CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1062|Reply: 11

[Tempatan] Pindaan akta pemandu mabuk tak jadi sebab Langkah Sheraton - PH (Nota: Kerajaan

  [Copy link]
Post time 27-5-2020 09:44 AM | Show all posts |Read mode
'Pindaan akta pemandu mabuk tak jadi sebab Langkah Sheraton'
Steven Sim
Diterbitkan 26 May 2020, 11:11 pm
Dikemaskini 26 May 2020, 11:21 pm

KATA MP | Isu pemandu mabuk ini, mudah saja. Kerajaan dulu berpuluh tahun tidak ambil endah macam tidak ada kes.

Contohnya, lihat data daripada The Asean. Kita boleh nampak bagaimana jumlah kes kemalangan pemandu mabuk naik mendadak dalam tempoh 2011 - 2016.

Kemudian, lihat pula data daripada The Mole; peratus kematian akibat pemandu mabuk berbanding jumlah kemalangan maut juga meningkat mendadak antara 2011-2016.

Berapa nyawa sudah hilang dalam tempoh 2010-2017? Jawapannya: 1142.

Tahun 2016 sahaja ada 237 kes kematian akibat pemandu mabuk. Dalam kata lain, setiap dua hari ada satu orang mati akibat pemandu mabuk ketika itu.

Bila sampai pada kerajaan PH, menteri pengangkutan ketika itu Anthony Loke Siew Fook mengambil tindakan menurunkan harga pengangkutan awam, menambah baik dan meningkatkan profesionalisme perkhidmatan ehailing, serta merancang pindaan undang-undang tambah hukuman kepada pemandu mabuk.

Kalih isu pemandu mabuk

Pakej ini terbaik untuk menangani masalah pemandu mabuk: Ada hukuman berat, ada alternatif (pengangkutan awam dan sebagainya).

Pindaan undang-undang tidak jadi disebabkan Langkah Sheraton. Kita pun sudah minta agar pindaan undang-undang itu dibawa ke parlimen pada 18 Mei 2020, tapi kerajaan baru enggan menerima.

Isu pemandu mabuk ialah masalah dasar. Tapi apabila hero-hero sibuk meratib kaum, agama dan politik, maka perhatian terkalih kepada benda bukan-bukan.

Akhirnya hero-hero inilah yang menyebabkan masalah lama tidak selesai, masalah baru pula timbul.

STEVEN SIM ialah anggota parlimen Bukit Mertajam dan bekas timbalan menteri belia dan sukan era PH.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb mabuk ke sbb pandu laju?

https://suaramerdeka.com.my/pemandu-mabuk-hanya-persepsi-netizen/

Pemandu mabuk: Hanya persepsi netizen?

Mohamad Athir IsmailFollow on TwitterSend an email11 February 2020

1,1591 minute read

STATISTIK kemalangan jalan raya menyebabkan kematian akibat memandu dalam keadaan mabuk hakikatnya menunjukkan trend penurunan bermula 2016.

Bagaimanapun, berbanding 2015, jumlah kematian adalah meningkat iaitu 237 kematian pada 2016 daripada 229.

Tahun 2017 dan 2018 menunjukkan penurunan yang mendadak iaitu 58 dan 54 kematian berbanding 2016.

Namun, akhir-akhir ini terlalu banyak kemalangan jalan raya mengakibatkan kematian terutamanya melibatkan pengguna lain.

Bagaimanapun, Pengarah Pusat Penyelidikan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya, Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr. Low Suet Fin menasihatkan pengguna media sosial supaya berhati-hati.

Menurut beliau, tidak dapat dipastikan video atau status tular berkenaan kemalangan benar-benar disebabkan oleh pemandu mabuk atau sebaliknya.

“Isu tular pemandu mabuk dalam media sosial begitu banyak sehingga menimbulkan persepsi yang menyebabkan pengaruh kepada masyarakat.

“Kita kena menggunakan kebijaksanaan untuk mentaksir fakta. Dapatkan sumber yang meyakinkan seperti daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya ketika ditemubual dalam Wacana Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, menurut Ahli Majlis Keselamtan Jalan Raya Kebangsaan (MKJR), Dr. Kulanthayan KC. Mani, persepsi tentang kemalangan jalan raya dalam media sosial terlalu banyak.

Kelajuan pembunuh sebenar
Katanya, bukan sahaja terhadap pemandu mabuk, malah risiko kemalangan turut dikaitkan pada musim perayaan.

“Ramai diluar beranggapan risiko kemalangan jalan raya pada musim perayaan adalah lebih tinggi.

“Walhal, pada hari biasa pun bahaya. Kelajuan kenderaan pada hari biasa lebih laju berbanding musim perayaan,” jelasnya.

Tambah beliau yang menjadi salah seorang panel dalam wacana tersebut, pemandu perlu menyedari siapa pembunuh sebenar di atas jalan raya.

“Kita ingat masalah mabuk adalah punca kepada kemalangan jalan raya dan kematian. Memandu pada kelajuan tinggi adalah pembunuh utama di atas jalan raya.

