View: 5385|Reply: 129
|
[Tempatan]
Kenyataan bersama 20 pimpinan DAP menggesa tindakan tegas terhadap pemandu mabuk
[Copy link]
|
|
‘Dulu isu BN, PAS, kini tak lagi jadi prioriti’
Diterbitkan 48 minit lepas
Dikemaskini 48 minit lepas
A
+
A
-
Bookmark
Wakil rakyat dan pemimpin DAP, hari ini tampil menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya menunjukkan kesungguhan politik mereka dalam menangani isu pemandu mabuk.
Dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh 20 pemimpin DAP itu, mereka mendakwa tidak melihat kesungguhan politik yang sama daripada kerajaan PN sekarang, termasuk dari PAS berbanding apa yang dilakukan oleh PH sebelum ini.
“Isu pemandu mabuk, yang dahulunya menjadi isu besar pembangkang BN dan PAS, kini seperti tidak lagi menjadi prioriti apabila mereka menjadi kerajaan.
“Mereka sekadar menyebarkan soal selidik kementerian pengangkutan yang dijalankan secara atas talian, dan mencadangkan supaya suatu Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan, walhal apa yang patut dilakukan adalah meminda undang-undang sedia ada,” kata mereka, hari ini.
Menurut pemimpin DAP itu, kerajaan PH, melalui bekas menteri pengangkutan Anthony Loke telahpun memaklumkan bahawa kerajaan ketika itu akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada sidang parlimen tahun ini.
Pindaan itu bagi mengenakan hukuman keras ke atas pemandu di bawah pengaruh alkohol, di samping pindaan-pindaan lain termasuk menggantung lesen memandu seumur hidup.
Walau bagaimanapun, hasarat itu tidak kesampaian susulan ‘Langkah Sheraton’ pada Februari lalu yang menyaksikan kerajaan PH tumbang apabila beberapa ahli parlimen PKR dan Bersatu berpaling tadah.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin kemudiannya bergandingan bahu dengan pemimpin Umno dan PAS bersama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan beberapa lain membentuk kerajaan baru.
Mengulas lanjut, wakil DAP berkata, meskipun telah merampas kerajaan pusat PN gagal menunjukkan kesungguhan mereka untuk menangani isu pemandu mabuk seperti yang dicanangkan sebelum ini.
“Kami dengan ini menggesa supaya kerajaan PN menunjukkan kesungguhan politik mereka dalam isu ini dengan mengadakan sidang Parlimen dengan secepat mungkin supaya RUU pindaan ini dapat dibentangkan dan diluluskan,” kata mereka.
Pada 26 Mei lalu, Herman Kamarudin, 41, maut selepas kereta yang dipandunya dirempuh kereta lain yang dipandu oleh seorang peraih ikan secara melawan arus dalam keadaan mabuk.
Ini adalah ragedi kedua yang berakhir dengan kematian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, selepas kes kematian Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail pada awal bulan ini.
Pada 3 Mei lalu, anggota polis itu maut selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika bertugas mengawal sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan.
Berikut nama wakil rakyat dan pemimpin DAP yang menandatangani kenyataan bersama itu.
Thomas Su Keong Siong, ahli parlimen Kampar
Steven Sim Chee Keong, ahli parlimen Bukit Mertajam
Alice Lau Kiong Yieng, ahli parlimen Lanang
Chan Foong Hin, ahli parlimen Kota Kinabalu
Wong Shu Qi, ahli parlimen Kluang
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, ahli parlimen Bandar Kuching
Phoong Jin Zhe, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan ADUN Sabah kawasan Luyang
J Arul Kumar, Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Kerajaan Negeri Sembilan dan ADUN Negeri Sembilan kawasan Nilai
Chiong Yoke Kong, ADUN Pahang kawasan Tanah Rata
Edry Faizal, ADUN Selangor kawasan Dusun Tua
Satees Muniandy, ADUN Pulau Pinang kawasan Bagan Dalam
Sheikh Umar Bagharib Ali, ADUN Johor kawasan Paloh
Teh Swee Leong, ADUN Kedah kawasan Kota Darul Aman
Lim Yi Wei, ADUN Selangor kawasan Kg Tunku
Young Syefura Othman, ADUN Pahang kawasan Ketari
Daniel Gooi Zi Sen, ADUN Pulau Pinang kawasan Pengkalan Kota
Chris Lee Chun Kit, ADUN Pulau Pinang kawasan Pulau Tikus
Kerk Chee Yee, ADUN Melaka kawasan Ayer Keroh
Muhammad Shakir Ameer, Naib Ketua Pemuda DAP Kebangsaan
Syahredzan Johan, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-5-2020 01:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kenapa lah umno pas sayang sangat dengan pemandu mabuk ni? Xpaham betul iol. |
|
|
|
|
|
|
|
masa ada kuasa x nak buat. Bila PN nak buat baru terhegeh2. Dulu bukan main Dapig sambut Oktoberfest. Internet x pernah lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Lately ni iols tengok PH ni dah mcm parasite. Bila ada isu2 popular yg jadi tumpuan rakyat, mula la diorg menempel bagi komen...kononnya mereka yg plg concern, plg risaukan rakyat..demand itu ini...walhal sebelum2 ni menikus jer diorg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis replied at 27-5-2020 01:37 PM
Kenapa lah umno pas sayang sangat dengan pemandu mabuk ni? Xpaham betul iol.
