CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3078|Reply: 39

[Politik] Anwar hati-hati, tapi yakin dicalon jadi PM

[Copy link]
Post time 12-6-2020 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Sejak dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 1993, Anwar Ibrahim disebut-sebut sebagai bakal pemimpin masa depan negara.

Apabila Pakatan Harapan (PH) menang dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, Anwar dinamakan sebagai bakal perdana menteri, sebaik Dr Mahathir Mohamad - yang pernah memecat Anwar pada 1998 - melepaskan jawatan perdana menteri buat kali kedua.

Bagaimanapun, 22 bulan pentadbiran PH dibayangi keraguan peralihan kuasa itu benar-benar akan berlaku, dan rampasan kuasa politik pada Februari lalu meranapkan rancangan peralihan kuasa tersebut.

Malah kini, ketika 'PH Plus' -  yang turut melibatkan wakil rakyat Bersatu yang menyokong Mahathir dan Warisan - disebut-sebut bakal merampas semula kuasa, persoalan yang terus dibicarakan adalah apakah Mahathir atau Anwar yang akan dinamakan sebagai calon perdana menteri.


Dalam temu bual eksklusif Malaysiakini di pejabatnya di Petaling Jaya semalam, Anwar berkata perbincangan berhubung perkara itu masih berlaku.

Dia mengaku terdapat wakil rakyat PH yang mempunyai pandangan pragmatik dan mahu Mahathir menjadi calon perdana menteri bagi memastikan mereka mendapat bilangan sokongan yang diperlukan bagi mencapai majoriti di parlimen.

“Hujah mereka agak berasas.

“Beberapa hari lepas ini, saya ada berjumpa dengan wakil-wakil rakyat dari DAP, Amanah, PKR yang berkata, ‘Kami setuju dengan kamu, polisi dan prinsip adalah perkara paling penting. Tapi tolonglah jadi realistik, ini ialah realpolitik (politik praktikal).

“Maka kami tak boleh abaikan perkara ini,” katanya.




Mahathir kini mempunyai empat ahli parlimen Bersatu yang menyokongnya dan Warisan juga nampaknya lebih menyebelahi bekas perdana menteri itu berbanding PH sendiri.

Memberi ruang buat Mahathir kembali berkuasa buat kali ketiga, boleh menjadi langkah penting dalam mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen dari Bersatu yang lain, malah juga dari GPS sekiranya PH Plus mahu membentuk kerajaan yang stabil.

Meskipun dengan semua pertimbangan itu, kata Anwar, parti-parti dalam PH Plus memberikan sokongan penuh kepadanya sebagai ketua pembangkang.

‘Saya tak ada isu peribadi dengan Mahathir’

Disoal apakah dia yakin akan dinamakan sebagai calon perdana menteri, setelah diam buat seketika, presiden PKR itu menjawab ringkas, “cautiously so (ya, tapi dengan berhati-hati)”.

Bagaimanapun, Anwar percaya, mendapatkan sokongan tidak harus sampai mengorbankan cita-cita.

“Apabila kamu bercakap tentang jumlah sokongan, kamu mengetepikan soal agenda. Dan kamu perlu menangani soal kekuatan dan kekurangan silam dalam pentadbiran PH, dan saya tak rasa kami akan mampu (mengabaikan) perkara itu.

“Jadi bagi saya ia amat penting. Jika saya akan dilibatkan dengan perubahan semacam ini, saya tak akan berkompromi,” tegasnya.

Anwar menambah bahawa sekiranya PH berjaya menawan semula Putrajaya, dia tahu dia mempunyai tanggungjawab melaksanakan urus tadbir yang baik dan membersihkan negara daripada rasuah dan perbelanjaan yang melampau.

Pendirian soal pinsip ini nampaknya menjadi garis pemisah antara Anwar dan Mahathir.




“Saya tak ada isu peribadi dengan Mahathir, isunya sentiasa soal polisi. Kami sangat mesra (semasa perjumpaan PH plus Selasa lalu),” katanya ketika menjawab soalan tentang perhubungan mereka.

Mahathir juga berkata dia tidak mempunyai isu dengan Anwar dalam satu sidang media minggu lalu. Tetapi, pada Mac, beliau ada membuat kenyataan bahawa orang Melayu tak menerima kepemimpinan Anwar kerana ideologi politik liberalnya.

Hubungan antara Mahathir dan Anwar sentiasa menjadi aspek penentu dalam politik Malaysia sejak dua dekad lalu.

Meskipun berganding bahu ketika berdepan PRU pada 2018, masih ada kejanggalan yang dilihat berlegar di antara mereka berhubung isu peralihan kuasa.

Kata Anwar, sehabis boleh, dia sudah cuba membendung penyokong-penyokongnya yang mendesak peletakan jawatan Mahathir tetapi turut menyatakan mereka mempunyai hak untuk mempersoalkan Mahathir memandangkan ketidakjelasan berhubung peralihan berkenaan.