“Kurangkan statistik kemalangan, minta semua pemandu supaya kurangkan kelajuan ketika memandu,” tegasnya. – SM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
21 bulan tu makan tidor jer... asyik ulang manifesto bukan kitab suci so x payah tunai janji
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:31 AM | Show all posts
kes adib, pengguguran kes LGE rasuah

so sekarang ni dah perang persepsi ye dah mula balik

contoh hal balak di kedah
then hampa tengok org Islam marah sebab pemabuk then u play sentiment

alahai gagalkrasi ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 10:33 AM | Show all posts
hukum je pemandu mabuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2020 11:03 AM | Show all posts
sejak cina DAP/PH hilang income, kelayakan RM50K sebulan Timbalan Menteri/Menteri gigih pulak bersuara
masa berkuasa Sidang Parlimen pun ponteng
asyik sibuk gantung Tanglung, UEC, abu komunis, anti-JAWI

selamat meroyan wahai Cina DAP/PH


DAP: Perikatan stopped caring about drunk driving after coming into power
Wednesday, 27 May 2020 09:16 AM MYT


KUALA LUMPUR, May 27 — A score of DAP politicians have challenged the Perikatan Nasional (PN) administration to take punitive action against those caught drunk driving, in light of the two related deaths recently.

In a joint press statement, the group pointed out that former transport minister Anthony Loke had promised to amend the Road Transport Act 1987 prior to the formation of the PN backdoor government.

“The Pakatan Harapan (PH) administration through former transport minister Anthony Loke had already announced that the then government will amend the Road Transport Act 1987 to give harsher penalties for driving under the influence.

“Among the amendments include lifetime suspension of their driver’s license. The Bill was scheduled to be tabled to Parliament this year. This shows that PH had the political will to handle this matter.

“Unfortunately, we don’t see the same political will from the current PN administration. The drunk driving issue which was once a huge matter when Barisan Nasional (BN) and PAS were in the Opposition, no longer seems to be their priority once they have established a government,” said the statement.

It pointed out that the administration had only uploaded the Transport Ministry’s study into the matter and proposed to form a Special Cabinet Committee, instead of focusing on amendments to current laws.

The statement, which was signed by MPs such as Kampar MP Thomas Su, Ketari State Assemblyman Young Shefura Othman and the party’s deputy youth chief Shakeer Ameer among others, urged Putrajaya to allow Parliament to convene in order to settle this matter in the August house.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 27-5-2020 10:17 AM
Sbb mabuk ke sbb pandu laju?

https://suaramerdeka.com.my/pemandu-mabuk-hanya-persepsi-netizen/

Pandu laju bukan root caused kemalangan jalan raya . Kecuaian ketika memandu adalah punca utamanya. Salah satu faktor cuai ialah memandu dalam keadaan tak waras a.k.a. mabuk..
Laju dan berwaspada VS hilang pertimbangan otak. Bagi org normal, bila pandu laju, secara automatik dia akan lebih alert sbb adanya adrenaline rush.
Pandu perlahan pun boleh sebabkan kemalangan juga. Bila aliran trafik disuatu ketika itu secara puratanya 80kmj, tapi dibawanya 50kmj..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 27-5-2020 11:24 AM
Pandu laju bukan root caused kemalangan jalan raya . Kecuaian ketika memandu adalah punca utamanya ...

Mmg la bkn, tapi ini la yg akan diperjuangkan oleh org2 yg menyokong penjualan arak, tak kira jantina, mahupun bangsa.

Iols tak percaya langsung yg ph beriya benor nak pass this bill, sbb jika mereka tulus, sudah bertahun lagi mereka dah berusaha. Tapi tak nampak langsung usaha depa, kan?
Pada pendapat iols, depa terkial2 nak buat sume ni sbb mmg kat dlm tu dah retak, maka sanggup berbuat apa shj utk kekal dlm jawatan. Alasan demi alasan diberikan, sedangkan 22 bulan takde usaha. Mai parlimen pun malas, ckp sejuk dan seribu mcm alasan. Skang sbb nak undi tak percaya la gigih benau nak masuk parlimen. Pastu gigih bg mcm2 alasan utk masuk parlimen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 08:24 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 27-5-2020 01:54 PM
Mmg la bkn, tapi ini la yg akan diperjuangkan oleh org2 yg menyokong penjualan arak, tak kira jant ...

Kan..
PH ni standard politicians low class. Political prostitute. Bila jadi pembangkang, macam2 idea nak buat, protest sana sini, nak nampak macam berwibawa.. Padahal, lagi teruk dari orang yang dikutuk sebelum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:25 PM | Show all posts
mansuh ptptn pn x jd dngr nye

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 05:37 AM | Show all posts
najib888 replied at 27-5-2020 08:24 PM
Kan..
PH ni standard politicians low class. Political prostitute. Bila jadi pembangkang, macam2 i ...

wah that is a good analogy, depa pakar mainkan sentiment, misconstrued context , fitnah tu yg tak boleh dimaafkan sebab wow fitnah man...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 05:38 AM | Show all posts
Cable replied at 27-5-2020 08:27 PM
ape kata macai2 dap snaraikan ape yg x smpat lepas langkah sheraton..

langkah port dickson smpat  ...

langkah kajang , PD , permatang pauh jgn dilupa

ketika tu ambiga tak melolong rugiiiii

walhal yg kes PN TSMY dipilih YDPA  tu bising semacam.. tak nak PRU ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.148203 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list