CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6535|Reply: 59

[Tempatan] Pemandu Bas Wanita Malaysia di Singapura Nangis Tidak Terkawal Terima Berita Ke

  [Copy link]
Post time 26-5-2020 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SINGAPURA: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura bersedia untuk membantu seorang pemandu bas wanita warga Malaysia, yang dilihat dalam klip video tular menyayat hati untuk kembali ke tanah air, menyaksikan pengebumian suaminya.

Suruhanjaya memahami rayuan wanita itu, yang tidak dapat menahan perasaan sedihnya selepas menerima berita mengenai kematian suaminya tetapi tiada siapa yang pasti sama ada beliau sudah berjaya pulang ke rumah.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Muhammad Radzi Jamaluddin berkata Suruhanjaya Malaysia sentiasa bersedia untuk membantu rakyat Malaysia yang terpaksa pulang akibat kecemasan, walaupun sekatan perjalanan ketat dikuatkuasakan di kedua-dua belah Koswe disebabkan pandemik COVID-19.

Sejak 27 April, warganegara Malaysia yang berhasrat untuk pulang dari Singapura melalui jalan darat dikehendaki mendapatkan permit masuk dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh mereka berlepas.

“Jika kes kecemasan, kami akan melakukan yang terbaik untuk memberikan tarikh tersedia kepada pemohon,” kata Encik Muhammad Radzi.

PEMANDU BAS NANGIS TIDAK TERKAWAL TERIMA BERITA KEMATIAN

Klip video yang disebarkan di media sosial itu pada Sabtu malam menunjukkan seorang wanita warganegara Malaysia, yang memandu bas No 189, tidak dapat meneruskan memandu selepas terlalu sedih, sebaik menerima berita itu melalui telefonnya.

Beliau memberhentikan bas itu di perhentian bas Clementi dan menangis tidak terkawal sebelum dibantu oleh insan yang prihatin dengan menghubungi pusat kawalan bas itu.

Syarikat pengendali bas, Tower Transit juga berjanji memberikan bantuan penuh kepada wanita tersebut.

“Ia adalah masa yang sukar untuk wanita itu dan kami akan memberikan sokongan penuh serta ruang kepadanya untuk berkabung,” kata jurucakap Tower Transit kepada Bernama melalui jawapan emel.

Jurucakap tersebut berkata selepas dimaklumkan oleh individu yang prihatin mengenai nasib yang menimpa wanita itu, syarikat berkenaan menghantar seorang pegawai untuk membantu pemandu wanita itu.

“Pegawai kami tiba tidak lama kemudian untuk membantunya, manakala seorang lagi pemandu bas, memandu bas itu,” kata jurucakap tersebut sambil mengucapkan terima kasih kepada insan prihatin yang berhenti untuk membantu wanita berkenaan.

PERLU KUARANTIN HANYA LEPAS PENGEBUMIAN

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan, apabila dihubungi berkata: “Dia boleh kembali. Kenapa tidak?”

“Hanya selepas pengebumian dia perlu menjalani kuarantin. Setiap hari, kami membantu rakyat Malaysia pulang ke tanah air kerana kematian anggota keluarga,” kata Encik Vidyananthan.

Beliau berkata wanita itu perlu mendaftar di pusat kuarantin Johor Bahru terlebih dahulu kerana perlu menjalani saringan oleh kakitangan kesihatan dan melakukan ujian swab.

“Permohonan akan dibuat kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Sebaik diluluskan, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan membawanya menghadiri pengebumian itu.

“Selepas upacara itu selesai, mereka akan menghantarnya ke pusat kuarantin terdekat.

“Contohnya, jika pengebumian itu di Selangor, dia akan dibawa oleh APM Johor menghadiri pengebumian itu dan kemudian dihantar ke pusat kuarantin di Selangor,” katanya.

Bernama masih berusaha untuk mengenal pasti pemandu bas itu dan tempat asalnya di Malaysia.
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/suruhanjaya-tinggi-m-sia-di-s-pura-sedia-bantu-pemandu-bas/4452104.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 03:34 PM | Show all posts
"yg pegi rkm watpe? tahpape pangai bangsa ni.." ada x komen resis camni?

stop resisme
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauhnya dia gi keje..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kesiannya. ...suaminya kena covid ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak dengar. Nasib baik lelaki2 tu semua bijak cepat tolong karang dia still drive takut accident pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd akak ni dan keluarga.
Besar dugaan dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2020 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ucap takziah buat auntie...
Sedih iols tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 26-5-2020 03:48 PM
officemate meols ni, wife dia kerja kat singapore juga. Gaji ada la dekat-dekat 10k duit kita.

G ...

Laki dia ofismet chuols eh? Mati sbb apa? Sanggup tu bini keje jauh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kak
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:30 PM | Show all posts
emera replied at 26-5-2020 08:19 AM
Laki dia ofismet chuols eh? Mati sbb apa? Sanggup tu bini keje jauh...

bila masa lak mati.. huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 26-5-2020 03:48 PM
officemate meols ni, wife dia kerja kat singapore juga. Gaji ada la dekat-dekat 10k duit kita.

G ...

Kalau gaji dia ard SGD$3K, dia bole jer buat check up kat private gynae. Nk beranak kat spore pun bole. Aku rasa dia mampu. Tapi dah beranak sapa yg nk jaga dia ngan baby. Aku rasa mgkn 1 mth b4 due date, dia dah start maternity leave.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 26-5-2020 03:38 PM
Ya Allah kesiannya. ...suaminya kena covid ke

I rasa suaminya memang sakit tapi bkn covid. Kesian tgk auntie ni. Mgkn last jumpa laki dia sblm lockdown.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 26-5-2020 04:30 PM
bila masa lak mati.. huhuhu..

Lerrrr apa kena mengena ofismet chuols dgn kisah driver ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:33 PM | Show all posts
Nana_Man replied at 26-5-2020 08:30 AM
Kalau gaji dia ard SGD$3K, dia bole jer buat check up kat private gynae. Nk beranak kat spore pun  ...

private gynae singapore, for sure la mahal. dengan gaji sgd3k, meols rasa agak berat juga untuk belanja kat sana. ye la, habit orang malaysia, earn dollar, spend ringgit
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:34 PM | Show all posts
emera replied at 26-5-2020 08:32 AM
Lerrrr apa kena mengena ofismet chuols dgn kisah driver ni?

nak cerita yang wife heols juga turut kerja kat singapore & tak balik-balik since awal PKP.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah untuk aunty ni. Betul2 sedih. Kalau di teruskan memandu, takut melilau roda bas.
Bagus lelaki2 yg tolong tenangkan aunty ni. Malaysian agaknya sbb cakap BM dgn aunty.
Kalau org Singapore cakap omputih sesama sendiri, lagi pulak aunty tu Indian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 04:46 PM | Show all posts
Takziah ye aunty...dah dpt blk malaysia lom ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakkan driver bas spore org2 malaysia.. bkn jauh sangat pun johor spore... public transport seperti bas penting
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 26-5-2020 04:32 PM
Lerrrr apa kena mengena ofismet chuols dgn kisah driver ni?

Aku fenin..ke ada 'cross line' kat thread ni haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2020 05:04 PM | Show all posts
Semoga driver ni dapat balik tgk pengebumian husband dia. Kesian tgk dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.077421 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list