CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2715|Reply: 29

[Tempatan] Hari Raya Ketiga. Polis terus periksa dari rumah ke rumah. Masih ada keturunan j

[Copy link]
Post time 26-5-2020 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Polis Terengganu periksa dari rumah ke rumah

KUALA TERENGGANU: Polis Kontinjen Terengganu meneruskan pemeriksaan dan pemantauan dari rumah ke rumah bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sambutan Aidilfitri di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, walaupun kunjung-mengunjung hanya dibenarkan pada hari raya pertama, namun pihaknya tetap melakukan pemantauan di kampung dan taman bagi memastikan tidak ada aktiviti itu, selain memastikan penduduk mematuhi SOP bagi membendung penularan COVID-19.

"Walaupun kunjung-mengunjung dibenarkan pada hari raya pertama sahaja namun, kita percaya ada yang curi-curi melakukan aktiviti itu secara senyap," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, seramai 40 anggota dan pegawai membabitkan 25 orang dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan 15 kereta peronda ditugaskan melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan kampung dan taman perumahan di seluruh negeri sepanjang pelaksanaan PKPB.

"Memasuki hari ketiga Aidilfitri, polis dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan RELA sudah melakukan pemantauan di 44 kampung di seluruh negeri.

"Sebanyak 15 rumah diperiksa dan tujuh daripadanya diberi amaran kerana tidak mematuhi SOP seperti tidak memakai pelitup mulut dan hidung dan penjarakan sosial," katanya.

Katanya, selain kampung dan taman perumahan, pemantauan juga dilakukan di kawasan tumpuan awam seperti kawasan pantai, taman rekreasi dan pusat beli-belah serta institusi kewangan.

Bagi kesalahan rentas negeri pada Aidilfitri, beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan pematuhan ditunjukkan masyarakat negeri ini.

Roslee berkata, sebanyak lapan SJR dilaksanakan di Terengganu dengan empat di Besut, tiga di Kemaman dan satu di Hulu Terengganu.

Katanya, jumlah kenderaan yang melalui jalan utama di negeri ini ketika musim perayaan juga berkurangan berbanding sebelum ini.

"Sehingga kini belum ada kompaun yang dikeluarkan dalam tempoh perayaan.

Hampir semua kenderaan melalui SJR terutama orang awam mempunyai surat kebenaran atau permit bergerak keluar masuk sempadan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 01:54 PM | Show all posts
Semoga masyarakat diluar sana sentiasa mematuhi SOP arahan daripada kerajaan bagi memutuskan rangkaian COVID19 ini, semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk kebaikkan rakyat juga. Semofa kita bersama-sama dapat menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan cerdik dalam mematuhi segala arahan. Yang baik kita amalkan dan yang buruk kita jauhkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:01 PM | Show all posts
Teruknya dah masuk raya ke 3 pun masih ramai berdegil
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 26-5-2020 02:01 PM
Teruknya dah masuk raya ke 3 pun masih ramai berdegil

Ni mesti geng pokcik KL yg ingat boleh beraya sebulan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Neh bukannya degil. Tapi mengada-ngada. Kan dah kena setempek dengan Bedah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 02:24 PM | Show all posts
Dorang tu baru kluar gua ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-5-2020 02:30 PM | Show all posts
sebab masih ada yg ziarah sana sini sebab tahun-tahun lepas dh biasa open house sebulan
tu sebab kali ni polis terpaksa meronda lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Keturunan unusual mana lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentang2 covid tu tak nampak, ramai yang degil. Ada yg confident betul tak kena jangkit sentiasa jaga kebersihan, boleh lah beraya 1bulan pun. Dikeji nya kita yg tak jemput/datang beraya. Nak doa dia kena covid, tak baik lah pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:39 PM | Show all posts
Td otw balik ke rumah sndr..iols nmpk polis meronda2 masuk kg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2020 06:24 PM | Show all posts
Ziarah Aidilfitri, enam sahabat dikompaun


KEPALA BATAS: Kegembiraan enam sahabat menyambut Aidilfitri di sebuah rumah dekat Penaga di sini membawa padah apabila mereka dikompaun kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kompaun RM1,000 setiap seorang itu dikeluarkan selepas polis mengadakan pemeriksaan secara mengejut kira-kira jam 3.45 petang tadi sebelum mendapati enam sahabat termasuk lima wanita berusia lingkungan 20-an berhari raya, yang jelas melanggar arahan ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata polis tidak lagi mengeluarkan amaran sebaliknya terus mengambil tindakan kompaun atau melakukan tangkapan bagi mereka yang berdegil dan tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

Beliau berkata, sejak hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri hingga hari ini sebanyak 101 kompaun dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan antaranya merentas negeri dan melakukan aktiviti ziarah ke rumah sanak saudara.

