CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41604|Reply: 453

[Tempatan] Terima kasih PM - Sugu Pavithra (Update, video hadiah dari PM)

  [Copy link]
Post time 16-5-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by BomBoLoniS at 16-5-2020 04:44 PM

IPOH: "Kami hanya orang biasa. Tidak pernah berharap akan dapat hadiah daripada Perdana Menteri, terima kasih," demikian dikongsi pasangan YouTuber suami isteri yang menggunakan nama 'Sugu Pavithra'.

S Pavithra, 28, berkata dia dan suami M Sugu, 29, menerima hadiah istimewa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin lima hari lalu; antaranya tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barang memasak.

Menurut Pavithra yang tinggal di kuarters sebuah ladang swasta di Sungai Siput, mereka turut menerima sekeping kad ucapan daripada pemimpin nombor satu negara itu dan diabadikan dalam bingkai gambar.

Ucapan pada kad itu yang bertulis tangan tertera: "Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home" (Teruskan usaha yang baik, duduk di rumah sahaja).

"Semasa ada orang datang hantar ke rumah, saya tidak percaya kerana siapalah saya, sampailah akak (wartawan) telefon saya untuk bertanya hadiah diterima atau belum," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pavithra yang berasal dari Buntong di sini berkata, dia dan suami menggunakan tripod itu untuk temu ramah secara panggilan video terutama ketika 'live', namun untuk memasak di dapur mereka masih menggunakan cawan menggantikan tripod.

"Saya selesa gunakan cawan sebab dah biasa, lagipun ruang dapur terhad. Tapi untuk perkara lain memang gunakan tripod dan ia sangat membantu, terima kasih Perdana Menteri," katanya.

Menurut Pavithra, penghargaan yang diterima daripada Perdana Menteri serta pengikut akaun YouTube beliau akan dijadikan sebagai perangsang untuk terus memuat naik kandungan video memasak bagi manfaat bersama.

Katanya, selepas memuat naik rakaman temu ramah bersama BERNAMA semasa Hari Wesak pada 7 Mei lepas, jumlah pelanggan YouTube 'Sugu Pavithra' terus melonjak daripada 160,000 kepada 441,000 setakat pukul 10.30 pagi ini.

Selain itu, ibu kepada dua anak itu juga mengakui 'agak sibuk' melayan sekurang-kurangnya 20 panggilan telefon setiap hari sama ada untuk temu ramah atau menghantar bahan makanan mahupun perkakasan elektrik.

Pasangan suami isteri itu yang memuat naik video memasak pelbagai menu dalam bahasa Melayu di akaun YouTube 'Sugu Pavithra' berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok pasangan ni.. Ada rasa bahagia gitu yg bukan dibuat2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni another version of BCL and arwah, looking happy all the time
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ayat dia : ni mak mertua saya. walaupun ni mak suami saya tapi dia sayang saya lebih.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 12:57 PM | Show all posts
hahah best jugak tengok clips dia masak vadehh...niceeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki ni macam ajaib kan. Dorang pn mesti tak sangka boleh sampai tahap ni. Income je dah berapa, belum kira segala hadiah dan barang2 lain lg.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalai tgk video dia mesti tersengih2 sendiri bila part dia ngan laki dia makan. Kalau laki dia kata sedap, otomatik dia malu2. Hahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2020 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 16-5-2020 12:42 PM
Aku tengok pasangan ni.. Ada rasa bahagia gitu yg bukan dibuat2.

Kan...npk genuine
Dah famous ni, moga terus down to earth
Suka aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pm kita prihatin. Melalui medsos dia dekatkan diri dengan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 16-5-2020 01:11 PM
Kan...npk genuine
Dah famous ni, moga terus down to earth
Suka aku tgk

Itu la.. Moga kekal sifat sederhana depa berdua
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:15 PM | Show all posts
aku suka tengok betapa bersih rumah dia.. barang dapur, sinki, lantai dapur, tingkap.. semua bersih
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sugu & Pavithra mendonia literally
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:16 PM | Show all posts
makin bengkak hati kak sri..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 16-5-2020 01:11 PM
Kan...npk genuine
Dah famous ni, moga terus down to earth
Suka aku tgk

sbb family ni org bleh relate, tak perlu fancy bagai... isi ayam dlm bekas aiskrim, beli minyak sapi brand murah haha

yg paling best laki bukan goyang kaki
kan terbukti bahagia tu tak semesti hidup mewah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2020 01:18 PM | Show all posts
Rezeki yg tak disangka2.
Rajin jgk tgk video diaorg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Family Sugu ni patut jd role model dlm penggunaan media social & teknologi yg betul mampu menjana pendapatan & followers.
Bukan mcm cara murahan gelek2 terkangkang kt tiktok bigo semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki yg tak disangka2. Igt lagi dia ckp, kami makan pakai tgn kanan ya, sbb guna kamera dpn nampak kami mkn pakai tgn kiri. Sampai gitu sekali dia explain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2020 01:28 PM | Show all posts
bila hati ikhlas, semua menjadi

banyak nilai moral kita boleh belajar dpd mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.111160 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list