CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitemagic

[Tempatan] Pemandu mabuk pandu melulu di Bazar Bukit Beruntung (video inside)

  [Copy link]
Post time 23-5-2020 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 23-5-2020 03:49 PM
Shernazz report je...nanti polis pandai le cari dia....dia kena saman lg sbb tak report

Ya lor..
Dah deal dah
Gangster india sini tolong carikan
Hahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 23-5-2020 06:34 PM
R2D2 replied at 23-5-2020 06:14 PM
Teman wanita turut direman




So, awek dia ada sekali ler dalam kereta tu? Mak oi, mau kecut perut dpt bopren panas baran macam tu.

Tapi I nak tergelak baca ayat ni "teman wanita suspek warga Myanmar". Sekali baca macam suspek tu warga Myanmar
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 06:30 PM | Show all posts
Pemandu kena reman 5 hari

PEMANDU kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang melanggar lima orang awam dan gerai bazar Ramadan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, semalam, direman lima hari.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, tempoh reman itu bermula hari ini hingga 27 Mei nanti.

"Permohonan suspek dibuat di Mahkamah Shah Alam, hari ini. Pihak mahkamah membenarkan suspek berusia 32 tahun itu direman selama lima hari ini hingga 27 Mei nanti.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Arshad sebelum ini dipetik berkata, tindakan suspek memandu secara melulu akibat tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki mengetuk cermin sisi keretanya ketika dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa.

Kejadian itu juga menyebabkan lima individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun mengalami kecederaan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, setakat ini, dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak perniagaan itu mengalami kerosakan akibat dilanggar kenderaan dipandu suspek.

Suspek juga dipercayai dalam keadaan mabuk ketika kejadian.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 3:23 PM
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot kedai apek ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 23-5-2020 06:14 PM
Teman wanita turut direman



Cek skali lelaki tu ntah2 pakai ic palsu. Bawak pulak awek dr tanah asal sbb nk buatkan ic palsu ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 23-5-2020 06:14 PM
Teman wanita turut direman



S!#l la pendatang asing ni.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Diaorang ni memang niat membunuh erk? Teringat kes buli di lebuhraya yang dihimpitnya sampai mati orang tu. Memang agenda membunuh itu ada cuma dibuat2 konon tak sengaja je kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 23-5-2020 11:48 PM
Diaorang ni memang niat membunuh erk? Teringat kes buli di lebuhraya yang dihimpitnya sampai mati or ...

Aku plak teringat kes pemandu bukan melayu yg mabuk + high baru lepas hisap dadah langgar gerai jual nasi lemak tepi jalan sampai meninggal laki bini tu. Ada org tangkap gmbr si pembunuh tu on call tgh gelak2 kt tmpt kejadian. Pastu kt fb ramai plak non-malay yg backup pembunuh tu and salahkan laki bini tu sape suruh meniaga tepi jalan?

Aku rs malaysia kene buat hukuman macam kt cina, ko langgar org segala kos sara hidup si waris tu ko yang tanggung sampai mati. Masuk penjara apelah sgt makan tanggung berak cangkung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2020 05:03 AM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 23-5-2020 11:47 AM
Isu ni kalo dekat forum lowyat sapa yg kutuk caci pembawa hilux ni sure kena permanent banned

diorang tgah pertahankan drebar hilux tu

siaa suruh buka bazar ramadhan?? kata mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:44 PM | Show all posts
Reman pemandu Toyota Hilux disambung

PEMANDU pacuan empat roda Toyota Hilux yang melanggar dua lelaki di tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, 22 Mei lalu disambung reman dua hari sehingga Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin berkata, pihaknya menerima kebenaran untuk menyambung reman selama dua hari ke atas lelaki terbabit bermula esok selepas tempoh remannya tamat hari ini.

Harian Metro sebelum ini, melaporkan dua lelaki cedera selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipercayai dipandu lelaki mabuk di tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan dua lelaki cedera.

