Pada 9 Februari lalu, sepasang suami isteri dilaporkan maut ditempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangi mereka dilanggar pemandu dipercayai mabuk di Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, dekat susur keluar Perai.
Si isteri, Zuriana Hasan yang mengalami kecederaan parah dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan menghembuskan nafas terakhirnya selepas koma dua bulan.
Kata anak sulung pasangan ini, setiap kali menjelang musim perayaan, ibu bapanya yang paling sibuk dan memainkan peranan yang sangat penting buat mereka lima beradik. Tambahnya sayu, kini semuanya hanya tinggal kenangan
Nur Afni Nirwani Khairizul berusia 16 tahun dan adik-adiknya, Nur Istana Nadira, 14, Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratul Ain, 7, dan Muhammad Khairi Zafran,2 tahun yatim piatu sekelip mata selepas kematian ibu bapa mereka.
Kejadian hitam ini telah menyebabkan lima beradik ini berubah serta dan kini hanya mampu menumpang kasih datuk, nenek serta ibu dan bapa saudara. Sudah tentunya, bulan Ramadan dan Syawal tahun ini amat berbeza kerana pertama kalinya disambut tanpa ibu bapa mereka di sisi.
APABILA MAKAN INI TERINGAT ABAH DAN MAMA, BUAT ITU TERINGAT LAGI MAMA DAN ABAH TAMBAHAN PULA ADIK BONGSU SETIAP MASA MENCARI MAMA DAN ABAH. IKUTKAN SEKARANG MESTI MAMA DAN ABAH PALING SIBUK MENYEDIAKAN KELENGKAPAN HARI RAYA KAMI TETAPI APA BOLEH BUAT MEREKA BERDUA SUDAH TIADA,” KATA ANAK SULUNG ITU.
Sebagai tulang tunjang kepada adik-beradik yang lain, Nur Afni Nirwani tetap tabah menghadapi ujian dan turut berterima kasih kepada semua pihak yang masih prihatin terhadap nasib menimpa mereka berlima beradik.
Mama suka tempah kuih semperit dengan seorang jiran dekat sini dan beberapa hari lalu dia hantar kuih itu kepada kami kerana mengingati arwah mama yang menjadi pelanggan tetapnya," katanya.
Sementara itu, nenek mereka, Asmalaili Mohd, 58, berkata setiap masa dia mengingati kenangan bersama arwah anak dan menantunya.
"Orang kata kematian anak itu lebih sakit dan saya kini sedang merasainya yang mana kehilangan dua insan yang sangat saya sayang.
"Arwah anak dan menantu saya antara yang paling ceria kalau buat persiapan nak raya tetapi kali ini ketiadaan mereka cukup terasa.
"Kebiasaannya pada hari raya pertama semua akan berkumpul makan nasi tomato dan ayam masak merah setiap kali datang beraya tetapi kali ini agak sayu kerana tidak ada lagi mereka berdua di rumah ini," katanya.
Menurutnya, mujur sekarang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila kesedihan itu berkurangan sedikit tetapi arwah anak serta menantunya itu sentiasa berada dalam ingatannya sampai bila-bila.
Post time 23-5-2020 05:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ok kalo bab ni mmg salah kerajaan sbb hukuman tara papa utk driver mabuk. Mmg wajar kerajaan di maki hamun sbb ini.
tp bab harga ayam naik slh kerajaan, can not brain.
Post time 23-5-2020 06:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
otai_g replied at 23-5-2020 05:46 AM
ok kalo bab ni mmg salah kerajaan sbb hukuman tara papa utk driver mabuk. Mmg wajar kerajaan di maki ...
Betul lah. Sepatutnya anak anak ini dapat pampasan, sebab hilang both parents. Mereka hilang tempat bergantung hidup sebab dibunuh org mabuk. Org mabuk ni patut dihukum bayar RM1 juta pada adik beradik ni, lepas tu dihukum mati.
Post time 23-5-2020 09:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
pelik plak takde lawyer fight kat court utk kes ni. lagi2 kalau confirm menang dan mangsa meninggal.ke ada tapi tak inform.
arwah ayah i meninggal excident balik dr masjid lepas kuliah subuh dlm pkl 7.30 pg gitu. terang2 pakcik driver tu salah dan ramai saksi. arwah koma 13 hari sebelum meninggal. masa polis siasat pun dah ada lawyer approach fmly kami inform sekian2. lepas meninggal lawyer dtg lg tnya nak proceed saman ke tak. sbb pakcik tu dan family dia dtg maki2 fmly kami kata ayah kami yg salah keluar motor tak pndg kiri kanan lepas sehari pengebumian, kami proceed saman. kami menang pakcik tu kene saman pakej penjara. ttp bini dia mai marah mak i kata fmly kami tak berperikemanusian sbb proceed saman. ade ye sejenis org gini dah terang2 salah blh plak twist salahkan org lain. geram i kenangkan makcik mulut puaka tu.
Post time 23-5-2020 11:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Innalillah. Sedihnya.
Pemandu ni patut di sama berjuta2. Thailand boleh cepat je jatuhkan hukuman dekat orang yang langgar manusia lain ni, kenapa kita lambat sangat.
ya ALLAH , murahkanlah dan mudahkanlah serta berilah kekuatan mental dan emosi kepada makhluk MU yg kecil kecil ini , ku tahu mereka amat amat kuat dan Engkau MAHA MENGETAHUI HIKMAH setiap sesuatu.
berapa banyak lagi pemandu mabuk ye yg dok bunuh org? jahat laa