CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2471|Reply: 20

[Tempatan] TIDAK sampai 24 jam notis penutupan, Aeon Mall Tebrau City dah dibuka semula

[Copy link]
Post time 27-5-2020 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Aeon Mall Tebrau City dibuka semula

TIDAK sampai 24 jam notis penutupan ke atas pusat membeli-belah Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pusat beli-belah itu kini dibuka semula bermula hari ini.

Difahamkan, hanya 100 pelanggan sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa dengan sistem nombor giliran dan kawalan lebih ketat dilaksanakan di premis berkenaan.

Menerusi laman sosial rasmi Facebook Aeon Mall Tebrau City menyatakan, premis itu dibuka semula selepas mendapat persetujuan daripada KKM sejak pagi tadi.

"Kami akan terus mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP) KKM dalam melaksanakan langkah berjaga-jaga yang diperlukan termasuk pemeriksaan suhu, penggunaan sanitasi tangan, kakitangan yang memakai pelitup mulut serta kawalan penjarakan sosial pengunjung.

"Sebagai tambahan, pegawai yang menjaga jarak sosial akan melakukan rondaan kerap di pusat beli-belah. Ia bertujuan mengingatkan pelanggan supaya menjaga jarak selamat semasa dalam barisan," kata kenyataan itu.

Terdahulu, notis arahan penutupan pusat beli belah yang dikeluarkan KKM memaparkan arahan penutupan bermula jam 4 petang 25 Mei sehingga 1 Jun tular di media sosial.

Penutupan itu dipercayai bertujuan menjalankan kerja mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.

Netizen mendakwa arahan penutupan pusat beli belah terkenal itu berikutan ia dikunjungi terlalu ramai pengunjung sehingga menyebabkan kawalan selain penjarakan sosial sukar dilakukan dengan berkesan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 8:18 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 10:20 AM | Show all posts
baek punya kowtim ye.. kosser lah meols nak curr area sana.. manjang jem jekk.. 4 bijik mall sederet, tapi ummah fokus pada aeon jaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:48 AM | Show all posts
Themilo replied at 27-5-2020 10:20 AM
baek punya kowtim ye.. kosser lah meols nak curr area sana.. manjang jem jekk.. 4 bijik mall sederet ...

bukan ke tutop seminggu?

pesal bukak lepas 24 jam?


damn. KKM shuold have stuck to its guns. Moral hazard beb.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 27-5-2020 10:48 AM
bukan ke tutop seminggu?

pesal bukak lepas 24 jam?

Nanti mcm mn tmj nak belanja org johor?

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat kkm uturn? Patut ajar cukup2 sebab fikir nak untung je. Sop semua taknak ikut.

Aeon tebrau tolong pesan kat pak2 guard jangan duk kencing merata kat parking lot. Disgusting
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2020 01:21 PM | Show all posts
Ada yang menyalak dekat kkm ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 27-5-2020 01:29 PM

So, limit berapa minit sorang. Kalau setakat masuk nak window shopping je, masak ler. Berjam2 kat dalam tu. Kesian ler yg beratur kat luar tu yg memang ada keperluan.

Heran ler kalau masih ada yg menyemak setakat nak window shopping je musim covid. Otak letak kat mana? Bukan masa nye nak window shopping
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2020 01:32 PM | Show all posts
kalau Giant, limit setiap orang 20 minit
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:34 PM | Show all posts
Themilo replied at 27-5-2020 10:20 AM
baek punya kowtim ye.. kosser lah meols nak curr area sana.. manjang jem jekk.. 4 bijik mall sederet ...

diorg nk shopping baju raya kot... ikea tkde jual baju.. hahha
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 04:08 PM | Show all posts
R2D2 replied at 27-5-2020 05:32 AM
kalau Giant, limit setiap orang 20 minit

mcmana customer and pak guard tau cukup 20 minit?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia org dah bl baju raya.. Nak tayang kat saudara semua tutup rumah.. Yg jd mangsa shopping mall la.. Pak guard la jd mangsa tgk baju raya dia org.. Tayang baju raya ke pak guard.. Hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2020 04:12 PM | Show all posts
ElmoRed replied at 27-5-2020 04:08 PM
mcmana customer and pak guard tau cukup 20 minit?

- ada pengumuman
-100 pertama masuk pakai kad warna lain - contoh biru

-100 kedua masuk pakai kad warna lain jugak - contoh hijau

cukup 20 minit, staff akan cari pemakai kad biru. siap dgn healer minta keluar, customer degil memang akan panggil terus polis


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 04:12 PM | Show all posts
Weh, kalau dah buat salah, teruskan la hukuman tu.
Kalau x, semua akan fikir mende leh kow tim.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pg td aku p eon kat rumah aku.. Salah satu sbb tab aku ni x leh lak bukak Google classroom tuk anak aku.. Yg ramai2 kat luar sbb x download qr scan.. Kalo dah download cpt je.. Tp aku bkn kat tebrau la.. Semalam staff citer sini ramai gila org sampai polis dtg tutup pintu luar tu.. Beraya kumain deme tayang baju raya ke guard ye.. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejap suruh tutup Kejap boleh bukak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2020 08:46 AM | Show all posts
Covid-19: Tiada jangkitan pusat beli-belah di Johor Bahru

TIADA kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di pusat beli-belah terkemuka di Johor Bahru sebagaimana tular di media sosial.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan berita tular itu dan menyatakan pihaknya tiada mengeluarkan arahan membuat saringan Covid-19 kepada pengunjung pusat beli-belah berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan negeri Johor, Dr Aman Rabu berkata, orang awam diminta tidak menyebarkan berita yang tidak sahih kerana ia akan mengakibatkan situasi panik dalam kalangan masyarakat.

"JKNJ sebelum ini ada membuat penutupan pusat beli-belah itu disebabkan tidak mematuhi prosedur mengikut standard yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan) (no 5) 2029 dalam Peraturan 11 P.U (A) 136/2020.

"Bagaimanapun, tiada kes Covid-19 dikesan di pusat beli-belah itu. JKNJ juga tidak mengarahkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan untuk membuat saringan Covid-19 seperti yang tular di media sosial," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi JKNJ, malam ini.

Dr Aman mengingatkan penyebaran berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

"Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 11:47 PM
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:49 PM | Show all posts
Themilo replied at 27-5-2020 10:20 AM
baek punya kowtim ye.. kosser lah meols nak curr area sana.. manjang jem jekk.. 4 bijik mall sederet ...

kite berjiran je gee.. meols lunch hour selalu ke sana..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:52 PM | Show all posts
nasib baik masa iols pegi tu tak ramai lg.. baru ramai nak beratur je..
sempat la beli baju raya dalam aeon tu.. beli buku kat harris pastu singgah h&m..
tp nmpk orang ramai kat padini ngan charles and keith sbb sale..
kemain ramai beratur..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:02 PM | Show all posts
Aikkk uturn ke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.443172 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list