CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7202|Reply: 107

[Tempatan] LAGI DAN LAGI kes maut dilanggar pemandu mabuk. Mangsa pekerja kurier. Di langga

[Copy link]
Post time 29-5-2020 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Maut dirempuh pemandu mabuk


KUALA LUMPUR:Seorang pekerja syarikat kurier maut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh pemandu mabuk di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan hala ke ibu negara dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, lelaki berusia 42 tahun yang juga pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan rakannya yang parah kini dirawat di Zon Merah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Difahamkan, kedua-dua mangsa adalah rakan sekerja dan tinggal serumah dan mangsa yang meninggal dunia dikatakan baru tiga hari bekerja di sebuah syarikat kurier di Petaling Jaya.

Ketika kejadian, kedua-duanya baru habis bertugas dan dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata hasil siasatan mendapati pemandu kereta berkenaan hilang kawalan dan melanggar motosikal mangsa yang berada di laluan motosikal.

"Pembonceng motosikal, lelaki berusia 42 tahun maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke PPUM.

"Pemandu kereta adalah lelaki tempatan yang juga seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta berusia 22 tahun. Dia tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, siasatan mendapati pemandu berada di bawah pengaruh alkohol dan ujian mendapati paras alkohol di dalam tubuhnya tinggi.


Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Nik Ezanee berkata pihaknya menerusi Op Alkohol akan memperhebatkan lagi usaha mengekang dan membanteras kesalahan membabitkan pengguna jalan raya terutama mereka yang berada di bawah pengaruh alkohol.

"Ini kerana mereka boleh membahayakan keselamatan orang ramai dan boleh mengakibatkan kematian kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 08:42 PM | Show all posts
Takziah kepada mangsa dan ahli keluarga mangsa.

Laknat kepada pembunuh tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 29-5-2020 08:42 PM
Takziah kepada mangsa dan ahli keluarga mangsa.

Laknat kepada pembunuh tersebut.

Ct zabedah kassim cuba konen..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...Alfatihah buat arwah...
Moga yg parah diberi kesembuhan dgn segera...
Driver mabuk...LAKNATULLAH
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari satu sisi, kita percaya penuh Allah nak tunjuk

kepada yang mahu berfikir, pasti nampak mengapa Pencipta manusia tegah minuman memabukkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 08:59 PM | Show all posts
Buritan replied at 29-5-2020 08:44 PM
Ct zabedah kassim cuba konen..

Itu cuma lalat yang tak patut dilayan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm trend pulak kes pemandu mabuk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Jilaka btoi lah ..
Hanat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyirap darah baca.....innalillah. ....yg mabok tu moga ditembak sampai mampos
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau umur 42 mesti ada anak isteri. .....sedih. ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 09:10 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 29-5-2020 09:13 PM

berapa ramai yang mati sia2 di sebab kan kecuaian pemandu mabok,
dan anak2 jadi yatim, mak bapak mati otw pegi keje,
di sebab pemandu mabok  sial ni semua

apa la bodoh sangat undang2 dalam negara nih.
tak mampu protect rakyat dari manusia2 selfish lagi bodoh ni semua.
atas kebodohan sendiri, tambah lagi perangai kiasu dan selfish,
orang lain jadi mangsa.

pinda la undang2, banyak sangat manosia bodoh dalam negara nih.
polis jangan nak cover kes2 macam nih,
mangsa tak dapat keadilan, yang mabok langgar orang sampai mati di biar kan bebas.
lepas tu berulang lagi benda yang sama.
tak ke bodoh nama nya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2020 09:23 PM | Show all posts
tunggu wakil Cina DAP komen
maklum la kebanyakan kes driver bangsa dia org jugak
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dan 'mereka yg mabuk' dan ' membunuh' itu tidak mungkin mendapat 'hukuman yg setimpal'.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 09:27 PM | Show all posts
Kan elok, yg mabuk tu mampus langgar pokok ke, tiang ke, terjun fly over ke.
Ini tak, org lain gak yg disapunya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bila la babi pemabok ni nak kena hukuman yg seadil2nya utk mangsa. family mangsa hilang ketua keluarga, kau pasni bebas dan teruskan hidup mcm biasa
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemabuk ni tak langgar pulak yg jenis merempit kat jalan tu.

Kebanyakan mesti yg otw balik or gi kerja.
Hmmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Murung la baca berita pemabuk bunuh orang ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Inalilahiwainailahi rojiuun. Alfatihah

Arwah was my friend's brother. He was the only sibling she had. My friend ni sangat close dengan adik dia.Sekarang tengah post mortem, akan dikebumikan di Shah Alam esok.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp driver mabuk tak mati langgar tembok atau divider jalan je? Orang jugak yg ko nak langgar
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 10:08 PM | Show all posts
bako jer pemandu mabuk tu dlm kereta tu...
lepas tu klaim keta tu eksiden terbako....


kes closed...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.083251 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list