CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7320|Reply: 54

[Tempatan] Hari Raya Kedua. Pusat beli-belah Aeon Mall Tebrau City di arah tutup seminggu

  [Copy link]
Post time 25-5-2020 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 26-5-2020 01:04 PM

Pasar raya diarah tutup, terlalu ramai pengunjung

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan sebuah pasar raya terkenal di Taman Desa Tebrau, di sini, ditutup seminggu mulai hari ini sehingga 1 Jun depan.

Notis arahan penutupan premis yang dikeluarkan KKM hari ini, viral di media sosial sejak petang tadi.

Notis berkenaan antara lain memaparkan arahan penutupan premis berkenaan dibuat mengikut Subseksyen 18(1)(f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bermula dari jam 4 petang 25 Mei 2020 sehingga 1 Jun 2020.

Ia bertujuan menjalankan kerja mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.

Netizen mendakwa arahan penutupan pasar raya terkenal itu berikutan ia dikunjungi terlalu ramai pengunjung sehingga menyebabkan kawalan selain penjarakan sosial sukar dilakukan dengan berkesan.

Sementara itu, jurucakap pasar raya berkenaan yang dihubungi mengesahkan arahan penutupan premis berkenaan mulai hari ini yang dikeluarkan KKM.

"Kami menafikan segelintir dakwaan yang menyatakan berlaku jangkitan COVID-19 di premis ini.

"Arahan penutupan dikeluarkan KKM berikutan terlalu ramai pengunjung datang ke premis sekali gus prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan sosial sukar dilaksanakan, " katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikea JB ke? Ke Aeon?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 08:22 PM | Show all posts

Aeon Mall...ada bertebaran notis kt fb. Tak SS lak tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 25-5-2020 12:22 PM
Aeon Mall...ada bertebaran notis kt fb. Tak SS lak tadi.

I see.. ni yg viral masa awal2 PKPB ramai gila pengunjung. Ada beza ke Aeon sana dgn Aeon lain sampai ramai gila pengunjung? Aeon kat area iols ni biasa je. Dah lah leceh nak masuk..ke kat sana ada Aeon je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tebrau sana kan.. Ade nampak kat fb.. Biasa la sana kan mall beso.. Mmg ramai la akan keluar merayap ke sana.. Nsb baik x duk area sana.. Dgn jem nye
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
so kena had la.. brp org yg keluar, brp org masuk.. mmg payah la.. tp better dr kena tutup seminggu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 25-5-2020 08:27 PM
so kena had la.. brp org yg keluar, brp org masuk.. mmg payah la.. tp better dr kena tutup seminggu. ...

tgk org ramai blah.. nak had mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sh00 replied at 25-5-2020 12:23 PM
I see.. ni yg viral masa awal2 PKPB ramai gila pengunjung. Ada beza ke Aeon sana dgn Aeon lain sam ...

Tak pasti ada beza ke tak sekarang ni...

Kalau dulu ya ada beza...aeon tebrau lagi banyak pilihan berbanding aeon bukit indah...

Tapi sejak ada paradigme mall, iols tak g dah aeon tebrau...paradigme lagi best dan lagi dekat...

Dah lama tak g mall....sejak bulan mac...seminggu sebelum pkp bermula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 08:29 PM | Show all posts
Yg ini ke?
Xpe ke share gmbr ni?
Kang Aeon saman aku lak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 25-5-2020 12:29 PM
Tak pasti ada beza ke tak sekarang ni...

Kalau dulu ya ada beza...aeon tebrau lagi banyak pilih ...

Owh kalau byk pilihan mmg org akan pegi aeon Tebrau lah kot..tapi sampai tak boleh ikut SOP tu mmg obviously terlalu ramai pengunjung
Aeon sini ada 2 pintu dibuka masa PKP ni, pintu utk masuk supermarket yg jual groceries lain dan pintu utk masuk kedai2 dlm Aeon lain. So iols dapat bayangkan kalau terlalu ramai pengunjung tu mmg betul2 padat.
Wahh lama jugak uols tak pegi mall.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 08:38 PM | Show all posts
Kalau ikut notis tu ditutup sebab kerja sanitasi...ada pengunjung positif covid ke?  Tapi lama sgt pulak proses sanitasi sampai tutup seminggu...susah la peniaga nak beroperasi...buka tutup buka tutup...
Tak boleh ambik masa cepat sikit ke...setakat nak buat sanitasi...
Kalau di China 6 atau 8 hari dah siap satu hospital...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2020 09:15 PM | Show all posts
slyfynx replied at 25-5-2020 08:29 PM
Yg ini ke?
Xpe ke share gmbr ni?
Kang Aeon saman aku lak

ada sale discount 90 peratus ka sampaikan ramai dtg hari kedua Raya?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2020 09:19 PM | Show all posts
'Sudah diberi amaran, tetapi degil...'


