CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3386|Reply: 49

[Tempatan] Semua PATI akan dihantar pulang ke negara asal.

  [Copy link]
Post time 27-5-2020 06:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-5-2020 02:12 PM











Semua PATI akan dihantar pulang ke negara asal

KUALA LUMPUR: Semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini yang disahkan negatif COVID-19 ketika ditahan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) akan dihantar pulang ke negara asal.

Operasi memburu PATI akan diteruskan walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa membuat saringan kesihatan dan memastikan status kesihatan berkaitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan Pendatang Tanpa Izin pagi tadi berkata, Kementerian Luar akan berbincang dengan rakan sejawat negara berkaitan berhubung urusan membawa pulang rakyat mereka.

"Antara perkara lain yang diputuskan dalam mesyuarat itu juga adalah saringan COVID-19 (ujian swab) dilakukan ke atas semua pendatang tanpa izin di Depoh Imigresen KLIA, Bukit Jalil dan Semenyih," katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, PATI yang positif (COVID-19) akan dihantar ke MAEPS (Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang). Mereka yang negatif setelah menjalani kuarantin dan dirawat di MAEPS perlu dihantar pulang ke negara masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata selain MAEPS, kerajaan turut menambah dua lagi hospital yang akan dikhaskan untuk merawat pendatang tanpa izin positif COVID-19 iaitu Hospital Kusta Sungai Buloh dan Bangunan Wad Bersalin Lama, Hospital Kuala Lumpur.

Semua pusat rawatan berkenaan dijangka mampu menampung seramai 1,430 pesakit dalam kalangan pendatang tanpa izin yang positif COVID-19.

Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan tidak timbul isu diskriminasi terhadap golongan PATI di negara ini kerana tindakan kerajaan adalah untuk menjaga kepentingan rakyat yang majoritinya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB bagi mengekang penularan COVID-19.

"Mereka perlu sedar pendatang tanpa izin adalah mereka yang memasuki negara secara haram. Saya tidak tahu (jika ada) mana-mana negara dalam dunia ini yang membenarkan mereka yang masuk secara haram tanpa dokumen sah bebas bergerak ke mana-mana sahaja. Tidak ada.

"Mereka yang masuk secara haram adalah salah di sisi undang-undang dan boleh ditangkap. Itu jelas dalam undang-undang. Jadi tidak timbul isu.

"Sekurang-kurangnya kita tahu apabila kita tangkap mereka dan dikesan positif COVID-19. Mereka patut berterima kasih kepada kita. Cuba bayangkan kalau tidak ditangkap mereka akan jadi golongan penyebar virus kepada rakyat Malaysia yang tidak bersalah," katanya.

Ismail Sabri menjelaskan tindakan menangkap pendatang tanpa izin dapat mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini dan seterusnya melindungi keselamatan rakyat keseluruhannya.

Semalam, dilaporkan 227 pendatang tanpa izin yang ditahan di tiga Depot Tahanan Imigresen - Bukit Jalil, KLIA Sepang dan Semenyih, didapati positif COVID-19.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, semua pegawai, kakitangan sokongan dan pihak yang berurusan secara langsung dengan depoh tahanan PATI akan diwajibkan membuat ujian saringan COVID-19.

Jelasnya, langkah itu bagi memastikan semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di depoh bebas jangkitan virus berkenaan termasuk pembekal makanan atau sesiapa yang ada kaitan dengan pusat itu.

"Setakat ini di tiga depoh tahanan PATI (di Sepang, Semenyih dan Bukit Jalil), semua pegawai kita didapati negatif COVID-19. Saringan ini termasuk kepada pembekal makanan atau sesiapa saja yang ada kaitan dengan depoh tahanan PATI akan diwajibkan membuat saringan bagi memastikan mereka bersih daripada jangkitan," katanya.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/693007/semua-pati-akan-dihantar-pulang-ke-negara-asal







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
yg positive tu claim ler kos rawatan dgn negara masing2
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ok la tu.. nnti byk la peluang kerja utk org tempatan pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tngok gomen Kita nih baik sgt2, makan minum pati pn djaga elok
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:10 AM | Show all posts

Hantar lepas tu tanpa pengawalan ketat anytime depa mai semula.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 27-5-2020 07:10 AM
Hantar lepas tu tanpa pengawalan ketat anytime depa mai semula.

ko tu dok la sanjung amerika nun.. takyah sibuk hal msia la makcik.. bkn ko dok sini pun..

serba serbi nak negative.. sanjung la gomen trump sana.. lg byk bunyi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2020 07:15 AM | Show all posts
dino replied at 26-5-2020 03:12 PM
ko tu dok la sanjung amerika nun.. takyah sibuk hal msia la makcik.. bkn ko dok sini pun..

serb ...


Lolll ... dengki tak sudah sudah. Gi mampus boleh?

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 27-5-2020 07:15 AM
Lolll ... dengki tak sudah sudah. Gi mampus boleh?

sapa dengki ngan ko.. takde pekdah pun
sbb komen ko semak je... patutlah spammer minyak kelapa dara berkurun troll ko... tp aku idok la takde life camtu

cuma bwk2 la sedar diri skit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 07:24 AM | Show all posts
dino replied at 26-5-2020 03:17 PM
sapa dengki ngan ko.. takde pekdah pun
sbb komen ko semak je... patutlah spammer minyak kelapa da ...



See ulang ulang benda yang sama. tak malu ke?


sorry no time to layan negative person like you. Bye ~


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 27-5-2020 07:24 AM
See ulang ulang benda yang sama. tak malu ke?



cermin diri dulu sapa yg negative
asal pn seme negative lg mau sembang taknak negative vibes.. hipokrit gilos haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
aku dok tunggu bila kerajaan PN nak bongkar PATI haram jadah warga china yg terlepas beratus ribu last year...

PATI haram jadah sepet ni lg bahaya berbanding pati yg len..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 27-5-2020 07:25 AM
cermin diri dulu sapa yg negative
asal pn seme negative lg mau sembang taknak negative vibes.. hi ...

Tak payah layan.. Pengkhianat dan penjilat komunis mmg mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-5-2020 07:31 AM
Tak payah layan.. Pengkhianat dan penjilat komunis mmg mcm tu

tp sembang tak mau negatif ko haha
takleh blah sungguh.. asal gomen bkn pilihan die semua negative.. dah la bkn dok msia.. nak decide masa dpn rakyat msia plak..puja la trump tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 27-5-2020 07:33 AM
tp sembang tak mau negatif ko haha
takleh blah sungguh.. asal gomen bkn pilihan die semua negativ ...

Hahaha.. Biasa la.. Langau + lalat.. Mcm tu la.. Nampak yg buruk saja sbb suka cari yg buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik2nya hantar mereka pulang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:18 AM | Show all posts
bagus sgt2 kalau betul2 terlaksana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...hantar ja
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:30 AM | Show all posts
terbaik laa kerajaan skrang.....kalu zaman PH atau zaman Najib confem dia lek2 je.....sembang kencang jer.....apa tidak nyer tokey2 besar ketuk pintu opis bwk duit berbeg2 terus senyap
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:49 AM | Show all posts
Semoga sifar PATI.. Harapnya benarkan sekali rakyat asing yang membuat onar pulang (ke negara asal) dan kemudiannya disenarai hitam daripada memasuki negara ini.. Biarlah sifar PATI 100%
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:54 AM | Show all posts
selayaknya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.069763 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list