CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5575|Reply: 20

Masih berselimut ke? (zulmat)

[Copy link]
Post time 1-6-2020 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Coolie at 1-6-2020 06:36 AM

Assalamualaikum wbt saudara sekalian.

Maaflah diatas kekurangan diri ini dimana masih tidur. Tidur pun perintah Allah SWT dan ada adab atau tertibnya juga (Sunnah Baginda SAW).. Setiap perkara ada batasannya yang dikehendaki oleh Allah SWT sebagai Robb kita (semasa di alam roh lagi telah kita akui tiada ilah ilah selain daripada Allah SWT Robbul a'lamin)  termasuklah laknatullah firaun, Namrud etc pun mengakuiNya). Batasan batasan tersebut adalah tarbiyah daripada Allah SWT agar kehidupan sementara ini mengikut Kehendak Allah SWT. Allah SWT ciptakan siang dan malam, langit dan bumi, lelaki dan perempuan etc. Batasan tersebut adalah berkenaan adab yang diredhaiNya dimana Nabi Muhammad SAW sebagai role model (Sunnah) terbaik sebagai Rahmatul'alamin. Jika kehidupan ini tiada adab maka Allah SWT berfirman bahawa binatang itu lebih mulia. Pernah dengar mahfum ayatNya  bahawa binatang itu lebih mulia daripada mereka yang tidak mahu kenal Allah dan RasulNya (AlQuran dan Sunnah). Baginda SAW telah mengajar umatnya agar setiap perkara itu ada adabnya termasuklah makanminun, Muamalat, muasyarat, bangun tidur, naiki kenderaan sehingga sebesar besar perkara yakni solat. Setiap penciptaanNya pun ada batasannya sepertimana kejadian langit yang bertingkat tingkat tiada sebarang tiang lagi cukup sempurna. Lihatlah ke langit berkali kali, pasti kalian tidak akan nampak sebarang kecacatan sedikit pun. Itulah sunnatullah.

Sekali lagi, maafkanlah diri ini kerana masih dalam berkeadaan berselimut. Itu pun sunnah Baginda SAW juga..

Lantas teringat akan Surah Al Muzzammil dan Al Muddathir dimana membicarakan berkenaan tajuk yang sama yakni SELIMUT..  Sebelum Surah itu, surah Al Jinn adalah adab metauhidkan semata mata Allah SWT hanya terdapat keberkatan hidup didunia dan Akhirat kelak. Tiada cara lain sehingga (surah Al Jinn juga ditarbiyah oleh Allah SWT) kepada golongan jinn akan menyebarkan keberkatan AlQuran kepada spesisnya dalam metauhidkan Allah SWT sebagai tuhan yang esa. Keberkatan dalam kehidupan sementara ini hanyalah didalam AlQuran dan Sunnah Baginda SAW.

Ramadhan yang Mubarak baru sahaja meninggalkan kita.  Bulan yang penuh dengan keberkatan bagi kita selaku umat terbaik dimana terdapat segolongan nabi dan rasul bermunajat kepada Allah SWT untuk jadi umat Nabi Muhammad SAW. Tidak mahu jadi Nabi atau Rasul diantaranya yang terkenal adalah Nabi Musa as. Sebagai tanda rahmatNya, Nabi Musa as lah dikalangan manusia yang memberi nasihat kepada Nabi Muhammad SAW agar memohon ibadat solat kita dikurangkan dari 50 waktu kepada 5 waktu sehari. Apakah perbualan Nabi Musa as dengan Allah SWT?  Dikalangan manusia pula, Nabi Musa as diipilih untuk memberi khidmat nasihat kepada Nabi Muhammad SAW  ketika perintah solat diturunkan. Hadiah tuu daripada Allah SWT. Walhal, malaikat Jibrail as boleh je hantarkan perintah solat. Umat umat sebelum ini, tiada perintah solat ke?