WALAUPUN diberi amaran kali pertama, pihak pengurusan sebuah pusat beli-belah di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru masih berdegil apabila melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ia diarahkan ditutup selama tujuh hari, bermula hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) mengarahkan penutupan operasi pusat beli-belah itu bermula 4 petang hari ini sehingga 1 Jun depan.

"Tujuan penutupan kerana pihak pengurusan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu tiada penjarakan sosial pengunjung, tidak menggunakan pensanitasi tangan dengan betul dan tiada kawalan pengunjung dalaman (tidak elak 3C).

"PKDJB sudah memberi amaran pada 12 tengah hari, hari ini namun pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan tidak mengambil tindakan sepatutnya," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai notis arahan penutupan premis berkenaan oleh KKM sejak petang ini.

Notis berkenaan antara lain memaparkan arahan penutupan premis berkenaan dibuat mengikut Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bermula dari 4 petang 25 Mei 2020 sehingga 1 Jun 2020.

Ia bertujuan menjalankan kerja mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.

Netizen mendakwa arahan penutupan pusat beli-belah terkenal bagi warga Bandaraya Johor Bahru itu berikutan ia dikunjungi terlalu ramai orang menyebabkan kawalan penjarakan sosial sukar dilakukan dengan berkesan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 8:51 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:27 PM | Show all posts
Tak larat nak g mall sebab kena beratur lagi masuk situ..cek suhu apa sume..
Dah masuk mall..nak masuk ke kedai dalam tu..pun kena cke suhu lagi..
kalau masuk sepuluh kedai..semua kena buat gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus. Jangan beri muka. Sebelum ini memang dah diberi peluang. Malah pengurusan pun sudah ditemuramah oleh wartawan dan memberi jaminan akan mengawal keadaan. Malangnya mereka mensia-siakan peluang kedua yang diberi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 25-5-2020 09:27 PM
Tak larat nak g mall sebab kena beratur lagi masuk situ..cek suhu apa sume..
Dah masuk mall..nak ma ...

Semua kena berhati hati..kalau takmau masuk..takyah masuk senang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 09:37 PM | Show all posts
Elok pun tutup...karang klu dh ada kes yg positive barapa ramai pulak nk di ambil swab..x pasal2 ada cluster baru..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:42 PM | Show all posts
wirazam replied at 25-5-2020 09:36 PM
Semua kena berhati hati..kalau takmau masuk..takyah masuk senang

kadang soping groceries kat hypermarket macam tesco..giant.
lalu depan kedai2 dalam tu pun..ada lah staff dok tunggu2 dgn pegang temperature tu...
tak larat lah nak masuk kedai gitu..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2020 09:43 PM | Show all posts
Pusat beli belah diarah tutup

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan sebuah pusat beli-belah di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru di ditutup seminggu mulai hari ini.

Notis arahan penutupan premis oleh KKM itu turut tular di media sosial sejak petang tadi.

Notis berkenaan antara lain memaparkan arahan penutupan premis berkenaan dibuat mengikut Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bermula dari jam 4 petang 25 Mei 2020 sehingga 1 Jun 2020.

Ia bertujuan menjalankan kerja mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.

Netizen mendakwa arahan penutupan pusat beli-belah terkenal bagi warga Bandaraya Johor Bahru itu berikutan ia dikunjungi terlalu ramai orang menyebabkan kawalan penjarakan sosial sukar dilakukan dengan berkesan.

Sementara itu, jurucakap pusat beli-belah berkenaan yang dihubungi mengesahkan arahan penutupan premis mulai hari ini yang dikeluarkan KKM.

"Kami menafikan dakwaan yang menyatakan berlaku jangkitan Covid-19 di premis ini.

"Arahan penutupan dikeluarkan KKM berikutan terlalu ramai pengunjung datang ke premis sekali gus prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan sosial sukar dilaksanakan, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 7:51 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 25-5-2020 09:27 PM
Tak larat nak g mall sebab kena beratur lagi masuk situ..cek suhu apa sume..
Dah masuk mall..nak ma ...

Kannn....heran betul dgn manusia yg tak kisah pun que panjang sebelum masuk mall, lepas tu que lagi nak masuk kedai2 kat dalam tu. Bukan masalah que je, kita kalau boleh nak elak tempat tumpuan ramai macam tu musim covid ni. Kalau dah ramai sgt, social distancing pun ke laut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.108740 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list