View: 940|Reply: 8
|
[Dunia]
Pasaran saham utama global menjunam, kes COVID-19 di AS meningkat
[Copy link]
|
|
NEW YORK: Selepas mengalami aliran peningkatan dalam tempoh dua bulan, pasaran Wall Street susut mendadak pada Khamis berikutan kenaikan ketara kes jangkitan COVID-19 di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS).
Perkara berkenaan mencetus gelombang jualan terburuk di pasaran saham AS sejak Mac, iaitu ketika kes jangkitan wabak mencapai kemuncak.
Indeks Perusahaan Dow Jones menjunam 6.9 peratus, jatuh lebih 1,850 mata kepada 25,128.17. Turut menyumbang kepada penurunan adalah kebimbangan mengenai lebihan penilaian syarikat dan peningkatan tuntutan kehilangan pekerjaan.
Bursa saham di Paris, Frankfurt dan London, semua mencatat penyusutan sekurang-kurangnya 4.0 peratus.
"Pasaran naik terlalu tinggi daripada keadaan sebenarnya," kata Penganalisis Markets.com, Neil Wilson.
Di AS, sejak Mac saham dalam aliran meningkat berikutan pelabur optimis mengenai pembukaan semula ekonomi AS dan kesan pakej rangsangan agresif
yang diluluskan Washington.
Namun begitu, Ketua Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell, mengumumkan unjuran ekonomi yang kurang memberangsangkan pada satu sidang akhbar baru-baru ini, selepas bank pusat itu bercadang mengekalkan dasar kadar faedah rendah untuk beberapa tahun akan datang susulan kelembapan proses pemulihan. - AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
world recession is coming....................... |
|
|
|
|
|
|
|
Risaunya.... kat malaysia mcm dah terkawal..kat luar masih teruk lagi |
|
|
|
|
|
|
|
harap malaysia ni tak terkesan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bskl pun terduduk hari ni. Rugi banyak wei |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je bersorak ria klse mencanak tiga empat hari lepas..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ramai yang expected ia akan berlaku, tambah pula dengan demo sana sini pasti meningkatkan lagi jumlah jangkitan covid9 |
|
|
|
|
|
|
|
Market jatuh dekat 20 Mata Hari ni. Macam best nak nyoping tapi takut next week jatuh lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Covid19 replied at 12-6-2020 02:46 PM
Risaunya.... kat malaysia mcm dah terkawal..kat luar masih teruk lagi
Covid je yg terkawal.. ekonomi x nampak lg sbb moratorium.. i mmg curious to see whats going to happen in this coming november 2020 onwards |
|
|
|
|
|
|
| |
|