CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9315|Reply: 139

[Tempatan] Parents dah mula pening. Anak-anak cuti sekolah, terperap di rumah sejak Mac

  [Copy link]
Post time 25-5-2020 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan digesa bincang langkah konkrit pendidikan susulan sekolah terus ‘cuti’
May 25, 2020 12:29 PM


PETALING JAYA: Seorang pendidik menggesa Putrajaya supaya memulakan perbincangan mengenai norma baru pendidikan berikutan penularan wabak Covid-19 dan tidak terus bergantung pada kaedah pengajaran ad hoc sewaktu sekolah terus ditutup berikutan pelaksanaan perintah sekatan (PKP).

Teo Kon Seong, professor di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, pelajar tidak bersekolah sejak Mac apabila perintah kawalan pergerakan mula dilaksanakan.

Beliau mengambil maklum mengenai inisiatif yang diambil setakat ini tetapi berkata, ia tidak melibatkan semua pelajar.

“Sesetengahnya belajar, sesetengah yang lain tidak. Sebahagian mereka mungkin mempunyai kemudahan internet, sementara yang lain mungkin tidak mempunyai peranti yang diperlukan,” katanya kepada FMT.

Beliau menggesa Kementerian Pendidikan supaya mewujudkan platform dalam talian bagi membolehkan perbincangan antara pakar dengan ibu bapa tentang kaedah sesuai untuk memastikan pelajar terus memperoleh pendidikan.

“Mereka juga boleh menyenaraikan idea di platform di laman web Kementerian Pendidikan.

“Kementerian boleh pilih idea terbaik untuk dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa semakin resah kerana mereka tidak mendengar mengenai langkah yang diambil oleh kementerian tentang kaedah anak-anak mereka akan mendapat pendidikan.

“Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana keadaan yang dihadapi memang tidak dijangka, tetapi pada masa sama kita tidak boleh membiarkan ia berterusan.”

Teo berkata, kerajaan mungkin mengutamakan aspek kesihatan krisis yang dihadapi yang menyaksikan ketua pengarah kesihatan muncul setiap hari untuk memberi makluman tentang keadaan semasa wabak Covid-19.

“Bagaimanapun pendidikan juga sama penting dan orang ramai mahu tahu tentang langkah yang diambil untuk mendidik anak-anak mereka, termasuk daripada sektor pendidikan tinggi,” katanya.

Pelaksanaan PKP menyaksikan guru beralih kepada platform seperti Google Classroom dan Whatsapp bagi meneruskan kelas. Sesetengah Persatuan Ibu bapa dan Murid turut berperanan menghantar nota dan kerja rumah kepada pelajar yang tidak mempunyai sambungan internet.

Teo berkata, ia merupakan idea yang baik, tetapi masih dilaksanakan secara ad hoc.

Katanya, walaupun kerajaan mengumumkan bahawa keutamaan diberikan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM dan peperiksaan lain yang serupa, namun pelajar lain perlu terus belajar kerana mereka mungkin hilang minat setelah bercuti terlalu lama.

“Kita perlu bina semula negara ini bersama-sama dan kita perlu bersedia tentang kemungkinan yang akan berlaku sekiranya krisis ini berpanjangan.”

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 01:04 PM | Show all posts
https://www.malaysiakini.com/news/508654

Let's turn coronavirus outbreak into a blessing, says Kit Siang

blessing utk bdk2..ko tau x gi skolah tu pnat? ko keje ujung bulan dpt gaji ank ko gi skolah mcm2 hal..ada yg kene buli, ada yg cikgu pangai tahpape..sian la sket kt anak2..blessing kn kata uncle lim kit
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sambung pkp utk selama2nya
atau sekolah akan overwhelmed dengan penjara kan sosial
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak anak iols sejak pkp
Skola dia suka ati .
Kekadang malam pon buka kuiz..hahaha
Google classroom tu ikut waktu cikgu lah..
Cuma kuiz atau youtube tu dia buka.ikut masa dia lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 01:32 PM | Show all posts
Uhmmmmmmmmmmmmmmmmm

Bukan salah kerajaan adakan PKP

Ini semua salah China dan kerajaan PH DAP

Ya Allah tolong haramkan DAP dan cina hindu xboleh berpolitik di Malaysia,kita kena tutup jalan utk mrk merasa boleh mentadbir negara , pendek kata  bercakap pun kita xbenarkan.

Ameen !!!!!!!!!!!!! Makbulkanlah !
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
My suggestion, for time being, adakan satu hari satu darjah. For example, Hari Ahad untuk darjah satu, hari Isnin untuk darjah dua dan seterusnya. Guru2 perlu hadir semua dan berada dalam kelas yang memuatkan 15 orang pelajar sahaja. Occupied all classes. Hanya core subject sahaja yang diajar. Guru yang mengajar pelajaran elektif mengajar core subjek kelas hujung, ajar yang simple2 sahaja. Guru2 option core subject ajar kelas hadapan. For the time being, I mean.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2020 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Htr je la sekolah semoga hasrat utk dpt covid tercapai
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 02:25 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 25-5-2020 05:13 AM
sambung pkp utk selama2nya
atau sekolah akan overwhelmed dengan penjara kan sosial

cikgu pakai baju klawar x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 25-5-2020 01:46 PM
My suggestion, for time being, adakan satu hari satu darjah. For example, Hari Ahad untuk darjah sat ...

