CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8253|Reply: 42

Saudara-mara nak claim harta keluarga

[Copy link]
Post time 8-6-2020 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,
maaf ya, tak berapa reti nak create thread, lupa dah. Harapnya ni bod yang betul lah.
sekali lagi, maaf ya kalau saya kurang jelas. jarang mengarang.

Ok, straight forward, macam tajuk yang tertera.
Saudara-mara nak claim harta keluarga kami.

Adik beradik ayah ni ramai. Asalnya berbelas orang, tapi sehingga sekarang, tinggal 6 orang sahaja.
yang lain dah meninggal, sebab pelbagai penyakit.

Sejak saya kecil, mereka semua memang selalu ada isu dan bergaduh mengenai harta.
Si polan ada hutang si polan lah. Si polan tuntut wang sebab itu inilah. Ada sahaja isu nak digaduhnya.
Bergaduh wang dan harta tidak kira masa dan tempat.
Pernah di majlis kahwin sepupu saya, anak saudara mereka sendiri.
Pernah juga semasa open house raya di kampung. Hadapan khalayak ramai, tiba2 claim pasal duit kereta.
Tapi ini mereka bergaduh sesama mereka, makcik-pakcik saya.

Ayah? Ayah sebagai yang paling tua, selalunya tolong meleraikan dan cuba buat mereka berbaik. tapi tu lah, perangai masing-masing. tak mahu dengar cakap dan tak boleh terima nasihat.
makcik pakcik saya umur dalam sekitar 50-an dan 40-an. sudah bercucu semuanya. anak-anak dah besar.
tapi dengan adik-beradik sendiri bermusuh, bertikam lidah dan bertengkar macam acara tahunan.
setiap kali berkumpul balik raya, tak pernah aman. seronok berjumpa sepupu-sepapat sekejap sahaja, lepas tu yang tua-tua bergaduh, semua bungkus lari balik. kami sepupu-sepapat boleh kata, tiada masalah. tetapi mak ayah mereka tak terkawal.
malangnya, bila dah dekat umur 30-an ni, sepupu-sepapat dah mula gila harta juga. mereka juga join mak ayah bergaduh pasal harta. berantakan semuanya.

seterusnya, tanah pusaka, rumah arwah atok nenek.
arwah atok dan arwah nenek, selepas pemergian mereka berdua, rumah di kampung jadi tempat kami berkumpul sewaktu puasa dan raya. dululah.
usaha ayah untuk menyatukan semula ahli keluarganya. kesian ayah.
bil api dan air, ayah yang bayarkan. cukai semuanya, duit ayah. adik-beradik lain lepas tangan.
rumah rosak, ayah panggil orang betulkan. (rumah kampung lama di pedalaman)
kemudian, ada saudara yang rela diri nak duduk rumah tersebut. ok lah, takde masalah.
semua orang balik berkumpul pun mudah.

tetapi, lain pula jadinya.
bila saudara lain pertikaikan dan berbalah mengenai rumah dan tanah di hujung kampung tu.
flashback, waktu rumah tu buruk dan tiada orang duduk. semua tinggalkan dan buat tak tahu. jadi sarang kelawar.
bila ayah dah repair, api dan air dah sambung semula. dah ada orang duduk tolong jaga,
tiba2 yang lain semua pertikaikan.
walhal mereka sesen pun tidak bantu.

bergaduh, dan bergaduh lagi. harta harta harta harta, duit duit duit duit
akhirnya, makcik kami yang duduk di rumah tu, pindah keluar atas desakan semua orang. dah arwah pun beliau.
rumah tu sekarang, kembali terbiar. jadi sarang batman. sekali-sekala kami pulang untuk racun rumput dan periksa gril, mangga dan isi rumah. takut ada "si panjang" tu melingkar, nauzubillah.

next, tanah pusaka, kebun dan dusun buah-buahan.
arwah atok dan nenek ada beberapa bidang tanah, kebun dan dusun buah, terutamanya durian untuk semua anak cucu-cicit makan.
(tanah untuk anak2 dia ada juga, tapi makcik-pakcik saya ada yang dah jual)
tanah yang diberikan kepada ayah, ayah tak jual. ada lagi, tapi nanti saya ceritakan pasal tanah tu. kembali kepada dusun buah.

