CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24624|Reply: 141

"Tak Untung, Tapi Harap Mampu Bayar Gaji Pekerja RM200,000" - Mila Jir

  [Copy link]
Post time 18-5-2020 09:20 AM | Show all posts |Read mode




"Sebenarnya, waktu nak tulis posting ini pun, hati saya sebak. Kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir dua bulan lebih."



Luah penyanyi dan usahawan, Mila Jirin di laman Instagramnya. Sebagai pemilik syarikat pakej perkahwinan dan pelancongan yang terpaksa berhadapan pandemik Covid-19, dia dan suami cuba menempuh fasa sukar tersebut.



Lebih perit apabila terpaksa bertahan dengan kos operasi dan kos pengurusan berjumlah setengah juta ringgit sebulan.



Namun, mereka tetap positif mencari alternatif sebagai sumber rezeki. Ia sekurang-kurangnya mampu membantu untuk membayar gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan.





Kredit foto: IG




Menurut Mila lagi, dia telah memanggil kakitangannya bermesyuarat, lalu menyuarakan situasi syarikat serta jalan untuk mengatasinya.



Rentetan itu, mereka sepakat untuk memulakan perniagaan baru demi memastikan semua pekerja mendapat gaji masing-masing.



"Saya maklumkan pada pekerja, situasi sekarang, saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha usaha ini membantu serba sedikit terutama kos pengurusan (Gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan."





  



Untuk itu, antara alternatif terbaik adalah menyediakan pelbagai jenis kek untuk dijadikan juadah Syawal. Ianya boleh ditempah menerusi laman IG bizmilla_cakepastry iaitu Strawberry Cheesecake, Kek Pandan Gula Melaka dan Brownies Tower.



Untuk itu, Mila mengharapkan sokongan daripada semua rakyat Malaysia mendapatkan produk ini, sekali gus membantu pekerjanya.




"Saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja saya hilang punca pendapatan. Kita buatlah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama-sama menjana pendapatan."





Kredit Foto: IG




Jadi, anda yang belum ada kek raya lagi, bolehlah tempah dengan Mila untuk memeriahkan Syawal nanti. Secara tidak langsung, dapat membantu orang Malaysia juga. #KitaJagaKita - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekelip mata boleh berubah kan.. semoga dipermudahkan bisnes mila..inilah asam garam org berniaga..kena cepat adapt
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 09:43 AM | Show all posts
Betul lah hidup ni macam roda. Sekejap je covid melanda habis businessman/woman yang selama ni kaya raya macam dia pun sesak nak cari duit bayar pekerja. Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru haritu dia tnjk hasil perniagaan dapat beli banyak rumah..sekarang diuji dengan virus Dan pkp..and yeah Ada backup bisnes...Tak merempan harapkan bantuan mcm ni la bagus..Ada usaha lain
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus mila ni...x bising nk hadap bantuan kjaan mcm team acik makan daging,acik pes kari & acik renoma tempoh haritu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tengok ramai catering buat delivery makanan
Milah buat la delivery makanan kenduri..
Butik pengantin area rumab iols ni depa amek.order set nasik kenduri utk delivery...
Utk.tampung kos...
Orang kata nasik milah sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Konsert2 artis pon sampai bulan 6, 2021 mmg tak ada. Ramai org2 industri x de income..job x de.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Majikan mcm ni bagus.. Harap pekerja pun sebagus majikan. Sama2 tambah pendapatan. Semoga berjaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2020 10:26 AM | Show all posts
bagus  milla. dia tahu yang susah dia nak sustain hidup berbekalkan dengan suara yang biasa2 je tapi rajin meniaga sungguh-sungguh. bukan macam retis lain bisnes timbang kilo & tudung sekadar melepas batu ditangga. meouls doakan mila dapat tampung keluarga & pekerja sepanjang muusim covid ni. sepanjang dia meniaga pon rasanya x pernah lagi dengar benda2 yang tak baik pasal bisnes dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
teringin la tengok keknya, boleh tempah la
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 18-5-2020 10:26 AM
bagus  milla. dia tahu yang susah dia nak sustain hidup berbekalkan dengan suara yang biasa2 je tapi ...

Amminnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:34 AM | Show all posts
mahal gak keknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:35 AM | Show all posts
Makanan dekat Bizmilla Catering ni okay la boleh makan. Cuma nya banyak sangat mmber buat majlis dekat sana, smpi setiap kali datang tu dah boleh imagine rasa makanan dia sbb dah selalu makan. Anyways, semoga bertabah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya pekerja dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sudirmanistas replied at 18-5-2020 02:35 AM
Makanan dekat Bizmilla Catering ni okay la boleh makan. Cuma nya banyak sangat mmber buat majlis dek ...

i tu hari sauadara i kahwin kat sana. dengan laki algeria. u tau mcm mana temu jodoh? hope u jangan mengamuk ok? mamat tu meniaga jual alaaaaa macan kopiah2 kat masjid tu. mmg selalu nampak saudara i ni lalu lalang. saudara i ni takde la gila sangat kat laki tu . .mak dia ultra lebih. mak dia la yang kahwinkan. kita orang semua dengae tepuk dahi. pasal kenal budak tu dalam 3-6 bulan. tapi i mengaku saudara i tu x cantik. rupa biasa je. habis makeup pun gitu juga maybe sebab warna kulit dia tak normal mcm kita
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 11:04 AM | Show all posts
ALDRIN replied at 18-5-2020 10:15 AM
Konsert2 artis pon sampai bulan 6, 2021 mmg tak ada. Ramai org2 industri x de income..job x de.

Pandai-pandai la artis Malaysia buat concert online pulak.
Colab la dengan mana2 komposer.
Tapi nampak ramai artis Malaysia banyak buat review je musim tak berkerja ni.
Rugi kalau bakat tak dilekuarkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2020 11:06 AM | Show all posts
+btabah ya milah.. gaji i pon kn ptg 1k ni. bhuhu la kita bsma2

I penah g sekali mmbe kawin sana.. 1st time g area situ. menyumpah rasa cr dewan nye. tpusing2 iols. dgn parking nye ntah celah2 mana. dgn lif nye tah mn2..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 11:11 AM | Show all posts
br juga gie wedding kat tempat mila ni, anak sorg poremer kawen buat kt situ
mknan dia okay, nice juga
ramai yg buat wedding guna khidmat dia
mogad imurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan buat mila, suami dan pekerja dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 18-5-2020 10:53 AM
i tu hari sauadara i kahwin kat sana. dengan laki algeria. u tau mcm mana temu jodoh? hope u janga ...

Sorry nk nyibuk.. Saudara u tu pasrah je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 11:15 AM | Show all posts
kalau i majikan, kecilkn operasi je, sampai bila nk cover semua gaji pekerja? hari makin berjalan duit kureng overhead tinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.285057 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list