Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
791
View
22
Reply

[Tempatan] Kami tak nafi hak bukan Islam tapi hentikan memandu ketika mabuk, kata menteri.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-5-2020 03:41 AM | Show all posts |Read mode
Kami tak nafi hak bukan Islam tapi hentikan memandu ketika mabuk, kata menteriFMT Reporters -

May 29, 2020 7:31 PM


Seorang anggota polis maut di sekatan jalan raya di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada 3 Mei selepas dilanggar trak pikap yang dipandu lelaki yang dipercayai mabuk. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Hak orang bukan Islam untuk meminum minuman keras tidak dinafikan namun mereka mesti mematuhi undang-undang bahawa mereka tidak sepatutnya minum arak dan memandu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang, Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan memberi perhatian serius dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap pemandu mabuk dan memastikan cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan dibawa ke persidangan Parlimen terdekat.

Kerajaan amat menyokong cadangan Kementerian Pengangkutan untuk menetapkan hukuman penjara mandatori terhadap pemandu yang ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk (Seksyen 45) mengikut peruntukan sedia ada masih merupakan kuasa budi bicara mahkamah, tambahnya.
Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong melancarkan tinjauan atas talian, meminta pendapat awam mengenai hukuman terhadap mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Beliau menambah kementerian itu ingin mengetahui pandangan orang ramai mengenai had kandungan alkohol yang harus dibenarkan serta hukuman di bawah undang-undang.

Takiyuddin juga berkata sebagai langkah pencegahan, kerajaan akan akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara supaya kes membabitkan kematian angkara pemandu mabuk turut disiasat dan dituduh mengikut Kanun Keseksaan, termasuk Seksyen 302 iaitu menyebabkan kematian dengan sengaja ataupun Seksyen 307 iaitu cubaan membunuh dengan niat.

Pegawai polis, Safwan Muhammad Ismail, dilanggar seorang pemandu ketika beliau bertugas di sekatan jalan raya Lebuhraya Lekas awal bulan ini.
Pemandu, K Kalaichelvan, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminum arak dan merempuh sekatan jalan raya.

Seorang lagi individu, Irwan Herman Kamarudin, yang merupakan pekerja Alam Flora, terbunuh selepas dirempuh kenderaan yang dipnadu melawan arus lalu di Jalan Pintasan, Kuantan.

Pemandu itu, yang disyaki mabuk, direman untuk siasatan.
Ketua penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad meminta kerajaan menangguhkan pengeluaran dan penjualan arak sehingga menemui penyelesaian bagi menangani isu pemandu mabuk.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 30-5-2020 07:45 AM | Show all posts
Edited by merrissa at 30-5-2020 07:49 AM

betul .....org uk tu pon antu minum....tp xde la deme gatai nak drive time mabuk

if mandu juga...hukuman berat akan dikenakan...penjara, tarik lesen, byr pampasan kt mngsa yg terlibat

tp masalah malaysia ni lembik sgt undang2 nya...langgar mati manusia tp mcm langgar kucing je ...no hal.

Causing death by careless driving when under the influence of drink
You may get:
  • 14 years imprisonment
  • an unlimited fine
  • a ban from driving for at least 2 years
  • an extended driving test before your licence is returned


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
klau mabuk naik la grab.. itu pun nak ajo..
pastu bila pas bg statement putar belit kaki spin
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan dan muak dengan isu mabuk dan langgar mati orang yang tak bersalah. Sehingga kini masih belum ada tindakan undang2. Sangat lemah undang2 di Malaysia. Undang2 di Malaysia boleh di beli dengan duit gamaknya.. Serius rasa marah sangat dengan isu ni. Lagi marah boleh pulak depa buat survey tentang hukuman pemandu mabuk.. Ya allah kenapa pulak nk buat survey2 ni semua. Nak tggu sampai bila baru hukuman akan diwujudkan dan seterusnya dilaksanakan. Mungkin nak tunggu sehingga ada dikalangan kaum kerabat vvvip menjadi mangsa seterusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt fb siti kasim semalam, kwn dia sorg mati kene langgar pemandu mabuk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya ada melayu mabuk memandu pastu langgar kenduri cina. Mau tau apa kauorang rasa sejak melayu mabuk lak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Qaseemah replied at 30-5-2020 08:06 AM
Bosan dan muak dengan isu mabuk dan langgar mati orang yang tak bersalah. Sehingga kini masih belum  ...