makcik-makcik, dan pakcik-pakcik, saya tak tau mentaliti mereka macam mana.
tanah sekangkang kera, dusun durian.
setiap kali musim durian, mereka bergaduh. tak benarkan orang lain masuk dan makan.
ada yang kutip hasil durian dan jual

kebun dan dusun buah lain, kecil skalanya. seperti rambutan, etc.

tahun lepas, kami kehilangan dua orang pakcik kerana penyakit buah pinggang dan sakit tua.
saya namakan pakcik Mat, abang, dan pakcik Noh, adik. (bukan nama sebenar)

pada hari kematian Pakcik Mat, sewaktu keluarga simati sedang menangis dan berkabung,
mereka, pakcik dan makcik saya, menyerang ahli keluarga si mati,
si balu dan anak-anaknya, menuntut hutang sehingga puluhan ribu ringgit.
waktu ni belum tanam pun lagi.
sehinggakan, sewaktu kami nak menurunkan jenazah Pakcik Mat, anak lelaki sulungnya, tak dapat hadir ke kubur, sebab ditahan pakcik makcik urusan hutang-piutang. (kami tunggu di kubur hampir sejam)
akhirnya, bila dah selesai tanam, barulah anak lelaki tadi sampai. tapi dapat tengok tanah je la. dia tak dapat angkat jenazah ayahnya ke dalam liang lahad.
anak-anak pakcik Mat, ada SPM sahaja. malah ada yang tidak tamat sekolah, setakat PMR sahaja. (ya, di tahun 2020 ni)
mereka kerja gaji tidak seberapa. tapi tetap bersetuju untuk melangsaikan hutang entah apa sehingga puluhan ribu ringgit yang dituntut.

pakcik Mat meninggal awal tahun, beberapa bulan kemudian, Pakcik Noh pula menyusul, dek buah pinggang.
sama juga. anak-anak pakcik Noh, seorang lelaki, SPM sahaja. yang lain perempuan, dan seorang OKU.
mereka juga menuntut hutang yang banyak. ada yang kata faraid.

kami sekeluarga, dulunya tak ambil port bila mereka bergaduh.
kami tak masuk campur, sebab urusan harta ni sensitif.

tapi, memandangkan antara semua, ayah yang paling tua. mereka mula aim kami, tunggu giliran ayah mati untuk tuntut faraid. (ya, mereka kata)

antara semua, boleh kata, rezeki kami sekeluarga, bernasib baik sedikit. syukur alhamdulillah.
ayah tidak pernah jual tanahnya, yang dapat dari pemberian arwah atok. (pernah usahakan, tapi kena khianat orang kampung)
sepanjang ayah bekerja, ayah ada beli tanah-tanah lain untuk kami adik-beradik, semua dapat sebidang tanah.
tak besar mana pun, tapi ayah cakap, cukuplah untuk diusahakan sendiri. kalau apa2 jadi, semua ada tanah sendiri untuk duduk.

ayah beli tanah di hujung taman perumahan, dan bina rumah untuk kami sekeluarga duduk.

tapi, sekarang ni, makcik dan pakcik kami pertikaikan.
kenapa semua tanah-tanah tu, diberikan kepada anak-anak (???)
sedangkan, mereka adik-beradik ada hak untuk segala harta ayah (???)

malah, jika ayah meninggal (mereka tunggu ayah meninggal, sebab "next turn" katanya)
tanah-tanah kami mereka tuntut. segala harta ayah yang berikan kepada anak-anak, mereka tuntut.
malahan, rumah yang kami duduki ni pun mereka tuntut. kami kena keluar nanti.
faraid katanya.

saya tak berapa pandai mengenai faraid dan hak harta ni semua.
tapi, kami sekeluarga, mak, adik-beradik, sekarang hidup dalam ketakutan, sebab ketamakan pakcik-makcik yang nakkan harta kami.
ayah sangat sedih dan kecik hati, sehinggakan kadang-kadang jatuh sakit.