"Rentas negeri tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan polis giat melakukan sekatan di pintu masuk sempadan daerah ini.

"Dalam pada itu seperti sedia maklum, kerajaan hanya membenarkan aktiviti ziarah pada hari raya pertama sahaja, itu pun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Oleh itu, polis bertindak tegas dan tidak lagi memberi amaran seperti hari ini kita menahan enam individu termasuk tuan rumah yang melakukan serta membenarkan aktiviti ziarah," katanya, di sini, hari ini.

Jelasnya, polis akan terus mengadakan rondaan dan pemantauan bagi memastikan orang awam mematuhi arahan dalam memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Noorzainy berkata, polis daerah itu membahagikan kepada 10 pasukan dalam mengadakan pemantauan dan operasi di sekitar daerah itu selari dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:29 PM | Show all posts
Ramai.
Mlm raya tido umah orang lain.
Esok nye gerak ke rumah orang lain, tolong buat lemang,
Pastu ke rumah orang lain, tolong buat serunding.

Bak kata kawan aku,
"kene terima tetamu, sbb tetamu bawak rezeki".
Biarla aku xde banyak rezeki dari family aku mati.

Aku rase nk screenshot je semua mesej dalam group yang mana gi jalan2
And hantar report.

Pastu bile ade rumah area die kene serbu, dok cakap jiran jeles.
Sayang oi, ko langgap SOP. Paham x.
Orang jeles ke x tu x yah pandang.
Dah mmg ko buat salah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 26-5-2020 06:29 PM
Ramai.
Mlm raya tido umah orang lain.
Esok nye gerak ke rumah orang lain, tolong buat lemang,

Tetamu sekarang bukan bawa rezeki. ..tapi bawa penyakit ..covid. .hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semangat lagi koram eh beraya huhu dorang ni macam hidup dlm penafian.

Terima jela hakikat tahun ni raya kita sendu mmg xleh g mana2. Budak2 bujang pub reti bahasa siap buat bbq bagai kt umah masing2 ngn rakan serumah jer.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 26-5-2020 06:31 PM
Tetamu sekarang bukan bawa rezeki. ..tapi bawa penyakit ..covid. .hehe

memang yg datang tanpa dijemput dan bawak ramai kawan kawan ni spesis sial bingai
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam uncle I datang 4 beranak mengejut nak Raya punya pasal..pakai mask tapi pastu salam peluk cium bagai..nak Kata bongok, anak dia doktor kot..eh geramnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bole mati agak nya kalo x ziarah raya tahun ni... harap2 kene covid kiokkk terus jenis2 nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2020 10:58 AM | Show all posts
Nak BBQ sangat, 23 dikompaun RM1,000
27 Mei 2020


YAN - Seramai 23 individu yang menyertai jamuan Hari Raya di Guar Chempedak, di sini semalam dikompaun RM1,000 seorang kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, kesemua mereka berusia antara 19 hingga 25 tahun dipercayai sedang menghadiri menikmati barbeque di sebuah rumah dekat Jalan Batu 17 Dalam, Guar Chempedak kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati pemilik rumah berusia 24 tahun mengaku ada menjemput rakan dan saudara-mara menikmati jamuan.

"Pemilik rumah mengatakan dia ada jemput rakan baik dan saudara namun ada dalam kalangan yang hadir adalah rakan kepada rakan baiknya dan dia tidak mengenali mereka," katanya.

Kesemua mereka diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Yan untuk tindakan lanjut.

Menurut Shahnaz, siasatan mendapati kesemua mereka didapati arahan Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 iaitu aktiviti berhubung perayaan yang boleh menyebabkan ramai orang berhimpun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:02 AM | Show all posts
Dekat banting n telok panglima garang..ramai je lgi mengada2 g beraya .open house bagai sampai ke tgh malam
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:50 AM | Show all posts
semalam kat Putrajaya ramai yg berbaju raya.. tak sure la pergi berziarah / open house ke pergi bergambar2 raya kat taman je.

tapi tak nampak kereta polis satu pun yg meronda kat sana.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.108784 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list