CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4456|Reply: 52

[Tempatan] Tiada lagi ziarah Aidilfitri Raya Kedua

  [Copy link]
Post time 25-5-2020 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Memasuki hari kedua Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagi mengekang penularan wabak COVID-19, kerajaan sebenarnya memberi kelonggaran itu hanya pada hari pertama sambutan Aidilfitri dengan syarat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), antaranya terhad kepada 20 ahli keluarga terdekat, mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan.

Meskipun ada segelintir golongan degil enggan mematuhi SOP dengan mencuba nasib merentas negeri untuk pulang ke kampung, namun sebilangan besar masyarakat di negara ini dilihat sudah dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu sambutan perayaan itu tahun ini.

Misalnya, masjid, surau dan tanah perkuburan yang menjadi tumpuan utama umat Islam pada 1 Syawal saban tahun, dilihat sepi dan lengang susulan perintah larangan yang dilaksanakan di kebanyakan negeri.

Perintah larangan itu juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada umat Islam di negara ini mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga menerusi solat sunat Aidilfitri dan penyampaian khutbah di kediaman masing-masing.

Selain itu, bagi golongan bujang yang tidak dapat pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta, kemajuan teknologi dimanfaatkan sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi panggilan video yang digunakan untuk mengubati rindu mereka terhadap anggota keluarga.

Sememangnya sudah menjadi tradisi sambutan Aidilfitri adalah saat terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan sanak-saudara, sahabat handai serta jiran tetangga dan masyarakat pelbagai agama dan bangsa di negara ini dengan saling berkunjung pada hari raya.

Namun, penularan pandemik COVID-19 tidak mengizinkan tradisi itu diteruskan pada tahun ini kerana aktiviti ziarah Aidilfitri melibatkan pergerakan dan berjumpa dengan ramai orang pada satu-satu masa, termasuk dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas, pesakit kronik dan kanak-kanak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 62.6 peratus daripada kes kematian akibat COVID-19 terdiri daripada mereka berusia 60 tahun ke atas manakala 80.7 peratus kes kematian melibatkan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan penyakit lain.

Malah, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pernah mengingatkan orang ramai supaya mendisiplinkan diri untuk elak berjumpa orang ramai walaupun kelonggaran diberikan untuk beraya kerana sudah ada kes jangkitan wabak COVID-19 di luar negara akibat aktiviti ziarah itu.

Beliau mengambil contoh kejadian di Bahrain dan New Jersey, Amerika Syarikat apabila ada keluarga yang terdiri daripada 16 individu menghadiri majlis berbuka puasa dan empat orang berkumpul untuk jamuan makan yang akhirnya menyebabkan mereka semua dijangkiti COVID-19.

Ada sebabnya mengapa kerajaan melaksanakan larangan ziarah Aidilfitri itu, bukan semata-mata untuk menyekat sepenuhnya pergerakan orang ramai ketika musim perayaan tetapi bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang mungkin membawa maut kepada golongan berisiko tersebut.

Justeru, umat Islam diminta supaya bersabar menerima ketetapan sambutan bulan Syawal tahun ini dalam norma baharu dengan hati yang terbuka. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 11:16 AM | Show all posts
Syabas rakyat Malaysia kebanyakannya mematuhi sop yang dikeluarkan kkm terutama yang tinggal dikawasan bandar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 25-5-2020 11:27 AM

Trend raya kat bandar musim covid, pakai baju sedondon utk keluar bergambar kat Putrajaya, KLCC, Dataran Merdeka dan taman2. Semalam nampak ada je yg posing kat luar, area rumah sedondon 1 family. Jadi ler, asalkan amalkan social distancing. I pakai t-shirt je, keluar pusing2 KL dalam kereta sambil tengok ragam manusia sambut raya
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:53 AM | Show all posts
takde2nya dpt sesuaikan diri dgn normal baru. takut polis dgn takut kena denda je tu. cth senang, rentas negeri tu. bila kata je kena kompoun on the spot, terus senyap
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg pun hari ni sunyi sepi kwsn umah aku.. mmg beza dr smlm mmg boleh rasa meriah juga wpun dlm pkp.. maksudnya.. tak semua tak patuh pkp... ramai je yg faham bahasa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 25-5-2020 12:10 PM

Dekat ig ade je org duk post masih bebaju raya hari ni.

