CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4611|Reply: 57

[Tempatan] Shopping complex kembali meriah. Ramai sambung shopping lepas Raya. Pakar peruba

[Copy link]
Post time 27-5-2020 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Covid-19: Saringan suhu badan tidak masuk akal
BERNAMA | | 27 Mei 2020

KUALA LUMPUR - Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas dan kini PKP Bersyarat (PKPB), boleh dikatakan ramai yang sudah mengamalkan normal baharu dalam urusan kehidupan seharian.

Daripada budaya kerja, bidang pembelajaran kepada perniagaan, pergantungan kepada teknologi digital semakin ketara. Begitu juga amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.

Hendak masuk ke mana-mana pejabat dan pusat membeli-belah juga tidak semudah dahulu. Setiap daripada kita pada masa ini wajib melepasi pemeriksaan suhu badan sekiranya ingin melangkah masuk ke dalam bangunan.

Benarlah, pandemik Covid-19 merubah banyak perkara dalam rutin kehidupan kita.

Hanya yang bacaan suhu badan memenuhi SOP akan mendapat lampu hijau untuk masuk daripada pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk membuat pemeriksaan. Langkah ini amat penting untuk memastikan tiada penularan wabak Covid-19.

Namun begitu, adakah pengambilan suhu itu benar-benar mengikut SOP yang ditetapkan? Persoalan paling penting, adakah anda yakin bahawa bacaan suhu itu adalah tepat mahupun sebaliknya?

Suhu rendah

Ini yang dipersoalkan oleh Pakar Paru-Paru Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmy Haja Mydin dalam satu ciapan di Twitternya baru-baru ini, selepas mengunjungi sebuah restoran di sekitar kawasan Petaling Jaya.

Beliau yang ketika itu sedang menunggu giliran untuk diperiksa suhu badan oleh pekerja restoran berkenaan terkejut sebaik melihat segala rekod suhu badan pelanggan sebelum ini yang dicatatkan mereka di sebuah buku.

Agak luar biasa menurut Dr Helmy kerana kesemua suhu badan pelanggan yang datang ke restoran itu adalah di bawah suhu 36.0 darjah selsius iaitu 33.0, 32.0, 31.5, 33.5, dan paling rendah adalah 29 darjah selsius, sesuatu yang langsung tidak masuk akal!

Ini kerana suhu badan manusia normal adalah antara 36.0 darjah celsius sehingga 37.5 darjah celsius dan sekiranya melebihi suhu berkenaan seseorang itu dikira demam dan tidak boleh dibenarkan masuk ke dalam sesebuah premis.

Seperti diketahui, gejala utama Covid-19 adalah demam dan saringan paling mudah untuk memastikan pelanggan sesebuah restoran, pekerja ke pejabat atau sesiapa sahaja untuk melangkah ke dalam bangunan merupakan seorang yang sihat adalah melalui bacaan suhu badan menggunakan termometer.

Itu yang telah ditetapkan dan wajib dipatuhi sektor ekonomi kerana kegagalan mematuhi SOP akan membuatkan mereka berhadapan tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Tak guna buat saringan suhu badan sekiranya peralatan yang digunakan tak jitu. Use the right equipment and check your thermometers - we don’t want false assurances! ” kata beliau dalam ciapannya di akaun @dochelmy.

Bernama yang menghubungi beliau baru-baru ini untuk bertanya lebih lanjut mengenai ciapannya itu dimaklumkan bahawa, keadaan tersebut jelas membuktikan pelanggan yang dibenarkan masuk ke dalam restoran berkenaan tidak disaring sebetulnya dan sudah tentu ia membimbangkan.

Ini kerana kemungkinan besar ada antara mereka mempunyai suhu badan lebih daripada 37.5, mempunyai gejala Covid-19 seperti demam tetapi dibenarkan masuk apabila bacaan suhu rendah kerana tidak disaring sebetulnya oleh pihak premis.

