CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3780|Reply: 38

[Tempatan] Kepala biawak tersangkut tin sardin, pemuda berbaju Melayu ini jadi wira tolong

  [Copy link]
Post time 28-5-2020 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR, 26 Mei -- Tidak dinafikan apabila terserempak dengan biawak, ramai akan lari ketakutan, namun seorang lelaki sanggup memberanikan dirinya mendekati reptilia itu demi menyelamatkannya.

Dalam sebuah video yang diviralkan di media sosial sejak malam tadi kelihatan seorang lelaki berpakaian lengkap baju melayu berwarna pink membantu seekor biawak yang kepalanya tersangkut dalam tin.

Perasaan simpati jelas mengatasi ketakutan yang dirasai, membolehkan pemuda itu cuba meloloskan kepala biawak itu daripada terus terperangkap dalam tin. Setelah beberapa kali, cubaannya berjaya.

Bagaimanapun, lokasi, masa kejadian dan identiti pemuda itu tidak diperoleh.

Keberaniannya mendapat pujian Persatuan Haiwan Malaysia yang berterima kasih kepadanya dan berharap tindakannya akan diteladani warga Malaysia yang lain.

“Tindakan ini sangat wajar. Ini merupakan tindakan yang terpuji. Walaupun haiwan yang dibantu itu dikategorikan sebagai haiwan liar, tiada sebab kita tidak boleh membantunya.

“Kami sangat bangga rakyat Malaysia mempunyai kesedaran ini,” kata presiden persatuan itu, Arie Dwi Andika kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai pemuda tersebut, Arie juga berkata bahawa persatuan itu akan menawarkan anugerah 'Noble Animal Malaysia' bagi usaha lelaki itu menyelamatkan biawak tersebut.

Video yang dikongsikan dalam twitter Senawang TV telah mendapat perhatian ramai warganet yang memuji dan menyokong tindakan pemuda itu.

Pengguna Twitter Kiko Fridaus berkata: “Sebagai seorang manusia yang sayangkan binatang, aku doakan semoga bro yang tolong biawak itu dimurahkan rezeki di dunia.”

Di Facebook pula, Thracius Cius berkata: “Thank you so much ! We need more people like him. That biawak probably was searching for food and ended up stuck in that tin. Moral of the story too: don't throw your rubbish everywhere, humans!”

Video tersebut juga dikongsikan pelawak terkenal Harith Iskandar di Instagramnya yang berkapsyen  “Tapi respect abang ini, compassionate habis. I don’t know if I would be brave enough.”

-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Jijik
Patut langgar je biawak tu
Eeuuww
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kepada brader tersebut, biawak juga merupakan makhluk illahi, semoga dipermudahkan segala urusan brader tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:36 AM | Show all posts
Edited by DARSITA at 27-5-2020 10:37 AM

Ala ala ciannya dia - terimakasih kat adik itu.


Edit sikit:- teringat video di youtube seekor biawak masuk store tempat bebudak penghantar barang sedang sibuk buat kerja. Bertimpiaran bebudak tu lari menyelamatkan diri!



Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk mcm herlox
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
biawak hidup dan tin sardin
macam bunyi daily life golongan lelaki biawak hidup diluar sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2020 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Braninya adik ni..

Baidewei, iols tergelak budak kecik pikir tu buaya.. lepas pkp kena rajin bawak ke zoo utk kenal buaya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcmmna pulak boleh termasuk muncung dlm tin tu..ni mesti lapar sangat..bau ikan kot sedap dlm tin tu..biawak mkn ikan kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Biawak ni comel mcm iguana. ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm takut2 tu... Nak jugak selamatkan biawak... Bravo....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 06:55 AM | Show all posts
Tengok bideo ni semalam , adik tunjuk...

salute kat abang tu ... takut takut pun dia gigih juga nak tolong


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 07:07 AM | Show all posts
noor2 replied at 27-5-2020 02:40 PM
Biawak ni comel mcm iguana. ....


comel??


Look at this beast (penjaga sungai Melaka) .. muka tak boleh blah




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 28-5-2020 07:07 AM
comel??



Hehe. ...kalau noor jogging pagi tu Dar. ..selalu jumpa banyak biawak
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 07:54 AM | Show all posts
Kalau biawak hidup, jgn ditolong
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah jugek tarik tin dari kepala biawak.. sbb kita dok kampung.  Ada la jumpa kejadian2 mcm ni. Tp tarik dari dpn ya.. jgn dari belakang sbb hujung ekor biawak ni tajam mcm besi.  Sekali libas.. terbelah leher kucingku
Tolong cabut tin tu sbb tk tahan dgr kelentong kelentang dia terlanggar2 sbb tk nmpk.. asyik la berpusing2 ditempat yg sama. Tp bila dah tanggal.. mencicit lari panjat tembok pagar. Ntah2 anak2 dia tunggu mak tak balik2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 08:17 AM | Show all posts
takut2 pun berani jugak adik ni
tuah si biawak tu la jumpa org yg nak tolong dia
kalau aku larik dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian biawak tu. Time kasih sebab tolong.

Btw, cantik kaler baju melayu heols
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 10:00 AM | Show all posts
zehra2 replied at 28-5-2020 08:02 AM
Pernah jugek tarik tin dari kepala biawak.. sbb kita dok kampung.  Ada la jumpa kejadian2 mcm ni. Tp ...

bab biawak boleh pulak ingat anak2nya menunggu. bab menjerat binatang utk dimakan atau pun burung camner pulak?

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh itu pundek. Biar saja la biawak tu mampus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 27-5-2020 11:54 PM
Kalau biawak hidup, jgn ditolong

Yea. Biar dia mampos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.258607 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list