CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3863|Reply: 15

Sejarah Perak dan Johor Sambut Raya Awal Sehari 1983

[Copy link]
Post time 23-5-2020 05:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 23-5-2020 05:58 AM

Mengikut kalendar Islam, Hari Raya Aidilfitri akan disambut setiap tahun pada tanggal 1 Syawal mengikut kalendar Islam. Hari Raya merupakan hari yang dinanti-nanti oleh umat Islam sebagai simbolik hari kemenangan setelah setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa dapat ditentukan melalui 2 kaedah iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Melaui kaedah rukyah, apabila anak bulan kelihatan ia menandakan permulaan sesuatu bulan (dalam hal ini, kedatangan bulan Syawal yang menandatangan sambutan Hari Raya).
Sebagai orang awam, kita tidak perlu khuatir memandangkan tugas mencerap ini terletak pada tanggungjawab pihak yang berwajib yang akan melakukan pencerapan pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Sekiranya kita merujuk kepada kalendar, kita juga dapat mengenalpasti tarikh sambutan Hari Raya yang telah ditentukan melalui kiraan yang dilakukan oleh sekumpulan ahli Falak yang telah dilantik oleh pihak Jakim.

Sejarah pengumuman Hari Raya Aidilfitri

Di negara jiran kita Indonesia, sambutan Hari Raya di sana ada kalanya berbeza mengikut tempat kerana terdapatnya perbezaan fahaman/pengikut di sesetengah kawasan tertentu. Lagipun, negaranya cukup besar. Namun di Malaysia, kekeliruan seperti ini tidak berlaku memandangkan tanggungjawab membuat pengisiytiharaan ini sudah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja.
Perkara ini telah dipersetujui pada Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat Kali Yang Ke-92 yang menetapkan bahawa pengumuman mengenai tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri ini terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja dan bukanlah kerajaan negeri.
Dengan persetujuan ini, maka tidak ada lagi perbezaan atau percanggahan tarikh antara negeri-negeri di Malaysia. Perbezaan tarikh ini mungkin berlaku kerana keadaan cuaca sehingga di sesuatu pusat cerapan, anak bulan mungkin tidak kelihatan.
Kisah Perak dan Johor Raya awal sehari
Mungkin generasi kini tidak tahu, suatu ketika dahulu atau lebih tepat lagi pada tanggal  12 Jun 1983, negeri Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri satu hari lebih awal daripada ngeri-negeri lain seluruh Malaysia. Bagaimanakah kejadian ini berlaku?
Peristiwa pelik dan mungkin tidak akan berulang lagi ini dipercayai berlaku ketika zaman pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah dan Almarhum Sultan Johor pada ketika itu. Segalanya bermula apabila sekumpulan nelayan dari laut mendakwa telah melihat anak bulan dan berita itu dengan sangat pantas telah tular dalam kalangan penduduk.

Lebih menguatkan dakwaan tersebut, pasukan marin yang menjaga perairan negara turut mengesahkan melihat kelibat anak bulan yang menandakan kedatangan bulan Syawal.
Berita ini akhirnya sampai ke pengetahuan Mufti yang kemudiannya telah memaklumkan kepada pihak Tuanku Sultan. Tuanku Sultan kemudiannya telah berkenan untuk bertitah mengenai pengisytiharaan Hari Raya pada keesokan harinya.
Perkara yang sama juga terjadi di Johor. Maka, terjadinya peristiwa pelik apabila negeri Perak dan Johor menyambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari daripada negeri-negeri lain di Malaysia.
Jabatan Penerangan dan pihak polis telah menggunakan pembesar suara untuk mengumumkan hari raya ke seluruh bandar dan pelusuk kampung. Tuanku Sultan dikatakan membuat keputusan demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu adalah betul dan sahih.
Kekecohan akibat beraya awal sehari
Peristiwa ini tidak lepas sebarang kekecohan terutamanya penduduk yang tinggal di sempadan antara negeri misalnya di Tanjung Malim yang terletak di negeri Perak tetapi bersempedanan dengan negeri Selangor.

Bayangkan juga keadaan panik orang-orang tua di rumah apabila mendengar pengumuman tersebut. Kebiasaannya juadah Hari Raya seperti rendang, lemang dan sebagainya akan disediakan mulai malam Hari Raya.
Akibat pengumuman ini, mereka mungkin belum bersedia dengan bahan-bahan masakan kerana menyangka mempunyai satu hari lagi untuk berpuasa. Peristiwa unik ini dikatakan hanya berlaku satu kali sahaja dan tidak pernah berlaku lagi memandangkan negara kita sudah mempunyai cara dan kaedah yan lebih sistematik untuk menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.
Ada sesiapa golongan generasi terdahulu pernah melalui peristiwa pelik ini? Kongsikan dengan kami. Ianya pasti satu peristiwa yang tidak mungkindapat dilakukan.

