CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4298|Reply: 29

[Tempatan] Remaja autism Malaysia dinobat juara Asia melalui lukisan 'Our Heroes Series 1'

[Copy link]
Post time 13-5-2020 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 13-5-2020 01:06 AM

KEKURANGAN diri sebagai remaja autism tidak menghalang Wan Jamila Wan Shaiful Bahri menjuarai pertandingan melukis yang dianjurkan oleh Ardialogo Asia.

Pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama Kazakhstan-The Children Are Painting The World Social Fund itu mencatat sejarah istimewa buat Wan Jamila yang kini berusia 17 tahun.

Dengan nama penanya Artjamila, Wan Jamila tampil dengan karya tersendiri berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya.
Lukisannya bertemakan 'A Salute To All Frontliners Around The World' Artjamila menggunakan cat akrilik pada bahagian kanvas bagi menghasilkan karya bertajuk Our Heroes Series 1 yang memberikan gambaran bagaimana barisan hadapan bekerja tanpa lelah sepanjang masa untuk membantu memerangi wabak Covid-19.

"Ramai mengatakan bahawa lukisannya itu menggambarkan kerja keras para frontliner dan telah menyentuh emosi mereka. Salah seorang pengikutnya dalam talian berkata, 'Sangat gembira... seni adalah bahasanya kepada dunia... dan ia adalah puisi'.

Saya sangat bangga dan gembira kerana dia memenangi pertandingan ini. Pencapaian ini pastinya menjadi dorongan untuknya terus menghasilkan karya seni," jelas ibunya Noorhashimah Mohamed Noordin, 58.

Dalam tempoh ini setiap tahun, Artjamila biasanya sibuk, terutamanya ketika Hari Kesedaran Autisme dan acara yang berkaitan pada bulan April.

Disebabkan pameran seni dan program lain yang ditangguhkan atau dibatalkan untuk tahun ini, Wan Jamila mengalihkan fokusnya ke pameran seni dalam talian sebagai ganti.

Peraduan membuat poster ini adalah pertandingan pertama yang disertainya pada tahun 2020.
Wan Jamila menyertai pertandingan ini dan berjaya membawa pulang hadiah di bawah Kategori B, yang terbuka untuk peserta berusia 13 hingga 19. Terdapat empat pemenang lain dalam kategori ini, dari Korea Selatan, Kazakhstan, Lebanon dan Filipina.

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), Wan Jamila telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan antarabangsa yang lain dan kini sedang mengusahakan karya seni yang  lain dan kini sedang mengusahakan karya seni yang lebih besar mengenai sejarah koronavirus.

Selama ini dia sibuk dengan kerja seninya. Malah dia juga selalu menonton berita setiap petang dan kami terus berkongsi perkembangan koronavirus. Ia sangat penting agar dia memahami apa yang sedang berlaku dan mengapa kita tidak dapat menghabiskan masa di luar seperti dulu," kata Noorhashimah.

Karya seni yang berjaya dalam peraduan membuat poster ini akan dipamerkan secara digital dan diterbitkan di laman Facebook Artdialogo Asia dan The Children Are Painting The World Social Fund sebagai sebahagian daripada kempen ' Healing The World Together' yang dilancarkan pada Jumaat (8 Mei)

https://www.bernama.com/en/news.php?id=1840323

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2020 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik...
Tetiba tingat cite hindustan pasal sorg bdk autisme yg pandai melukis...amir khan jd cikgu...sedih movie tu...aku tgk smp nangis2 ok..tak ingat tajuk ape..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
cantik lukisannya..
tahniah adik!!n tahniah utk familynya jugak
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 02:57 AM | Show all posts

Autism ni banyak cabang - ada yang severe ada yang mild kalau diberi guide yang betul boleh berjaya jadi doktor, engineer dll jwt tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik poster adik ni. Very observant orangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2020 06:52 AM | Show all posts
cantik nampak timbul2 lukisan tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 13-5-2020 02:16 AM
Tahniah dik...
Tetiba tingat cite hindustan pasal sorg bdk autisme yg pandai melukis...amir khan jd ...

Taare zameen paar

Klu xslh eja, itu lh tajuk filem tu
Mmg best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2020 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn water color biasa2 ye
Cat akrilik
Kanvas tu mcm kain kasar tu kn

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 08:02 AM | Show all posts
tahniah   
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 08:06 AM | Show all posts
tahniah dik
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik..  detail gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
menteri pendidikan / menteri seni dan budaya/ menteri pembangunan wanita n kanak2 harus ucap tahniah kt budak ni. art pun a part of learning kn. g check la dulu validity competition ni dulu. xnk la jd cm nasa competition tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik.moga anak menakan acik yg autisme tu on berbakat besar macam adik
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
aah cantik!

anak otisim ni mmng artistik..mcm anak sy sorg tuigtkan dia lebih pada sains tulen rupanya dia lebih pada seni..lukisan dia mmng cantik. nti meold amik gmbr. asalnya xtau dia otisom aku dok bantai didik mcm normal..lama lama bru sedar dia otisom. but luckily dia jdi sedikit kejung dan tak mesra mcm anak lain..dia suka melukis dan main kotak kaler kaler tu hnya dua tiga minit dia bole siap. sorry citer psal anak sy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Valid ke tak pertandingan tu... bukan apa takut kena kencing lagi.. cukup2 lah sekali..
Anyway tahniah sbb lukisan tu cantik.. pasal pertandingan tu hopefully valid lah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 13-5-2020 02:16 AM
Tahniah dik...
Tetiba tingat cite hindustan pasal sorg bdk autisme yg pandai melukis...amir khan jd ...

Nnt nk cari la.anak iols autism pun suka melukis. Cara dia melukis tu cam unik skit cth dia nak lukis doodle ke apa time nk mula tu kita cam takleh jangka dia nk lukis apa huhu sbb dia mula lukis rambut dulu baru muka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik..
Kelebihan boleh menggambar dalam bentuk lukisan...
Syabbbassss
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 13-5-2020 09:54 AM
Nnt nk cari la.anak iols autism pun suka melukis. Cara dia melukis tu cam unik skit cth dia nak lu ...

Anak autis ada macam2 spektrum kan..
Ada pandai melukis. Bermain muzik..
Kelebihan mereka..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.071414 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list