Terdahulu, terdapat beberapa rakaman video memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam membaling kayu dan objek ke arah kenderaan itu yang dipandu secara melulu tular di media sosial.

Rakaman video itu turut memaparkan kenderaan terbabit merempuh gerai makanan di kawasan terbabit.

Suspek kemudian direman selama lima hari sehingga 27 Mei.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 3:30 PM
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 10:40 PM | Show all posts
Pemandu mabuk, teman wanita didakwa esok


PEMANDU pacuan empat roda Toyota Hilux dan teman wanitanya yang melanggar dua lelaki di tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, 22 Mei lalu, dituduh di Mahkamah Kuala Kubu Baru esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 32 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, wanita warga Myanmar berusia 25 tahun dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dua lelaki cedera selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipercayai dipandu lelaki mabuk di tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan dua lelaki cedera.

Terdahulu, terdapat beberapa rakaman video memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam membaling kayu dan objek ke arah kenderaan itu yang dipandu secara melulu tular di media sosial.

Rakaman video itu turut memaparkan kenderaan terbabit merempuh gerai makanan di kawasan terbabit.



Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 10:17 PM
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:40 PM | Show all posts
Pemandu Hilux mengaku tak bersalah langgar penjaja


AHLI perniagaan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, hari ini, atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan penjaja di pasar malam pekan Bukit Sentosa, 22 Mei lalu.

Kang Ming Han, 32,
yang didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Tertuduh yang memakai baju kemeja T berwarna merah dan berseluar jeans pendek dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor jam 9.40 pagi tadi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa berkelakuan tidak senonoh apabila mengeluarkan kata-kata kesat pada anggota polis di Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor dan didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan cubaan membunuh terhadap penjaja iaitu Norisham Abdul Rashid, 42, Mahadin Senan, 41, dan Baharum Ab Manaf, 61, dengan cara melanggar mangsa menggunakan Toyota Hilux.

Tertuduh didakwa melakukan pertuduhan itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan di Tapak Pasar Ramadan di Pekan Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada jam 6.35 petang.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mohamad Amin mencadangkan mahkamah membenarkan jaminan RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Bagaimanapun peguam tertuduh Muhammad Adhwa Azfar merayu mahkamah supaya membenarkan jaminan rendah dan munasabah.

"Selepas kejadian, Orang Kena Tuduh (OKT) datang sendiri ke balai polis dan serah diri untuk membantu siasatan. Ini adalah kes jenayah pertama tertuduh, maka saya harap mahkamah mengenakan jaminan serendah RM3,000 dengan seorang penjamin," katanya.

Bagaimanapun Ahmad Zuhaini menjelaskan jaminan RM30,000 dicadangkan kerana mengambil kira insiden rempuhan oleh tertuduh membabitkan orang ramai di pasar semasa Ramadan.

Nurul Mardhiah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan kes.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh iaitu wanita Myanmar dipercayai teman wanita tertuduh, Aye Myat Mon, 25, turut didakwa di mahkamah sama kerana tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk masuk ke negara ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 (Akta A1154) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta yang sama yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Jurubahasa terpaksa membacakan pertuduhan beberapa kali terhadap wanita itu sebelum dia mengangguk sebagai pengakuan bersalah atas tuduhan itu.

Namun selepas dijelaskan hukuman penjara maksimum lima tahun, wanita itu mula panik dan menangis di hadapan hakim merayu supaya jangan memenjarakannya.

"Saya faham (kesalahan dan hukuman)... jangan penjara lima tahun, tolong," katanya sebelum dibawa keluar dari bilik mahkamah disusuli penangguhan pertuduhan seketika.

Selepas pertuduhan disambung dan kesalahannya dibacakan semula, dia mengangguk sebagai memahami dan mengaku bersalah.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dari tarikh dia ditangkap dan mengarahkan rayuannya supaya dihantar pulang ke negara asal dibuat kepada Ketua Pengarah Imigresen.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 12:54 PM
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 03:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 03:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.067824 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list