CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitemagic

[Tempatan] Pemandu mabuk pandu melulu di Bazar Bukit Beruntung (video inside)

  [Copy link]
Post time 23-5-2020 09:33 AM | Show all posts
Edited by Muaz95 at 23-5-2020 09:39 AM



Ini bukan kali pertama pemandu "mabuk" merempuh bazaar ramadan. Tiap tahun ada pulak kes2 rempuh kononnya tidak sengaja tapi selalu kat tempat yg ramai melayu. Takut dirancang pihak tertentu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2020 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah begini dah serupa cubaan membunuh ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 23-5-2020 05:38 AM
Iols eksiden kelmarin crnggini la
Sampai skang orang yang langgar iols x report lagi
Geram btol

Shernazzlah yg buat report kalau dia x buat report kata kereta kena langgar. Tp ingat tak no plat kereta org tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 09:45 AM | Show all posts
Kenapa ada bazar?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dah banyak kes dah pemandu mabuk langgar orang la ni. Kerajaan xdak tindakan apa2 ka pasai ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Alu cuma heran bazar ramadhan ape plk...kang plot twist peniaga plk kena kompaun sbb langgar sop masa pkp.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
lampor replied at 23-5-2020 06:12 AM
Bahan bukti sis... Penting

bahan bukti bagi kat polis bukan upload kat tenet..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
myoujin replied at 23-5-2020 06:13 AM
Ramai je org lain ada henpon... Sooooo...

dah tau semua ada hp so tak yah terpekik terlolong suruh orang call polis.. rekod je diam-diam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2020 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Harus polis sampai dan tembak sampai mati je. Ni memang terang niat nak bunuh orang. Banyak kali reverse dan pusing nak langgar orang. Kalau lepas setan ni, takde beza pn dan ph yang melepaskan pembunuh adib.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 23-5-2020 01:09 AM
yg terpekik soh org lain telepon pulis tu dah kenapa?

call la sendiri.

Dia tgh rakam bukti..senang polis nk buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti lawyer cina hanjeng ni cakap klien saya bertindak begitu akibat panik dan ketakutan apabila cermin sisi keretanya diketuk
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu ni kalo dekat forum lowyat sapa yg kutuk caci pembawa hilux ni sure kena permanent banned
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Piramida replied at 23-5-2020 09:04 AM
Ni bazar ramadhan ke apa? Dibenarkan ke buka?

Pasar drive thru.. Memang ikut sop. Ada rela bagai tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 23-5-2020 11:38 AM
Nanti lawyer cina hanjeng ni cakap klien saya bertindak begitu akibat panik dan ketakutan apabila ce ...


Panik sampai boleh langgar orang membabi buta ye, kenapa tak lari?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:53 AM | Show all posts
Mintak tolong kepada kerajaan baru


Tolong hapuskan arak minuman beralkohol semua ni


Dah jelas memudaratkan


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
zeed replied at 23-5-2020 11:50 AM
Pasar drive thru.. Memang ikut sop. Ada rela bagai tu

Cina tu duk hon2 nak lalu situ kenapa..Ada yg block jalan ke..nmpk lapang mcm kwsn parking je tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Waa...rindu nak g bazar bt sentosa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Mulan at 23-5-2020 12:06 PM

PEMANDU MABUK: MALAYSIA VS JEPUN (c&p)
*******************************************
Di kala ada suara-suara yang kurang senang dengan penjawat awam, hari ini seorang lagi penjawat awam kita dari pasukan keselamatan meninggal dunia kerana dilanggar oleh pemandu mabuk sewaktu bertugas pada masa PKP.

Teringat dulu sewaktu arwah ayah semasa menjadi tentera. Selalu sahaja tak ada di rumah. Kadang itu, berbulan tak jumpa. Hingga jadi lebih rapat dengan emak berbanding dengan ayah. Bab berpindah tak payah cerita, bayangkan kalau saya sendiri 6 buah sekolah rendah. Sampai tiada kenangan di sekolah rendah.

Itulah yang anak-anak penjawat awam selalu hadapi lebih-lebih lagi keseluruhan 60 peratus penjawat awam merupakan mereka yang berkhidmat di sektor kesihatan, keselamatan dan juga pendidikan.

Kawan saya sendiri sejak PKP diadakan sudah tidur berasingan dengan isteri atas faktor risiko khuatir terjangkit dan juga keletihan melampau kerana isterinya seorang doktor perubatan dan juga penjawat awam.

Takpalah, kita lupakan dulu kisah ini. Berbalik kepada isu dilanggar pemandu mabuk ketika bertugas. Saya secara peribadi agak terkilan. Di kala kita sebagai sebuah negara Islam perkara ini masih berlaku.

Pengalaman di Jepun, jarang sekali ini terjadi. Kenapa demikian? Bukannya tiada arak dijual di konbini (convenience shop), malah ada juga jihanki atau ‘vending machine’ yang jual arak. Jadi, kenapa kes pemandu mabuk melanggar orang mahupun penjawat awam seperti polis ini kurang kami dengar di sana?

Saya pernah sahaja lihat orang Jepun mabuk ketika keluar minum. Budaya minum atau imonikai ini sudah menjadi kelaziman orang Jepun setiap kali pertukaran musim.