Kena sanitized satu sekolah setiap hari la
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 02:26 PM | Show all posts
skjc ngn sjkt je patut bkak...rugi bazir duit rakyat banyak2 tp x bkk skolah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Beranak la lagi ramai2 biar bertambah rezeki katanyehhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tibe masanya kita kena buat home schooling...tapi kena invest la skit segala peralatan yg nak kena ada tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 02:38 PM | Show all posts
Zeatyisaac replied at 25-5-2020 01:46 PM
My suggestion, for time being, adakan satu hari satu darjah. For example, Hari Ahad untuk darjah sat ...

Nk kne test run dulu.
Nk jaga jarak untuk murid tu sgt la susah esp untk tahan 1,2 dan 3.
Diorang nmpk kawan, nampak cikgu, mende 1st die nk buat ialah bersosial.
That's why plannye nk start dengan f5 dan 6 dulu.
Kite x bleh tergesa2 bile melibatkan budak sbb mostly kalau diorang kene covid, xde simptom.
and bawak ke rumah.
And cikgu2 pun bawak ke rumah.
Implikasi die gak besar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk sekolah2 murid x ramai ok laa...mcm sekolah anak iols, satu aliran ada 350 budak ( 12-13 kelas) . Sessi pagi n petang.. dah dekat 2000 orang... ..UPSR dah dibatalkan. Mmg sedih n kesian dgn budak2 batch # covid19 tahun nih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 03:06 PM | Show all posts
Orix replied at 25-5-2020 02:27 PM
Beranak la lagi ramai2 biar bertambah rezeki katanyehhh

beranak ramai ni penting untuk future negara kita.

semakin kurang beranak semakin cepat negara kita jadi negara tua (dipenuhi orang tua macam di europe).

dan seterusnya population akan semakin berkurang instead of bertambahmacam south korea.

lalu menjadi negara yang tidak kompetitif.

at least kalau beranak ramai. xmampu nak bagi makan ke apa mcm mcm kemudahan bantuan kerajaan sediakan. at least parent just bagi tempat tinggal n makan minum sampai umur 18. bila dah umur 18 mereka dah boleh berdikari atas kaki sendiri dan menyumbang kepada kemajuan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 25-5-2020 03:06 PM
beranak ramai ni penting untuk future negara kita.

semakin kurang beranak semakin cepat negara  ...

Menyumbang la sgat

Kalau menyumbang tak adalah pekerja warga asing melambak2 kat Malaysia ni walhal rakyat sendiri ramai yg merempan susah dpt kerja, xde kerja, hidup susah bagai.

Quality over quantity. Always.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 25-5-2020 03:06 PM
beranak ramai ni penting untuk future negara kita.

semakin kurang beranak semakin cepat negara  ...

beranak ramai utk yg berkemampuan sangat2 disaran. kalau yg tak mampu tu takyah beranak pun takpe. tak guna anak ramai tp dari kecik serba tak dpt lama2 bkn menghasilkan modal insan yg bagus tp penyagak yg ramai. terpakaa gov sediakan dana yg byk utk bela mereka ni (penjara)
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 03:15 PM | Show all posts
Orix replied at 25-5-2020 03:10 PM
Menyumbang la sgat

Kalau menyumbang tak adalah pekerja warga asing melambak2 kat Mala ...

u see. kenapa pekerja asing ramai? sebab kita perlukan quantity.
Hello kita punya unemployment rate selama ni seiring negara maju. sentiasa kurang dari 3%. mana ada ramai ramai melarat xder kerja.

yang bermula sebagai peniaga  kecil pun perniagaan mereka akan membesar, akan menggaji pekarja, bayar tax zakat semua.

yang xbayar tax dan sebagainya pula turut menyumbang dengan mengisi peluang pekerjaan yang ada. investor akan buka perniagaan / kilang sekiranya ada tenaga kerja. walaupun mungkin tenaga kerja ni xlayak bayar tax. tapi kilang / perniagaan ni akan bayar tax serta mengeksport barangan ke luar dan menyumbang pada kdnk negara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 25-5-2020 02:29 PM
dah tibe masanya kita kena buat home schooling...tapi kena invest la skit segala peralatan yg nak ke ...

ok jugak kan. anak i mmg home school utk subjek aliran perdana time pkp pun on je.cuma before this cikgu dtg rumah semgu sekali check hw. bljr je online. tp skrg bljr+check hw pun online.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 03:17 PM | Show all posts
syamzana replied at 25-5-2020 03:12 PM
beranak ramai utk yg berkemampuan sangat2 disaran. kalau yg tak mampu tu takyah beranak pun takpe. ...

uol cakap macam anak miskin rata rata membesar jadi penyangak jer. berikan fakta dulu. tu cuma assumption tidak bertanggungjawab jer. dekat forum ni pun ramai membesar anak orang susah. ada yang citer set geometry pakai sampai 10 tahun sekolah. now dah bekerjaya dan membayar tax serta menyumbang pada pembangunan negara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.082103 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list