Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3954
View
80
Reply

[Tempatan] Hari Raya Pertama. Lebih 200 orang berkumpul, bergambar etc di Pantai Miami Seberang Takir

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-5-2020 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Orang ramai ingkar PKPB, bersantai di Pantai Miami



KUALA TERENGGANU: Hampir 200 orang yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengunjungi Pantai Miami, Seberang Takir di Kuala Nerus hari ini untuk bersantai diarah meninggalkan kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abdul Rahim Mat Din, berkata orang ramai diingatkan tidak berada dalam kelompok yang ramai bagi mengelak penularan wabak COVID-19 selain masih terikat dengan PKPB.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak mengeluarkan kompaun kepada orang ramai yang degil dan sengaja mengingkari perintah terbabit.

"Setakat ini, polis masih menggunakan pendekatan nasihat dan amaran secara lisan, namun jika orang ramai terus berdegil serta ingkar, maka kita akan mengeluarkan kompaun terhadap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, Unit Ronda Bermotosikal (URB) dan Kereta Peronda membabitkan 12 anggota akan sentiasa melakukan rondaan berkala di kawasan tumpuan awam seperti pantai dan taman rekreasi sepanjang perayaan Aidilfitri hingga tamat PKPB.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan memastikan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB, malah polis turut meronda kawasan taman perumahan dan kampung bagi memastikan arahan itu dipatuhi sepanjang Aidilfitri.

Tinjauan di Pantai Miami jam 5 petang tadi mendapati deretan lebih 100 kereta diletakkan di sepanjang laluan pantai berkenaan hingga ke Pantai Teluk Ketapang sejauh lebih dua kilometer

Malah, orang ramai merangkumi pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak dan bayi, berada di kawasan itu tanpa rasa bimbang terhadap ancaman wabak COVID-19.

Tinjauan juga mendapati orang ramai langsung tidak mematuhi SOP PKPB apabila sebilangan besar tidak memakai pelitup muka atau mengamalkan penjarakan sosial.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 24-5-2020 10:45 PM | Show all posts
bila lak miami sesat sampai ke ganu ni? org ganu sebut mayemi ke miangmi? haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry la wei..Pantai ni sejak teruk terhakis tahun lepas.. dh xde rupa miami dah.. pesisir pantai dh ditambak batu2.. ada sikit je hujung2 yg xde batu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 24-5-2020 10:45 PM
bila lak miami sesat sampai ke ganu ni? org ganu sebut mayemi ke miangmi? haha

Tergelak meols miangmi tuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Simbah air gatal versi reformasi bangnon je
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbayang2 wanita ganu berbikini sedang berrolerblade di Miami Ganu ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tak bagi beraya ke rumah depa beraya kat luar. semua org berfikiran sama sbb tu smpai beratus org kat pantai tu.
kesimpulannya walau mcm mana pun tetap nak keluar rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Classss orang Terengganu...Miami beach kau.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk flat kete mungkin ada yg dari kl balik ganu lalu jalan tikus.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukatilah nak bebas jalan2
Sudah2lah sekat2 pergerakan org
Bosan betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 11:32 PM | Show all posts
clarizsa replied at 24-5-2020 11:17 PM
Sukatilah nak bebas jalan2
Sudah2lah sekat2 pergerakan org
Bosan betul

Weh, nk kene penyakit cepat gi cari nahas sorang2
X yah pasni nk susahkan org lain, dengan jangkitan, dengan nk bg rawatan.
Sile bawak surat pengesahan x perlu rawatan sepanjang ko gi jalan2 ye.
Buat note sikit untuk terus hantar tengah laut kalau ko kene covid-19
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 11:37 PM | Show all posts
Oooo...nama dia pantai miami ke? Raya thn lepas aku bergmbr kat sini
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-5-2020 11:40 PM | Show all posts
kalau nama Pantai Miami baru ada gah nak upload dlm Salam Perantau
kekonon terpaksa beraya di luar negara
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 11:53 PM | Show all posts
Tak risau sgt kalau tempat terbuka, yg risau kalau tempat tertutup dan tiada pengudaraan yg baik. Contohnya bank kalau boleh bank bank walaupun aircond bukakla pintu bagi udara masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 24-5-2020 11:32 PM
Weh, nk kene penyakit cepat gi cari nahas sorang2
X yah pasni nk susahkan org lain, dengan jangki ...

Mmg dorang buat hal sndri kan jalan2 tu
Ada minta kau tolong ke
Kerajaan la kena keluarkan surat option utk sapa yg nak bebas
Ini paksa semua org tersekat
Kompaun lah apa lah

Ramai je dh meluat dan malas peduli hal covid ni
Aku lagi suka kalau kena covid sbb aku bukan suka sgt nak hidup pun

Nak buang mayat aku tgh laut pun bagus
Ingat aku kesah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:21 AM | Show all posts
Tak boleh raya kat rumah orang die berjalan pulak, tau la tak dekat dgn orang lain pun, tapi mana leh keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Nes3in1 replied at 24-5-2020 11:13 PM
Tgk flat kete mungkin ada yg dari kl balik ganu lalu jalan tikus.

Plate dik. Bukan flat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama kau taknak kalah. Bukak tingkap kereta je boleh bau kepok losong bila lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkn miami beach florida. tp ape pulak smbut raya. miami beach trngganu rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 01:42 AM | Show all posts
PEPPERMAN replied at 24-5-2020 11:09 PM
Terbayang2 wanita ganu berbikini sedang berrolerblade di Miami Ganu ni

Hehe teringat cerita org lama lama..
Dulu2 klu kat ganu ada pesta apa ntah(lupa nama).
Maka berduyun duyun la kaum2 ibu masuk meraduk pantai.
Pakai kain batik, singsing smpi lutut. menayang betis yg putih2
Maka mengurut dadalah kaum2 bapa melihatnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list