Maaf sekali lagi,  diri ini masih berselimut seolah olah angin lailatul Qadr masih terasa.  Jika golongan jinn ditarbiyah oleh Allah SWT sehingga bertebaran kepada golongan mereka sendiri dalam metauhidkan Allah SWT melalui pengkhabaran risalahNya (AlQuran)  yang dibawa oleh Baginda SAW. Bagaimanakah kita? Zuriat zuriat kita daripada kalangan anak cucu Nabi Allah Adam? Malu sehh...
Perlu bertaddabur AlQuran. Bukan hanya DENGAN membacanya shj. Cantekkk nyer ISLAM adalah pengetahuan," apa itu perintah Allah dan RasulNya?" .. Setelah surah Al Jinn maka bermulalah Surah Muzzammil dimana dakwa Allah SWT ada pada ayat 1 hingga 9 jika inginkan sifat Mukmin. BACALAH ALQURAN dengan tartil secara istiqomah agar diberi petunjukNya. Setelah dakwaan Allah SWT, lihat bagaimanakah Allah SWT memujuk kekasihNya nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW pada ayat 10-11..

AlQuran adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW dan umat ini. Dalam surah berikutnya, yakni surah Muddhathir, sekali lagi terdapat dakwaan Allah SWT pada ayat 2-7 dan diikuti dengan CELAAN ALLAH SWT  sehingga ayat 52..

Penekanan Surah Muddhathir lebih berat lagi berbandingakan dengan Surah  Muzzammil yang hanya menelan agar umatnya ini banyak membaca dan  metadabbur ALQURAN setelah bertalaqi untuk menyelamatkan dari segala ancaman syirik. PetunjukNya hanyasanya berlandaskan AlQuran Dan Sunnah Baginda SAW. Ibarat pepatah, jika masuk kandang kambing mengembekk, masuk kandang rimau...mengaumm. Tiada cara lain melainkan Sunnah Baginda SAW selaku umat terbaik. AlQuran wajib dibaca dan khatam berulang ulang kali agar penghayatan hati teguh terhadap janji janji Allah SWT. Ianya bukan sekadar bagi mendapat ganjaran pahala malah cara menyelamatkan diri, ahli keluarga Dan umat ini daripada terjerumus melakukan syirik.

Manakala surah Muddhathir mendorong hambaNya membacakan atau menyampaikan AlQuran kepada orang lain, mengajar hukum hakam tauhid. Intipati Surah Muddhathir lebih kepada peringatan azabNya dan tauhid memyucikan Allah SWT dari segala sekutu. Inilah adab atau cara pembersihan dan pembentukan perbuatan, hati, jiwa, akhlak dan iman. Selain daripada adab ini, tempatnya adalah SAQAR - celaan Allah SWT (takhwif ukhrawi). Bezanya pada surah sebelum (Muzzammil) adalah terdapat ayat pujukan (tasliyah). Begitu pentingnya menghayati AlQuran dan Sunnah Baginda SAW.

MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah.. .
Ampunilah kami Ya Allah .. Bariskanlah kami didalam shafMu..  

Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -

-Surah As-Saaffat, Ayah 1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dapat ilmu baru
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 10:27 AM | Show all posts
Perkongsian yang sangat bermanfaat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah bang.. Cuma banyakkan istigfar kerana banyak hak Dan hajat yang tidak tertunai. Apa yang ditarbiyah oleh Allah SWT ialah malam hari kita cuba baca AlQuran dan dirikan solat tahjud. Bila pada sianghari kita belajar sebarkan risalah tauhid sambil menghidupkan sunnah Baginda SAW. InsyaAllah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Coolie at 3-6-2020 06:38 PM

MashaAllah.. Paksi bumi telah berganjak sehh.. Masih berselimut ke?
Covid 19 hampir berlalu, bagaimana keadaan kita jika timbulnya si dajjal laknatullah ..masa tu, Allah SWT tarik nikmat  makanan Dan air...kejam? Zalim??  Kesedaran dengan mata terbeliak kerana ianya adalah KEMURKAAN ALLAH SWT.

