CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Penjawat awam bagi alasan terkandas di kampung sejak PKP semata-mata nak continu

  [Copy link]
Post time 26-5-2020 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 26-5-2020 01:30 PM
ada kes cikgu tak buat pun pengajaran online, tak submit kerja etc
tapi dlm group WhatsApp lain cik ...

Mm..bab ni aku as parent nak tegurnjgk..it's unfair korang bagi jek assignments, but u did not guide a bit pun bdk2 ni...google classroom tidak digunakan sepenuhnya.certain hantar kot whatsapp..jenuh la nak mencari..satu keje aku jd planner utl anak aku.udah ler aku mmg keje wfh..mmg keje.even some friends ado jek online meeting mlm...sib baik tiba ramdhan aku tak yah pikir nal siap breakfast...n lunch...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
korg cerita mcm semua gomen je.. bukan semua la... gomen dah start kerja full blast 4 mei haritu.. paham2 lah gomen mana yg x start kerja lagi tu.. siapa xnak masuk mmg kene apply cuti.. kawan aku yg terkandas kat melaka, elok je ulang alik melaka kl kerja... aku gomen dah start since PKP 2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani buat berani la tanggung. Apa susah.. X kira la ko gomen ke swasta ke half2 ke keje sendiri ke. Sape suh x ikut SOP
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Gov Servant ni majority Memang suka ambik kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sally03tomato replied at 26-5-2020 04:12 PM
korg cerita mcm semua gomen je.. bukan semua la... gomen dah start kerja full blast 4 mei haritu.. p ...

Kenapa kawan ko tak balik kl je? Takde rumah ke kt kl?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
zacks replied at 25-5-2020 10:14 PM
Btol mmg jem pun time tu.
Tapi takpa. Hgpa nak sgt penjawat awam balik masuk opis. Aku mmg nak ba ...

Kau jgnlah bagi malu org gomen.
Aku follow haritu time org balik time gerak malaysia tu tak jem pun. Kawan2 aku pun cakap tak jem time diorang balik.
Wfh tu boleh je buat kt kediaman sendiri. Nk kena balik kg jugak kenapa?
Tiap tahun balik raya hadap jem boleh pulak? Time kerajaan bg rentas negeri bg alasan jalan jem?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-5-2020 05:49 PM | Show all posts
Penjawat awam palsukan surat kebenaran

SEORANG penjawat awam dan keluarganya tidak dibenarkan pulang ke Putrajaya selepas didapati cuba memalsukan surat kebenaran merentas negeri untuk membolehkan mereka tinggal lebih masa di sini untuk menyambut Aidilfitri.

Lelaki berusia 40-an yang bekerja sebagai kerani itu sepatutnya pulang ke Putrajaya pada 17 Mei lalu namun dia dipercayai menukar tarikh surat berkenaan ke tarikh semalam.

Difahamkan, lelaki itu bersama isteri dan dua anak mereka pulang ke negeri ini dengan alasan menghantar ubat kepada bapanya di Pendang.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, bagaimanapun tindakan lelaki itu gagal mengaburi pihak berkuasa apabila dia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang untuk memohon surat kebenaran dari Pendang ke Putrajaya, semalam.

Bagaimanapun pihak polis meminta lelaki itu mengemukakan surat kebenaran dari Putrajaya dan mengesyaki sesuatu mencurigakan pada surat berkenaan.

Berikutan itu katanya, anggota polis terbabit menghubungi pihak polis yang mengeluarkan surat kebenaran itu di Putrajaya sebelum mendapati terdapat tarikh yang berbeza dan mengesahkan individu itu sepatutnya pulang pada 17 Mei lalu tetapi tarikhnya sudah diubah.

"Berikutan itu, lelaki terbabit dan keluarganya tidak dibenarkan pulang ke sana (Putrajaya) dan tinggal di kampung di sini sehingga siasatan kes selesai.

"Kes diserahkan ke Bahagian Komersial untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemalsuan surat kebenaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah, premis makanan segera dan pasar raya di sekitar bandar raya ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin.

Dalam pada itu, Zainuddin mengingatkan kepada semua penjawat awam yang mereka boleh diambil tindakan sekiranya didapati mereka merentas negeri tanpa kebenaran.

Katanya, mereka akan menerima padah jika melanggar undang-undang dan SOP ditetapkan.

Dalam pada itu, hasil pemeriksaannya di dua rumah iaitu di Lorong Kampung Borhan, Jalan Langgar dan Taman Saga, Alor Mengkudu mendapati rumah berkenaan mengikut SOP ditetapkan.

Katanya, walaupun banyak kereta di halaman rumah namun didapati ahli keluarga dua rumah terbabit tinggal di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 5:42 PM
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
b_n_c replied at 26-5-2020 02:53 PM
tp rsnya yg x balik kerja semasa kebenaran pergerakan 7-10 mei tu pun patut dikenakan tindakan jug ...

Btol, aku setuju yg dari awal PKP fasa 1 dilaksanakan pun x balik still stay di kg biarpun kebenaran rentas negeri diberi mmg patut dihukum dgn tegas....

Tp artikel TT ni pasal yg curi2 balik kg baru2 ni di penghujung Ramadhan sbb nk beraya di kg, end up stranded bila kerajaan tightened kawalan selepas raya....yg ni patut dihukum sbb engkar larangan rentas negeri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 26-5-2020 05:49 PM
Penjawat awam palsukan surat kebenaran

SEORANG penjawat awam dan keluarganya tidak dibenarkan pul ...

