CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3698|Reply: 45

[Tempatan] Larangan ziarah Raya Kedua. Tuan rumah kena kompaun bagi alasan tak tahu, tetamu

  [Copy link]
Post time 25-5-2020 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 25-5-2020 11:24 PM

Tidak endah SOP ziarah dan rentas negeri, individu kena kompaun
0 1 minute read

MEMASUKI Syawal kedua hari ini masih ada individu yang tidak mengendahkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terutama dengan melakukan ziarah Hari Raya selain masih ada cubaan melakukan pergerakan rentas negeri.

Aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan untuk Hari Raya pertama sahaja berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan sebelum ini, manakala pergerakan rentas negeri sehingga kini masih tidak dibenarkan.

Bagi ziarah Hari Raya, pihak berkuasa telah mula mengenakan kompaun terhadap mereka yang terlibat  jelas melanggar  SOP yang ditetapkan.

Itulah nasib yang dialami oleh seorang pemilik rumah di Taman Selayang Mutiara, Batu Caves di sini petang tadi, apabila dikompaun kerana terdapat ramai orang di rumahnya untuk ziarah Raya.

Lelaki berusia 35 tahun itu berkata dia tidak mengetahui kebenaran untuk tidak lebih daripada 20 orang mengunjungi sesebuah rumah untuk menyambut Hari Raya, hanya tertakluk pada raya pertama.

“Saya ingatkan boleh pada raya kedua, ikutkan saya memang sudah hadkan tidak lebih daripada 20 orang dalam rumah saya tadi termasuk ahli keluarga,” katanya.

Bagi seorang remaja berusia 19 tahun pula, hasrat berhari raya tidak kesampaian berikutan pemeriksaan polis di rumah tersebut.

Semasa pemeriksaan dari rumah ke rumah oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, remaja tersebut sebelum itu dilihat tiba di halaman rumah berkenaan dengan menaiki motosikal bersama rakannya.

Remaja berasal dari Pasir Mas, Kelantan, itu berkata dia mempunyai kekangan untuk pulang beraya di kampung membuatkan dia ingin menyertai sambutan Hari Raya di rumah berkenaan.

“Ikutkan saya memang rasa tidak sedap hati nak datang sebab saya maklum kerajaan bagi arahan hanya boleh beraya pada hari pertama sahaja, tapi maklumlah saya kampung jauh di Kelantan jadi saya datanglah ke sini dengan hasrat untuk menjamah juadah makanan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Datuk Fadzil Ahmat berkata pemeriksaan di rumah itu mendapati kira-kira 18 individu didapati berkumpul dalam rumah berkenaan yang jelas melanggar SOP PKPB dengan pemilik rumah dikenakan kompaun.

Di Port Dickson, Negeri Sembilan pula, polis mengeluarkan empat kompaun terhadap individu yang cuba rentas negeri tanpa kebenaran pada Hari Raya pertama, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua kompaun berkenaan dikeluarkan ketika sekatan jalan raya di Kilometer 26, Jalan Lukut-Port Dickson iaitu sempadan daerah Port Dickson dan daerah Sepang, Selangor.

“Antara yang dikompaun empat sekeluarga dari arah Sepang dipercayai menghala ke Melaka atas alasan mahu beraya sedangkan alamat pada kad pengenalan beralamat di Melaka,” katanya.

Situasi berbeza di Terengganu semalam, apabila polis negeri berkenaan tidak mengeluarkan kompaun berkaitan kesalahan melanggar SOP semasa sambutan Hari Raya di negeri Pantai Timur itu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata pada sambutan hari raya pertama semalam, 31 kampung, 21 taman perumahan dan 42 keluarga telah diperiksa oleh pihak keselamatan di seluruh negeri, selain 10 amaran secara lisan tanpa sebarang kompaun dikeluarkan. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan.
Sejenis degil
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:16 PM | Show all posts
Orang bg kelonggaran raya pertama je.
Abis raya kedua ko igt terbukak terus ke?
Leh pat ratus lapan belas masuk rumah.
Org Malaysia ni mmg tahap camni bingai nye.
Nk kene cakap satu2 ape yang x boleh.
Sbb suke nk cr loophole.
Mmg bodoh.
Saman je ikut jumlah orang darab rm1000
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Purak2 tak tau pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah pinipu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat2 tak tau ler tu

Letih tgk perangai puak2 degil ni. Rasa nak ketuk je kepala sorang2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2020 11:23 PM | Show all posts
'Tetamu datang tanpa diundang...'