Kita take cue dari ayat mentera azimat WAK DIN PAGOH, insan yg paling dekat dihati segenap rakyat, "Kita akan perhalusi isu ini".

haaaaaaaaaa


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau nak minum minum je la nama pon bukan islam.tapi  asyik Target orang melayu je nak langgar.lain Kali Target la bangsa sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 30-5-2020 08:30 AM
Patutnya ada melayu mabuk memandu pastu langgar kenduri cina. Mau tau apa kauorang rasa sejak melayu ...

Idea yg baik....Why dont you volunteer jadi pemandu tersebut dan aku collate feedback dari kenduri cina itu?

ONZ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 30-5-2020 08:35 AM
kalau nak minum minum je la nama pon bukan islam.tapi  asyik Target orang melayu je nak langgar.lain ...

Kalau dah boleh target golongan sasar bukan mabuk namanya....kheunz?

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
merrissa replied at 30-5-2020 07:45 AM
betul .....org uk tu pon antu minum....tp xde la deme gatai nak drive time mabuk

if mandu juga... ...

Hukuman seberat mana pun kalau enforcement lemah...takda guna. kheunz?


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Pellegrinos.. replied at 30-5-2020 08:37 AM
Idea yg baik....Why dont you volunteer jadi pemandu tersebut dan aku collate feedback dari kenduri ...

Pemandu mabuk darat pun boleh kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 09:07 AM | Show all posts
Kebanyakan negara ada hukuman berat terhadap pemandu mabuk walaupun negara tu bukan majority beragama islam.  Jadi tak ada alasan untuk kenakan hukuman berat terhadap pemandu mabuk terutama bila ia melibatkan kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangla,nepal,myanmar,rohingya,pakis,negro,indon dll...dh lama tau dan faham Undang- undang dan penguatkuasaannya sesangatlah LEMAH kat Malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
merrissa replied at 30-5-2020 07:45 AM
betul .....org uk tu pon antu minum....tp xde la deme gatai nak drive time mabuk

if mandu juga... ...

Kannn.. bg aku la hak bukan isle nak minum tuu kena bagilaa.. kan ke itu minuman depaa..


Tp kuatkuasakan undang undang ajelaa.. mabuk smpai drive pas tuu bunuh org hukuman dia gantung ajelaa.. baru ade akaii..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Pellegrinos.. at 30-5-2020 09:40 AM
KIM.K replied at 30-5-2020 08:54 AM
Pemandu mabuk darat pun boleh kot


Which eber that suits you...yg jadi pemandu mabuk darat ke apa ke, kau undertake that role while aku tetap collate feedback...supaya yg kena hukuman pun kau....

Baru org kata cakap serupa bikin..

kheuunz?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 30-5-2020 08:30 AM
Patutnya ada melayu mabuk memandu pastu langgar kenduri cina. Mau tau apa kauorang rasa sejak melayu ...

Cina akan tetap rasional menyalahkan pemandu bukan menyalahkan arak apa lagi bangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kerajaan akan akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara supaya kes membabitkan kematian angkara pemandu mabuk turut disiasat dan dituduh mengikut Kanun Keseksaan, termasuk Seksyen 302 iaitu menyebabkan kematian dengan sengaja ataupun Seksyen 307 iaitu cubaan membunuh dengan niat.

Korang yang nak pemandu mabuk dihukum bunuh hadam ayat di atas. Menyebabkan kematian DENGAN SENGAJA atau DENGAN NIAT. How to prove?

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 30-5-2020 09:36 AM
Kannn.. bg aku la hak bukan isle nak minum tuu kena bagilaa.. kan ke itu minuman depaa..



Death penalty as the order of punishment utk drink driving offence sehingga menyebabkan kematian  will never be made to pass as a law.

Trust me.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 30-5-2020 09:41 AM
Cina akan tetap rasional menyalahkan pemandu bukan menyalahkan arak apa lagi bangsa.

Bukan la aku minta..just sumpah je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list