View: 2477|Reply: 20
|
[Tempatan]
TIDAK sampai 24 jam notis penutupan, Aeon Mall Tebrau City dah dibuka semula
[Copy link]
|
|
Aeon Mall Tebrau City dibuka semula
TIDAK sampai 24 jam notis penutupan ke atas pusat membeli-belah Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pusat beli-belah itu kini dibuka semula bermula hari ini.
Difahamkan, hanya 100 pelanggan sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa dengan sistem nombor giliran dan kawalan lebih ketat dilaksanakan di premis berkenaan.
Menerusi laman sosial rasmi Facebook Aeon Mall Tebrau City menyatakan, premis itu dibuka semula selepas mendapat persetujuan daripada KKM sejak pagi tadi.
"Kami akan terus mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP) KKM dalam melaksanakan langkah berjaga-jaga yang diperlukan termasuk pemeriksaan suhu, penggunaan sanitasi tangan, kakitangan yang memakai pelitup mulut serta kawalan penjarakan sosial pengunjung.
"Sebagai tambahan, pegawai yang menjaga jarak sosial akan melakukan rondaan kerap di pusat beli-belah. Ia bertujuan mengingatkan pelanggan supaya menjaga jarak selamat semasa dalam barisan," kata kenyataan itu.
Terdahulu, notis arahan penutupan pusat beli belah yang dikeluarkan KKM memaparkan arahan penutupan bermula jam 4 petang 25 Mei sehingga 1 Jun tular di media sosial.
Penutupan itu dipercayai bertujuan menjalankan kerja mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.
Netizen mendakwa arahan penutupan pusat beli belah terkenal itu berikutan ia dikunjungi terlalu ramai pengunjung sehingga menyebabkan kawalan selain penjarakan sosial sukar dilakukan dengan berkesan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 8:18 PM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baek punya kowtim ye.. kosser lah meols nak curr area sana.. manjang jem jekk.. 4 bijik mall sederet, tapi ummah fokus pada aeon jaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke tutop seminggu?
pesal bukak lepas 24 jam?
damn. KKM shuold have stuck to its guns. Moral hazard beb.
|
|
|
|
|
|
|
|
baghal_bortuqal replied at 27-5-2020 10:48 AM
bukan ke tutop seminggu?
pesal bukak lepas 24 jam?
Nanti mcm mn tmj nak belanja org johor?
|
|
|
|
|
|
|
|
Awat kkm uturn? Patut ajar cukup2 sebab fikir nak untung je. Sop semua taknak ikut.
Aeon tebrau tolong pesan kat pak2 guard jangan duk kencing merata kat parking lot. Disgusting |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang menyalak dekat kkm ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 27-5-2020 01:29 PM
So, limit berapa minit sorang. Kalau setakat masuk nak window shopping je, masak ler. Berjam2 kat dalam tu. Kesian ler yg beratur kat luar tu yg memang ada keperluan.
Heran ler kalau masih ada yg menyemak setakat nak window shopping je musim covid. Otak letak kat mana? Bukan masa nye nak window shopping |
|
|
|
|
|
|
|
kalau Giant, limit setiap orang 20 minit |
|
|
|
|
|
|
|
diorg nk shopping baju raya kot... ikea tkde jual baju.. hahha |
|
|
|
|
|
|
|
mcmana customer and pak guard tau cukup 20 minit?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia org dah bl baju raya.. Nak tayang kat saudara semua tutup rumah.. Yg jd mangsa shopping mall la.. Pak guard la jd mangsa tgk baju raya dia org.. Tayang baju raya ke pak guard.. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
- ada pengumuman
-100 pertama masuk pakai kad warna lain - contoh biru
-100 kedua masuk pakai kad warna lain jugak - contoh hijau
cukup 20 minit, staff akan cari pemakai kad biru. siap dgn healer minta keluar, customer degil memang akan panggil terus polis
|
|
|
|
|
|
|
|
Weh, kalau dah buat salah, teruskan la hukuman tu.
Kalau x, semua akan fikir mende leh kow tim. |
|
|
|
|
|
|
|
Pg td aku p eon kat rumah aku.. Salah satu sbb tab aku ni x leh lak bukak Google classroom tuk anak aku.. Yg ramai2 kat luar sbb x download qr scan.. Kalo dah download cpt je.. Tp aku bkn kat tebrau la.. Semalam staff citer sini ramai gila org sampai polis dtg tutup pintu luar tu.. Beraya kumain deme tayang baju raya ke guard ye.. Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap suruh tutup Kejap boleh bukak |
|
|
|
|
|
|
|
Covid-19: Tiada jangkitan pusat beli-belah di Johor Bahru
TIADA kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di pusat beli-belah terkemuka di Johor Bahru sebagaimana tular di media sosial.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan berita tular itu dan menyatakan pihaknya tiada mengeluarkan arahan membuat saringan Covid-19 kepada pengunjung pusat beli-belah berkenaan.
Ketua Pengarah Kesihatan negeri Johor, Dr Aman Rabu berkata, orang awam diminta tidak menyebarkan berita yang tidak sahih kerana ia akan mengakibatkan situasi panik dalam kalangan masyarakat.
"JKNJ sebelum ini ada membuat penutupan pusat beli-belah itu disebabkan tidak mematuhi prosedur mengikut standard yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan) (no 5) 2029 dalam Peraturan 11 P.U (A) 136/2020.
"Bagaimanapun, tiada kes Covid-19 dikesan di pusat beli-belah itu. JKNJ juga tidak mengarahkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan untuk membuat saringan Covid-19 seperti yang tular di media sosial," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi JKNJ, malam ini.
Dr Aman mengingatkan penyebaran berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
"Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 11:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
kite berjiran je gee.. meols lunch hour selalu ke sana..
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik masa iols pegi tu tak ramai lg.. baru ramai nak beratur je..
sempat la beli baju raya dalam aeon tu.. beli buku kat harris pastu singgah h&m..
tp nmpk orang ramai kat padini ngan charles and keith sbb sale..
kemain ramai beratur.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|