Bagaimanapun, presiden PKR itu menafikan dakwaan yang dia obses untuk menjadi perdana menteri.

Dia memetik rakaman audio mesyuarat PH pada 21 Februari yang bocor, apabila dia akur untuk memberi ruang agar Mahathir terus kekal sebagai perdana menteri dan hanya menyerahkan jawatan itu apabila Mahathir bersedia.

“Adakah itu gambaran seseorang yang gopoh dan tak sabar? Tidak.

“Saya sangat gembira dengan rakaman audio itu kerana ia membidas segala propaganda (yang dimainkan) oleh sebahagian orang kami dan juga musuh politik kami, kononnya (saya tak sabar nak jadi PM),” tambahnya.

Kini, terdapat spekulasi bahawa Anwar akan berkompromi terhadap Mahathir dengan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada anak Mahathir, Mukhriz.

Disoal mengenai hal ini, Anwar membalas: “Orang bagi macam-macam cadangan dan kami mesti berikan pertimbangan sewajarnya.

“Tapi akhirnya, ia merupakan isu tahap sokongan yang dimiliki seseorang dan daya saing,” katanya.

Berikut merupakan petikan temu bual itu, yang telah disunting untuk kejelasan bahasa dan ketepatan maksud:

Malaysiakini: Jika kamu akhirnya menjadi perdana menteri, ada masalah ini, iaitu banyak orang muda hari ini yang tak berapa kenal dengan kamu atau perjuangan reformasi, berbanding Mahathir. Bagaimana kamu nak jelaskan kepada pengundi-pengundi mudah ini, siapa Anwar Ibrahim, apakah yang menjadi kepercayaan kamu dan apa perubahan yang boleh kita jangka jika kamu menjadi perdana menteri?

Anwar: Pertama, kita perlu berhubung dengan mereka, tak ada soal tentang itu. Sebab ada sekatan terhadap laporan media arus perdana (tentang saya), kecuali tentang saya masuk penjara atau kes liwat. Jadi saya fikir, kita ada pertubuhan macam Mahasiswa Keadilan, Anwar Ibrahim Club, untuk cuba tembusi kelompok muda.

Mereka ada hak untuk tahu, ‘apa yang mamat ini cakapkan, apa polisi yang boleh kita jangkakan, apa perubahan yang boleh kita jangkakan’. Jadi, saya bercakap soal tadbir urus yang baik, antikorupsi dan (pendekatan) berbilang kaum.

Di sinilah saya rasa kami mempunyai kelebihan, kerana kelompok muda kurang bersifat perkauman, berbanding kumpulan lebih tua. Terutamanya di kawasan bandar, dan juga di sesetengah kawasan kampung. Contohnya di Permatang Pauh, Port Dickson yang dekat dengan saya, orang mudanya tak begitu keras dalam soal kelangsungan Melayu atau pemikiran ketuanan.

Sekarang dengan insiden George Floyd, harap-harapnya orang akan lebih faham tentang apa itu perkauman.

Pemimpin-pemimpin muda patut turun padang dan mula bercakap soal polisi asas, (polisi) ekonomi. (Terangkan) kenapa kita bercakap soal perubahan ekonomi, kenapa kita bercakap soal urus tadbir yang baik, isu polisi.




Malaysiakini: Terdapat juga orang muda yang merasakan masa untuk Anwar dan Mahathir sudah tamat, dan sekarang masanya untuk orang muda ambil alih, dan perdana menteri seterusnya sepatutnya muka baru, bukan seseorang yang sudah cuba nak jadi PM untuk 20 tahun.

Anwar: Saya tak rasa kita patut ketepikan hal itu. Inilah satu demokrasi.

Orang bertanya kepada saya, kenapa kamu tak cuba memberi persiapkan Nurul Izzah (anak perempuan Anwar). Saya rasa itu soalan yang aneh. Saya bukan ketua feudal Pulau Pinang untuk lantik anak saya sebagai pewaris saya.

Apa yang kami buat dalam PKR adalah memastikan kami ada cukup pemimpin muda yang diberikan tempat. Sebagai satu parti, pada masa lepas kita ada Izzah, Rafizi Ramli, Chang Lih Kang, Lee Chean Chung. Pemimpin muda yang kita promosikan (termasuklah) Nik Nazmi, Fahmi Fadzil. Mereka diberikan jawatan penting, pengarah komunikasi strategik, ketua penerangan, bendahari.

Malah, itulah sebahagian masalah yang saya depani dengan kumpulan ‘kartel’ (istilah yang merujuk kem bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali). Sebab mereka fikir - ‘Siapa mereka? Mereka budak-budak’. Ingat lagi apabila seorang menteri wanita ini kecam pemimpin muda?

Ada juga rasa tak puas hati, sebab mereka rasa mereka (yang sepatutnya) berhak diberikan jawatan penting dalam parti. Tapi saya rasa kalau kita terus buat begitu, kita tak akan memberikan kebaikan buat parti serta perjuangannya.

