh beza tu.. 1 juta perempuan:100 ribu lelaki umur 30an yg single
Duda termasuk tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau blm sampai jodoh nk buat mcmmna..
Lgpn mgkn mereka selesa menikmati hidup skrg..
Klu dpt suami biawak pun xde gunanya..melainkn sdri sanggup tanggung maka hadaplah..
Perempuan pun ada nafsu jugak..
Hmmm..selama mana boleh tahan..end up bermaksiat jugak lg tambah dosa..
Iols faham mgkn mereka tak boleh terima duda(yg ada tanggungan ank2 cthnya)atau suami org..tp klu nk berkongsi tu kena tahulah diri sikit jgn nk cuba nk merampas jd milik seorg..yg penting kena ada restu dari 1st wife..kena wajib ada budi bahasa dan mgkn syarat2 dipersetujui bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 10:53 AM | Show all posts
nak tanya, bancian ni based on tempat kan...  bukan orang asal disitu kan...  i am assuming 4 negeri tu adalah tempat yang banyak buka peluang pekerjaan dan ramai single ladies berusaha kesana untuk keluar dari kesusahan...  cuba buat bancian lelaki bujang kat negeri lain pulak...  rasanya lebih tinggi sebab single ladies dah banyak keluar cari kerja elok kat 4 negeri tu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat bertemu jodoh yg baik2 semua yg bujang ittew. Ameennnn
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 10:56 AM | Show all posts
ni bancian tahun 2010, motep wartawan baru nk report hari ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bak sini aku ratib dulu.... Biawak biawak biawak
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
X salah pun jadi single..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Rata2 pompuan skang ada minded baik single dr perabis kt biawak. Aku tgok rmai je pompuan single really enjoy their live. Travel situ sini, beli branded stuffs, cukup masa bwk mak ayah gi haji umrah. Sbb rata2 yg single ni kewangan dorg mmg stabil.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
tindakan wajib pengerusi tetap andartu semalaysia en. ipan. dalam pada itu adalah sorg ni propos belom apa apa kata aku game dia. eh..cerdik akal lelaki ni kan..dia yg nak mengame kita pulak dikatanya. terus sentap merajuk block kita
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo single ladies to gaji level2 T20, kisah apa kalo takde jantan pun
ms pkp tu pun diorg takde problem duit
takyah nk harapkan BPN la, kwsp la
terasa nk makan pizza,call je grab food and bayar
bini2 org yg dpt laki sengkek, nk beli susu anak pun kene tggu laki dpt BPN and kwsp
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Covid19 replied at 9-5-2020 10:39 AM
Itu rekod bancian tahun 2010   yg latest tak de ke

nampak tak reporter pun pemalas dah takde hot story nk publish nak naikkan rating. sampaikan data 10 thn lepas pun ntah valid lagi ntah tak. terpaksa lah nampakkan struggle buat keje time pkp ni..takut pulak sok2 kena buang keje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
2010??? Itu Rohingya Zafar Ahmad dan kenkawan warga asing nya belum kawen pompuan tempatan lg...la ni dh kurang sikit dh kot...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 2008 dulu aku pernah guna nama Bujang Tak Senang dalam forum topix.com
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Daripada berlakikan perangai biawak.. baik ler hidup single..
Baik jola joli duit susah payah bekerja.
Hiburkn hati mak bapak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah data 2010 10 thn dulu tak de data baru ke ni pun blh jd berita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.376265 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list