Hal ini menjadi kerisauan Dr Helmy kerana berkemungkinan pelanggan tidak disaring sebetulnya ini merupakan pesakit Covid-19 tanpa mereka sedari yang akhirnya menjangkiti orang lain.

Kena tahu cara guna

“Kalau tengok catatan buku tersebut ada yang mempunyai suhu serendah 29 darjah celsius dan ia sangat tidak logik kerana itu sudah suhu tahap mayat. Suhu badan manusia walau di mana saja kita berada termasuklah di negara sejuk, akan tetap sama antara 36.0 darjah celsius sehingga 37.5 darjah celsius.

“Sekiranya ada yang mempunyai suhu bawah 36.0 darjah selsius adalah disebabkan mereka sakit seperti penyakit hypothermia tetapi tidaklah sampai serendah 29 darjah celsius.

“Perkara ini perlu diambil perhatian jitu kerana normal baharu yang menetapkan setiap individu diperiksa dahulu suhu badan sebelum masuk tidak akan berguna sekiranya tidak disaring sebetulnya.

“Bayangkan, pemilik restoran sudah bersedia lengkap mematuhi SOP ditetapkan tetapi disebabkan kesilapan bacaan suhu badan, kita bimbang ada kes demam berkait dengan Covid-19 terlepas masuk,” katanya kepada Bernama menerusi WhatsApp.

Menurut Dr Helmy, ada beberapa faktor yang menyebabkan pembacaan suhu itu tidak tepat antaranya disebabkan kesilapan pengendalian alat berkenaan kerana tidak memahami sebetulnya tatacara penggunaan, kualiti mahupun aspek menyelaraskan fungsi tentukur termometer tidak diambil perhatian.

Walhal, amat penting sebenarnya alat tersebut diselaraskan fungsinya (menentukur) sebelum digunakan buat pertama kali dan juga sekiranya ia terjatuh mahupun apabila diguna berulang kali bagi memastikan bacaan yang akan diambil nanti adalah tepat.

Selain perlu juga memahami termometer mempunyai pelbagai jenis dan setiap alat pengimbas suhu ini adalah berbeza cara pengendaliannya.

Paling popular digunakan ketika ini oleh kebanyakan syarikat, restoran adalah termometer temporal artery atau juga dipanggil termometer dahi yang menggunakan sinaran inframerah untuk menentukan suhu pada dahi kerana agak mudah mengendalikannya serta tidak berlakunya sentuhan.

“Sebenarnya, pemeriksaan suhu paling tepat adalah menggunakan termometer merkuri di mana perlu meletakkannya di bawah lidah selama beberapa minit. Ia susah sikit berbanding dengan yang dipakai pada dahi,” jelas Dr Helmy.

Berbeza

Sementara itu, menurut Pakar Perubatan Kecemasan KKM, Dr Ahmad Zakimi Abdullah, kepentingan untuk mengetahui fungsi setiap termometer ini penting bukan sahaja untuk memastikan bacaan suhu yang diambil tepat bahkan juga disebabkan cara bacaan suhu alat pengimbas itu adalah berbeza antara satu sama lain,

Berkongsi maklumat berkenaan di laman sosial, Facebook miliknya selepas berhadapan insiden hampir serupa dengan Dr Helmy, beliau terkejut apabila ada penjaga pintu di satu premis yang dikunjunginya tidak tahu suhu yang betul untuk dibenarkan masuk.

“Tak semua orang tahu. Oleh itu, kita perlu memberi sedikit penerangan tentang tatacara penggunaan termometer untuk saringan awal.

“Suhu badan normal adalah sekitar 36 darjah celsius hingga 37.4 darjah celsius. Maka suhu 37.5 darjah celsius atau lebih sudah dikira anda demam. Ini hanya untuk bacaan ‘thermoscan infrared’.

“Bacaan suhu dengan termometer jenis lain dikira demam adalah berbeza; ketiak >37.2 darjah celsius, mulut >37.8 darjah celsius dan rektum (punggung) atau telinga >38 darjah celsius.