saya merayu, dan minta nasihat semua orang,
apa yang boleh saya buat dalam hal ni? dari segi hak, harta, perundangan dan sebagainya?
saya anak lelaki, adik2 saya semuanya perempuan dan muda lagi.
saya tak tau apa yang saya boleh lakukan.
jadi, saya mohon maaf kalau tak berpengetahuan mengenai hal ni.
tolong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2020 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik2 beradik TT ada lelaki tak? Kalau ada.. TT adik beradik flip shawl sambil tunjuk kertas yg mengatakan saudara mara x layak tuntut bila ada anak lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu lah org tua2 yg ada harta ni,  hartanya perlu diurus ketika hidup,  kalau dah mati, susah.

Tp root cause kebanyakkan kes yg begini adalah kegagalan ibu bapa/ org tua itu sendiri menguruskan anak2nya, kurang rasa kasih sayang dan hormat antara adik beradik dalam keluarga.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
I park dulu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by krustykrab at 8-6-2020 01:06 PM

Tt kan lelaki, kot celah mananya depa blh tuntut faraid segala...
Tt beruntung sbb dilahirkn sbg lelaki dlm family, sbb kalau tt tadak mmg ikut faraid pakmak sedara akn dpt bolot harta ayah tt..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Zalim betul makcik pakcik tt ni..arwah belum masuk kubur dh bising pasal harta bagai..maaflah, tapi mmg mentaliti caprut sgt...

Bila ada famili yg meninggal, segala urusan harta pusaka hendaklah dibawa ke Pejabat Pusaka Kecil Daerah..isi form, lampiran aset apa semua...

Tetapi jika TT ada adik beradik lelaki, maka tt boleh tunjuk jari tengah menggunakan kaki kepada pakcik-makcik tt serta cousin2 tt yg gila harta tuu..

Harta pusaka mak ayah tt hanya boleh di claim oleh org yg bukan adik beradik tt apabila:
-mak-ayah tt masih lagi mempunyai ibu bapanya yg hidup. (Bahgian atok/nenek yg masih hidup ni lebih kurang mcm bhg anak perempuan je)

- tt tidak mempunyai adik beradik lelaki.

Jika sebelum mak/ayah tt meninggal dan telah menghibahkan bahagian mereka kepada adik beradik tt, maka pakcik makcik tt semua tu automatik tak boleh claim apa2...

Contohnya mcm tanah utk adik beradik tt tuu, kene pastikan mak ayah tt dah potong nama siap2..tinggal nama anak2 sahaja..(tanah/rumah/bangunan/kereta ni kita panggil harta tidak alih)

Oleh kerana kebarangkalian pakcik-makcik tt utk aim reta pusaka ayah tt adalah tinggi,  disebabkan "harta tidak alih" diaorg tak dpt sb dh tukar nama siap2 sblm meninggal, maka diaorg akan aim "harta alih" seperti wang simpanan/saham/amanah pelaburan/insuran segala ayg berkaitan cash money laa..itupun belum tentu pakcik-makcik tt ni dapat jika tt bawak kepada Pejabat Pusaka Kecil Daerah.

Bila lengkap semua dokumen berkaitan dan dibawa le Pejabat Pusaka, maka dpm tempoh beberapa bulan akan ada panggilan untuk bicara keaatas semua pihak yg menuntut. Masa ni lah boleh tgk muka pakcik-makcik tt kene reject dpn hakim..hahahaha

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2020 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 8-6-2020 01:05 PM
Zalim betul makcik pakcik tt ni..arwah belum masuk kubur dh bising pasal harta bagai..maaflah, tapi  ...

Bukan pej pusaka ni akn agihkn ikut faraid jgk ke(kalau family tt x de anak lelaki) kalau pakmaksedara menetang hibah..mcm prnh terbaca somewhere
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya elok hibah kalau guna faraid, Yang bewak2 especially yg lelaki buleh dapat sikit rasanya walaupun sikit. Orang pesyen ni , depa sanggup buat APA sja untuk harta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 8-6-2020 01:11 PM
Bukan pej pusaka ni akn agihkn ikut faraid jgk ke(kalau family tt x de anak lelaki) kalau pakmakse ...

