CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13555|Reply: 201

[Tempatan] Penjawat awam bagi alasan terkandas di kampung sejak PKP semata-mata nak continu

  [Copy link]
Post time 25-5-2020 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan tatatertib menanti penjawat awam terkandas di kampung


KUALA LUMPUR: Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung, akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, menjelaskan jabatan masing-masing boleh mengenakan tindakan tatatertib pada penjawat awam yang tidak hadir ke pejabat tanpa mengemukakan surat cuti.

"Sekiranya pegawai tidak boleh hadir bertugas, sama ada di pejabat atau bekerja di rumah (BDR), dia dianggap tidak hadir bertugas dan ada diperuntukkan hukuman tertentu dalam Perintah Am Bab D (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993).

"Dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Mac, pegawai mesti bekerja di pejabat atau dibenarkan BDR mengikut arahan Ketua Jabatan.

"Pegawai BDR boleh diarahkan untuk hadir di pejabat pada bila-bila masa namun jika tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti, boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh jabatan masing-masing," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang tidak dapat kembali bekerja kerana melanggar PKPB untuk pulang berhari raya di kampung.

Mohd Khairul Adib menegaskan, tindakan penjawat awam melanggar PKPB itu sendiri adalah menjadi kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342 ) dan mereka juga boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

"Kesalahan di bawah Akta 342 adalah kesalahan jenayah. Ada peruntukan di bawah Perintah Am yang memperuntukkan hukuman tertentu bergantung kepada dapatan dan hukuman mahkamah," katanya.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman tatatertib seperti amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Penjawat awam yang dikenakan tatatertib juga, tidak layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukuman, seperti amaran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan).

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 06:01 PM | Show all posts
Sile.
Berhentikan pun xpe.
Degil sgt.
Igt keje gov tu kebal la dari pape tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh gerak balik dah ke dari kampung ke kl?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 25-5-2020 06:06 PM
Boleh gerak balik dah ke dari kampung ke kl?

Masa open gerak apps tu memang dh bagitau semua yg terkandas di kg boleh balik ke bandar..
Tp ni mesti set2 taknak balik bandar haritu sbb nak raya..pastu bg alasan terkandas kt kg lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan penjawat awam tu cikgu cikgi..trust me.dorg mmg ada kt kampung sejak cuti skolah bln mac.masa 4 hari kebenaran rentas negeri utk pulang ke stesen bertugas,ramai yg ingkar sbb nak stay smpai aidil fitri.udah alang2 katanya.another reason,kelas on9 boleh dibuat dimana2.hmmm... Ada tindakan x utk golongan penjawat awam ketegaq nih??
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku jeles yg kerja gomen ni.... Mudah dapat pinjaman bank.. bila aku tau pasal orang gomen buat taik, terus panas hati aku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2020 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
jijioaynna replied at 25-5-2020 06:11 PM
Kebanyakan penjawat awam tu cikgu cikgi..trust me.dorg mmg ada kt kampung sejak cuti skolah bln mac. ...

Yupppp...team sek.kang tego ktanya buat on9..brp kerat ja yg buat..lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 25-5-2020 06:28 PM

Kalau yang bermasalah begini kita sokong juga dikenakan tindakan. Mereka inilah jadi pensabotaj usaha rakan sekerja lain untuk berkhidmat.

Menyusahkan orang awam yang nak berurusan tu satu, menyusahkan pula rakan sekerja sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lula2 replied at 25-5-2020 06:08 PM
Masa open gerak apps tu memang dh bagitau semua yg terkandas di kg boleh balik ke bandar..
Tp ni  ...

Dengar citer ada dekat 1 juta yg masih dikampung, bila kerajaan nk on balik app gerak malaysia tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki bini cikgu memang ada pun yg tak nak balik dari kg lagi lepas gov bg kebenaran utk rentas negeri bg yg stranded awal Mei hari tu. Alasan sbb sayang dah nak dekat raya. Nak jugak raya kat kg
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Gedik la dia org tu.. Dah tau nak raya p blk bando lps tu blk kg blk.. Lps tu happy post kat fb beraya kat kg.. Beraya rumah mertua.. Beraya umah saudara.. Lps tu bg alasan mcm2 lg nk blk lps ni.. Mentang2 la gaji dpt.. Leh ke sana ke sini..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
jijioaynna replied at 25-5-2020 06:11 PM
Kebanyakan penjawat awam tu cikgu cikgi..trust me.dorg mmg ada kt kampung sejak cuti skolah bln mac. ...

hahaha..meols ada tgk kat ig ..sorang cikgu instafemes...heols xde kerja apa pun.. hari2 heols main tiktok..menari mcm org gila
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 25-5-2020 06:27 PM
Kalau yang bermasalah begini kita sokong juga dikenakan tindakan. Mereka inilah jadi pensabotaj usah ...

Setuju sgt2
Bila call aje jawapan ialah masih WFH dgn kata lain kot2 masih berulit dgn family kat kampung
Take advantage spisis mcm ni
Better resign si bagi laluan kpd orang lain yg tengah cari kerja especially KERAJAAN absorb aje pekerja2 kontrak yg ramai punyai good performance & good attitude
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
jijioaynna replied at 25-5-2020 06:11 PM
Kebanyakan penjawat awam tu cikgu cikgi..trust me.dorg mmg ada kt kampung sejak cuti skolah bln mac. ...

My sis pn mula2 nk suh laki dia je blk dlu sbb dorg terkandas kt umah mertua ... tp iols saje forward2 msej yg nnt kna tndakan tatatertib sume, dorg pn blk KL 1’ family trus msa 4 hari yg diberi chance tu...

Iols sbnarnya saje nk suh dia blk sbb ada lh geng utk raya skali dh dorg laki bini rajin msk, terjamin gak perut iols di pg raya kan

Comments

dasar....hahaha sian kat adek dok sorang kat kampung....hahahaha  Post time 27-5-2020 10:41 AM
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
aku nk tgk reaksi cikgu2 terutama hari tu dok cakap lepas raya boleh balik tempat masing2 sambil update gambar kat kampung
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka patut dibelai bukan diugut ya..bg bonus pascaraya bg boost morale is recomended cystttt...sepatunya private sector harus buat kutipan tolong staff gomen merempuhiii saat2 getir dirumah yang sngt ngeri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorg berani sbb dorg tau mustahil dorg kena benti keja.abis kuat pun kena buat surat tunjuk sebab je yg ntah2 org atas baca ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka kau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2020 07:20 PM | Show all posts
hari tu NUTP dah defend cikgu2 yg 'terperangkap di kampung'
semua cikgu lain tau
ni helah sebab nk stay sampai raya
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
xrisau ke tinggalkan rumah lama2
silap2 balik umah paip bocora pencuri masukla
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.105087 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list