CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 759|Reply: 5

[Dunia] Perniagaan di England kembali beroperasi

[Copy link]
Post time 15-6-2020 05:48 PM | Show all posts |Read mode


Pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi rakyat Britain yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam walaupun arahan perintah berkurung ditarik balik. - Foto AFP








Perniagaan di England kembali beroperasi





LONDON: Pelbagai kedai dan tarikan luar di England akan dibuka hari ini, buat kali pertama dalam hampir tiga bulan, susulan penarikan semula perintah berkurung akibat pandemik COVID-19.

Ribuan perniagaan tidak penting seperti kedai buku dan barangan elektronik berharap akan dikunjungi pelanggan sebaik beroperasi, selepas terpaksa berhenti buat seketika sejak Mac lalu.

Tempat bersantai seperti panggung wayang pandu lalu, taman safari dan bahagian luar zoo kini kembali dibuka, manakala rumah ibadat turut dibenarkan beroperasi untuk digunakan secara individual.

Semua premis berkenaan perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial, yang memerlukan orang ramai berada dalam jarak sekurang-kurangnya dua meter antara satu sama lain, selain dinasihatkan memakai pelitup muka atau skarf ketika berada di dalam bangunan.

Sementara itu, pemakaian pelitup muka turut diwajibkan ke atas pengangkutan awam dengan operator dibenarkan untuk menyekat pengguna yang gagal mengikuti arahan.

"Saya tahu orang ramai bimbang. Ia pengalaman yang sedikit berbeza, namun selamat dan kita perlu keluar serta tahu bahawa kita mampu membeli belah dengan yakin," kata Menteri Kewangan, Rishi Sunak.

Kedai di sektor perkhidmatan tidak penting di Ireland Utara kembali dibuka Jumaat, namun Scotland dan Wales masih belum memutuskan untuk berbuat demikian.

Sektor perkhidmatan tidak penting menggaji 1.3 juta pekerja dan menyumbang 46.6 bilion pound (RM249 bilion) kepada pendapatan tahunan Britain. - AFP










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2020 05:49 PM | Show all posts
Ramai yang dah tak sabar untuk pergi shopping.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
I tggu hairdresser je lah dah berbulan rambut tak potong
Shopping online jelah mls nak keluar
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 07:12 PM | Show all posts
Semoga dengan pembukaan perniagaan di Engaland, semua rakyat mematuhi SOP bagi mengelakkan penularan COVID19 ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 07:22 PM | Show all posts
monsterwife replied at 15-6-2020 02:54 AM
I tggu hairdresser je lah dah berbulan rambut tak potong
Shopping online jelah mls nak keluar :lol ...

Saya ada nampak newsreader rambut dah seperti rambut Alvis presley nampak kelakar pula
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-6-2020 07:22 PM
Saya ada nampak newsreader rambut dah seperti rambut Alvis presley nampak kelakar pula

Betul tu bbrp hari lepas kan
Adui...kelakar plk
Muka dia dah mcm bf dr.amelina bakri
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.312135 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list