Kalau masuk musim panas, kami akan minum di tepi sungai, kala masuk musim sakura minum ramai-ramai di bawah pokok sakura. Tak payah pergi jauh, salah satu aktiviti nak eratkan hubungan rakan-rakan di ‘laboratory’ kami adalah melalui ‘gathering’ minum-minum atau imonikai inilah. Sensei (supervisor) sewaktu umumkan akan bertukar ke universiti lain pun dia dalam keadaan mabuk. Merah mukanya selepas minum beberapa tin ‘beer’.

Tapi, sudah jadi kebiasaan orang Jepun tidak akan memandu. Malah, pastinya akan menggunakan pengangkutan awam terutamanya teksi untuk pulang walaupun mereka merasakan diri mereka masih boleh memandu.

Sebabnya apa? Tak lain dan tidak bukan adalah kerana peraturan yang sangat ketat atau denda yang sangat tinggi!

Sejak 2007 lagi Jepun telah meningkatkan hukuman yang tinggi terhadap pemandu mabuk, sehingga ke tahap ‘zero tolerance policy’.

Sehinggakan individu yang bersama pemandu mabuk sebagai penumpang akan turut menerima hukuman berat apabila didapati bersalah bersama pemandu mabuk.

Di Jepun, sekiranya kandungan alkohol dalam badan atau sering disebut Blood Alcohol Concentration (BAC) dalam linkungan 0.03% dan ke atas, anda didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk. 0.03% itu hanyalah bersamaan satu tin ‘beer’ yang dijual di pasaraya bagi perempuan atau lebih sedikit bagi lelaki.

Denda bagi mereka yang didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk 0.03% ke atas di Jepun mengikut (Article 117.2.2.3 of the Road Traffic Act) adalah boleh di penjara sehingga 5 tahun dan denda maksimum sebanyak 1,000,000 yen.

Tahu tak jika di ‘convert’ 1,000,000 yen itu bersamaan RM40,189.83 nilai hari ini. Lesen pemandu dan penumpang yang bersama ketika kejadian juga boleh digantung.

Berbanding Malaysia, kandungan BAC hanya 0.08% ke atas dikira sebagai pemandu mabuk dan barulah didapati bersalah dan itu pun hanya dikenakan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara maksimum hanya 12 bulan. Ya, 12 bulan sahaja iaitu 1 tahun berbanding Jepun 5 tahun. Jepun 0.03%, dan kita 0.08% BAC baru dikira membahayakan (Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sama menyatakan bahawa individu yang didapati bersalah dan memandu hingga menyebabkan kecederaan atau kematian orang lain boleh dikenakan denda tidak kurang RM8,000 hingga maksimum RM10,000 dan penjara tidak kurang 3 tahun dan maksimum 10 tahun.

Jika di Jepun, memandu sehingga menyebabkan kecederaan boleh dikenakan hukuman yang sangat berat iaitu 15 tahun penjara dengan kerja berat, dan jika menyebabkan kematian boleh dikenakan penjara sehingga maksimum 20 tahun.

Ya, kalau kes langgar pemandu mabuk seperti ini jika di Jepun akan dijatuhkan hukuman maksimum 20 tahun penjara dengan kerja berat. Malaysia, saya ulang denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 10 tahun.

Teringat kata-kata sensei masa saya beli kereta dan minta tanda tangan sokongan Takahashi sensei untuk dapatkan parking di universiti.

“Isma san, I know you are good muslim and not drink beer. But, please be aware that in Japan the punishment and penalty to those who are drunk and driving are too severe. So, keep it in your mind”, kata Takahashi sensei dengan nada yang agak serius.

“Hait, hait!” Terangguk-angguk saya tanda faham.

Barangkali sudah tiba masanya negara kita juga merombak semula akta yang berkaitan terhadap hukuman dikenakan kepada pemandu mabuk.

Saya melihat dikala kita sudah biasa dengan e-hailing seperti Grab dan sebagainya sewaktu PKP ini, tiada alasan hukuman ini diringankan lagi. Banyak alternatif lain jika mereka yang mabuk ingin pulang ke rumah mahupun ke pangkal jalan.

Takkan nak tunggu sehingga ramai lagi penjawat awam yang terkorban baru undang-undang atau akta berkaitan pemandu mabuk ini hendak dirombak.

Barangkali kini sudah tiba masanya isu ini dibicangkan secara serius dan akta serta hukuman terhadap pemandu mabuk perlu dikaji semula.

Sekadar pandangan dari kejauhan.

Sayonara! Sampai berjumpa lagi.

#AntiPemanduMabuk
#StayAtHome

(credit: isma addi jumbri)
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
zeed replied at 23-5-2020 11:50 AM
Pasar drive thru.. Memang ikut sop. Ada rela bagai tu

Oh ok lah ... ingat bazaar ramadhan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 12:20 PM | Show all posts
Dah malas nak komen sebab end up mencarut nanti.  Kurus puasa.

Heran betul, kenapa masih tak belajar dari kesilapan, atau memang dalam golongan IQ bawah 50?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.075071 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list