CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11295|Reply: 85

[Politik] Teori pecaturan politik Mahathir.

  [Copy link]
Post time 19-5-2020 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Perkara paling ditakuti Mahathir kini ialah jika berlaku undi tidak percaya, Pakatan Harapan akan memilih Anwar sebagai perdana menteri.

Mahathir tahu kedudukan kerajaan PN ini masih goyah, jadi andai kerajaan PN terkubur, Mahathir mahu dia yg menjadi perdana menteri dan bukannya Anwar Ibrahim. Sebab itu dia bertegas masih dalam Pakatan Harapan dan berkawan baik dengan DAP & Amanah supaya majoriti ahli parlimen PH akan menamakannya semula sebagai perdana menteri.

Mahathir memang tidak suka DAP mendominasi Pakatan Harapan  kerana parti itu yang paling berpengaruh dalam PH tetapi jika semua ahli parlimen bersetuju dengan unity government maka dia bersedia menjadi perdana menteri.

UMNO & PAS enggan bekerjasama dengan DAP sebab itu kini PPBM terpaksa berpecah menjadi dua.  Mahathir masih mahukan satu kerajaan yg kuat, yg disokong oleh semua kaum tetapi dia juga mahu ahli parlimen melayu yg menjadi majoriti dalam kerajaan supaya pengaruh DAP dapat dikurangkan.

Mahathir mahu kerjasama UMNO tetapi egonya yg tinggi tidak mahu bekerjasama dengan DS Najib. Andai DS Najib dipenjarakan pasti Mahathir akan bekerjasama semula dengan UMNO.

# Usaha untuk memenjarakan DS Najib pasti akan diteruskan. Jika Mahathir berjaya menguasai UMNO, maka pengaruh UMNO akan ditenggelamkan PPBM. Bila PPBM menjadi parti no 1 orang melayu maka Mukhriz Mahathir akan berpeluang menjadi perdana menteri.

Adakah korang bersetuju dengan teori pecaturan politik Mahathir ini?
Single Polls, Total 48 Users voted View Voters
27.08% (13)
72.92% (35)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2020 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Madey gi sebelah pee esh supaya anwar tak jadi no 1 kat pee esh tapi ngokngek bersatu yg tak fhm game plan madey pergi bocor. Patutnya pee esh tak tahu game madey dan terus percaya madey dan tendang anwar ke no2. So dua2 belah melayu jaga. Sekarang bangang2 ppbm pergi bocor audio ppbm meeting then madey dah kantoi. Tu la cert biar ori thats MN tak yah ambik dia org ni biar hanyut jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
No!!! Mcm aku cakap, otak che det ni maju 5 tahun kehadapan, tapi kemajuan dia dah berhenti pada tahun 2003? Oklah 2005, kita kasik chance 2 tahun dia diam masa zaman pak lah (batman) jadi PM.

Then, che det mcm org kene tourret tic anti-establishment dia datang. Dasar pertanian paklah dia xsokong, dasar hadari dia xsuka. Well, masa muda2 dulu dia naik dgn agenda rebelious, well aku sebenarnya confuse, apa agenda chedet. Dia ni nak kata liberal, mcm 50%, nak kata conservative, maybe 75%, sebab dia ok boomer paling besar ada dekat Malaysia. Colonialism pekat.

Opportunist maybe, sebab apa yg dia buat mmg untuk 100% survival periuk nasik dia. Well, maybe dentist was too much for him and since he been holding empty promises instead of scaple for so long. Dia xda kapibiliti untuk fikir benda lain. I tell you what, makin lama ko duduk sekeliling sampah, ko akan lali dgn bau2 persekitaran. Akhirnya, apa beza sampah dgn ko?

Then, Najib datang, xmacam Paklah, Najib is more established, silver spoon kid yg x tunduk pada political pressure mcm Paklah, game dan geography politic Najib lain. While Paklah building high class network untuk di atas, Najib already have the cronies, the circle. Siapa little twat from Kedah yg nak cakap my method is wrong? You nak ugut i xnak kasi the puny capital? Nah, prince of arab capable giving me one. Wtf is sime derby plantation? I have a freaking entire international country to tap the oil reserves, RCI and whatever shit you have, Najib play it 2-3 decades before. Che det marah!!!