Sudah2 la tu raya mmg takleh dipisahkan langsung ngn org melayu islam kat malaysia ni.
Suh raya sehari pun susah.
Dah kata sampai 12 mlm td je kan.
Ikutkan raya puasa mmg sehari je sbb tu hri ni dah boleh puasa 6.
Takbir pun sampai senja smlm je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2020 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 25-5-2020 11:16 AM
Syabas rakyat Malaysia kebanyakannya mematuhi sop yang dikeluarkan kkm terutama yang tinggal dikawas ...

Blok umah iols sunyi sepi, kawasan taman perumahan pun sepi.
Padahal semua ada kat rumah huhu budak2 pun takde merayau tak tentu hala cari duit raya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam meols family masak nasi dagang...pepagi hantar nasi dagang kat jiran jiran terdekat..then tunggu jiran hantar balasan..dapat la makan rendang ketupat nasik minyak lontong  pelbagai...hahaha nak g potoshot tghari tp hujan.terpaksa ootd kat padang depan umah aje..OK aje tak balik kg cuma anak anak asik Tanya why x balik kg...letih menjawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je kawan aku up kt wasap status acara salam2 cium tangan atok nenek. Nk kata xtau... Keje gomen kot. Siap kena saring covid lg aritu. It shows ramai amik mudah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:29 PM | Show all posts
Dengan siapa pun aku xde video call , aku merajuk!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 25-5-2020 11:25 AM
Trend raya kat bandar musim covid, pakai baju sedondon utk keluar bergambar kat Putrajaya, KLCC, Dat ...

i pun smlm pi pasaraya nak beli brg, ramai ummah melayu pakai baju raya pi pasaraya xmbeli brg ape pun, dieorg cume jln2 cuci mate sesame sendiri, dah xtau nak buat ape kat rumah, tp nmpk helok la berbaju raya pi stesen minyak pi 7e
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada tapi shopping boleh. Pagi2 mak den dah hilang
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 25-5-2020 12:08 PM
Dekat ig ade je org duk post masih bebaju raya hari ni.

Sudah2 la tu raya mmg takleh dipisahkan l ...

brsgka baik saja chuolss.. kot pkai saja2 kat rmh.. mcm iolss pon dh lama xpkai bju kurung.. saja pakai tp, dok rmh sajork..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam raya byk brg sayur bertimbun  kat market, Mercun sana sini, jiran xde hantar ketupat berdaun semua ketupat plastik, tgk tv pagi ke malam n dgr radio n main tenet
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 25-5-2020 12:08 PM
Dekat ig ade je org duk post masih bebaju raya hari ni.

Sudah2 la tu raya mmg takleh dipisahkan l ...

Memang betul.
Susah nak kikis budaya suka berhibur rakyat Malaysia ni.
Dah diwarisi dari turun temurun lg.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 25-5-2020 12:52 PM
brsgka baik saja chuolss.. kot pkai saja2 kat rmh.. mcm iolss pon dh lama xpkai bju kurung.. saja  ...

Bukan kat rumah kat luar umah huhuhu anak2 yg berbaju raya. Maybe la kot saja bergambar ke apa.
Tp mmg ade je yg beraya arini kawan iols arini pun duk masak rendang lagi sbb ade tetamu jauh katanya nk dtg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 01:07 PM | Show all posts
kawan2 merajuk aku xbg dtg beraya sbb dah lebih quota 20 org hahaha,
yg 20 org dtg umah aku adik beradik dgn kawan2 yg terdekat je,nak tambah kawan2 yg jauh skit mmg xdpt lah,
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 01:17 PM | Show all posts
kita ikut jelah arahan from kerajaan... Ni kan utk kebaikan kita bersama. Fokus skrg nak putuskan rantaian covid19 ni je
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 01:19 PM | Show all posts
Macam la Covid19 tu tau raya pertama raya kedua...ect...

Patutnya hari pertama pun dah tak boleh.

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 01:20 PM | Show all posts
nenekglamer replied at 25-5-2020 12:17 PM
Ada je kawan aku up kt wasap status acara salam2 cium tangan atok nenek. Nk kata xtau... Keje gomen  ...

bahaya kalau kita tak ikut SOP from kerajaan. Korang nak ke raya tahun depan tahun depan pun kena PKP??? mesti taknak en haha dah cukup terseksa barisan hadapan kita nak jaga rakyat yg degil ni. aku tgk iklan raya from TM tahun ni sedih gila wei sbb dia buat tribute utk barisan hadapan and hero kita https://youtu.be/xeR997_I1xk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.089639 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list