CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3923|Reply: 26

[Tempatan] Lelaki langgar arahan kuarantin ditahan

  [Copy link]
Post time 25-5-2020 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 25-5-2020 04:39 PM

Lelaki yang mencetuskan kemarahan warganet kerana mempamerkan gambarnya melanggar arahan kuarantin di rumah menerusi Facebook, ditahan di Sibu, hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sibujaya.

Polis sudah merujuk lelaki terbabit kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

"Lelaki itu yang bekerja di Kuala Lumpur balik ke Sibu pada 17 Mei lalu dan diarah menjalani kuarantin di hotel. Bagaimanapun, selepas ujian swab negatif lelaki itu diarah meneruskan kuarantin di rumah hingga 30 Mei ini," katanya.

Hari ini, lelaki itu mencetuskan kemarahan warganet selepas membuat hantaran di Facebook menunjukkan dirinya sedang bersarapan di sebuah kedai kopi di Sibujaya.

Berdasarkan perbualan bersama rakannya dalam ruang komen di Facebook, lelaki itu mengaku sudah membuka wristband atau gelang tangan khas itu untuk mengelak ditangkap.

Dia turut memberitahu rakannya yang dia mengendurkan gelang tangan yang diperbuat daripada plastik yang dipasang oleh KKM itu bagi individu yang sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dev berkata, selepas tular di Facebook, anggota polis bergegas ke kedai kopi berkenaan untuk mencari lelaki berkenaan.

"Menyedari dirinya dicari, lelaki itu kemudiannya menyerah diri di Balai Polis Sibujaya," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 04:26 PM | Show all posts
Ade x kronologi post die kt fb?
I is malas nk cari
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Org skrg seronok mempamerkan kebodohan
Ko dah langgar peraturan, lg ditayang2
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
patut cop "under quarantine" dgn dakwat kekal atas dahi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2020 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 25-5-2020 04:26 PM
Ade x kronologi post die kt fb?
I is malas nk cari

Punca dia post tengah makan mi kat kedai kopi pagi tadi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 04:42 PM | Show all posts
safriehalim replied at 25-5-2020 03:38 PM
Punca dia post tengah makan mi kat kedai kopi pagi tadi.

bodoh gak dia ni
dia ingat org xfaham bahasa dia ke
bahasa dia ni la paling mirip dgn bahasa melayu sarawak

sama mcm kes lori terbalik haritu.. bangga je post hasil curi kat fb
mungkin sistem pendidikan xsmpai lagi kot kat ceruk kampung dia.. sebab tu bodoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2020 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
yg suka2 lnggar praturan ni mmg dtakdirkn bodoh kot sbb tu swenang bangga post ksalahan kt medsoc jd snang kerja polis nk tngkap. klau bt snyap2 kang kot ad yg mmg +ve virus ssah plak nk trace virus dh merabak mrata  
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dev Kumar jadi Datuk dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesungguhnya amanat raya yg disampaikan oleh din pagoh tidak melanggar perintah kuarantine keatasnya....atas kefahaman samada ianya dilakukan dirumah sendiri atau ianya merupakan pre recording sebelum perintah kuarantine dikenakan...

Aku akan tahan gelak dulu sehingga ada sesiapa yg boleh beri kepastian akan duduk perkara sebenar..


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 05:12 PM | Show all posts


Eja kuarantin pn x betul.
Bgs la.
Letak sekali kt depo tu.
Ni dah ratus2 kes x pasal2
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh tau salah... bodoh plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 05:53 PM | Show all posts
Ni la di panggil, bingai eh bertingkek2.
Menyusahkan orang lain je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sah bodoh. Eja kuarantin pun tak reti
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 25-5-2020 04:29 PM
Org skrg seronok mempamerkan kebodohan
Ko dah langgar peraturan, lg ditayang2

Tau xpe...sblm pkp lg dh ramai yg bodo....bila pkp makin btmbh ramai yg bodo dan mementingkn diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:06 PM | Show all posts
orang Sibu memang camtu pun, ingat semua boleh settle dengan duit under table walaupun kena tahan polis atau kena denda. dengan Covid pun dia boleh settle luar panggil kawan gengster apa korang tau
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmmnn.. Kena seorg tentera acu assault  riffle kat kepala baru berakai dan dengar arahan KKM kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 10:03 PM | Show all posts
Orang Malaysia ni kalau bab suruh self kuarantin banyak yang culas lepas tu gigih umum dalam social media macam bagus.  Itu yang umum yang senyap2 tah berapa ramai dah.  Nasib yang dalam kes ni dah terangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 10:37 PM | Show all posts
Ni mmg saja cari pasal... x paham maksud kuarantin di rumah ke??
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibu ramai gengster cina belik mai dik tok
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg selfish gini yang sbbkan tak putus2 rantaian covid
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.092275 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list