Menurut beliau, cara mengambil suhu tujuan saringan pintu masuk, mestilah dengan menggunakan termometer jenis infrared gun demi mengekalkan penjarakan 1 meter.

“Jarak menggunakan termo gun ini taklah terlalu jauh kerana ia akan memberi ralat dan tidak tepat pada bacaan. Perlu lihat tatacara penggunaan termo gun mengikut pengeluar.

“Penyaring perlu memakai PPE sekurang-kurangnya topeng muka. Penjarakan 1 meter adalah diwajibkan. Bateri termometer ini kena sentiasa diperiksa secara berkala juga,” katanya dalam status tersebut.

Golongan berisiko

Sememangnya, hal ini tidak boleh dipandang ringan. Apatah lagi, media sebelum ini ada melaporkan terdapat ramai individu membawa golongan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 seperti kanak-kanak dan warga emas ke tempat awam sejak PKPB dilaksanakan pada 4 Mei lepas.

Justeru, bayangkanlah apabila golongan berisiko tinggi ini berada di tempat awam yang tidak disaring betul suhu bacaannya dan berkemungkinan besar terdedah kepada jangkitan Covid-19 tanpa disedari. Bukankah ini membahayakan mereka?

Kerana itulah, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berpandangan adalah sebaiknya setiap daripada kita mengelak untuk berada di tempat awam sekiranya tidak ada keperluan penting biarpun sesuatu aktiviti itu dibenarkan mahupun premis itu lengkap dengan SOP ditetapkan.

Jangan mudah selesa dengan angka semasa Covid-19 yang ketika ini berlegar sekitar dua digit. Kecuaian dan kelekaannya memungkinkan Malaysia berdepan peningkatan penularan Covid-19 secara mendadak pada pertengahan Jun berdasarkan pemodelan dan ramalan Covid-19 oleh Institut Kesihatan Negara (NIH).

“Janganlah kita sesekali sia-siakan pencapaian agak cemerlang yang gigih lagi tekun kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19 sehingga diiktiraf di peringkat dunia!

“(Apa yang kita lalui hari ini adalah) 'norma baharu yang bersifat sementara sahaja' sehingga pandemik ini dapat diperangi dengan jayanya tidak lama lagi,” katanya. - Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana la rupa tesco mergong.. Lama aku x pi beli seluar murah2
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:09 AM | Show all posts
Bagi can orang merayau dalam shopping mall apahal..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
yg wat kerja tu kat mall area aku...guard Nepal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:16 AM | Show all posts
thermometer ada settings tuk suhu badan or suhu sekitar kan.. mungkin yg rendah sangat nie salah setting benda tu kot..

pernah jadi kat office nie and cetuskan panik memula dulu.. pastu check2 ada tiny button kt tepi thermometer tu  yg tersalah set to suhu sekitar.

pastu kena educate pak guard / staff yg amik suhu tu jugak kalau suhu tak masuk akal kena la check balik. nie asal tak lebih 37 semua redah je kasi masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Adek iols smalam gi ioi sorang utk cari bajunkeje...dia start keje baru bulan jun ni..
Ramai gila dia ckp..
Terus.chow
Takut woo..hahaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2020 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
thermoscan tu x accurate mana...yg cek di dahi tu...jarak,suhu perskitaran n suhu sebelum ni...
n senang dimanipulasi..cth ko baru turun dr kereta yg beraircond..mmg suhu akn rendah..
yg accurate ttp cara lama..termometer yg cek dlm mulut atau ketiak..
tp x praktikal time covid ni...krg x pasal kena jangkitan dr cecait badan n time consuming jugak nk tggu dpt result suhu.
nak beli termometer shealth meningkat pulak kos
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:36 AM | Show all posts
yang tukang cek suhu pun guard warga asing huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 11:46 AM | Show all posts
kalau ko dari luar..tempat panas membahang..
tup2 terus masuk amik temperature..mmg suhu naik lah..
sso..biasa, guard suh lepak2 kat luar dulu..then scan balik temperature kat dahi tu.
kalau naik gak melebihi 37.5..dah tak bg masuk.

