CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Kes keracunan puding buih. Mangsa 99 orang. Seorang meninggal dunia #249

  [Copy link]
Post time 27-5-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
234126 replied at 26-5-2020 02:32 PM
iol google cara tengok kat youtube semua tak masak adunan telur tu  just pukul sampai kembang  ...


Iols baca dlm fb kkm,katanya kena kukus lepas siap puding buihnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 27-5-2020 03:00 PM
Iols baca dlm fb kkm,katanya kena kukus lepas siap puding buihnya.

youtube punya tutorial tak kukus. Tu yang iol horror tengok. Kalau kukus ni makes sense la sikit telur putih tu selamat utk consumption.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 27-5-2020 09:43 AM
Telur dah tercemarlah tu...  paling sadis kalau ada salmonella...

telur pun byk jenis kan. Iol pun memilih beli telur make sure yolk tu warna orange je and kekal dgn brand sama je tak tukar2. Nak beli telur free range chicken kat msia ni tercekik la tgk harga. Kuikuikui

Telur yolk oren biasanya brand nutriplus (paling ‘murah’) and yang harga RM6-7 ke atas utk brand lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
iol pun tak confident sangat nak order makanan homebased ni. Bukan prejudis tapi ikut atas preference masing-masing.

Nak masak ni nampak senang tapi kebersihan mmg kena betul teliti. Kalau basuh ayam dlm sink pun kena careful jgn air terpercik merata air ayam raw tu. Nak potong ayam pun kena pakai separate cutting board.

Nak2 pula ada anak kecik. Basuh tools makanan water bottle diorang dgn sink sama tempat potong ayam mentah tu pun dah risky. Kena basuh sink tu bersih2 pakai clorox spray tu baru blh proceed cuci benda lain
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
234126 replied at 27-5-2020 03:07 PM
telur pun byk jenis kan. Iol pun memilih beli telur make sure yolk tu warna orange je and kekal dg ...

Mmg byk jenis.. iol beli yg 10 biji tu je.. Tak kisah  brand apa asalkan iol rasa yaqqin telur tu ok.. biasa telur yg beli 1 crate ni, byk taik melekat.. iol nk cuci kat sink pun geli... baik belintelur yg sepuluh sepuluh tu.. lantak laaa org kata membazir... bukan makanan ruji iol pun..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 27-5-2020 03:13 PM
Mmg byk jenis.. iol beli yg 10 biji tu je.. Tak kisah  brand apa asalkan iol rasa yaqqin telur tu  ...

Sama lah. iol pun beli yang paling byk 10 tu. Beli 2-3 pun takpa sumbat peti ais hahaha. Nak basuh pun takde la nampak tahi ayam melekat semua ke apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2020 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kecik makan puding buih ni sedap sgt rasa nak plak bentuk cam buah tembikai org buat utk hantaran.

Keracunan makanan is real. Jangan pandang rendah ye dengar cirit birit kita cam gelak2.
Iols sampai hari ni trauma.
Baru je kena awal bulan 3 lepas sampai kena tahan wad dekat seminggu. Dia punya sakit perut tu mcm kena perah/pulas pedih sakit mcm kontraksi nk beranak tu jenis dtg dan pergi.Masa 2-3 hari pertama tu sampai muntah2 tak lalu mkn kepala berat sampai rasa cam melayang2 bila nk melangkah. Sbb air kurang sgt kot.
Bila dtg sakit tu ya Allah sakitnya dahla bila sakit tu maknanya kena g toilet la.
Bygkan kat sepital dgn tgn ade drip asik ulang alik g toilet je dah la 24 jam lak tu sakit tgh mlm pun sakit.
Pastu selagi tak berkurang ulang alik g toilet jgn harap doktor nk bg discaj.
Kita lak jenis lambat nak sembuh maka sabar jelaa ade org 2 hari je iols jenis berhari2 mmg seksa la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 26-5-2020 08:57 PM
Tu maknanya dia tak baca komen yang bebanyak ni....dia masuk baca pos pertama je...pastu terus dro ...

Maybe dia baca tajuk saja... dasar pemalas, semua mau disuap baik xpayah jd forumer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2020 10:22 PM | Show all posts
Mangsa keracunan puding buih meningkat kepada 99 orang
| | 27 Mei 2020


KUALA TERENGGANU- Seramai 25 lagi mangsa dilapor mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada puding buih, setakat 12 tengah hari tadi, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, pertambahan mangsa baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang mengalami keracunan di dua daerah di Terengganu terus meningkat kepada 99 orang.

Beliau berkata, daripada 99 kes tersebut, yang membabitkan 20 keluarga berlainan, 77 pesakit tinggal di Kuala Terengganu manakala 22 pesakit lagi dari daerah Marang.

"Daripada 99 pesakit itu, seramai 35 pesakit telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU), 10 pesakit dimasukkan ke hospital swasta dan 23 pesakit menerima rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, baki 31 lagi pesakit adalah dalam kalangan ahli keluarga masing-masing, yang turut dikesan mengalami simptom keracunan, namun tidak memerlukan rawatan lanjut di hospital.