Ye la.. Aku pun tak faham Ng Sze Han DAP punya Adun kata minum arak boleh kat tempat awam. Eh...mcm mana ni.. Pemimpin DAP yg "mulia" dan "suci" mengikut sembahan penyembah manusia kata DAP benci arak.. Pelik.. Tak faham betul aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-5-2020 03:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
harizs replied at 27-5-2020 01:57 PM
masa ada kuasa x nak buat. Bila PN nak buat baru terhegeh2. Dulu bukan main Dapig sambut Oktoberf ...
Usul utk gubal undang undang ni dah siap n dijadualkan dibentang pada sesi march oleh menteri ph. Boleh refer news di bawah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/655362/cadang-penjara-20-tahun-kepada-pemandu-mabuk |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 27-5-2020 02:53 PM
Ye la.. Aku pun tak faham Ng Sze Han DAP punya Adun kata minum arak boleh kat tempat awam. Eh...mc ...
Hipokrit..bila bertukar kerajaan, cara berfikir pun berubah. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_Arwen replied at 27-5-2020 03:03 PM
Hipokrit..bila bertukar kerajaan, cara berfikir pun berubah.
DAPig skrg nak pujuk balik jiwa Melayu.. Kononnya depa tak rasis.. 22 bulan ada masa utk gubal undang2 ada depa buat? Yg depa buat hari2 ckp ttg Anwar Jadi Pm. |
|
|
|
|
|
|
|
harizs replied at 27-5-2020 01:57 PM
masa ada kuasa x nak buat. Bila PN nak buat baru terhegeh2. Dulu bukan main Dapig sambut Oktoberf ...
Oktoberfest ni acara minum dan pandu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-5-2020 03:07 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cmf_Arwen replied at 27-5-2020 02:50 PM
Lately ni iols tengok PH ni dah mcm parasite. Bila ada isu2 popular yg jadi tumpuan rakyat, mula la ...
Tu iol dah tunjuk bukti.
Sepanjang 22 bulan ph dah siap usul untuk bentang isu pemandu mabuk ni walaupun umno bn jadi kerajaan 60 tahun xsetel perkara ni.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/655362/cadang-penjara-20-tahun-kepada-pemandu-mabuk
Dan malangnya kali ni umno pas cuba gagalkan usaha membanteras pemandu mabuk ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Btw harap kerajaan PN bleh bagi checkmate kat pembangkang, dedahkan tgk btol ke ada draf cadangan oleh Anthony Loke, atau takat gebang jer nk usul bulan Jun/Julai nnt andai PH masih berluasa padahal draf pun x wujud sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Wow hebat juga kajian PH - Aii setuju hukum 20 tahun lagi elok tambah without bail. Driving licence tarik terus/banned.
PN ni biasalah PH u-turn dia pun nak juga buat u-turn. PH kaji mengkaji PN pun nak jugaklah selidik selidiki. meniru jer. meluat!
|
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis replied at 27-5-2020 03:07 PM
Tu iol dah tunjuk bukti.
Sepanjang 22 bulan ph dah siap usul untuk bentang isu pemandu mabuk ni ...
Betul ke umno pas cuba gagalkan usaha ni...bukan ada ajer ke wakil2 pas yg suarakan hal ni....ooooo lupa, bila ph yg bangkitkan isu ni, mereka hero..tp bila pas bangkitkan isu ni dikata racist..bak kata wakil DAP, Mr Kelvin..(refer to thread sebelah... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-5-2020 03:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
axl_bach replied at 27-5-2020 03:07 PM
Btw harap kerajaan PN bleh bagi checkmate kat pembangkang, dedahkan tgk btol ke ada draf cadangan ol ...
Betul tu. Proof draft tu not there sampai nak wat survey n restart the whole process. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-5-2020 03:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cmf_Arwen replied at 27-5-2020 03:12 PM
Betul ke umno pas cuba gagalkan usaha ni...bukan ada ajer ke wakil2 pas yg suarakan hal ni....oooo ...
Umno pas dah gagalkan pun. Sepatutnya bentang bulan mac. Tapi mereka dah batalkan terus sesi parlimen bulan mac.
Now next sesi parlimen bulan julai. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pasa at 27-5-2020 03:18 PM
Peminum arak kat malaysia tak ad displin.
Dah tau mabuk 7 laut. Jgn la drive or sebelum terasa diri tu dah nak mabuk teruk masih waras, balik jgn la drive. Kau call la suruh member datang amek ke call teksi or call grab suruh dtg amek
Minum arak bayar bil arak RM2 3 ribu, bayar grab tak ad duit.
Dah mabuk bawak kereta menyusahkan org. |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis replied at 27-5-2020 03:07 PM
Tu iol dah tunjuk bukti.
Sepanjang 22 bulan ph dah siap usul untuk bentang isu pemandu mabuk ni ...
Dan2 mengaku nak bentang...masa jadi krjn x buat pun |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis replied at 27-5-2020 03:14 PM
Betul tu. Proof draft tu not there sampai nak wat survey n restart the whole process.
Aku pun nk tqu sgt2 btol ke Anthony Loke dah siapkan draft bagai, atau sekadar kelentong jer....
Kalau btol dia dah siapkan draft baguslah, kalo takat gebang mmg layak dihencap ummah |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 27-5-2020 03:07 PM
Btw harap kerajaan PN bleh bagi checkmate kat pembangkang, dedahkan tgk btol ke ada draf cadangan ol ...
Setakat draf toksah sembang la. 2 tahun x buat apa pun |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis replied at 27-5-2020 03:16 PM
Umno pas dah gagalkan pun. Sepatutnya bentang bulan mac. Tapi mereka dah batalkan terus sesi parli ...
2 tahun x buat apa2... tiba2 bulan Mac baru claim nak bentang |
|
|
|
|
|
|
| |
|