Post time 25-5-2020 08:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Penang pun ada pantai miami gak.
Ni baru bagi pelepasan (kelonggaran) sehari nk smbut raya, dah semua menggelepor gini. Tak tau la kalu PM kata ditamatkan, semua BAU hakak rasa 00.01 am orang dh start enjin keta nak balik kampung or esok pagi sesudah subuh beratoq anak beranak masuk mall.
Post time 25-5-2020 08:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
syamzana replied at 24-5-2020 03:11 PM
tak bagi beraya ke rumah depa beraya kat luar. semua org berfikiran sama sbb tu smpai beratus org ka ...
Betul. Sama mcm kat KL tetap juga org keluar bergambar ramai2 dekat Dataran dan tempat2 lain. So konsepnya tetap keluar rumah walau tak boleh balik kampung dan berziarah sana sini
Post time 25-5-2020 10:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bodohnya yang tak sabar2 nak mati konsepnya tu. Dah tu sempat lagi bertahun2 berforum ni sesambil menunggu nyawa dicabut ka? Awat tak pegi bunuh diri jah sis alang2 dah bosan hidup kt dunia ni
POLIS menempatkan 30 anggota dan pegawai di sepanjang laluan Pantai Miami hingga ke Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, tindakan itu dilakukan berikutan orang ramai mengunjungi kawasan pantai berkenaan untuk melepak dan bersantai.
Katanya, prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak membenarkan orang ramai berkumpul di kawasan pantai dan taman rekreasi bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
"Kita berharap orang ramai sentiasa mematuhi SOP PKPB ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mereka yang sengaja mengingkari perintah berkenaan boleh dikenakan kompaun.
"Sehingga kini, polis masih menggunakan pendekatan nasihat dan amaran secara lisan, namun jika orang ramai terus berdegil dan ingkar dengan PKPB ini, polis tidak teragak-agak mengeluarkan kompaun terhadap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tinjauan Harian Metro selama tiga jam bermula 3 hingga 6 petang, hari ini mendapati tidak ada lagi kenderaan diletakkan di sepanjang laluan pantai berkenaan.
Kawalan secara statik dan rondaan berkala di sepanjang laluan empat kilometer itu turut disertai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din.
Portal Harian Metro semalam melaporkan hampir 200 orang mengunjungi kawasan pantai berkenaan untuk tujuan rekreasi dan bersantai sebelum diarah meninggalkan kawasan berkenaan kerana melanggar PKPB.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 9:34 PM