TETAMU datang tanpa undangan. Itu alasan diberikan pemilik rumah di Taman Selayang Mutiara, Gombak, Kuala Lumpur yang didapati mengumpul 18 individu dalam kediaman berkenaan, hari ini.

Pemeriksaan polis di rumah itu pada 5 petang hari ini mendapati 18 penghuni rumah serta tetamu berada di kediaman itu sempena Aidilfitri meskipun aktiviti ziarah tidak dibenarkan selepas Hari Raya pertama.

Pemilik rumah berusia 50-an itu mendakwa tetamu datang ke rumahnya tidak dijemput, sebaliknya kehadiran mereka tanpa diketahuinya.

Bagaimanapun, seorang daripada beberapa tetamu di dalam rumah berkenaan pula memaklumkan mereka dijemput pemilik rumah untuk datang beraya hari ini.

"Saya datang ke rumah saudara ini sebab tidak sempat untuk ke sini semalam kerana bekerja," katanya.

Seorang lagi tetamu lelaki berusia 19 tahun berkata, dia dijemput rakannya yang juga anak kepada pemilik rumah berkenaan untuk datang beraya.

"Saya tinggal di kawasan perumahan ini dan datang selepas dijemput rakan untuk beraya.

"Saya tahu beraya hari kedua adalah satu kesalahan, tetapi saya datang juga dan tidak menyangka polis akan datang untuk periksa rumah ini," katanya yang baru sahaja tiba di rumah berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan.

Dalam pemeriksaan itu, pemilik rumah berkenaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan kebenaran untuk menjalankan aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama sahaja membabitkan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 7:54 PM
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau ye? Tentang BPN dok ceruk mana pun tau je..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2020 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai 18 dtg tak diundang mesti makan kuih kering je kan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2020 11:42 PM | Show all posts
contoh tetamu tak diundang
-ziarah kematian
-budak2 kecik ramai-ramai dtg nak Raya

tu contoh tahun lepas

kalau kes mcm tu concrit la alasan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:48 PM | Show all posts
Lelaki berusia 35 tahun itu berkata dia tidak mengetahui kebenaran untuk tidak lebih daripada 20 orang mengunjungi sesebuah rumah untuk menyambut Hari Raya, hanya tertakluk pada raya pertama.

“Saya ingatkan boleh pada raya kedua, ikutkan saya memang sudah hadkan tidak lebih daripada 20 orang dalam rumah saya tadi termasuk ahli keluarga,” katanya.



Osah pembongak eh... Menteri dan DG hari2 duk buat PC buang air liur je kot?.
Elak org2 mcm ni mampuih kena covid la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik rumah pukul 9.30pm tadi penuh kasut rumah jiran depan ni sampai ke grill rumah iols. Terfikir nak report tapi kantoi plak iols yg report since rumah dia dgn I je kat floor ni..dilemma sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 26-5-2020 12:05 AM
Eric.n9 replied at 25-5-2020 11:48 PM
Lelaki berusia 35 tahun itu berkata dia tidak mengetahui kebenaran untuk tidak lebih daripada 20 ora ...


Memang osah pembongak
Wartawan ada temuramah tetamu yg mana dia di undang oleh tuan rumah utk dtg open house so dia dtg dgn bawa family
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:17 AM | Show all posts
pu3_rania replied at 26-5-2020 12:01 AM
Memang osah pembongak
Wartawan ada temuramah tetamu yg mana dia di undang oleh tuan rumah utk d ...

Tu perangai sebona rakyat malaysia.
Bega kemain.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer dia mcm ni

GUNA AKAL BOLEH TAK?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:21 AM | Show all posts
Alasan yang tidak berapa nak cerdik, bayar jelah kompaun tu, minta kongsi dekat semua yang hadir, senang cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya budak umor 19thn tu.....

Kg kat lelantan...jd nk mkn juadah hari raya...pi lah beraya kat rumah kwn...tertiba ada polis le pulakk....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka laa tuan rumah hahahahaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2020 12:27 AM | Show all posts
tadi tgk news online
wartawan tanya dia
katanya dia ingatkan tempoh ziarah tu utk sebulan
ko posa sebulan
ko nk Raya pun sebulan
ni PKPB la
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
dah ckp dah sebelum ni kat thread lain.

org malaysia mmg pandai cari loophole. tgk jerla alasan depa.. raya pertama jer ada limit 20 orang. raya kedua dah xde limit

padan muka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.295929 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list