Well, mcm kapitalis2 or opportunist lain, kelemahan derang adalah orang2 yg sama perangai mcm diorang, in che det case, anwar, lim dynasty. Derang mcm mana pun xboleh bersama. That downfall of chedet.



Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 09:55 PM | Show all posts

Asal bukan idola si Dess jadi PM aii setuju dgn segala langkah Tun M.  

UMNO tu pun buang buang ler politicians yang kotor - tak ada jati diri langsung! asyik asyik wak jahid asyik asyik wak jib. Tok Mat tu telor pergi mana entah.

Pas pis pus tak payah ckp la ..

Hishh kan aii dah terkomen politik Msia. Grr!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 19-5-2020 09:59 PM

Sebenarnya Mahathir adalah genius dalam permainannya . Teknik pecah dan belah ternyata menjadi kunci dalam satu game plan yg tidak pernah kita sangka . Kita lihat kembali sejarah awal kerajaan PH bilamana kita berdepan dengan kes kematian Adib , Mahathir berjaya menunjukkan seolah2 India menjadi puncanya . Begitu juga berdepan kes isu pembelajaran Jawi , Mahathir sengaja mendiamkan diri walaupun ianya hampir menimbulkan perbalahan besar antara Melayu dan Cina walaupun isunya cuma tulisan . Kerana apa yg mahathir mahu adalah supaya rakyat melihat PH ini terlebih cina .  Juga bila Mahathir menganugerah kan 400 juta kepada kerajaan PAS , sebenarnya adalah pelik kerana selama ini Mahathir sudah terkenal dengan sifat kedekut nya . Lebih pelik selepasnya , PAS pula yg menerima duit habuan boleh pula secara terangan berikrar untuk terus bersama Umno .  Pening kan . Tapi jika slow2 kita menelaah nya , inilah sebenarnya game plan yg Mahathir rangka . Mahathir tetap berjiwa Umno dan betol apa yg perlu dikorbankan adalah Najib !!  Dan kini bila terjadi bila Muhyiddin membawa keluar Ppbm menyertai UMNO pas , Mahathir tiba2 play as victim .  Sedangkan dan terbongkar pula cerita sebenarnya yg mahu keluar PH adalah rancangan Mahathir sendiri .  Pening kan .
Tapi tiba2 , tiba2 Mahathir claim pulak Bersatu tetap bersama PH  ..  walaupun yg datangnya cuma nampak Bertiga . Tujuannya tak lain adalah untuk terus menjadi ketua didalam PH . PH harus terus dibawah telunjuknya .
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pe benda la ni woi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2020 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
teori Raja Belit,  sekejap kata x suka DAP.  sekejap kata DAPig bagus.  sekejap kata x suka Anwar.  Sekejap kata Anwar bagus.   Berbelit2 utk selamatkan anak2 dia & kroni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 19-5-2020 09:57 PM
Sebenarnya Mahathir adalah genius dalam permainannya . Teknik pecah dan belah ternyata menjadi kunci ...

genius sampai gulingkan diri sendiri.  sekarang meroyan nak jatuhkan Muhyiddin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2020 11:50 PM | Show all posts
atok tu tgh ejas parti sendiri.

takde apa2 perancangan pon dlm ph.
heol marah ke mahyudin sbb bersatu pecah 2.
tersedar plak nasib mp2 bersatu bila ngadap pru15
mcm yg mazli ulas baru2 nih.

jgnkan kerusi2 bersatu je kene rebut dgn umngok.
adun permas pon da kena tendang dari kejora buat ganti org umngok
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tun kecoh time covid reda..saje la..tk nk 'org-org' teropong sini...nnti Lepas Raya dia senyap lah...sebab ade hal besar nak jadi..pastu kalau dia pjg umur dia kecoh balik.....sekian Komen Aku....korang semua nnti bila sesuatu hal terjadi dh nampak mana tun nk bawa Kita ni ..baru la korang tau...sekarang ni tun Tu dh redha je kena maki hari2 dgn korang...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tun...buat masa ini ramai yg hormat kat tun..jd tun berundurlah dalam keadaan org masih hormat...apa yg kita x dpt buat kita serahkan saja pada takdir .x payah pening2 kepala tun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2020 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
DAP bukan tak tahu rancangan Mahathir tetapi mereka pun mahu perkudakan Mahathir.

