CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: safriehalim

[Politik] Tun M - Muhyiddin akan dipecat ikut saluran yang betul.

[Copy link]
Post time 29-5-2020 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian depa .. dah la PH jatuh.. anak beranak jatuh.. laa ni kena pecat pulak.. bagai jatuh bertimpa tangga .. kesian betol.. hahaha.. nk je padankan muka depan depa.. eh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sendiri yg pecat diri sendiri... hahaha lawak
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Saluran pungkoq la tu aku rasa
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 29-5-2020 10:13 PM
dulu masa aku tgh bljr tak faham ade org benci gile kot dgn atuk.. skrg aku terlebih faham haha

...

aku pun dulu x paham gak
esp bila makcik aku (civil servant) slalu kutuk atuk ni
now aku dh paham laaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:36 PM | Show all posts
dino replied at 29-5-2020 09:45 PM
semoga dipercepatkan.. sejenis tak takut mati

hang jangan kang kita2 hak muda neh kojol dulu dia aman2 idop 2 abad haaaaa firaun pun kalah la
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah sudah la tokkk...ape lg yg kau nakkkkkkkkkk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2020 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 29-5-2020 06:08 PM
Pelik lah korang ni - kalau pecat sudah tentu UMGOK menerima Din Pagoh dgn pukulan kompang. Bak  ...

Darsita, teruknya BM hang.

DARSITA wrote: Pelik lah korang ni - kalau pecat sudah tentu UMGOK menerima Din Pagoh dgn pukulan kompang. Bak sirih pulang ke ganggang.

Sepatutnya 'sirih pulang ke gagang' la.. sapa cikgu BM hang mase kat mesia dolu2?

http://kenalibahasamelayu.blogspot.com/2011/04/gagang-atau-ganggang.html?m=1

Thursday, 7 April 2011

Gagang atau Ganggang...?

Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza. Disebabkan oleh bunyinya yang hampir sama atau kerana kurang tahu akan makna perkataan tersebut, banyaklah berlaku kesilapan penggunaan kedua-dua perkataan ini dalam kalangan umum. Ada orang yang menggunakan kata'ganggang'untuk maksud'gagang'.


Tahukah anda makna kedua-dua perkataan ini ?

GAGANG :


Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman 423, perkataangagangmempunyai tiga maksud :

1. tangkai (bunga, gayung, dll)

2. hulu atau pangkal (keris, tombak dll)

3. pucuk ranting atau batang pokok yg melata (melilit), sulur

Gagang bunga bererti tangkai bunga, manakala gagang daun bermakna tangkai daun. Jika dikatakan gagang pisau, gagang parang, gagang golok, gagang keris, maksudnya ialah hulu atau pangkal pisau, hulu/ pangkal parang, hulu/ pangkal golok dan hulu/ pangkal keris, iaitu bahagian yang digunakan sebagai tempat memegang senjata-senjata tersebut. Gagang yang membawa maksud sulur atau batang pokok yang melata, misalnya gagang sirih dan gagang pokok kekacang. 'Menggagang" membawa maksud mempunyai sulur.


Dalam kosa kata bahasa Melayu, banyak perkataan gagang yang berpasangan dengan perkataan lain untuk menerbitkan bentuk frasa kata. Misalnya frasa gagang sirih (tangkai sirih), gagang pena (tangkai pena), gagang pistol (pemegang pistol), gagang cerek (pemegang cerek) dan gagang telefon (pemegang telefon).


Orang Melayu menggunakan perkataan gagang ini dalam ungkapan peribahasa. Antara contohnya termasuklah"balik gagang"dan"seperti sirih pulang ke gagang".Balik gagang bermaksud belot atau berpaling tadah kerana berpihak kepada pihak musuh. Sirih pulang ke gagang pula bermaksud kembali kepada asal.


GANGGANG


Perkataan ganggang juga membawa beberapa maksud. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman 431 ganggang bermaksud:


I.salai, panggang atau berdiang

berganggang - sedang disalai (dengan api), berdiang

mengganggang - menyalai, memanggang

Perkataan panggang dan berdiang tidak sama dari segi perlakuannya. Panggang bermaksud menyalai atau memanaskan sesuatu di atas api, manakala berdiang pula bermaksud memanaskan (diri) dekat dengan api (bukan di atas api)


II. a)ruang di antara dua benda, celah, sela-sela- contoh : ganggang pintu = celah pintu;b)renggang(tidak rapat) - contoh: hubungan mereka sudah mulai ganggang.


Daripada perkataan ganggang terbit pula beberapa kata terbitan seperti berganggang dan mengganggan.


Berganggang membawa maksud berenggang, bercerai atau berpisah.


Mengganggang(kan) bermaksud merenggangkan, menceraikan atau membuat sesuatu supaya bercelah. Contoh : Suami isteri itu sudah berganggang....


Cintailah bahasa Kebangsaan kita...marilah amalkan ramai-ramai....

Panitia Bahasa Melayuat04:53

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
djzara81 replied at 29-5-2020 06:13 PM
Minggu ni perkataan PECAT mengungguli tajuk berita...

