View: 8713|Reply: 80
|
[Tempatan]
Hari Raya Pertama. Lebih 200 orang berkumpul, bergambar etc di Pantai Miami Sebe
[Copy link]
|
|
Orang ramai ingkar PKPB, bersantai di Pantai Miami
KUALA TERENGGANU: Hampir 200 orang yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengunjungi Pantai Miami, Seberang Takir di Kuala Nerus hari ini untuk bersantai diarah meninggalkan kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abdul Rahim Mat Din, berkata orang ramai diingatkan tidak berada dalam kelompok yang ramai bagi mengelak penularan wabak COVID-19 selain masih terikat dengan PKPB.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak mengeluarkan kompaun kepada orang ramai yang degil dan sengaja mengingkari perintah terbabit.
"Setakat ini, polis masih menggunakan pendekatan nasihat dan amaran secara lisan, namun jika orang ramai terus berdegil serta ingkar, maka kita akan mengeluarkan kompaun terhadap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, Unit Ronda Bermotosikal (URB) dan Kereta Peronda membabitkan 12 anggota akan sentiasa melakukan rondaan berkala di kawasan tumpuan awam seperti pantai dan taman rekreasi sepanjang perayaan Aidilfitri hingga tamat PKPB.
Menurut beliau, langkah itu bertujuan memastikan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB, malah polis turut meronda kawasan taman perumahan dan kampung bagi memastikan arahan itu dipatuhi sepanjang Aidilfitri.
Tinjauan di Pantai Miami jam 5 petang tadi mendapati deretan lebih 100 kereta diletakkan di sepanjang laluan pantai berkenaan hingga ke Pantai Teluk Ketapang sejauh lebih dua kilometer
Malah, orang ramai merangkumi pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak dan bayi, berada di kawasan itu tanpa rasa bimbang terhadap ancaman wabak COVID-19.
Tinjauan juga mendapati orang ramai langsung tidak mematuhi SOP PKPB apabila sebilangan besar tidak memakai pelitup muka atau mengamalkan penjarakan sosial. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bila lak miami sesat sampai ke ganu ni? org ganu sebut mayemi ke miangmi? haha |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry la wei..Pantai ni sejak teruk terhakis tahun lepas.. dh xde rupa miami dah.. pesisir pantai dh ditambak batu2.. ada sikit je hujung2 yg xde batu. |
|
|
|
|
|
|
|
Cable replied at 24-5-2020 10:45 PM
bila lak miami sesat sampai ke ganu ni? org ganu sebut mayemi ke miangmi? haha
Tergelak meols miangmi tuu |
|
|
|
|
|
|
|
Simbah air gatal versi reformasi bangnon je |
|
|
|
|
|
|
|
Terbayang2 wanita ganu berbikini sedang berrolerblade di Miami Ganu ni |
|
|
|
|
|
|
|
tak bagi beraya ke rumah depa beraya kat luar. semua org berfikiran sama sbb tu smpai beratus org kat pantai tu.
kesimpulannya walau mcm mana pun tetap nak keluar rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Classss orang Terengganu...Miami beach kau. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk flat kete mungkin ada yg dari kl balik ganu lalu jalan tikus. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukatilah nak bebas jalan2
Sudah2lah sekat2 pergerakan org
Bosan betul |
|
|
|
|
|
|
|
Weh, nk kene penyakit cepat gi cari nahas sorang2
X yah pasni nk susahkan org lain, dengan jangkitan, dengan nk bg rawatan.
Sile bawak surat pengesahan x perlu rawatan sepanjang ko gi jalan2 ye.
Buat note sikit untuk terus hantar tengah laut kalau ko kene covid-19
|
|
|
|
|
|
|
|
Oooo...nama dia pantai miami ke? Raya thn lepas aku bergmbr kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nama Pantai Miami baru ada gah nak upload dlm Salam Perantau
kekonon terpaksa beraya di luar negara |
|
|
|
|
|
|
|
Tak risau sgt kalau tempat terbuka, yg risau kalau tempat tertutup dan tiada pengudaraan yg baik. Contohnya bank kalau boleh bank bank walaupun aircond bukakla pintu bagi udara masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 24-5-2020 11:32 PM
Weh, nk kene penyakit cepat gi cari nahas sorang2
X yah pasni nk susahkan org lain, dengan jangki ...
Mmg dorang buat hal sndri kan jalan2 tu
Ada minta kau tolong ke
Kerajaan la kena keluarkan surat option utk sapa yg nak bebas
Ini paksa semua org tersekat
Kompaun lah apa lah
Ramai je dh meluat dan malas peduli hal covid ni
Aku lagi suka kalau kena covid sbb aku bukan suka sgt nak hidup pun
Nak buang mayat aku tgh laut pun bagus
Ingat aku kesah? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh raya kat rumah orang die berjalan pulak, tau la tak dekat dgn orang lain pun, tapi mana leh keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Nes3in1 replied at 24-5-2020 11:13 PM
Tgk flat kete mungkin ada yg dari kl balik ganu lalu jalan tikus.
Plate dik. Bukan flat. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama kau taknak kalah. Bukak tingkap kereta je boleh bau kepok losong bila lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkn miami beach florida. tp ape pulak smbut raya. miami beach trngganu rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe teringat cerita org lama lama..
Dulu2 klu kat ganu ada pesta apa ntah(lupa nama).
Maka berduyun duyun la kaum2 ibu masuk meraduk pantai.
Pakai kain batik, singsing smpi lutut. menayang betis yg putih2
Maka mengurut dadalah kaum2 bapa melihatnya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|