Masa dlm kamar bicara tu, hakim akan tanya pada waris yg berhak. Nak selesai mcm mana...

- selesai ikut persetujuan waris2 (hakim akn appoint waris yg credible utk tugas2 pencairan aset dan tanggung jawab waris untuk distributekan)

- selesai ikut faraid ( hakim akan appoint jugak sorg waris untuk melakukan semua transaksi)

Bila hakim dh buat keputusan, satu surat appoint tu akan dihantar ke semua waris. Waris yg dilantik pula akan diberikan beberapa keping surat kuasa oleh pihak mahkamah kecil bhg pusaka, untuk proceed pencairan aset2 arwah...contohnya kalao ada 5 aset tuntutan dlm list tu, maka waris yg di lantik akn dapat 5 keping surat kuasa. Dalam surat kuasa tu dah ada siap2 tulis bahagian yg perlu diberi kepada setiap waris..

Waris yg diberi kuasa ni pun, perlu pergi la ke setiap pejabat, bank ke,pejabat pnb ke, pejabat bskl ke, pejabat tanah, yg mana ada senarai aset2 arwah untuk proses penutupan akaun, pindahan nama dan pencairan aset.

Tetapi jika dh hibah siap2...tukar nama dlm geran bagai..hakim pon tanak amik pot sebab harta tersebut telah dipindahkan ketika arwahnya masih hidup...pejabat pusaka untuk selesaikan kes harta yg belum dipindah milik selepas meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama skrip keluarga kita. Benda macamni yang menyebabkan sedara mara masuk campur urusan keluarga. Tak layak pun. Dah tua bangka

Makcik2 aku mungkin ingat mak aku bangga panggil diorg ketuk aku, sebenarnya mak aku tercabar juga sebab maruah dia kena pijak. Walaupun mak aku tu meroyan, tapi bila dia dah sejuk dan waras dia berfikir. Dalam diam dia marah orang langkah kuasa dia sebagai kakak. Adik beradik dia memang nak berantam pasal lama dah dendam bab duit ni dengan mak aku. Bukan sikit2 la ceritanya

Aku pesan dengan mak aku jangan kuat gaduh anak beranak. Aku mengingatkan mak aku tengok adik beradik dia mati bedridden. Bapak aku yang diorg tuduh liberal tu meninggal mudah, tak susahkan orang, wangi, ringan. Arwah ayah aku siap terlebih bayar cukai. Silap ayah aku ni dia tak cakna mental illness dan tak reti guna undang2 untuk dirinya

Aku pandai dua2..nak jadi mother theresa boleh..nak jadi empress dowanger pun boleh. Rasanya takda lagilah in both side of family yang tau bab undang2 sebanyak yang aku ketahui. Orang tak boleh buat tak tentu hala



Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk aset2 seperti kereta/motor/lori/bas/traktor...kene bawak kenderaan tersebut ke used car untuk dibuat nilaian..bagitau je used car tu nk buat nilaian kenderaan bagi urusan harta pusaka..nanti used car akn buat satu document.

Document tu la yg akan kita submit sekali dlm borang tuntutan harta pusaka tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya mmg ada pengalaman handle bab pusaka ni...

Ayah saya meninggal thn 2010 - hal ehwal pusaka proceed dlm dua-tiga tahun lepas tu kut...lambat sikit sb arwah ayah kahwin dua..sy anak kepada isteri pertama. Aki dan opah sy belah ayah telah tiada..

Mak saya meninggal thn 2014 - proceed pada tahun yg sama...sebab tanak delay apa2 urusan..ms ni atok belah mak masih ada lagi..opah saja yg tiada...