"Ya Allah,  ampunilah kami dan bariskanlah didalam shafMu"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2020 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Surah AlKahfi adalah pendinding fitnah dajjal laknatullah.
Jangan lupa pada surah An Nahl dan surah Al Isra' sebagai Surah mukjizat (dalil bagi tauhid) sebelumnya Surah AlKahfi dimana janjiNya benar Dan pasti akan berlaku.

Sequence ketibaan janjiNya.

Wallahu'alammm..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2020 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Surah Al Anfal ayat 73
Berkenaan janjiNya adalah benar lagi shahih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2020 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Coolie at 28-6-2020 03:17 AM
Coolie replied at 3-6-2020 06:36 PM
MashaAllah.. Paksi bumi telah berganjak sehh.. Masih berselimut ke?
Covid 19 hampir berlalu, bagai ...


Bahagian terakhir berkenaan Alhamdulillah  (Segala pujian bagi Allah SWT) pada permulaan Surah Saba dimana jika mereka masih ingkar akan menerima nasib yang sama seperti umat terdahulu.
Nauzubillah min zalik..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2020 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Coolie replied at 23-6-2020 05:41 AM
Surah Al Anfal ayat 73
Berkenaan janjiNya adalah benar lagi shahih..

Sedang berlaku atau belum?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2020 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Coolie replied at 5-7-2020 03:54 AM
Sedang berlaku atau belum?

Diambangan..?

Surah Al Asr pendek but powerful sehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2020 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Coolie replied at 28-6-2020 03:15 AM
Bahagian terakhir berkenaan Alhamdulillah  (Segala pujian bagi Allah SWT) pada permulaan Surah S ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2020 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Coolie at 10-11-2020 05:52 PM

Kemenangan mukminin hanya terletak didalam metaati Allah and RasulNya. Teringat akan peristiwa DOA Nabi Muhammad SAW tidak diterimaNya yakni perbalahan atau perpecahan antara umatnya. Ini adalah kerana Allah SWT hendak satukan hati mukminin sepertimana berlakunya peristiwa hijrah sebelum fattah mekah.
Hari ini terlepas pandang terhadap saudara seIslam kita yakni Palestine daripada keturunan para anbiya dibiarkan oleh kita selaku masyarakat Islam itu sendiri. Berperang tanpa bantuan Allah SWT, pasti tidak akan menang kerana tidak mengikuti spec Allah and RasulNya.. Sunatullah Dan Sunnah Baginda SAW.
Apabila pemberianNya (surah AtTaubah ayat 100) diabaikan oleh kita maka tunggulah azabNya (surah An Anfal ayat 73) yang lebih besar daripada virus covid ni.. Nauzubillah min zalik.

"Ya Allah ampunilah kami dan bariskanlah kami didalam shafMu (AsShafaat)"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2020 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Coolie replied at 10-11-2020 08:07 AM
Kemenangan mukminin hanya terletak didalam Allah and RasulNya. Teringat akan peristiwa DOA Nabi Muha ...

Saudara kita di Palestine telah lama menderita hingga kemurkaanNya amatlah dekat apabila Syria Dan Yemen juga dibiarkan tanpa sebarang pembelaan. Bagaimankah peristiwa hijrah ketika Nabi Muhammad SAW ke Yatrib (Madinah)?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 09:13 AM | Show all posts
Ayah pin kerajaan langit .Ala buatla kerajaan liang lahad pula.pening aku .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2020 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Coolie at 24-11-2020 07:00 PM
Coolie replied at 10-11-2020 08:11 AM
Saudara kita di Palestine telah lama menderita hingga kemurkaanNya amatlah dekat apabila Syria Dan ...


MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah Ya Robb

Tanahair ysng melahirkan para anbiya sekali lagi dirakus oleh keganasan Zionist tanpa sebarang belas kasihani secara besaran dan terbuka pada bulan Ramadhan yang Mubarak 1435H. Berikutnya pada 1436H pada bulan yang Mubarak juga, kita pula kehilangan penerangan yang selama 17 tahun melakukan take off.. Auto pilot missed direction or lost from radar yang menyebabkan misfired??  Sebenarnya ianya adalah satu tamparan buat mereka yang masih berselimut..

