CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6333|Reply: 87

[Tempatan] Byk hotel di KL offer utk dijual, tak sanggup lagi hidup dalam kerugian, pekerja

  [Copy link]
Post time 26-5-2020 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hotel kosong selama beberapa bulan susulan sekatan perjalanan di seluruh dunia bagi membendung wabak Covid-19.

PETALING JAYA: Pemilik sebilangan hotel terbaik di Kuala Lumpur menawarkan hartanah mereka untuk jualan sewaktu wabak Covid-19 terus melumpuhkan industri pelancongan dan perhotelan.

Pengarah eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia Shaharuddin M Saaid berkata, ramai pemilik hotel mahu menjual hartanah mereka kerana ketiadaan pendapatan susulan sekatan perjalanan di seluruh dunia.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata, kira-kira 20 hotel telah ditutup, selain menambah bahawa ia bukanlah perkembangan yang memeranjatkan.

Dalam beberapa minggu kebelakangan, beberapa hotel yang tidak dinamakan, termasuk hartanah 5-bintang, disenaraikan untuk dijual di iproperty.com.my.

Harga tawaran bagi hotel 5-bintang di pusat bandar raya bermula dari RM350 juta sehingga RM1.7 bilion.

Shaharuddin berkata, ada sebilangan pemilik hotel membuat persiapan untuk menjual hartanah mereka sebelum bermulanya wabak Covid-19, sementara yang lain menyenaraikan hartanah mereka untuk mengukur harganya.

“Namun kesan Covid-19 sangat cepat dan ramai pengusaha terpaksa meninggalkan industri,” katanya, selain menambah bahawa pemain industri menjangka tempoh pemulihan akan mengambil masa antara 6 bulan hingga 1 tahun.

“Kita tidak boleh bergantung pada pelancongan antarabangsa kerana negara lain juga berdepan kesan virus tersebut, sementara aktiviti penerbangan pula disekat.

“Dari segi pelancongan domestik, angkanya tidak begitu baik, terutamanya jika anda bercakap tentang hartanah harga tinggi kerana pendapatan banyak orang tergugat.”

Hotel juga berdepan sekatan dan tidak dibenarkan beroperasi penuh.

“Kita tidak boleh menjadi tuan rumah bagi mesyuarat atau acara, dan terdapat sekatan ke atas sajian makanan di hotel. Anda juga tidak boleh menggunakan kolam renang atau gimnasium. Siapakah yang akan menginap di hotel (jika begini)?”

Shaharuddin berkata, mereka yang membeli hotel yang kini dijual mahu mengubahnya menjadi apartmen dan bangunan perniagaan.

“Semuanya bergantung pada pemilik baru. Saya percaya pembeli tidak akan menggunakannya sebagai hotel berdasarkan keadaan (sekarang).”

Bekas presiden persatuan pemilik hotel, Cheah Swee Hee berkata, beliau tidak terperanjat sekiranya pemilik hotel menjual hartanah mereka, selain menegaskan bahawa masalahnya tidak disebabkan oleh wabak Covid-19 semata-mata.

Beliau memberitahu FMT bahawa kemampanan industri perhotelan pernah dipersoalkan sebelum ini susulan lebihan bilik berikutan kehadiran khidmat perkongsian rumah seperti Airbnb dan sewaan hartanah secara harian.

“Banyak hartanah yang beroperasi seperti hotel dan boleh disewa secara harian, tetapi ia tidak dianggap sebagai sebahagian daripada bilik hotel yang terdapat di sesebuah negeri atau negara.

“Jadi kita sebenarnya tidak tahu bilangan bilik yang ada. Akibatnya wujud lebihan bekalan bilik.”



https://www.freemalaysiatoday.com/category/...-terus-menular/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hotel.mandarin tu kalu time jd apartment rmai kot yg nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
berapa sen rege nak jual tu..boring boring bole buat rumah kedua utk berehattttyy
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Penang pun banyak

Macamana hotel yang beroperasi bertahun2 takdapat withstand 3 bulan kovid
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 26-5-2020 09:59 AM
Hotel.mandarin tu kalu time jd apartment rmai kot yg nak beli

Teringat geng colony yang buat open office kat star boulevard klcc ngan kl sentral apa cerita
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda org duduk jadi hotel hantu le, gang seekers dah boleh susun hotel mana nak terjah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 26-5-2020 10:40 AM
Takda org duduk jadi hotel hantu le, gang seekers dah boleh susun hotel mana nak terjah

Teringin nak bercanda tepian pantai hotel2 di Cherating mcm royal chulan lepas pkpb ni..tp pikir2 takut pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:50 AM | Show all posts
cerita kat cucu nanti

dulu nenek pernah pg korea dan Bali.... masa tu boleh melancong murah je
cantik tempatnya.... nasib korang la dah xboleh lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 10:51 AM | Show all posts
sementara tu kerajaan jepun sanggup tanggung separuh kos utk pujuk semula pelancong mai jepun
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:52 AM | Show all posts
tukul replied at 26-5-2020 10:47 AM
Teringin nak bercanda tepian pantai hotel2 di Cherating mcm royal chulan lepas pkpb ni..tp pikir2  ...

covid said welcome
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:53 AM | Show all posts
Shaharuddin berkata, mereka yang membeli hotel yang kini dijual mahu mengubahnya menjadi apartmen

jual murah 2 je la bang service apartmen...dah la nti kne bayar maintainance nk byar guard
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 26-5-2020 10:52 AM
covid said welcome

Covid tu satu...satu lg hantu tuh...dah la royal chulan tu tepi hutan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
harap nasib pekerja terbela.. tu yg kesian sgt tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
hotel bajet...boleh la stat bg bilik tu ore sewa bulanan...cam sewa bilik umh ore....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 26-5-2020 10:47 AM
Teringin nak bercanda tepian pantai hotel2 di Cherating mcm royal chulan lepas pkpb ni..tp pikir2  ...

Haha, bercandalah uols di tepian pantai kita bersama memadu asmhara sebelum jadi sejarah je, boleh la cakap kat anak cucu dulu mommy duduk sini sekarang jembalang duduk
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sektor effect... kedai makan,restoran,mall.... semoga cepat2 dapat vaksin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 01:39 PM | Show all posts
haha...lantak...dah start....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 01:53 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 26-5-2020 10:51 AM
sementara tu kerajaan jepun sanggup tanggung separuh kos utk pujuk semula pelancong mai jepun

wow ya ka?aku mmg ada plan  nak pegi japan 2 bulan lepas..tapi kena postpone taun depan.bila expire offer tu agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:05 PM | Show all posts
Expected benda macam ni akan terjadi sector macam ni antara yang paling terjejas paling kesian pekerja yang terpaksa diberhentikan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 26-5-2020 10:24 AM
Penang pun banyak

Macamana hotel yang beroperasi bertahun2 takdapat withstand 3 bulan kovid


Kalau dapat bertahan pun xnak bertahan overhead bulanan kena bayar. Revenue 0. Bila nak pulih xdapat di kenal pasti. Boleh jadi 6 bulan boleh jadi 6 tahun.

Langkah paling bijak quit dulu. Nanti market dah kembali pulih baru masuk balik.

Yg dah beroperasi lama tu. At least jual property pun dah masyuk. Yg baru start tu naya sikit lah. Start up cost pun xcover lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 1.014122 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list