Sentiasa memastikan adanya barisan kedua ini, itulah yang terbaik boleh saya lakukan, kemudian mungkin ahli parlimen dan rakyat yang harus tentukan.

Malaysiakini: Adakah kamu ada rancangan polisi atau program tentang pengangguran di kalangan orang muda?

Anwar: Nombor satu adalah latihan, (tingkatkan) tahap kebolehsaingan, tahu selok belok teknologi digital, dan sokongan yang hebat untuk syarikat-syarikat baru.

*Laporan disediakan oleh Annabelle Lee, Zikri Kamarulzaman.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2020 11:00 AM | Show all posts
sementara itu, atuk...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry tergelak baca perenggan last..mesti dah rasa hebat sgt dgn idea tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjang artikelnya sepanjang tempoh pjlnn anwar menuju destinasi. Letih nk mnghabiskannya
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 11:10 AM | Show all posts
apa cerita janji manifesto hari tu??? manifesto bukan janji..bukan juga kitab...manifesto adalah penipuan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 11:13 AM | Show all posts
nak mintak minyak RM1.50 sekarang pun dh harga RM1.48...okla merasa gak..

(jap gi mesti ada cakap, had harga maksima dah mansuh la )
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2020 11:14 AM | Show all posts
mcm manalah anwar bole hadap semua ni.. tak habis2 dgn title bakal pm.. bakal pm

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila mimpi laaaaaaaaaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 12-6-2020 11:13 AM
nak mintak minyak RM1.50 sekarang pun dh harga RM1.48...okla merasa gak..

(jap gi mesti ada  ...

Ang tertinggal

"Semoga bermanfaat"
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 11:27 AM | Show all posts
sarah82 replied at 12-6-2020 11:24 AM
Ang tertinggal

"Semoga bermanfaat"

alamak!! mujur ko ingatkan..

saya ulang !!!

semoga bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 12-6-2020 11:27 AM
alamak!! mujur ko ingatkan..

saya ulang !!!

Hahaha.. Jangan lupa tu.. Ayat keramat tau..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 11:32 AM | Show all posts
sarah82 replied at 12-6-2020 11:30 AM
Hahaha.. Jangan lupa tu.. Ayat keramat tau..

erm baiklah...

semoga bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 12-6-2020 11:10 AM
apa cerita janji manifesto hari tu??? manifesto bukan janji..bukan juga kitab...manifesto adalah pen ...

Tu kan statement Atok, so Atok lah yg bertanggungjawab utk menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
meow_tompok replied at 12-6-2020 11:14 AM
mcm manalah anwar bole hadap semua ni.. tak habis2 dgn title bakal pm.. bakal pm

Ini soal prinsip, kata Bangnon
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 11:37 AM | Show all posts
bang non perlu kan DAP dan AMANAH, tapi rakyat dah meluat dgn 2 parti kencing ni, so lagu mana
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian bang non..terpaksa jugak ikut kan dap, pan yg beria nk bersekutu ngan atok semata2 nk jadi menteri dan menerus kan agenda parti..xper lah bang non, kene kencing lagi pun reda lah..anggap la hang bekorban untuk dapig
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2020 11:45 AM | Show all posts
tak habis habis dgn cita cita dia nak jadi PM..penat aku tgk org gila ni
dari dia nyibuk sgt, better laa dia suggest org lain...

and beriya betul dia bagi jawapan ni


Malaysiakini: Adakah kamu ada rancangan polisi atau program tentang pengangguran di kalangan orang muda?

Anwar: Nombor satu adalah latihan, (tingkatkan) tahap kebolehsaingan, tahu selok belok teknologi digital, dan sokongan yang hebat untuk syarikat-syarikat baru.

Encik Bakal PM tepi, cakap ,mmg mudah, setakat ckp mcm tu semua boleh ckp..tapi kena laa ada plan kukuh...

nak bagi latihan - haaa sape nak bagi latihan ni, FOC ke? sedangkan yg HRDF tu pun cuma applicable kat pekerja company sendiri, kalau dah kena retrench..ko ingat org ada duit ke nak byr  buat training ni?ker ko refer training free dlm youtube?

tahu selok belok digital - haaa ni satu lagi semua org boleh claim reti digital , online banking, facebook, tiktok, instagram ...

sokongan hebat syaraikat baru  - - ni haaaa, mmg future Ph Plusnak support semua  startup ker? ker kena ada connection jej baru boleh dpt fund mcm company itik tu...


secara jujurnya aku rimas tgk dia ni, asal muncul je cite pasal PM...dia bakal PM dari tahun ke tahun lain... bagi chance laa org lain dari parti dia.....pastu baru la org tak jemu nak dgr...kan

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 12:03 PM | Show all posts
peribahasa mana yg sesuai utk orang macam ni ye?

hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya la anwar ni.nmpk terdesak sgt nak jadi pm.msti snggup jadi puppet dap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Anuar ni bagus. Sentiasa optimistik dan bersangka baik dgn atok. Semoga anwar kekal sebagai pm tepi buat selamanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.081249 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list