Atok yg belah mak tu meninggal dlm thn 2019 kut..ketika hayat, arwah ada hibah siap sebidang tanah untuk anak2 nya (makcik-pakcik sy la)..ada pertikaian sikit sb terdapat anak2 yg namanya tiada dlm hibah tuu..walaupun kami adik beradik ada hak, tapi kami malas nk amik tau psl harta atok ni sb bende ni berlaku sebelum kitaorg dilahirkan..kami cuma bagi input aje laa kt makcik-pakcik ni semuaa step2 yg perlu dibuat sb diaorg tu waris kuat pangkat anak kepada waris..kami ni pangkat cucu je..

Jadi baru thn ni kutt, selesai bicara..Alhamdulillah.. sy diberitahu bahawa bahagian arwah mak sy tetap ada kerana hibah yg dilakukan oleh atok sy ketika masih hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, pastikan semua tanah atau rumah ayah TT dah tukar nama ke atas anak2. Kalau jadi apa2 makcik pakcik tak boleh buat apa dah. Sekiranya ada yg belum ditukar, syorkan ayah TT buat wasiat cepat2. Sb ada juga kes pertukaran nama amik masa dan complicated oleh pej. tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila scary. Pernah juga berlaku dlm family saya. Time kecik2 dulu mmg tak sah la kalau balik kampung takder gossip pasal berebut harta. Belum lagi ada anak yg bertungkus lumus jaga mak/bapak sampai akhir hayat tapi hujung2 anak tanggang yg dpt lebih. Now geng2 generasi tu dah arwah belaka. Tak ke mana pun hidup anak2 beranak berebut harta yg bukan hak depa.

Disebabkan sejarah mcm tu parents saya dah declare awal2 yg ktorng adik beradik dapat sama rata tak kira lelaki ke perempuan. Bukan apa kadang anak lelaki ni elok je bertanggungjawab, kalau ikut faraid boleh dia jaga adik beradik perempuan dia. Tapi part yg tak pasti mcm mana perangai bakal isteri si anak lelaki tadi dgn ipar duai dia. Dibuat nya diorng masuk campur berantakan keluarga. Begitulah petikan kata2 orang tua saya
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tt ni lelaki....lega
xleh flip shawl
tp maybe boleh angkat kain pelekat..
pakcik makcik xde hak da...tp kena beringat jugak ..org tamak ni mcm2 dia boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 8-6-2020 01:43 PM
Masa dlm kamar bicara tu, hakim akan tanya pada waris yg berhak. Nak selesai mcm mana...

- sele ...

Ooo ye ke..sb aku ada terbaca ada yg komen kt hibah pun blh dipertikaikn..
Tp kn bab2 hibah ni susah gak kita nk suruh org buatkn..kna ada kesedaran sendiri la demi org2 tersayang. Yg x de anak lelaki, yg mandul mmg kesian sgt2..harta2 yg x dihibahkn akn diberi pada makpak sedara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2020 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sementara ayah masih ada, mtk dia hibahkan dekat anak2., nnti bila biawak2 tu nk ambik, uols ada black n white. Termasuk semua duit simpanan ayah. Hibahkan siap2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 8-6-2020 03:15 PM
Ooo ye ke..sb aku ada terbaca ada yg komen kt hibah pun blh dipertikaikn..
Tp kn bab2 hibah ni su ...

Hibah boleh dipertikaikan depan hakim pusaka kecil tu jika hibah tu cuma hibah melalui mulut sahaja...tak ada bukti..

Tetapi jika telah ada pembuktian melalui pindahan nama , geran dan sebagainya ketika simati masih hidup..maka hakim akan proceed mengikut budi bicara untuk teruskan bahagian2 yg lain pula yg mana belum dihibahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 8-6-2020 04:05 PM
Hibah boleh dipertikaikan depan hakim pusaka kecil tu jika hibah tu cuma hibah melalui mulut sahaj ...

Kalau kita dah ada buat hibah ikut law, kira ada bukti la kan.  Sbb hibah yg dibuat sblm mati tu blum ada pindahan nama kat geran2 kan...ke aku salah
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 05:13 PM | Show all posts
ambil peguam buat wasiat,
kalau xde wasiat tu yg jatuh faraid,
kalau dah ada wasiat mmg xboleh dipertikaikan dah...



jelas makcik pakcik tu xtahu harta faraid tu harta untuk apa,


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.491915 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list