Semalam, media melaporkan seramai 74 individu mengalami keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lepas.

Kebanyakan mangsa mengalami simptom yang sama iaitu cirit-birit, muntah dan demam.

Mengulas lanjut, Dr Nor Azimi berkata, seramai 12 pesakit telah dibenarkan pulang ke rumah hari ini menjadikan jumlah pesakit yang masih dirawat di HSNZ ialah 24 orang manakala sembilan pesakit lagi masih dirawat di hospital swasta.

"Semua pesakit yang masih dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil. Bagaimanapun, pesakit yang dirawat di ICU kini dilaporkan tenat," katanya.-Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 27-5-2020 12:13 AM
ni bukan telur tu tak bersih tapi pakai telur busuk terus, dah terpecahkan masuk dalam puding so go  ...

Orang meniaga memang buat gini sebab tak maybe rugi. Btw ritu tertengok Youtuber Pelipinoy buat egg leche flan (puding karamel). Salah 1 telur sheol masukkan dah stale dah rosak kuning telur dah bercampur dengan putih telur bila telur dipecahkan but sheol tetap letak dalam adunan. Kat ruangan komen hapa lagik, terus dihentam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
234126 replied at 27-5-2020 08:46 AM
Masa kecik kita selalu sibuk nak makan batter kuih mak kat mesin putar tu kan hahahaaha ujung-ujun ...

Tapi dough beskut boleh ja dimakan sekiranya:

- takda telur
- takda bahan penaik
- tepung dah disangai/dimasak terlebih dulu (macam adunan kuih makmur)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2020 11:26 PM | Show all posts
25 lagi mangsa keracunan puding buih di Terengganu


KUALA TERENGGANU: Sebanyak 25 lagi kes keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih dilaporkan di Terengganu.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, jumlah mangsa meningkat kepada 99 orang berbanding hanya 74 orang semalam membabitkan daerah Kuala Terengganu dan Marang.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, ia membabitkan seramai 77 pesakit yang tinggal di Kuala Terengganu manakala 22 pesakit lagi di Marang.

Katanya, seramai 35 pesakit menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) termasuk seorang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital swasta (10 orang) manakala 23 lagi pesakit menerima rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta.

"Bagaimanapun, 11 pesakit di HSNZ dan seorang pesakit di hospital swasta masing-masing sudah dibenarkan keluar hari ini.

"Semua pesakit di wad dilaporkan stabil kecuali pesakit di ICU yang dilaporkan berada dalam keadaan tenat.

"Selain itu, seramai 31 lagi mangsa keracunan dikesan namun simptom yang dialami mereka tidak memerlukan rawatan di hospital," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 48 individu mengalami keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.

Nor Azimi sebelum ini berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah memeriksa premis peniaga terbabit dan pengambilan sampel dilakukan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.

Katanya, sebanyak 11 ujian swab persekitaran, empat swab tangan dan empat sampel makanan juga diambil untuk tindakan lanjut.

"JKNT turut menutup dapur premis jualan peniaga puding buih berkenaan mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai yg keracunan rupanya.
Pe puncanya ya. Telur dah busuk ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 12:55 AM | Show all posts
Sapa penjual ni? Makin ramai dh kena ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-5-2020 08:31 AM
Aku dpt lemang yg bau besi.....

Mgkin dia cucuk lemang tu guna besi.....ank aku punya pasal lah ...

Aku beli lemang tu pun sebab masa tu acik aku tak sihat, biasa dia buat. Last2 lemang n rendang tu aku bagi kat anjing liar depan umah dia jah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 26-5-2020 10:34 AM
Kesian ko pyrop...dah tu ko telan jgk ke

Aku bagi kat anjing liar kat depan rumah acik aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 26-5-2020 02:21 PM
Sesuai la utk ko dpt mkn lemang taik ayam

Bila plak haku makan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 26-5-2020 11:44 PM
Boleh tak aku nak speku penjual lemang tu purposely jual kat ko saja lemang yg buluhnya bau taik a ...

Dah rezeki aku dapat 2 pahala.hari.tuh:
1. Pahala ditipu
2. Pahala sedekah lemang tu kat anjing liar. Sampai licin depa makan.
.... Berkat niat baik dan pembenci pitnah. Hamdalah banget
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Manjahati replied at 28-5-2020 12:55 AM
Sapa penjual ni? Makin ramai dh kena ni

Itulah. Yg difokuskan pulak rupa puding buih. Orang geram dgn seller tu sbb nampak sgt puncanya dri seller. Kalau 1 family yg kena mgkin la family tu x simpan puding elok2. Ni raaamaai yg kena
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm. ..naik sampai 99.....

Yg menjual ni patut dihumban ke penjara. ..ko bg pelanggan makan apa sebenarnya. ..kebersihan produk makanan ko letak paras lutut ke. ...memalukan. ...ko tahu nk untung je. .

Bayar balik 2 kali ganda pada semua mangsa. ...dasar caprut berniaga mcm apa. ...cilaker betul penjual ni. ...betul2 memalukan. ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.099877 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list