Bayangkan lepas PRU 15, Perikatan Nasional berjaya memenangi Pilihanraya dengan UMNO menang 45 kerusi, PAS menang 20 kerusi, PPBM menang 40 kerusi, pasukan Azmin Ali menang 10 kerusi, GPS menang 25 kerusi, MCA dan MIC masing-masing satu kerusi.

PN menang dengan 142 kerusi manakala Pakatan Harapan menang 80 kerusi.

Cuba kita fikir, kalau tiba-tiba Azmin Ali nak jadi perdana menteri selepas PRU15, dia bawa lompat 40 kerusi PPBM, 10 kerusi team dia & 20 kerusi UMNO.

Sebanyak 70 kerusi yg melompat keluar PN akan memastikan PH kembali menjadi kerajaan dengan lebih kuat. Mungkin GPS akan menyertai mereka.

Semua tahu Azmin Ali ni liberal, DAP pun tak pernah kritik Azmin Ali dan dia pun masih ada pengaruh dalam PKR. Kita tak tahu apa perjanjian Azmin Ali dengan Mahathir sehingga Azmin Ali sanggup mengkhianati bosnya sendiri sebelum ini.

# Suka aku nak igtkan jgn sesekali UMNO terima kerjasama Perikatan Nasional utk hadapi PRU 15 nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 04:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Takdenya atok plan semua nih. Dia dah tua sangat.. Tak ingat dah apa yg dia plan pun. Stail sama sejak dulu.. sekarang Ni info sekelip mata. Dia masih dgn zaman media yg boleh dikontrol.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 04:58 AM | Show all posts
Perk77 replied at 19-5-2020 08:28 AM
Tun kecoh time covid reda..saje la..tk nk 'org-org' teropong sini...nnti Lepas Raya dia senyap lah.. ...



Ooooo apakah itu?

Interesting sungguh!


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 05:19 AM | Show all posts
sudah2 lah meng geniuskan pak tua..
dia dah lost dah..
Allah nak tunjuk, kita takkan jadik genius buat selama2nye
dan kita pun takkan kat atas selama2 nye
Tak payah nak agung2kan manusia..

Pak tua banyak game politik orang.. kali ni dia game diri sendiri..
pembelit yang terbelit

WAllahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 05:38 AM | Show all posts

Mana kamu tau itu perancangan Allah yang terakhir utk Tun M?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2020 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ini namanya game of the gods versi game of throne

mgkin ada kaitan dgn persidangan apec
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 19-5-2020 11:43 PM
genius sampai gulingkan diri sendiri.  sekarang meroyan nak jatuhkan Muhyiddin

Dalam PKR rancangan Mahathir dah dihidu sejak awal . Sebab tu Nuar Nuar kata persidangan parlimen semalam jangan diganggu . Dia akan pastikan takda usul tak percaya . Cuma Mahathir saja acah2 nak terus main wayang .
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 19-5-2020 11:43 PM
genius sampai gulingkan diri sendiri.  sekarang meroyan nak jatuhkan Muhyiddin

Takde sapa yg leh jatihkan atok. Atok sendiri yg jatuhkn diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
zach2008 replied at 20-5-2020 04:41 AM
Takdenya atok plan semua nih. Dia dah tua sangat.. Tak ingat dah apa yg dia plan pun. Stail sama sej ...

tu la... dlm sidang media baru ni asyik lupa, asyik tersasul, sebutan mulut dah x clear,  asyik x dengar apa wartawan tanya.... lepas tu merepek sebut najib...najib...najib. sama la mcm anak dia.  salahkan najib punca PH tumbang.    kawan tu main fb & main kucing jer boleh tumbangkan byk kerajaan?  hebatnya najib.  dendam betul org tua tu dgn najib.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.121474 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list