Wallahu'alammm..
JommMM maghreb dulu insyaAllah

Kini covid 19 merobek IMAN masing masing..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2020 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Laa haula wala quwata ila bilah ..

Akan datangnya masa di mana umat Islam benar-benar akan mengikuti
bangsa Persi dan Romawi dalam tatacara kehidupan sistem pemerintahan mereka; sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Dan inilah yang kita saksikan hari ini (akhirzaman) dimana seluruh system politik, sosial, ekonomi dan ketenteraan semuanya berteraskan kepada peradaban bangsa pagan; Persia danRomawi. Pernah dengar mahfum pesanan Allah and RasulNya bahawa
"kalian benar-benar akan mengikuti tradisi (peradaban) umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke lubang biawak pun kalian akan mengikuti mereka.”. Maka kami (para sahabat) bertanya, “Ya Rasulullah, apakah mereka itu orang Yahudi dan Nasrani?” Baginda SAW menjawab, “Ya siapa lagi (jika bukan mereka)!”
[Muttafaq ‘Alaih: diriwayatkan oleh Al-Bukhari]

AlQuran adalah mukjizat (manual kehidupan mukminin) yang merangkumi system peradaban kehidupan yang dikehendaki oleh Allah SWT selaku Robb kita (tanda bukti kita selaku hambaNya pada lafaz surah alFatiha ayat 5) melalui perantaraan kekasihNya nabi Muhammad SAW sebagai role model (utusanNya) untuk diteladani oleh kita. Pernah dengar mahfum ayatNya mengatakan  "Sekiranya mereka cintakan Aku maka ikutlah dikau wahai Muhammad "

Is this civilization nowadays make us away from Allah and Rasul ?
You should know much much better than me, rite?  Wake up call..  Or just false alarm?  Hemm..Mmm..

Wallahu'alamm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2020 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
MashaAllah..

Pernah dengar mahfum sebuah hadith,
dari Abu Umamah, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Akan senantiasa ada sekelompok umatku yang berada di atas kebenaran, mengalahkan musuh-musuhnya, dan orang-orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka kecuali sedikit musibah semata. Demikianlah keadaannya sampai akhirnya datang urusan Allah.”“Wahai Rasulullah, di manakah kelompok tersebut?”tanya para sahabat. “Mereka berada di Baitul Maqdis dan serambi Baitul Maqdis.”

Kelompok bagaimanakah (ciri-ciri) yang dimaksudkan oleh Baginda SAW? Kerana golongan ini dapat menarik bantuan Allah SWT (sehingga datangnya urusan Allah SWT).. Hayatilah ayat ke-5 surah alFatiha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2020 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Coolie replied at 19-12-2020 04:17 AM
MashaAllah..

Pernah dengar mahfum sebuah hadith,

MashaAllah...

Bagaimanakah keadaan mereka yang berada di Baitul Maqdis? Serambi Baitul Muqdis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2020 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Coolie replied at 23-12-2020 09:29 AM
MashaAllah...

Bagaimanakah keadaan mereka yang berada di Baitul Maqdis? Serambi Baitul Muqdis? ...

Apakah amalan masjid nabawi ketika Baginda SAW dan para Sahabat yang diredhai? Apabila amalan dalam masjid dihidupkan dengan amalan Baginda SAW (Sunnah) maka secara automatic terbentuk amalan diluar masjid. Apabila masjid (rumah Allah SWT) hidup maka kampung tersebut didalam peliharaan Allah SWT.

Cuba check apakah amalan masjid nabawi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2020 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantung dunia berjaya diberhentikan seketika disebabkan serangan virus covid ini. Kaabah adalah jantung dunia.
Jantung AlQuran adalah Surah Yasin. Manakala jantung sebuah negara atau kampung adalah masjid. Rahmat Allah SWT hanyasanya akan turun pertama sekali di Masjidil Haram, kemudian Masjid Nabawi kemudian Masjid AlAqsa Dan seterusnya cabang masjid seluruh alam.

Adakah tempat lain yang malaikat Rahmat akan turun?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.096979 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list