Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
936
View
19
Reply

[Tempatan] Dua beradik bina sekolah dalam hutan di Sabah untuk terus belajar

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-5-2020 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Dua beradik bina sekolah dalam hutan di Sabah untuk terus belajarRobin Augustin -

May 25, 2020 10:54 AM


Rechellyna dan Ryverra Rinus membina sekolah sendiri puncak bukit untuk teruskan pembelajaran.
PETALING JAYA: Di puncak bukit berdekatan sebuah kampung kira-kira 100km dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, terdiri sebuah pondok di mana 2 beradik meneruskan pelajaran mereka walaupun penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) menyaksikan hampir semua aktiviti awam terhenti sejak pertengahan Mac bagi menyekat penularan wabak Covid-19.
Walaupun sekolah ditutup, aktiviti pembelajaran masih dijalankan secara atas talian.
Tetapi liputan internet di Kampung Bomboi, Keningau, hampir tidak ada, menjadikan pembelajaran atas talian hampir mustahil bagi Rechellyna Rinus, 17 dan adiknya Ryverra, 15.
Jika terdapat isyarat data di kampung mereka sekali pun, ia amat perlahan menjadikan aktiviti pembelajaran sangat mengecewakan dan menyebabkan mereka kerap tertinggal pelajaran.









Akhirnya Recellyna dan Ryverra membuat keputusan untuk berpindah ke lokasi lebih tinggi, iaitu tanah kebun sawit bapa saudara mereka.
Di tepi bukit tersebut, kira-kira ½ km dari rumah mereka, isyarat internetnya paling kuat.
Di situ, 2 beradik itu mula mengikuti pelajaran masing-masing melalui telefon bimbit secara bergilir-gilir. Mereka berdiri dan duduk bercangkung di situ di bawah panas matahari dan kadang-kadang hujan.
Rechellyna dan Ryverra Rinus belajar di meja dan bangku kayu buatan sendiri di Puru Online.
Keadaan itu tidak sesuai untuk belajar, lalu mereka membuat keputusan membina pondok sekolah sendiri dalam masa 2 hari.



Mereka menebang anak pokok dan dengan panduan daripada bapa saudara, membuat meja dan kerusi daripada batang pokok. Oleh sebab sekolah itu tidak berdinding, mereka membakar bekas telur untuk menghalau nyamuk.
Di luar pondok sekolah, mereka menggantung papan tanda yang tertulis Welcome to Puru Online. Puru dalam bahasa Dusun bermakna hutan.
Klip video yang merakamkan usaha 2 beradik ini dilihat oleh lebih 8,000 penonton di YouTube setakat ini.
Jika mengantuk atau belakang anda sakit atau letih, anda boleh tidur di sini, kata Rechellyna dalam video itu sambil menunjuk ke arah buaian rajut (hammock) yang diikat pada 2 batang pokok.
Malah terdapat juga dapur ringkas di situ yang digunakan oleh 2 beradik itu memasak alas perut bila berasa lapar semasa belajar.
Sekarang bukan seperti dulu. Sekarang saya sangat gembira, kami boleh belajar dengan selesa.
Ibu saudara mereka, Flovea Ng memberitahu FMT bahawa Rechellyna dan Ryverra, yang mempunyai 2 adik lain, membangunkan Puru Online pada 28 April kerana tertinggal pelajaran akibat Covid-19.
Mereka mahu membaiki hidup mereka dan keluarga. Mereka mahukan masa depan lebih baik.
Ng berkata, Rechellyna mahu menjadi guru, sementara Ryverra bercita-cita menjadi doktor gigi.
Syukur ada individu pemurah yang menyaksikan video mereka dan menyumbangkan komputer riba, modem dan pencetak bagi membantu pelajaran mereka.
Mereka sangat teruja dan berterima kasih, sementara ibu bapa 2 beradik itu mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan, katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 25-5-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah, go Sabahans go!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki..good for them
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada sahabat pena dari Sabah. Lupa pulak daerah mana.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 05:03 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 25-5-2020 08:49 AM
Dulu ada sahabat pena dari Sabah. Lupa pulak daerah mana.

menggatal
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 05:04 PM | Show all posts
bdk2 ni perlukan cikgu yg cerdik pandai mcm FM dan @Maideen. moga2 mereka dapat merongkai rahsia aurora itu graviti graviton jupiter lebih lemah berbanding earth

prffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 05:49 PM | Show all posts
Syabas dik...
Walaubagaimanapun utamakan keselamatan.
Minta ada ahli keluarga yg tolong temankan diaorg sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 25-5-2020 05:49 PM
Syabas dik...
Walaubagaimanapun utamakan keselamatan.
Minta ada ahli keluarga yg tolong temankan d ...

Dalam area kampong jah ni..dan biasanya dalam tanah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tinot7 at 25-5-2020 06:20 PM

Selamat belajar!

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nafas kekal segar sentiasa  walaupun selepas beraya!


Listerine@
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat dik.. Hebattt.. Acik doakan angpa berdua jadi manusia berguna utk malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak buah aku pun kata dia nak sgt sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:27 PM | Show all posts
best nya tempat belajar mereka.. aman damai..

selamat belajar dik..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik..bagus sangat rajin

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kagum aku dgn semangat budak2 ni.. semoga berjaya dlm hidup dan dpt ubah nasib keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 07:42 PM | Show all posts
bagus budak2 ni

bukan mcm budak twitter yg belajar sedap...bawah kipas...tp duk mengeluh bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
'survival'....budak kampung(pompuan lg tu...) yg hebat.Bravo....!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
belajar sungguh2 dik smpi berjaya blh bantu keluarga dan org lain

jgn nnt konon2nya jumpa cinta sejati sanggup sehidup semati last2 habis barai kena scam
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:06 PM | Show all posts
Syabas teruskan usaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dikkk. Di kala budak2 Bandar ni suruh bangun join Online kelas pun mengelat2 korang sampai sanggup belajar dalam hutan. Semoga jadi org berilmu satu Hari Nanti ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list