anyway..smlm g sunway pyramid. parking pun penuh. masuk situ dari mana2 pintu pun leh..
just pakai mask sahaja. tp masuk restaurant atau kedai mmg kena cek suhu badan.
ramai giloo semalam kat sunway..
tapi nampak lah new norm..sume bermask..
pastu tgk kat restaurant..penuh gak tp jarak2 lah duduk makan...

kesimpulannya..mcm dah abis PKP dan semua tgh adapt budaya baru..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:48 AM | Show all posts
sarah82 replied at 27-5-2020 11:08 AM
Mcm mana la rupa tesco mergong.. Lama aku x pi beli seluar murah2

ahahaha teringat seluar tido harga rm5....kat shopee mahal giler dia jual...harga dua kali ganda...rindu nak p tesco
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ramai2 positive menyusahkan frontliners je.. Hopefully dalam ramai2 tu takde la yg carrier covid
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
alah kalau dah positive tak bergejala kau cek dgn yg paling reliable pon tak guna. bagi aku cek2 suhu ni useless
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah setting ke..iols punya ada option utk body dan surface..kalo shoot surface mmg lagi rendah suhu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
merrissa replied at 27-5-2020 11:48 AM
ahahaha teringat seluar tido harga rm5....kat shopee mahal giler dia jual...harga dua kali ganda.. ...

Tu la.. Huhuhu.. Mujur bulan 1 hari tu beli 10 helai... Harap2 raya haji ni boleh pi la tesco
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling mls nak jalan2 ke shopping mall tanpa sebab.
Selalu pegi beli brg dapur je, pastu terus balik.
Nak lepak2 jalan2 mmg tkde la.
Risau satu hal.
Yang amik suhu tu kebanyakn guard warga asing.
Tu yg seriau.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 12:08 PM | Show all posts
Buatlah undang2 supaya orang ramai pakai gadget kira suhu badan manusia.

Biarlah gadget ini tepat dan berkualiti, boleh pakai lama, bateri tahan dan murah. Kerajan boleh bagi kontrak tapi jangan bagi dengan ultra kapitalis, mereka ni akan jadikan urusan jadik susah, asalnya tak susah manapun tapi mereka akan jadikan ianya susah kalau tak dapat untung berlipat ganda. Yang tanggung kesan ketaamakan scammer in disguise ini nanti ialah orang ramai..

Ianya akan dipakai sepanjang masa dan jadi tiket untuk masuk mana2 tempat yang boleh berlaku contact dgn virus spt shoping complex, tempat kerja, etc. Kenapa? Sebab covid19 ini tak tahu bila akan tamat, selagi tak ada vaksin selagi tu kena cek suhu, mungkin lima tahun lagi? ... ianya akan jadi first line of detection dan perlu jadi rule of the new norm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami beli thermoscan tuk diri sendiri guna bila nak keluar.risau kalau x sihat..x sedar..keluar juga..jadi apa2 nanti.
Kami ada org tua duduk sekali..memang hati2 sgt.
Tp betul sejak raya..org ramai dh mula berperangai mcm biasa...mcm x de isu pasal covid ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 12:31 PM | Show all posts
Mane le thermometer tu calibrate.
Aku gi speedmart, die scan, bg tau suhu aku 33.5
Aku kate kalau 33.5 aku mati dah dik
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Thermo sensor tu.. Aku rasa better tengok apa yg KKM guna.. Jenama apa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 12:35 PM | Show all posts
iols pergi aeon tebrau raya kedua pukul 2 sbb teman laki iols beli stoking... sibuk nk suruh iols masuk sekali.lps beli terus keluar. tup2 mlm dgr pukul 4 ptg tu kkm arahkan tutup sebab ramai sgt shopper. tp mmg betul pun,masa iols keluar dari open park tu berderet2 kereta tggu turn nk masuk parking bwh tanah.melimpah sampai tepi(fenomena biasa kalau kt aeon tebrau). pastu iols masuk ikea..pun ramaii jugak org.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.065779 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list