CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2553|Reply: 39

[Tempatan] Melaka bergolak? Negeri lain pun 2x5. Asal tak dilantik Exco ja terus angan nak

[Copy link]
Post time 31-5-2020 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Melaka bergolak lagi?
31 May 2020

MELAKA – Melaka yang baru sahaja menyaksikan pertukaran kerajaan negeri mungkin mengalami perubahan sekali lagi.

China Press melaporkan, pertelingkahan dalaman UMNO yang bertambah keruh menyebabkan tiga Exco dari parti itu berniat bertukar haluan.

Sumber memberitahu, orang UMNO tersebut telah menghubungi pemimpin PH secara tidak rasmi, menyatakan hasrat berundur daripada Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, ada juga daripada kalangan empat bekas wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang bertukar haluan ke PN sebelum ini  menyimpan hasrat bertukar buat kali kedua.

Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH yang menyebabkan kerajaan PH Melaka tumbang ialah Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Walau bagaimanapun, mereka yang mahu meninggalkan kapal PN tidak menyatakan keinginan menyertai PH. Pemimpin PH Melaka juga belum berbincang mengenai isu itu.

“Jika wakil rakyat ini berundur daripada PN yakni menyokong atau menyertai PH, maka dua kemungkinan boleh berlaku.

“Pilihan raya kilat boleh diadakan atau PH mungkin merampas semula pentadbiran kerajaan negeri. Kemungkinan pilihan raya adalah lebih besar.

“PN yang kekurangan kerusi boleh memilih untuk membubarkan DUN dan memanggil pilihan raya, tetapi kata putus terletak pada Yang Dipertua Negeri,” kata sumber.

Keadaan itu, kata sumber, mendorong Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berusaha menjadikan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Mohd. Ali Rustam sebagai Yang di-Pertua Melaka.

“Abdul Rauf mempunyai kuasa yang besar dalam kerajaan negeri dan hampir semua pelantikan politik perlu menerima lampu hijau daripadanya,” katanya.

Sumber berkata, Exco kerajaan negeri memiliki kuasa pentadbiran yang terhad kerana kuasa dimonopoli Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Ali atau lantikan politik yang menyokong Abdul Rauf.

“Keadaan ini menyebabkan ADUN UMNO berasa tidak puas hati dan mendorong mereka berniat keluar parti,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 03:25 PM | Show all posts
Dah tiba masanya kena buat undang-undang lompat parti ni........ Jenuh kalau camni......
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang minta bubar ja.. Biar rakyat tentukan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:48 PM | Show all posts
Pening la.
Hri tu Kedah pun aku x setuju.
Even x nk boboi jadi MB, bincang le sesama korang utk buat tindakan yang betul
Lompat parti ke PN bukan jalan yang betul sbb orang undi ko sbb ko dalam parti tu.
Same jgk kes malaka. lompat PH ke PN ke PH.
Pengundi mcm kene main aje.
Nk lompat, lompat mase PRU.
If xnk, letak jawatan.
Kalau camni semua dok lompat nk ikut majoriti.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ahli politik fikir dorang bertaraf 'DEWATA'.(pinjam drp forumer lain).
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 04:47 PM | Show all posts
iols rase ada benda depa tak puas.. sila bawak berbincang.. kalua takleh settle, undi balik je la.

Walau bagaimanapun, mereka yang mahu meninggalkan kapal PN tidak menyatakan keinginan menyertai PH.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2020 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam badut sarkas buat pertinjukkan untuk orang asing ketawa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebabtu bg aku ahli politik mmg selamanya jd ahli politik... Bukannya nak jd wakil kepada rakyat... Sebaliknya wakil kepada tembolok masing2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 04:59 PM | Show all posts
Bila ahli politik lebih memikirkan survival politik masing2 berbanding rakyat yg diwakili.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni trick je.. nak bag tekanan kpd PM.. nk suruh buat PRU..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup berpolitk bila ada yg tamak, camnila gayanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2020 06:06 PM | Show all posts
cuba tgk
mana2 negeri pun
ADUN yg keymaster tentu dilantik jadi Exco
kecewa la ADUN lain
post EXCO bukan byk pun
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lah nak jadi.x habis2 lagi.
Korang pk korang aje ke apa.
Buang semua bole tak...yg main lompat2 ni blacklist terus.
Suntik kan aje virus covid kat dorang pn bagus juga.
X habis2
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sume pon bergolak. Pru je laa
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 07:44 PM | Show all posts
lahabau tol   

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:01 PM | Show all posts
semua ni umpan je..parti mana bagi ganjaran paling tggi, situ la dorg akan join...

dah jadi mcm trend dah lompat2 parti ni sejak ph jadi kerajaan hari tu...punce betul  la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 08:08 PM | Show all posts
bukan negeri jer. pusat pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahai babi2 ahli politik celaka anak haram phuii
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAkanMati replied at 31-5-2020 06:46 PM
Mohon mereput semua YB ..Biau Gua pula jadi YB

Ape lagi bang....kasi sengat la YB2 kat melaka tu....main2 plak lompat sana sini ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 09:05 PM | Show all posts
igt ke bila ph naik boleh la reset kerajaan cuci segala kleptocracy yg berlaku pd zmn umno ...rupa-rupanya skrg lgi teruk bakhang..sana sni berlaku rasuah, agihan jawatan, lompat sana sni..semua berpunce dr penguasaan besar dap/ph dlm politik malaysia..masing2 parti terpksa mgunakan jalan kotor/singkat bgi mendapatkan sokongan dan pengaruh...

iols yakin wak yidin or mana2 pemimpin terpksa mgunakan segala peluang yg ada...the best man will win gitohh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.061781 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list