#PECAT is trending...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 29-5-2020 07:55 PM
silap2 buku sejarah form4/5 pon boleh jadi setebal kamus dewan...jenuh la cikgu skolah nak hbiskan s ...

Buat muvi. Silibus boleh habis kalau amik isi2 penting je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 29-5-2020 10:50 PM
Buat muvi. Silibus boleh habis kalau amik isi2 penting je.

pengarah pon pening nak buat plot cite..alih2 menda sama je berlaku dr zaman pm1 hingga la pm skrg,  dilantik-> dipecat-> dilantik->dipecat.....hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
YgBenar replied at 29-5-2020 08:52 PM
Even Hollywood cannot make a story so pusing like Malaysia politics

Hahaha.. kalau holiwud buat muvi nnt penonton query, kenapa pusing sampai tak masuk akal? Jenuh director nak eksplain kat depa, muvi based on real life events.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 29-5-2020 10:54 PM
pengarah pon pening nak buat plot cite..alih2 menda sama je berlaku dr zaman pm1 hingga la pm skrg ...

Muvi ni iols sanggup tgk.. sbb iols pun dah mula lost dgn plot citer.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergempar!
https://m.malaysiakini.com/news/527822

Saya lakukan apa yang Mahathir mahu - Hamzah Zainuddin

Alyaa Alhadjri

Diterbitkan 4 jam lepas

Dikemaskini3 jam lepas

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin yang memihak kepada Muhyiddin Yassin, hari ini mendakwa bahawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah berulang kali meminta pemimpin parti itu supaya mencari jalan meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

“Apa yang saya lakukan bukan untuk pecah-belahkan parti tapi untuk menentukan apa yang Tun (Dr Mahathir) sendiri mahu.

“Dan Tun mahu supaya kalau boleh pemimpin-pemimpin Melayu Bersatu kembali. Itu saya lakukan.

“...ada beberapa perkara dia minta saya lakukan,” kata Hamzah pada sidang media yang diadakan kurang 24 jam setelah status Mahathir sebagai anggota Bersatu dibatalkan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa dirinya mendalangi komplot untuk menyingkirkan Dr Mahathir dan penyokongnya dari Bersatu, serta memecah belahkan parti itu.

Hamzah berkata permintaan Mahathir itu disampaikan kepada pemimpin parti termasuk anaknya, Mukhriz, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak Faizal Azumu, dalam pertemuan yang diadakan di rumahnya.

“...nak cari jalan bagaimana untuk Bersatu keluar dari PH. Ini permintaan (Dr Mahathir) dan saya kata okay kita sama-samalah.

“The rest is historybila Tun letak jawatan,” kata Hamzah yang disertai oleh pemimpin Bersatu yang menyokong Muhyiddin termasuk Rina Harun dan Radzi Jidin di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, hari ini.

Hamzah menambah bahawa beliau keluar dari Umno untuk menyertai Bersatu atas jemputan Mahathir dan sentiasa membuat tugas atas arahan bekas perdana menteri itu.

"Tujuan Tun (Mahathir) ketika itu adalah untuk memperkukuhkan Bersatu dan saya bersetuju. Rakan-rakan saya juga bersetuju.

"Tun minta saya bukan sahaja untuk kukuhkan Bersatu tapi kurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP," kata Menteri Dalam Negeri itu yang pernah memegang jawatan timbalan menteri ketika zaman BN.

Pada awal bulan ini, sumber Bersatu memberitahu bahawa bahawa terdapat usaha untuk menyingkirkan Mahathir dan Mukhriz dari parti, dikatakan diketuai oleh seorang pemimpin kanan parti yang dipercayai Hamzah.

Bersatu kini berpecah dengan Mahathir bersama Mukhriz, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kubang Pasu Amirudin Hamzah dan Ahli Parlimen Simpang Renggam menegaskan masih ahli parti itu.

Sejak semalam, pemimpin akar umbi dan ahli Bersatu yang berpihak kepada Mahathir menggesa bahawa pengguguran keahlian kelima-lima pemimpin itu sebagai tidak sah.

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 29-5-2020 09:20 PM
aku taknak selindung dah.. aku doa die goal
je..

Salah seorang perlu terkorban baru end game ..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 29-5-2020 11:03 PM
Muvi ni iols sanggup tgk.. sbb iols pun dah mula lost dgn plot citer.

tp iols xrase jdi movie...mungkin la jadi drama atok fighter, 100 episod kott....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 29-5-2020 11:06 PM
tp iols xrase jdi movie...mungkin la jadi drama atok fighter, 100 episod kott....hahaha

Drama series? Iols lemau nak tgk series.. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tun M bukan pengerusi bersatu,dia dah letak jawatan..dan sekarang bukan ahli bersatu kerna dah kena.pecat..tu yg faham.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang tgk ni dan bitau iols the gist of it.. iols tak larat nak tgk.. byk sgt drama arini. Kepala pun dah mula sakit.



Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah, atukkk kami rakyat tgh serabut kepala pasal covid pasal mati pasal duit pasal keja pasal budak2 lama tak skolah pasal masjid kena tutup lahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata forumer, jangan salah kan atok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.153056 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list