Kenapa Johor Antara Negeri Paling Meriah Perayaan Aidilfitri?


Ketika hampir seminggu umat Islam di Malaysia menyambut hari raya, ada sesetengah negeri, kemeriahan hari raya mungkin sudah berlalu pergi seiring dengan berakhirnya tempoh cuti persekolahan dan cuti hari raya.

Sumber: Malaysian Review
Manakala di sesetengah tempat lain khususnya di sekitar Lembah Klang, kehangatannya akan terasa pada setiap hujung minggu berikutan program-program perayaan dan majlis rumah terbuka berlangsung memandangkan golongan perantau sudah kembali ke ibu kota.


Namun begitu, suasana perayaan Aidilfitri di negeri selatan tanah air tetap meriah sepanjang Syawal, tanpa mengira hari biasa atau hujung minggu. Kemeriahan perayaan bukan disebabkan keunikan golongan dirajanya atau cara berpakaiannya, tetapi lebih kepada keunikan budaya masyarakatnya.


Boleh dikatakan Johor mempunyai keunikan tersendiri dalam menyambut perayaan Aidilfitri berbanding negeri-negeri lain. Selain budaya rumah terbuka, negeri ini mempunyai budaya marhaban penduduk yang diamalkan sejak dahulu lagi.


Budaya Masyarakat Jawa


Ini kerana budaya marhaban penduduk merupakan salah satu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Jawa. Boleh dikatakan majoriti orang Melayu di Johor merupakan keturunan Jawa dan masih mengekalkan ciri-ciri unik masyarakat Jawa sehingga ke hari ini.

Sumber: Facebook Mohd Hilmi Ramli
Budaya marhaban dilakukan dengan kunjungan oleh suatu kumpulan dari satu rumah ke satu rumah dengan mengiramakan puji-pujian kepada Allah, berselawat kepada nabi, memanjatkan doa dan memohon maaf kepada tuan rumah. Ia diselangi dengan menikmati juadah ringan yang diberikan oleh tuan rumah sebagai meraikan kehadiran tetamu.


Budaya marhaban penduduk sebenarnya wujud di beberapa buah negeri lain seperti Selangor dan Perak bezanya ia hanya berlaku di sesetengah daerah atau kawasan sahaja yang mempunyai komuniti masyarakat Jawa. Berbeza dengan marhaban di Johor yang dilakukan secara meluas di serata negeri.


Sumber: Youtube
Pelbagai Jenis Program Marhaban


Sekiranya anda berada di kawasan desa yang majoritinya masyarakat Jawa, mungkin anda dapat merasai program marhaban yang dianjurkan oleh penduduk. Untuk marhaban sahaja terdapat lima hingga lapan program yang dianjurkan iaitu marhaban pemuda, marhaban wanita, marhaban kampung, marhaban antara kampung, marhaban guru-guru dan sebagainya. Tidak hairan sekiranya program ini berjalan selama sebulan.


Secara kebiasaan, setiap program marhaban akan disusun dari segi tarikh dan waktu sama ada siang atau pun malam bagi memastikan setiap program marhaban yang dianjurkan tidak bertindan. Dalam masa yang sama ia juga bergantung kepada kesediaan pihak tuan rumah untuk menerima kunjungan rombongan marhaban.


Cabaran Utama


Malangnya hari ini, tidak ramai golongan muda yang berani tampil menggerakkan program-program marhaban. Mereka lebih suka mengikut daripada menggerakkan program. Hal ini menyebabkan khidmat golongan tua terus diperlukan khususnya untuk mengalunkan lagi-lagu marhaban yang pelbagai jenis.
Sumber: Facebook Muafakat Bangsa Johor
Adalah diharapkan agar program marhaban seumpama ini terus diamal dan dipertahankan oleh golongan muda bagi memastikan perayaan Aidilfitri terus disambut secara meriah. Malang sekiranya budaya baik seperti ini pupus ditelan zaman.


Yang pasti program ini merupakan salah satu tradisi bagi berkenal-kenalan dan merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat. Ini memandangkan kesibukan waktu kerja dan menguruskan keluarga telah membataskan perhubungan sesama masyarakat.


credit




------------------------------------
itu dulula meriah,,sekarang orang tau jaga nyawa aje
lebih penting   hehe,tapi,apa yang saya nampak,
walau datok pkp ke..ramai
orang masih berarus menuju ke kampung2
jangan bawa sekali covit dahla.






Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2020 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dolu2 best ikut marhaban utk kumpul duit raya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2020 06:23 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 23-5-2020 06:14 AM
Dolu2 best ikut marhaban utk kumpul duit raya.

betul tu awak hehe..saya dulu ikut marhaban
punyalah sampai berpuluh2 buah rumah,kenyang gila
makan dan marhaban..itu dulu,,meriah sungguh dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 07:38 AM | Show all posts
trunks replied at 23-5-2020 06:23 AM
betul tu awak hehe..saya dulu ikut marhaban
punyalah sampai berpuluh2 buah rumah,kenyang gila
ma ...

rasanya open house ni pun asal usul dari marhaban cuma dah ditukar bunyi english jadi open house
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-5-2020 07:38 AM
rasanya open house ni pun asal usul dari marhaban cuma dah ditukar bunyi english jadi open house

Tak sure. Tapi siang mmg ada open house. Tuan rumah akan tetapkan tarikh open house, pastu beritahu jiran dan kengkawan bila open house. Marhaban lain pula. Marhaban lelaki waktu malam, marhaban pompuan start pukul 2pm. Pi umah ramai2, baca selawat ramai2 sambil2 tu tuan rumah bg duit raya kat semua budak2, baca doa utk kesejahteraan tuan rumah, pastu makan sebelum ke rumah yg seterusnya. Satu taman perumahan selalunya ambil masa beberapa hari utk settle. Best masa kecik2 la. Tak tau la kalau negeri2 lain ada.
Bebudak suka sbb pagi pegi beraya, dpt duit. Mase marhaban pun dapat duit.
Ni kenangan utk iols sbb bila dah besar, iols takleh nak bantu mak pak sbb keje jauh. So dah lama rumah iols tak terima marhaban.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 23-5-2020 06:23 AM
betul tu awak hehe..saya dulu ikut marhaban
punyalah sampai berpuluh2 buah rumah,kenyang gila
ma ...

Mase kecik2 best la ikut marhaban sbb pegi utk makan dan dpt duit raya je. Musim covid ni for sure takde marhaban.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-5-2020 12:49 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-5-2020 07:38 AM
rasanya open house ni pun asal usul dari marhaban cuma dah ditukar bunyi english jadi open house

open house dia macam lain sikit, marhaban dia ada lagu2 kena
nyanyi hehe..dan makanan2 pun lain2,tuan rumah biasanya sedia
menu lebih khusus,bukan setakat kueh saja.sekarang budaya
marhaban macam hampir tak ada di Johor,

sekarang zaman dah makin berubah, dengan wabak nya ni
kita terpaksa share hidup bersama 'mereka'.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 23-5-2020 12:49 PM
open house dia macam lain sikit, marhaban dia ada lagu2 kena
nyanyi hehe..dan makanan2 pun lain2, ...

Selalunya marhaban dapat makan berat2. Makan sup daging dgn roti, makan pizza megi, makan mee goreng, mihun goreng... mcm makan open house, tapi beramai2 bacakan selawat dan doa sblm makan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2020 03:59 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 23-5-2020 01:33 PM
Selalunya marhaban dapat makan berat2. Makan sup daging dgn roti, makan pizza megi, makan mee gore ...

ya betul sangat tu awak ehhe itula specialnya

awak boleh dapat juga ke duit raya masa marhaban hehe

pergh,untung betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 23-5-2020 03:59 PM
ya betul sangat tu awak ehhe itula specialnya

awak boleh dapat juga ke duit raya masa marhaban  ...

Mase kecik2 la.. ni dah besar, takde la.
Skang dgn wabak, lagi la takde marhaban.
Buat kenang2an je la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2020 04:28 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 23-5-2020 04:22 PM
Mase kecik2 la.. ni dah besar, takde la.
Skang dgn wabak, lagi la takde marhaban.
Buat kenang2an ...

hehe maksud saya masa kecil tu. sebab saya jarang dapat
awak dapat tu best
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 23-5-2020 04:28 PM
hehe maksud saya masa kecil tu. sebab saya jarang dapat
awak dapat tu best

Aik? Nape jarang dpt?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2020 07:09 PM | Show all posts

entahlah hehe,mungkin tuan ruamh terlepas pandang kot
maklumlah ramai tu pergi marhaban hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:02 PM | Show all posts
trunks replied at 23-5-2020 07:09 PM
entahlah hehe,mungkin tuan ruamh terlepas pandang kot
maklumlah ramai tu pergi marhaban hehe

aaawww... kecian hang... #hugs
selamat hari raya. maap zahir batin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2020 10:06 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 23-5-2020 10:02 PM
aaawww... kecian hang... #hugs
selamat hari raya. maap zahir batin

ekeke.. alah pengalaman waktu kecil kadang
gelihati kalau ingat.

selamat hari raya untuk awak juga hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 09:28 PM | Show all posts
bestnya raya !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.077004 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list