Hmmmm, padan muka nk menipu sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lula2 replied at 26-5-2020 05:46 PM
Kau jgnlah bagi malu org gomen.
Aku follow haritu time org balik time gerak malaysia tu tak jem p ...

dia ni dari aritu lagi dok merempan provok org kononnye sarkastik kat org2 yg perli gov staf pasal bpn/bonus pastu bersmbg kes wfh plak. ade ke reason jem sbb tu taknak balik. bingai betul pekerja gini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash la dekk
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 25-5-2020 06:24 PM
Yupppp...team sek.kang tego ktanya buat on9..brp kerat ja yg buat..lol

google classrom diguna..  malaysia tertinggi di dunia...  xtau ke..  knapa ramai org sakit hati kat cg...  dlm gaji cg juga ada rezeki org lain.. kalau sakit hati sgt..  g lapor kat kpm..  suruh bukak skola..  tapi guru2 xakan mau  dpertggungjwab pd sebarang kluster studen
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
yg x puas hati kpd para cg...  sila buat laporan kat kpm...  blh jugak mntak skolah dibuka kalau dah sakit hati sgt kpd para cg..  mcm la cg2 suka2 taknak p krja..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lula2 replied at 26-5-2020 05:38 PM
Kenapa kawan ko tak balik kl je? Takde rumah ke kt kl?

kebanyakan sebab ade anak kecik.. laki bini kerja, siapa nak jaga anak... pengasuh option last sebab tadika bayar half  nak bayar lagi pengasuh.. banyak jugak pengasuh yg x terima asuhan baru musim covid.. parents sacrifice ulang alik jauh selagi boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Boss suruh kerja dari rumah, bila2 dikehendaki masuk opis kena lah hadir. Bukan suruh kerja dari kampung. Apa2 pun balik bandar nanti standby bayar kompaun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak terus tolak aje cuti derg....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 08:49 PM | Show all posts
kawan iols dari 18/3 balik kg sampai sekarang ni.. dia kerja gomen, endup kena amik cuti rehatnya.. masalahnya cuti rehat hampir habis tu, mereput la amik cuti tanpa gaji.. padan muka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2020 10:20 PM | Show all posts
Baliklah, biar kena kompaun, jangan sampai hilang kerja

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam dan pekerja swasta yang berjaya meloloskan diri merentas negeri untuk menyambut Aidilfitri di kampung perlu bersedia berdepan tindakan undang-undang apabila mahu pulang ke ibu negara atau ke tempat kerja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata golongan terbabit perlu bersedia untuk dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun beliau menasihatkan penjawat awam dan pekerja yang berjaya lolos merentas negeri supaya tidak menjadikan alasan takut dikompaun sebagai punca enggan kembali untuk bekerja semula selepas pulang bercuti.

"Seperti saya katakan, selepas dapat balik kampung, bukan ada jaminan tidak lepas daripada tindakan polis untuk balik semula ke tempat kerja. Berani buat, berani tanggung.

"Kalau balik semula tak boleh lolos, bayarlah kompaun. Kita tak tahan mereka pulang (untuk bekerja), kita galak mereka pulang tetapi jangan pula kerana takut dikompaun sehingga tak balik pula dan hilang kerja pula," katanya pada sidang media harian PKPB di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, polis akan membuat sekatan jalan raya di setiap plaza tol untuk menyekat cubaan perjalanan merentas negeri ketika tempoh PKPB.

Anggota polis juga akan ditempatkan di semua terminal pengangkutan darat, udara dan laut bagi tugasan mengawal pergerakan rentas negeri.

Dalam pada itu, kerajaan tidak akan melonggarkan SOP kebenaran ziarah atau beraya selepas hari pertama Aidilfitri sepanjang tempoh PKPB. Sebarang aktiviti kunjung mengunjung atas alasan bagi menyambut Aidilfitri adalah melanggar SOP ditetapkan kerajaan.

"SOP kita hanya pada hari pertama saja dibenarkan sambutan Aidilfitri dan 20 orang (dibenarkan ziarah) untuk hari raya pertama, hari seterusnya tidak ada lagi (kebenaran).

"Semalam saya tengok dalam berita, hari raya kedua polis terus pantau, ada yang dapat kompaun terus. Perlu diingatkan, kebenaran ziarah hanya pada raya pertama saja. Hari lain, menyalahi SOP kerajaan," katanya.

Mengenai kes lain, beliau berkata, kerajaan sedia membantu menguruskan perjalanan seorang wanita yang tinggal di Singapura bagi menghadiri majlis pengebumian suaminya di negara ini.

Sambil mengakui tidak dimaklumkan mengenai kes itu, beliau berkata, ada pengecualian tertentu bagi kes seperti itu untuk memasuki negara ini untuk menghadiri upacara pengebumian.

"Dia boleh melawat tetapi perlu memakai pakaian kelengkapan kesihatan (PPE) hingga sampai ke kubur. Kita juga membenarkan untuk merentas negeri selama tiga jam maksimum dengan diiringi petugas barisan hadapan dan selepas itu dihantar balik," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
perembes replied at 26-5-2020 07:36 PM
yg x puas hati kpd para cg...  sila buat laporan kat kpm...  blh jugak mntak skolah dibuka kalau dah ...

yg sakit hati kt cikgu ni mgkin xde anak kot...

klu yg ada anak aku rs 90% ok je sekolah tutup, sayang ank oi x betani dedahkan diorang dlm keadaan sekarang...

yg nk sakit hati kt cikgu dah kenapa, udah mmg sekolah x buka, kalau bagi kerja sekolah wassap korang memekak jgk...pening la smua salah..

yg ada anak dan nak sekolah dibuka tu yakinnya kamu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:32 PM | Show all posts
x rungsing ker duduk kampung lama2,
mmg lah dpt tengok mak ayah...
tapi paling best tetap rumah sendiri,
tambah2 ipar2 pon berjemaah duduk skali kat kampung,
silap2 boleh gadoh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.060764 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list